Rabu, 7 Ogos 2013

PASTIKAN ANDA MEMAHAMI SETIAP KESALAHAN SAMA ADA EJAAN, BINAAN FRASA DAN AYAT DAN PENULISAN YANG SEPATUTNYA



KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING DILAKUKAN OLEH PELAJAR
KESALAHAN
PEMBETULAN
Ada berbagai barang di kedai itu.
 Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
 Ada pelbagai barang di kedai   itu.
Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
Ali dihadiahi sebuah buku harian.
Di antara mereka yang hadir.
Antara mereka yang hadir.
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim.
Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim.
Bangunan itu adalah Daya Bumi.
Bangunan itu Daya Bumi.
Banyak orang datang.
Banyak orang yang datang.
Berbincang masalah.
Berbincang tentang masalah itu.
Berdasarkan kepada perkara itu.
Berdasarkan perkara itu.
Bergantung kepada.
Bergantung pada.
Berhubung itu.
Berhubung dengan itu.
Berkait itu.
Berkait dengan itu.
Berkaitan itu.
Berkaitan dengan itu.
Bersama.
Bersama-sama.
Beda.
Beza.
Bola itu Ali tendang.
Bola itu ditendang (oleh) Ali.
Bola itu ditendang oleh saya.
Bola itu saya menendang.
Bola itu saya tendang.
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad.
Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.
Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
Buku itu dihantar ke perpustakaan.
Buku itu dimasukkan dalam laci.
Buku itu dimasukkan di dalam laci.
Buku itu disimpan dalam laci.
Buku itu disimpan di dalam laci.
Di dalam hal itu.
Dalam hal itu.
Di dalam peperiksaan itu.
Dalam peperiksaan itu.
Dari Kedah hingga Sabah.
Dari Kedah ke Sabah.
Dari masa ke semasa.
Dari masa ke masa.
Dari semasa ke masa.
Dari semasa ke semasa.
Daripada segi.
Dari segi.
Dato’ Sri.
Dato’ Seri.
Datuk Sri.
Datuk Seri.
Dengan lain perkataan.
Dengan perkataan lain.
Dalam bilik itu.
Di dalam bilik itu.
Dia belajar dari pengalaman.
Dia belajar daripada pengalaman.
Dia datang bila dipanggil.
Dia datang apabila dipanggil.
 Dia memandang pada saya.
 Dia memandang kepada saya.
Dia memandang saya.
Dia berikan anaknya pelajaran.
Dia memberi anaknya pelajaran.
Dia berikan saya sebuah buku.
Dia memberi saya sebuah buku.
Dia memberi buku kepada saya.
Dia memberikan buku kepada saya.
Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
Dia memberi anaknya pelajaran.
Dia mempelajari daripada pengalamannya.
Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya.
Dia memperisterikan Aminah.
Dia memperisteri Aminah.
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar.
Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.
Dia menaiki bendera.
Dia menaikkan bendera.
Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Dia mengambil apa sahaja.
Dia mengambil apa-apa sahaja.
Dia menolehkan pandangannya kepada saya.
Dia menolehkan pandangannya pada saya
Dibincangkan di dalam mesyuarat itu.
Dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Dia merindukan anaknya.
Dia merindui anaknya.
Jangan memijak rumput.
Jangan pijak rumput.
Jauhilah daripada dadah.
Jauhilah dadah.
Berkesanan.
Keberkesanan.
Kedua belah pihak.
Kedua-dua belah pihak.
Kepimpinan.
Kepemimpinan.
Kereta itu melalui di jalan besar.
Kereta itu melalui jalan besar.
Letaklah di mana yang sesuai.
Letaklah di mana-mana yang sesuai.
Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang.
Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.
Maksudnya yang asalnya.
Maksudnya yang asal.
Melawat ke Eropah.
Melawat Eropah.
Melihat kepada/pada keindahannya.
Melihat keindahan.
Membincangkan tentang perkara itu.
Membincangkan perkara itu.
Menduduki di tempat kedua.
Menduduki tempat kedua.
Beg itu mengandung.
Beg itu mengandungi.
Mensiakan tanggungjawab.
Mensia-siakan tanggungjawab.
Mengunjungi ke Eropah.
Mengunjungi Eropah.
Mereka memberitahukan saya perkara itu.
Mereka memberitahu saya perkara itu.
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.
Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.
Mereka-mereka.
Mereka.
Oleh kerana itu.
Oleh sebab itu.
Merujuk kepada surat tuan
Merujuk surat tuan
Di masa
Pada masa
Pada pendapatan saya
Pada pendapat saya
Pada satu hari (bilangan)
Pada suatu hari (tak tentu harinya)
Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan
Para wartawan
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri
Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
Pergilah ke mana pun
Pergilah kemana-mana pun.
Perkara itu ialah benar
Perkara itu adalah benar
Pilihlah mana yang sesuai
Pilihlah mana-mana yang sesuai
Ramai orang datang
Ramai orang yang datang
Sebahagian wangnya didermakan
Sebahagian dari wangnya didermakan.
Sebahagian daripada wangnya didermakan
Sehubungan itu
Sehubungan dengan itu
Selain dari/ daripada itu
Selain itu 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya
Semoga rohnya dicucurkan rahmat.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Seperti yang kita telah katakan.
Seperti yang telah kita katakan.
Sri.
Seri (cahaya)
Setengah orang
 Setengah-setengah orang
 Sesetengah orang
Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka
Surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
Takutkan hantu.
Takut akan hantu.
Tan Seri.
Tan Sri.
Tanyalah siapa pun.
 Tanyalah sesiapa pun.
 Tanyalah siapa-siapa pun.
Tiap orang  / setiap-tiap orang
Tiap-tiap orang / setiap orang.
Tiga ayam.
Tiga ekor ayam
Yang mana
Yang
Melaporkan dari
Melaporkan berita dari
Amat pandai
Amat pandai sekali
Sangat kukuh
sangat kukuh sekali
sungguh gagah
sungguh gagah sekali
terbesar sekali
 terbesar
 besar sekali
paling kuat sekali
paling kuat
 kuat sekali

Isnin, 5 Ogos 2013

KERJA RUMAH UNTUK TINGKATAN EMPAT SEPANJANG CUTI HARI RAYA 2013

Assalamualaikum, kepada pelajar ting. empat. Di bawah saya sertakan soalan sebagai kerja rumah anda. Soalan berkenaan merupakan soalan Pra Percubaan SPM 2013. Soalan di bawah hanya serpihan komponen soalan berkenaan dan saya tidak menyertakan keseluruhan soalan tetapi hanya soalan terpilih.






DIHARAPKAN ANDA MELAKUKAN KERJA RUMAH INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN HASILANYA PERLU CEMERLANG. ANDA BOLEH MENJAWAB SETIAP SOALAN DALAM KERTAS PEPERIKSAAN. SELAMAT HARI RAYA DAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN SEMPURNA.

Sabtu, 3 Ogos 2013

CADANGAN JAWAPAN SOALAN NOVEL 4 (A) DAN 4 (B) SOALAN SBP KERJA RUMAH UNTUK CUTI HARI RAYA

Soalan Komsas Novel di bawah antara soalan berbentuk KBKK ( Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Justeru, soalan berkenaan memerlukan pelajar berfikir dan mengaitkan kemahiran komsas untuk menjawabnya. Pelajar tidak perlu panik apabila menerima soalan berkenaan. Apabila ada unsur teguran, sudah pasti jawapannya berfokus kepada idea atau persoalan negatif yang berlaku dalam masyarakat dalam novel berkenaan. Selain persoalan, anda juga boleh merujuk kepada pengajaran sesbuah novel, kerana pengajaran merupakan panduan kepada masyarakat untuk tidak melakukan tingkah laku yang negatif.

Soalan 4 (a)
Pengarang biasanya menggunakan karya yang ditulis sebagai medan untuk menegur pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, berikan dua teguran yang dibuat oleh pengarang.

Contoh jawapan:-
  Pengarang kebiasaannya memasukkan idea sampingan atau persoalan ke dalam karya mereka untuk menegur masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian. Saya memilih novel Kembara Amira karya  (Amer Hmzah L.Kadir) dalam membicarakan teguran yang telah dilakukan oleh pengarang Novel Kembara Amira.

  Antara teguran yang telah dilakukan oleh pengarang adalah dengan menengur sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contohnya bapa Jachinta iaitu rakan Amira yang berkahwin untuk kali kedua tetapi tidak dipersetujui oleh anaknya. Akibatnya Jachinta tidak pulang ke rumah tetapi mengambil keputusan mengikuti Amira bersamanya ibunya mencari gali artifak di Bukit Mat Raya. Oleh sebab itu, sebagai bapa, bapa Jachinta perlu mendapat persetujuan daripada anaknya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin buat kali kedua kerana paling utama ialah kebahagian rumah tangga dan Jachinta merupakan salah seorang ahli keluarganya. Justeru, hati dan perasaan Jachinta perlu dijaga oleh bapanya.

   Selain itu, pengarang juga menegur segelintir masyarakat yang bersifat materialstik sehingga sanggup mengaut kekayaan sehingga tidak memikirkan kepentingan orang lain. Hal ini jelas dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas. Hal ini terbukti dengan kehadiran John O’Hara berusia setengah abad ke Bukit Mat Raya untuk membuktikan bahawa kawasan tersebut mengandungi emas atau tidak. Sekiranya terbukti kawasan tersebut mengandungi emas sudah pasti kawasan tersebut akan diterokai dan kawasan hutan di tempat berkenaan akan musnah apabila usaha cari gali emas dijalankan di kawasan tersebut.
    Bahkan juga, pengarang menyelitkan teguran ke atas sesetengah masyarakat yang tidak menerima kehadiran orang luar seperti berlaku kepada Ipah ataupun Jenifer, contohnya Ipah tidak diterima oleh masyarakatnya kerana kulitnya putih dan matanya biru. Perbezaan kulit dan warna matanya menyebabkan rakan-rakan sebaya dalam kalangan masyarakat Orang Asli memulaunya.Justeru, hati budi ahli masyarakat perlu dijaga dan jika berlaku hal demikian kehidupan sesebuah keluarga akan musnah seperti Ipah melarikan diri menyebabkan suaminya Tau, Itai dan Sabi terpisah.
 
Soalan 4 (b)
Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, bandingkan satu unsur saspens terdapat dalam setiap novel.

    Unsur saspens merupakan teknik plot yang amat penting untuk meninggalkan kesan pertanyaan kepada pembaca terutama peristiwa yang mungkin akan berlaku selepas sesuatu peristiwa tersebut berlaku.

 Dalam Novel Azfa Hanani karya  Halis Azhan Mohd Hanafiah teknik saspens diperlihatkan melalui peristiwa ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah    sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.
 
     Sementara dalam Novel Kembara Amira peristiwa berkaitan unsur saspens dapat dilihat melalui keadaan diri Malique setelah ditangkap oleh mahkluk berbulu·Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya.  Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang.  Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya?  Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang. Pembaca tertanya-tanya tujuan mahkluk berbulu menangkap Malique, dan kaitan mahkluk berbulu tersebut dengan Malique. Justeru, teknik saspens ini sangat memberi kesan sampingan kepada pembaca dalam sesebuah novel kerana teknik ini akan merangsang pembaca untuk mengetahui peristiwa yang akan berlaku setelah sesuatu konflik berlaku.
 
Untuk makluman, di atas merupakan contoh jawapan sebagai usaha untuk mempermudah pelajar menjawab soalan. Sebagai cadangan pelajar perlu merujuk nota dan rujukan tambahan untuk memastikan jawapan anda mantap. Jika boleh tambah isi, supaya jawapan anda mempunyai "bacpup". Harap maklum. Pastikan jawapan anda mantap. Jika ada kelapangan saya akan memasukkan lagi kerja tambahan terutama bahagian komponen soalan yang agak sukar seperti peribahasa, dan tatabahasa yang lain. Diharapkan anda sentiasa merujuk blog ini untuk arahan selanjutnya. Sekian.

Sekiranya terdapat masalah dalam melakukan kerja rumah, sila hubungi saya melalui face book saya. Jika boleh saya akan membantu anda.

Saya mengharapkan anda melakukan tugasan kertas 1 dan 2 dengan cemerlang. 

Sabtu, 13 Julai 2013

CONTOH KARANGAN MENARIK PELAJAR TINGKATAN 5 MINGGU INI




  InsyaAllah jika ada masa, saya akan melampirkan karangan pelajar terbaik yang lain.

KERJA RUMAH KERTAS 1 TASK FORCE JPN PENGUKUHAN 3 (KERJA RUMAH 13 HINGGA 14 JULAI 2013)

PERINGATAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5
DI BAWAH DISENARAIKAN KERJA RUMAH ANDA MINGGU INI.
SEBELUM ITU, PASTIKAN KERJA TASK FORCE PENGUKUHAN 2 (KERTAS 2 BM) DISELESAIKAN TERLEBIH DAHULU.

