SELAMAT DATANG

Sabtu, 22 Disember 2012

PENULISAN KARANGAN CEREKA BERDASARKAN PERIBAHASA ( KARANGAN BERFOKUS KOMSAS )



Tulis sebuah karangan berkaitan dengan peribahasa “genggam bara api biar sampai menjadi arang”. 

          Karangan berfokus komsas iaitu karangan cereka merupakan karangan yang dianggap mudah oleh sesetengah pelajar. Namun, bukan semua pelajar mampu untuk menghasilkan karangan ini dengan baik. Hal ini kerana pelajar perlu merancang penulisan karangan seperti ini agar menarik. Antaranya, pelajar perlu menulis plot cerita dengan baik dengan memastikan perkembangannya plotnya menarik, iaitu ada permulaan, perkembangan, terdapat konflik yang menarik diselitkan, kemudian perlu ada klimaks dan akhir sekali peleraian cerita.
    
          Bahka juga, seorang pelajar yang bijak dan kreatif perlu memasukkan pelbagai penggunaan teknik plot yang dipelajari dalam pembelajaran komsas seperti teknik imbas kembali( flashback ), teknik imbas muka, teknik dialog, monolog, monolog dalaman, teknik suspens, teknik pemeriaan, peribahasa, dan lain-lain lagi. Begitu juga gaya bahasa, pe;ajar boleh menyelitkan gaya bahasa personifikasi, hiperbola, dan sebagainya. Apabila memperkatakan kepanjangan karangan berbentuk cereka bergantung kepada perancangan seseorang pelajar serta kreatifnya seorang pelajar dalam menulis karangan jenis ini dan paling mudah, pelajar diibaratkan seperti seorang penerbit filem atau buku cereka, mereka sendiri akan menentukan hasilan karya mereka mantap apabila perkembangan plotnya lengkap, barulah kerangan yang dihasilkan oleh mereka akan menarik.

          Di bawah saya akan cuba untuk memaparkan cara penulisan karangan keratif yang baik untuk dijandikan panduan kepada pelajar untuk menghasilkan karangan cereka yang menarik.Namun, sekali diingatkan bahawa tanda baca juga memainkan perenan penting dalam penulisan karangan jenis ini terutama semasa pelajar menggunakan teknik dialog, monolog, dan monolog dalaman. Jika ditanya, perlukah teknik plot jenis ini digunakan setiap kali semasa menulis karangan, jawapannya bergantung kepada pelajar tetapi aplikasilah penggunaan teknik plot ini jika bersesuaian. Namun jika terlapau banyak menggunakan teknik ini mungkin akan menyebabkan karangan anda kurang menarik. Paling utama, latihan yang kerap diperlukan kerana ada sesetengah pelajar mengeluh kerana masa yang panjang diperlukan untuk menulis karangan seperti ini. Jika ditanya kepada pelajar yang menguasai karangan jenis ini, mereka akan mampu menulis karangan jenis nin sehingga empat hingga enam muka surat tanpa masalah. Ingat, penulisan karangan jenis ini bergantung kepada kebolehan dan kemampuan seorang pelajar.


Perenggan Pengenalan:

Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik Pemerian








Frasa menarik

Frasa menarik
Mata Hasan sukar untuk dipejamkan. Berkali-kali dia cuba melayari tidurnya pada malam tersebut, namun usahanya gagal.Tiba-tiba Hasan bangun dan berjalan  ke arah bilik ibunya. Anak mata Hassan tertacap pada sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas katil usang di dalam bilik tidur yang agak kecil dan uzur. Entah mengapa, Hassan tertarik melihat wajah tua ibunya yang selama ini berusaha menyara hidupnya. Kelihatan tubuh ibunya kurus dan muka berkedut mengambarkan umurnya yang semakin tua. Umur ibu Hassan 60 tahun. Namun, tubuh kurus itulah yang bergelut mencari rezeki untuk menyara kehidupan Hassan dan adiknya Nazri. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi,  kais petang makan petang. Namun, Hassan pasrah akan ketentuan Tuhan dan dia bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sanggup memeliharanya bagai menatang minyak yang penuh.

