SELAMAT DATANG

Ahad, 27 Januari 2013

MEMAHAMI FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM



Mari Berkenalan Kertas Bahasa Melayu 2 SPM
(Markah 110)
       Sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM, tidak kira anda pelajar Ting. 4 apatah lagi sekiranya anda pelajar ting. 5, sepatutnya anda faham setiap pecahan soalan kertas 2. Kefahaman pelajar terhadap format soalan kertas ini akan membantu anda menjawab soalan tersebut lebih baik dan seterusnya membuat persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SPM kelak.
       Sungguh malang, jika pelajar menengah atas tidak faham format soalan kertas bahasa Melayu 2 kerana pepatah Melayu ada mengatakan jika tak kenal maka tak cinta. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kertas ini mengandungi soalan:-
Soalan Bahagian 1 a: Rumusan Teks   ( 30 markah)
       ( Rujuk nota berkaitan cara menjawab soalan rumusan teks)

Soalan Bahagian 2 A: Pemahaman Teks  Umum / Rumusan ( 9 markah)
          i) Soalan berkaitan maksud rangkai kata  (2m)
         ii) Soalan berkaitan petikan teks (  3m )
        iii) Soalan berdasarkan pendapat ( 4 m)
            
  ( Soalan Bahagian 2 B,C, dan D Berdasarkan Kajian Komsas Antologi)
Fokus soalan Ting. 4:  Antologi Harga Remaja
Fokus soalan Ting. 5:  Antologi Dirgahayu Bahasaku
Soalan Bahagian 2B :  (9 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Moden – Cerpen atau  Drama)
 Soalan i)  Berdasarkan teks dan jawapan ada  dalam teks.  ( 3 m)
Soalan ii)  Berdasarkan pendapat anda. ( 3 m)
Soalan iii) Berkaitan kajian komsas – persoalan, watak dan  perwatakan,
                  latar,  nilai dan pengajaran. ( 3 m)
                  ( Fokus soalan 1 berdasarkan dalam teks dan 1 soalan di luar
                  teks)


Soalan Bahagian 2C: ( 8 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Tradisional )
Soalan i)   Berdasarkan maksud rangkai kata. (2m)
Soalan ii)  Berdasarkan teks dan jawapan ada di dalam teks ( 3 m)
Soalan iii) Meminta pendapat anda dan jawapan  berdasarkan   
                  pandangan anda sendiri  ( 3 markah)



Soalan Bahagian 2 D:   (9 Markah)
Soalan berdasarkan ( Puisi Moden atau tradisional)
Soalan   i) Berdasarkan teks puisi. ( 2 m)
Soalan  ii) Berdasarkan pendapat anda ( 3 m)
Soalan  iii)Berdasarkan kajian komsas – persoalan, nilai,
                  masyarakat  dan pengajaran. ( 4 m )


( Soalan 3 Berdasarkan Tatabahasa)

Soalan bahagian 3 (a)   ( Tatabahasa- Morfologi atau Kajian Kata- 6 Markah)

Soalan 3 (A)  Membina ayat daripada perkataan atau frasa diberikan.
                     Terdapat enam perkataan atau frasa disenaraikan dan anda  
                     perlu membina ayat yang gramatis untuk menunjukkan
                     anda faham maksudnya.
                     Anda tidak boleh menggunakan kata nama khas, peribahasa
                     dan tidak boleh menambah imbuhan pada perkataan
                     diberikan. Soalan ini mudah untuk pelajar mendapat 6
                     markah.
                    ** Peringatan soalan SPM 2012, arahan soalan bahagian 3a
                   membenarkan pelajar menambah imbuhan semasa membina
                   ayat tetapi tidak boleh menggunakan perkataan tersebut
                   sebagai kata nama khas. Oleh sebab itu, pelajar perlu
                   berhati-hati semasa membaca arahan soalan.


Soalan Bahagian 3B ( Sintaksis) ( 6 Markah )
Pelajar dikehendaki menguasai aspek sintaksis (kajian ayat) contoh :-
    i) ayat tunggal dan ayat majmuk.
   ii) Jenis ayat – ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
                             seruan.
  iii) Ragam ayat – ayat aktif dan ayat pasif.
   iv)Menukar ayat cakap ajuk ke cakap pindah  dan sebaliknya.
   v) Menganalis ayat pola ayat. ( FN-FN,FN-FK, FN-F Adj, FN-FS)
  vi) Mencerakinkan ayat kepada subjek dan prediket. ( Binaan ayat
       gramatis)
 ** Soalan ini memerlukan pelajar menguasai setiap pecahan
      soalan seperti di atas.



Soalan Bahagian 3C : Mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan. ( 6 Markah )
      Soalan bahagian ini memerlukan pelajar mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan.
      Pelajar diminta mengesan dan membetulkan 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.
      Anda boleh menjawab dengan menulis  kedua-dua kesalahan berkenaan dengan menulis jawapan salah dan pembetulannnya:
          contoh: Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan   
          kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
      Pada tahun 2008 pelajar diberikan satu petikan mengandungi keenam-enam kesalahan ejaan dan imbuhan.
       
kesalahan
 pembetulan
Eko-pelancongan
Ekopelancongan ( ejaan)
mengayakan
Kekayaan ( imbuhan)

Soalan Bahagian (D) mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. ( 6 markah)
      Soalan bahagian ini meminta anda mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.
      Anda akan diberi tiga ayat yang mengandungi satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
      Calon boleh menjawab seperti soalan di bawah:-
          Stesen- minyak-minyak di bandar utama kita mengamalkan     
          konsep layan sendiri.

kesalahan
pembetulan
Stesen minyak-minyak
 Stesen minyak ( tatabahasa)
Layan sendiri
Layan diri ( istilah)



Soalan Bahagian 3 (E )  PERIBAHASA ( 6 Markah )

      Soalan ini menguji kemahiran peribahasa ( terdiri daripada perumpamaan, bidalan, pepatah, simpulan bahasa, perbilangan, lidah pendita, kata-kata hikmat) anda.
      Soalan mungkin meminta anda mengisi tempat kosong dengan mengaitkan peribahasa yang sesuai dengan petikan.
      Calon mungkin juga diminta mengisi tempat kosong dengan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai.
      Calon juga mungkin diminta membina ayat menggunakan peribahasa  yang diberikan.
      Markah akan diberi sekiranya peribahasa yang ditulis tepat dengan maksud petikan atau pernyataan yang diberikan.

(SOALAN MERUJUK KOMSAS NOVEL)

  Novel Ting. 4  ( Azfa Hanani)
  Novel Ting. 5  ( Kembara Amira)

Soalan Bahagian 4 (Novel)  ( 15 Markah )

      Soalan bahagian ini membawa 15 markah dan terbahagi kepada soalan bahagian 4 (a) dan 4(b).

Soalan 4   (a) membawa 7 markah
          Soalan 4   (b) membawa  8 markah.

Markah
Isi
Bahasa
Soalan 4 (a)
4
3
Soalan 4 (b)
6
2

SEMOGA ANDA MENGUASAI FORMAT SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan