Sabtu, 28 April 2012

Rumusan Teks Pelajar 4 K ( Hab Makanan Halal)


Ulasan Guru:-
Pengenalan:-
Petikan membincangkan tentang cadangan menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal pada masa kini.

(Kesalahan kata kerja transitif membincangkan sepatutnya terus bertemu dengan objek iaitu cadangan. Kata  sendi tentang perlu digugurkan. Pengenalan masih baik dan  2 markah untuk pengenalan dan kesalahan kata sendi menjejaskan markah bahasa anda)

Perenggan Isi Tersurat:
           Antara inisiatifnya ialah kerajaan tidak lagi menganjurkan majlis di hotel yang tidak mempunyai sijil halal daripada JAKIM. Selain itu,pihak JAKIM juga telah memudahkan permohonan sijil halal dengan memohon terus melalui laman web hab halal JAKIM.Di samping itu,menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,kerajaan telah menumpukan usaha untuk menjadikan malaysia sebagai pusat industri halal.Seterusnya,penggubalan Akta Halal mampu mengatasi masalah pengusaha yang melanggar arahan JAKIM.
( Terdapat  lima isi tersurat yang disenaraikan dan binaan ayat baik)

Perenggan Isi Tersirat:-
           Antara kebaikannya adalah terjamin kebersihannya.Seterusnya, makanan halal menjamin kesihatan tubuh badan seseorang. Bukan itu sahaja,malah,makanan yang halal akan memastikan ibadah kita diterima Allah.Selanjutnya,makanan halal bebas dari bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan.

( Terdapat empat isi tersirat yang disenaraikan. Cuma ayat isi tersirat pertama kurang gramatis, sepatutnya " Antara kebaikannya ialah makanan halal terjamin kebersihannya" dan isi tersirat keempat setara atau sama dengan isi tersirat kedua iaitu masih berkaitan menjamin kesihatan)      

Perenggan Penutup:-
           Konklusinya, kita memboikot pembekal makanan yang tidak mempunyai sijil halal demi menjadikan negara kita dikenali sebagai hab makanan halal dunia.

(Binaan perenggan penutup masih perlu diperbaiki kerana,  ada perkataan yang perlu ditambah iaitu kita perlu memboikot. Namun, ayat harapannya kurang tepat kerana sepatutnya kita perlu menyokong usaha kerajaan menjadikan negara sebagai hab makanan halal supaya terkenal di seluruh dunia.Gunakan kata hubung supaya atau agar  untuk menghubungkan ayat harapan.)

Hasil kerja : Nazhan Mazlan 4K.
                                                                                                                                 (121 patah perkataan)
Rumusan markah:-
Pengenalan           :    2 markah
Isi Tersurat           :   10 markah
Isi Tersirat            :     6 markah
Penutup               :     1 markah
Jumlah markah isi :    19   
Markah bahasa    :      9         
Markah penuh     :      28 markah
                                 ------------
Antara sebab markah bahasa sembilan  kerana kesalahan tatabahasa dan ada ayat dalam rumusan anda yang tidak gramatis.


Ulasan guru:-

Perenggan Pengenalan:-
Petikan membincangkan usaha-usaha menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal.

( Agak baik tetapi tidak ditambah frasa di bahagian hujung ayat contoh pada masa kini dan markah pengenalan  1 markah

Perenggan Isi Tersurat:-
Antara usaha menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal ialah kerajaan tidak lagi menganjurkan sebarang majlis di hotel yang tidak mempunyai sijil halal  daripada JAKIM.  Pihak JAKIM juga telah memudahkan permohonan sijil halal dengan memohon terus melalui laman web halal JAKIM. Selain itu, KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri telah menumpukan usaha untuk menjadikan negara ini sebagai hab industri halal. Di samping itu, Malaysia perlu menganjurkan Minggu Halal Malaysia yang bermatlamat untuk membangunkan industri halal.

( Hanya empat isi tersurat yang disenaraikan dan ayat baik)

Isi Tersirat:-
Antara kebaikan makanan halal ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Tambahan pula, makanan halal dapat membentuk keperibadian yang mulia.

( Hanya dua isi tersirat yang disenaraikan dan ayat baik )

Perenggan Pengenalan:-
Tuntasnya, setiap pihak harus bertanggungjawab untuk mengeluarkan produk yang halal supaya menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal.

( Pengenalan dibina dengan mantap dan ayat gramatis) 

 Hasi kerja : Muhammad Muzzamil Azhari 4K

Ulasan keseluruhan:-
Calon kurang isi dan sepatutnya calon sedar jika isi tersurat kurang, cuba tambah atau senaraikan lebih banyak isi tersirat. Banyakkan lagi latihan untuk meningkatkan mutu rumusan yang baik.

Rumusan markah:-
Pengenalan           :    1 markah
Isi Tersurat           :     8 markah
Isi Tersirat            :     2 markah
Penutup               :     2 markah
Jumlah markah isi :    13
Markah bahasa    :      7      
Markah penuh     :      20 markah
                                 ------------

Cuba bandingkan dua jawapan pelajar di atas sebagai renungan anda.
Namun, petikan teks kurang mantap kerana hanya menyenaraikan enam isi tersurat.


Contoh rumusan yang baik.

Petikan membincangkan cadangan menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal pada masa kini.

           Antara inisiatifnya ialah kerajaan tidak lagi menganjurkan majlis di hotel yang tidak mempunyai sijil halal daripada JAKIM. Selain itu,pihak JAKIM juga telah memudahkan permohonan sijil halal dengan memohon terus melalui laman web hab halal JAKIM.Di samping itu,menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,kerajaan telah menumpukan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat industri halal.Seterusnya,penggubalan Akta Halal mampu mengatasi masalah pengusaha yang melanggar arahan JAKIM.

           Antara kebaikannya, makanan halal terjamin kebersihannya.Seterusnya, makanan halal menjamin kesihatan tubuh badan seseorang. Makanan halal akan memastikan ibadah kita diterima Allah. Selanjutnya,pengguna mempunyai pelbagai  alternatif semasa membeli makanan halal.

           Konklusinya, masyarakat Islam perlu menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal supaya terkenal di seluruh dunia.


Khamis, 26 April 2012

KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN



BILANGAN
KOSA KATA
MAKSUD DAN APLIKASI DALAM AYAT
1
POLEMIK
Maksud :
Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara

Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram]
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap  menjadi polemik dalam kalangan masyarakat
2
MARHAEN
Maksud:
Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]
Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.
3
KULAWARGA
Maksud:
Keluarga

Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia
4
DASAWARSA
Maksud:
Dekad

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.
5
IKHTISAR
Maksud:
Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar Cemerlang]
Pelajar perlu memberikan  ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6
AMSAL/TAMSIL
Maksud:
Seperti,umpama, misal

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amsalnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.
7
WASILAH
Maksud:
Ikatan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Jasa Guru]
Seseorang pelajar tidak wajar  melupakan wasilah yang terjalin dengan guru .
8
NIRMALA
Maksud:
Suci

Aplikasi dalam ayat[Tema: Budi Bahasa]
Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.
9
SAKINAH
Maksud:
Ketenangan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinah berpanjangan
10
SINERGI
Maksud:
Kerjasama

Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap Desa]
Akhir  kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .
11
USLUB/MINHAJ/MANHAJ
Maksud:
Kaedah, cara

Aplikasi dalam ayat[Tema: Membaca]
Membaca merupakan uslub  berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
12
PRAKARSA
Maksud:
Inisiatif

Aplikasi dalam ayat[Tema:Lumba Haram]
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
13
AFORISME
Maksud:
Ungkapan, peribahasa, bidalan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Ponteng Sekolah]
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme,  melentur buluh biarlah dari rebungnya.
14
SIRNA
Maksud:
Hilang

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Buli]
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.

15
JAGATRAYA
Maksud:
Seluruh dunia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
16
SEANTERO
Maksud:
Seluruh

Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Warisan]
Seantero dunia akan memandang tinggi  negara Malaysia jika kita  Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.
17
OBLIGASI
Maksud:
Kewajiban

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
18
MAYAPADA/MARCAPADA
Maksud:
Dunia hari ini

Aplikasi dalam ayat[Tema: Kemalangan Jalan Raya]
Mayapada, isu kemalangan  remaja kerap disiarkan dalam media massa
19
MAPAN
Maksud:
Tidak berubah, sudah diterima umum

Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Lumba Haram]
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba haram.
20
SEYOGIA
Maksud:
Sepatutnya

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
21
SEMENTELAHAN
Maksud:
Tambahan pula

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.
22
MAUDUK
Maksud:
Pokok perbincangan

Aplikasi dalam ayat[Tema:Rakan Sebaya]
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.
23
PADAU
Maksud:
Layar

Aplikasi dalam ayat
Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.
24
TEGAR
Maksud:
Tidak dapat dilenturkan, keras

Aplikasi dalam ayat[Tema: Merokok]
Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
25
KONGKALIKUNG
Maksud:
Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik

Aplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng Sekolah]
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit
26
MENYISIR
Maksud:
Mengemaskan

Aplikasi dalam ayat
Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izikan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa.
27
MAHMUDAH
Maksud:
Terpuji

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat mahmudah jika diaplikasi dalam kehidupan akan merubah personaliti  remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
28
GEMULAH
Maksud:
Arwah

Aplikasi dalam ayat [Tema: Bangunan Bersejarah]
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.
29
CERITERA
Maksud:
Cerita

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam  kalangan masyarakat.
30
INTI PATI
Maksud:
Bahagian yang penting

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seluruh warga Malaysia
31
BERIJTIHAD
Maksud:
Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad  apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.
32
MENGHADAP
Maksud:
Menghala, mengarah

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
33
BELASUNGKAWA
Maksud:
ucapan takziah

Aplikasi dalam ayat:
Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka
34
KENDATIPUN
Maksud:
Meskipun

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada  pendapatan sebagai tabungan.
35
SIGNIFIKAN
Maksud:
Penting

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Lumba Haram]
Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja

36
TERAMPIL
Maksud:
Cekap dalam melaksanakan sesuatu

Aplikasi dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.
37
PROGNOSIS
Maksud:
Ramalan,telahan

Aplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng Sekolah]
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
38
PROKLAMIR
Maksud:
Pengisytiharan

Aplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan Bersejarah]
Kerajaan telah memproklamir Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.
39
TRAGEDI
Maksud:
Peristiwa yang menyedihkan

Aplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba Haram]
Menjadi suatu tragedi yang menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambah biak gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.
40
KULAWARGA
Maksud:
Keluarga

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Kulawarga dewan sekalian,
Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.
41
JALUR LEBAR
Maksud:
Rangkaian yang mempunyai julat yang besar

Aplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi Maklumat]
Kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat
42
NIHILISME
Maksud:
Fahaman yang menolak nilai

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka
43
MOBILITI
Maksud:
Perihal mudah bergerak dan digerakkan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng Sekolah]
Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti kea rah kecemerlangan
44
HEDONISME
Maksud:
Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.
45
FRANCAIS
Maksud:
Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.
46
SAF
Maksud:
Baris

Aplikasi dalam ayat[Tema: Lumba Haram]
Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam pada hari ini.
47
PARADIGMA
Maksud:
Model yang jelas tentang sesuatu

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
48
KODIFIKASI
Maksud:
Kegiatan menyusun maklumat

Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.

49
ENTENG
Maksud:
Ringan, mudah

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.
50
CAKNA
Maksud:
Ambil berat

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Lumba Haram]
Ibu bapa perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.
51
TUNTAS
Maksud:
Menyeluruh dan lengkap

Aplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan]
Tuntasnya,  Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..
52
IZHAR
Maksud:
Jelas

Aplikasi dalam ayat[Tema:OKU]
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
53
AFDAL
Maksud:
Lebih baik

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank untuk anak-anak.
54
JERAYAWARA
Maksud:
Pameran, ceramah

Aplikasi dalam ayat:
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.



55
REKAYASA
Maksud:
Penerapan unsur-unsur ilmu

Aplikasi dalam ayat[Tema:Guru]
Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
56
EGOSENTRIK
Maksud:
Mementingkan keperluan diri

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap egosentrik  yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.
57
ADIWANGSA
Maksud:
Bangsa mulia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara..
58
EGALITARIANISME
Maksud:
Fahaman bahawa semua orang sama rata

Aplikasi dalam ayat[Tema: Perpaduan]
Konsep 1 Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bahasa
59
ATMA
Maksud:
Jiwa

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
60
BOBROK
Maksud:
Rosak, binasa

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan negara.


61
PENGITLAKAN
Maksud:
Membuat rumusan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Bersejarah]
Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
62
EFISIEN
Maksud:
Berkesan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pendidikan Vokasional]
Langkah yang efisien mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.
63
GELANDANGAN
Maksud:
Merempat

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih baik.
64
MUASIR
Maksud:
Kontemporari, semasa

Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Muasir ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.
65
SIMBIOSIS
Maksud:
Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma

Aplikasi dalam ayat[Tema: OKU]
Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.
66
PIDANA
Maksud:
Kejahatan

Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala Sosial]
Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan sebaya.



67
NINGRAT
Maksud:
Orang mulia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.
68
JEMBEL
Maksud:
Miskin

Aplikasi dalam ayat[Tema: Krisis Makanan Antarabangsa]
Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan 
69
MURBA
Maksud:
Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema: Sukan]
Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong Dasar 1 Murid  1 Sukan.
70
PROLETAR
Maksud:
Kaum yang  suka membunuh/ membuat kacau

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.
 Disedut daripada Cikgu Nazir