Perkembangan Cerita:-
Perenggan Kedua:-
Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik Imbas Kembali
dan teknik dialog.
Pada masa yang sama, Hasan mula mengingati semula saat-saat manis ketika ayahnya masih hidup. Walaupun mereka kurang berada tetapi kehadiran ayahnya amat dirasai oleh Hasan. “ Hasan, ayah sudah tua nak, mungkin umur ayah tidak panjang’, kata ayahnya dengan nada suara yang mendayu. Kata-kata ayahnya menyentuh perasaan mudanya. “ Ayah, Hasan sayang ayah. Janganlah ayah berkata begitu”, kata Hasan sambil tangannya memeluk tubuh ayahnya yang kurus kerana setiap hari membanting tulang berladang di belakang rumahnya. Tanpa Hasan sedari air matanya berlenang dan membasahi bahu ayahnya. “Hasan sayang ayah ke?” suara ayahnya kembali kedengaran dan menyebabkan Hassan tertumpu semula melihat wajah  ayah kesayangannya. “ Jika Hasan sayang ayah, belajar bersungguh-sungguh ye nak,” kata ayahnya lagi.  Hasan menggangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju. “Ayah dan ibu tidak ada harta dan Hasan perlu belajar dan mengubah kehidupan keluarga kita yang daif ini. Hasan  harapan ayah dan ibu, belajar sungguh-sungguh, ayah ingin melihat Hasan berjaya tidak seperti ayah”, kata ayahnya dengan nada yang sedih. Kata-kata itulah yang sering diluahkan oleh bapanya sebagai motivasi kepadanya  untuk berjaya dalam kehidupan dunia yang mencabar ini.

Perenggan Ketiga:-  ( Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik Dialog dan  Teknik Pemerian.
      “Hasan bangun nak”,  suara ibunya kedengaran. Hasan terpinga-pinga daripada lamunannya. Kisah lima tahun lalu bersama ayahnya berlalu begitu sahaja. Mata Hasan tertumpu pada jam dinding usang yang terletak pada dinding kayu di bilik tidurnya. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. “Ya, bu, Hassan datang”, kata Hasan lalu  bingkas bangun daripada biliknya. Hasan tahu bahawa setiap pagi setelah bangun, ibunya sudah menyiapkan bungkusan nasi lemak untuk dihantar ke kedai Pak Yusuf. Hasan tahu ibunya sudah bangun awal kira-kira pukul 4.00 pagi untuk menyediakan nasi lemak untuk dijual bagi menampung kehidupan mereka bertiga. Dengan menaiki basikal peninggalan arwahnya ayahnya,  Hasan akan terus berkayuh ke kedai Pak Yusuf untuk menghantar nasi lemak yang dibuat oleh ibunya. Begitulah rutin kehidupan Hasan dan setelah balik Hasan akan mandi dan menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian, dia akan bersiap membantu menyiapkan adiknya untuk ke sekolah.  Hasan merupakan pelajar ting. lima Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kanan. Adiknya, Nazri pelajar sekolah rendah di Kampungya. Nazri pelajar darjah enam..

Perenggan Keempat:- ( Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik Dialog dan Teknik Suspen.
          Hasan merupakan pelajar cemerlang di sekolah mereka. Justeru, ada segelintir pelajar lain yang tidak senang dengan kejayaannya. “Hoi, budak miskin. Jangan sekali-kali kau berani nak mendekati kami. Bau macam kambing,” kedengaran suara Hamid salah seorang pelajar sekelas dengannya. “ Kalau dah miskin tu, buat cara orang miskin,” sambung Hamid sambil mencebek mukanya. Hasan tahu, Hamid merupakan anak seorang  pengurus ladang kelapa sawit di kampungnya. Setiap kali Hamid membuli dan memperli Hasan, Hasan tidak membalas balik tetapi kawan-kawan yang bersama-sama dengan Hamid  akan mentertawakanya.. Hasan bertekad, berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali. Ada kalanya, Hamid berindak nekad dengan menarik baju Hasan. Baju Hasan yang sudah dipakai tiga tahun koyak sedikit. “Hoi budak busuk, tukarlah baju baru, kami dah tak tahan bau busuk baju kamu tu,” kata Hamid dengan nada suara yang tinggi. “Ha..ha.haaaa, memanglah dasar orang miskin suka menyusahkan kami belajar,” kata Jebat, dan Roslan. Mereka sedar, Hasan tidak akan bertindak untuk melawan mereka. Akhinya mereka meninggalkan Hasan seorang diri di tepi pandang dan menuju ke kantin. Memang Hasan tidak akan ke kantin sekolah kerana dia tahu wang yang  diberi ibunya lebih baik disimpan untuk masa kecemasan. Dia selalu membawa air masak dari rumahnya untuk minum di sekolah.

Perenggan Kelima:- ( Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik Dialog


Teknik pemerian.






Imbas kembali.



“Hasan, bila awak nak bayar yuran peperiksaan? Dah masuk bulan tujuh ni, kamu masih belum menjelaskan yuran berkenaan. Saya bagi tempoh minggu depan untuk kamu membayar wang tersebut,” kata Cikgu Ramlah kepada Hasan dengan nada suara yang agak tinggi. “Baik cikgu, saya akan cuba jelaskan minggu depan,” kata Hasan. Cikgu Ramlah tahu Hasan bukan dari golongan orang berada tetapi dia terpaksa berkata begitu kerana itu sudah lumrah tanggungjawab seorang guru memungut yuran peperiksaan daripada muridnya. Dengan longlai Hasan pulang ke rumah. Kata-kata gurunya bermain difikirannya. Sementara tindakan Hamid mengoyakkan bajunya pagi tadi menyebabkan dia serba salah kerana baju itulah satunya baju sekolanya yang masih baik. “ Apa aku nak cakap pada ibu nanti, baju koyak dan Pn. Romlah minta duit yuran peperiksaan,” hati kecil Hasan berkata. Hasan terus ke tempat meletak basikal di belakang sekolah. Dengan lemah dan berat, kaki Hasan mengayuh basikal pulang ke rumahnya. Hatinya terbeban dengan dua konflik yang berlaku pada dirinya pada hari itu.

Perenggan Keenam:- (Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik dialog.











Frasa menarik
Teknik pemerian.



Teknik monolog dalaman


“Mak, tadi cikgu kelas Hasan minta yuran peperiksaan”, kata Hasan dengan nada yang lembut kepada ibunya. “Cikgu kata, minggu ini minggu terakhir untuk membayar yuran. Jika sesiapa tak membayar yuran tersebut mereka tidak boleh mengambil peperiksaan SPM hujung tahun ni”, sambung Hasan lagi.  Hasan gusar menunggu jawapan ibunya. “Hasan, mak nak kamu belajar bersungguh-sungguh. Berkenaan yuran berkenaan Hasan jangan risau, nak. Ibu akan menyediakankan wangnya minggu hadapan,”jawap ibunya seperti memberi kepastian bahawa masalah yuran Hasan akan selesai pada minggu hadapan. “Emak, saya ada wang simpanan. Bolehlah saya bantu emak membayar yuran berkenaan. Saya ada menyimpan duit, mak,” Hasan cuba meringankan bebanan yang ditanggung emaknya. “Hasan, biarlah emak saja memikirkan masalah yuran berkenaan kerana itu tanggungjawab emak. Simpan wang  kamu dan kamu tidak boleh mengikat perut di sekolah sekadar untuk menabung, Hasan,” kata emaknya tegas. Hasan tidak sanggup untuk menambah beban emaknya, dan dia terpaksa  mendiamkan dan merahsiakan bajunya yang telah koyak pada pagi tadi. Hasan segera mengambil jarum dan benang dan terus menjahit baju berkenaan untuk digunakan semula.  Dalam hati Hasan,” Biarlah aku berkongsi masalah dengan emak dan menanggung derita ini bersama-sama. Tak sampai rasanya aku untuk menambah bebanan emak yang semakin berat. Sabar separuh daripada iman.”




Perenggan Ketujuh:- ( Konflik)

Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik Pemerihalan




Teknik Dialog

Teknik Suspens












Teknik monolog dalaman
Dua bulan kemudian, peperiksaan percubaan SPM diadakan.  Apabila keputusan peperiksaan diumumkan Hasan berjaya mendapat keputusan percubaan dengan cemerlang. Hasan mendapat semua “A” dalam lapan mata pelajaran yang diambilnya. Peristiwa tiga bulan dahulu  berulang semula. Hamid dan rakan-rakanya telah mengganggu Hasan kerana mereka tidak puas hati dengan keputusan Hasan yang sentiasa cemerlang. “Hoi, Hasan, macam mana kamu boleh cermelang dalam peperiksaan sedangkan kau tidak ada buku tambahan, tidak menghadiri tuisyen, dan pakaian busuk tak berganti-ganti,” jerit Hamid seperti biasa tidak suka melihat kelebihan Hasan dalam pelajaran.
“Hamid, walaupun aku miskin tetapi aku tetap yakin Allah Maha Besar dan mendengar rintihan orang miskin seperti saya. Setiap malam  saya berusaha dengan membuat latihan dan ulangkaji di rumah. Buku rujukan rakan-rakan yang prihatin meminjamkan buku itu kepada saya,  saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Saya orang miskin Hamid tak macam kau, orang berada” kata Hasan panjang lebar. “ Hamid jika kau nak belajar dan berbincang dengan saya, saya persilakan. Bagi saya,  kamu ialah kawan saya juga  dan tiada apa kesalahan kamu yang melukakan hati saya,” kata Hasan lagi. Hamid termenung, dan meninggalkan Hasan bersendirian. Kata-kata itu betul-betul menyentuh perasaannya. “Sepatutnya Hasan membenciku, aku selalu membuli dan memperlinya, tetapi murni sungguh budi pekerti Hasan,” getus Hamid setelah pertemuannya dengan Hasan. Kata-kata Hasan mencuit hatinya yang keras bak batu.  Entah macam mana, hati Hamid mulai berubah. Hatinya yang keras itu berubah selembut kapas.

Perenggan Kelapan:- ( Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan

Teknik Dialog














Teknik Pemerian

 Peperiksaan SPM akan diadakan tiga bulan lagi. Namun, Hasan tidak pula meninggalkan tugas rutinnya membantu ibunya menjual  nasi lemak di kedai Pak Yusuf. “Hasan kamu nak periksa nak. Cukuplah kamu membantu ibu. Ibu boleh menghantar nasi lemak ke kedai Yusuf. Bukan jauh pun,”kata ibunya. “ Ibu, jangan risau tentang peperiksaan SPM, Hasan sudah bersedia dan sekarang Hasan meningkatkan usaha dengan menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah dan pada waktu malam Hasan membuat ulangkaji” jawab Hasan cuba meleraikan persoalan dan kerisauan bermain di dalam fikiran  ibunya. “ Allah sentiasa merahmati Hasan dan Hasan cuma mohon ibu mendoakan Hasan berjaya dalam peperiksaan nanti,” kata Hasan lagi. Mak Lijah teruja mendengar kata-kata anaknya, dan segera memeluk Hasan. “Emak ingin meilhat kau berjaya dan ingat pesah arwah ayahkau dulu. Tugas emak untuk mengotakan harapan ayahkau San,” kata Mak Lijah dalam nada bangga dan sedih. Tangganya semakin kuat memeluk anak kesayangannya itu.
     Seperti biasa pada waktu petang Hasan akan ke sekolah menghadiri kelas tambahan yang dibuat oleh guru mata pelajaran yang mengajarnya. Hasan faham kelas tersebut banyak membantunya untuk persediaan peperiksaan. Tidak seperti pelajar lain seperti Hamid, Roslan dan Jebat yang setiap malam menghadiri kelas tambahan di pekan. Pada waktu malam pula selepas menunaikan sembahyang Isya, Hasan mulai membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran. Hasan bertekad untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Perenggan Kesembilan:- ( Klimaks)
Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik pemerian