Selain itu, saya ingin mengingatkan anda kerja rumah task force 3 amat sesuai dilakukan di rumah kerana    anda mempunyai kemudahan internet untuk mendapatkan pelbagai info untuk membantu menyelesaikan kerja anda. Hanya pelajar yang tidak berusaha sahaja yang akan mengganggap kerja rumah ini sukar kerana tidak merujuk kemudahan yang ada di rumah. Jika kerja ini dilakukan di sekolah anda sukar untuk mencari info terbaik untuk digunakan sebagai bahan untuk menulis karangan tersebut. Paling utama, sebelum anda mengarang fikirkan kriteria karangan cemerlang yang saya tekankan setiap kali pengajaran dan pembelajaran karangan sama ada berpandu atau karangan umum. Ingat hanya pelajar yang mengutamakan kecemerlangan dalam menghasilkan karangan yang akan mudah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013. Ingatan, elakkan sikap menangguh kerja kerana sikap ini akan merugikan anda.
     Saya harapkan pelajar tingkatan 4S memilih salah satu, sama ada soalan karangan berpandu atau karangan umum sebagai kerja rumah. Harap maklum.


Sabtu, 29 Jun 2013

SELAMAT BERCUTI DAN PERINGATAN KERJA RUMAH BAHASA MELAYU YANG DIBEKALKAN

KARANGAN UMUM

SOALAN 1Lambakan barangan tiruan dari luar negara di pasaran tempatan menjadi masalah utama yang
perlu dibanteras habis-habisan kerana kegiatan ini telah menjejaskan pengeluaran industri
kecil dan sederhana tempatan. Jelaskan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengekang lambakan baranga tiruan di negara kita.



PENGENALAN
Lambakan barangan tiruan di Malaysia bukanlah satu isu baru kerana isu ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat sama ada di peringkat daerah, negeri sehinggalah ke peringkat nasional. Sindiket ini sudah bertapak lama di dalam pasaran negara kita dan kini masih lagi ‘hidup’ dan ‘belum mati’ sepenuhnya. Apakah itu barang tiruan sebenarnya? Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, barangan tiruan bermaksud barangan palsu atau tidak tulen. Tegasnya, barangan tiruan merupakan hasilan keluaran syarikat pengeluaran yang beroperasi secara haram dengan mengeluarkan barangan  seakan-akan menyerupai barang yang asal tetapi kualitinya tidak standing dengan barangan yang asli. Sudah pasti, lambakan barangan tiruan mampu melumpuh dan menggugat operasi Industri kecil dan sederhana merupakan sumber pendapatan rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat luar bandar. Justeru, isu lambakan barangan tiruan tersebut perlu dibanteras dengan segera agar tidak menjadi barah yang mampu melumpuh ekonomi negara.

Perenggan Isi Pertama:-


Mari kita selongkar satu persatu langkah  untuk membanteras permasalahan lambakan barangan tiruan menggunakan minda pelajar kelas pertama agar isu berkenaan tidak akan melumpuhkan ekonomi negara. Antaranya, masyarakat sebagai pengguna mampu menggagalkan usaha pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi angkara utama permasalahan ini berlanjutan sehingga kini. Hal ini kerana, senjata utama yang mampu untuk membanteras penyakit yang semakin membarah ini adalah dengan kuasa pengguna. Masyarakat sebagai pengguna  perlu memulau barangan tiruan yang dipasarkan di pasaran tempatan. Sekiranya, masyarakat alpa dan terus menerus membeli barangan tiruan ini, mereka boleh diibarat sebagai pemusnah ekonomi negara dan seterusnya menyokong modus operandi pengeluar yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka. Walaupun barangan keluaran tulen agak mahal harganya tetapi kualiti barangan berkenaan lebih berkualiti kerana alah membeli menang memakai. Bahkan juga, pengguna akan dapat berjimat, selain selesa menggunakan barangan tulen kerana barangan tersebut tahan lama. Antara barangan tiruan sering dijual di pasaran seperti kasut, baju, tali pinggang, alat perhiasan wanita, dan pelbagai lagi. Justeru, masyarakat pengguna mampu membanteras modus operandi pengeluar dan pengedar barangan kerana kerjasama bak  aur dengan tebing mampu menggagalkan pengedaran barangan tiruan di pasaran.

Perenggan Kedua.
Akan bersambung.