Teknik dialog


Teknik suspens













Simpulan bahasa

  Seperti setiap pagi Hassan ke sekolah menaiki basikal tua peninggalan bapanya. Hasan terkejut apabila sampai di selokah jalan dalam perjalan ke sekolah, Hasan melihat kelibat Hamid yang sedang menunggunya dengan basikal. “ Setahu aku, Hamid tak pernah naik basikal ke sekolah,” kata hati kecilnya. Ya Allah, kuatkan hatiku menghadapi Hamid yang tidak serik-serik mengangguku. Jauhkan aku dari sengketa,” Hasan berdoa sambil mengayuh basikalnya.
   “Asalamulaikum, San. Boleh aku ke sekolah bersamamu,” kata Hamid dengan suara yang tidak seperti biasa. “Silakan Hamid, ada juga teman saya ke sekolah,” kata Hasan.  Hamid dengan nada kesal memohon maaf segala tindakannya selama ini terhadap Hasan. Hamid juga meminta Hasan menerimanya sebagai seorang sahabat. Hamid juga ingin belajar dalam kumpulan Hasan. Semenjak itu, Hamid dan Hasan sentiasa belajar bersama-sama. Kawan-kawan Hamid seperti Jebat dan Roslan kehairanan melihat perubahan drastik Hamid. Mereka berdua semakin meningkatkan usaha membuat ulangkaji. Pada setiap malam, Hamid akan dihantar oleh bapanya ke rumah Hasan untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama. Hamid juga membawa buku rujukan dan latihan yang pelbagai untuk mereka belajar bersama. Ayah Hamid, kagum dengan peningkatan Hamid dalam pelajaran hasil berkawan dengan Hasan. Setiap malam, ada saja buah tangan yang di bawa oleh Hamid.

Perenggan Kesepuluh:- ( Peleraian)
Kriteria dan teknik komsas
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
Teknik Pemerian


Teknik suspens













Selitkan peribahasa untuk mengaitkan karangan yang anda tulis.

  Peperiksaan SPM sudah berlalu. Hasan dan Hamid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hamid sentiasa mengucapkan terima kasih kepada Hasan kerana selama dia belajar bersama Hasan, banyak kemahiran belajar dan masalahnya dalam pembelajaran dalam dileraikan semasa berbincang dengan Hasan.
  Tiga bulan selepas itu keputusan SPM diumumkan. Hamid telah diumumkan antara pelajar terbaik dalam  peperiksaan SPM 2012 dan dia mendapat 7A 1B dalam peperiksaan berkenaan. Jantung Hasan bergemuruh kerana namanya tidak disenaraikan sebagai pelajar terbaik. “Tuan dan puan sekalian, pada tahun ini salah seorang pelajar SMK Lambor Kanan telah diisytiharkan sebagai pelajar terbaik peringkat negeri Perak. Diminta kepada pelajar berkenaan Adik Hasan b. Ali naik ke pentas menerima slip peperiksaan SPM 2012. Hasan memeluk ibunya denga lenangan air mata dan naik ke pentas menerima slip peperiksaan SPM 2012. Hamid berlari ke arah Hasan dan memeluk Hasan kerana kejayaan mereka mendapat keputusan cemerlang. Encik Musatafa, bapa kepada Hamid bersetuju mengambil Hasan sebagai anak angkat dan menanggung segala perbelanjaan Hamid  untuk melanjutkan pelajaran. Kini Hamid dan Hasan berada di tahun akhir Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran. Mereka merupakan sahabat sejati. Bak kata pepatah genggam bara api biar sampai menjadi arang.



2 ulasan: