Kini, Kini, isu kelestarian alam sekitar sering diperkatakan oleh masyarakat. Jelaskan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kelestarian alam sekitar di negara kita,
Sejak kebelakangan ini, pembangunan
tanpa limitasi kian pesat berlaku di negara kita terutama untuk menyesuaikan
perkembangan alaf globalisasi kini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian
telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas
semata-mata ingin mengejar kemajuan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Persoalannya, sebagai ahli
masyarakat yang bertanggungjawab apakah langkah-langkah positif untuk kita lakukan
untuk menangani masalah berkenaan?
Salah
satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar
adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan
mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka
masa yang panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah
penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang
paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah
oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh
itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta
supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan. Tegasnya,
mengurangkan penggunaan bahan kimia akan dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar.
Selain
itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh.
Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih
efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah
dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini
saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam
sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini,
undang-undang harus diperketatkan lagi oleh pihak berkuasa agar dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Oleh sebab itu, kerajaan perlu
menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh untuk mengelakkan kudis
menjadi tokak.
Dalam
pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian
kerana mampu menjaga kelestarian alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh
diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan
bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah
disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja
nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai
tisu. Melalui cara ini, sumber bahan terpakai boleh digunakan semula dan sudah
pasti dapat menjimatkan kos untuk melupuskannya demi kebersihan alam sekitar kerana ingat sebelum kena dan berjimat
sebelum habis.
Di
samping itu, kebersihan alam sekitar boleh diselenggara melalui kempen
kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga kelestarian alam sekitar. Melalui
kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam
sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung
dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan terjaga.
Oleh sebab itu, kempen kesedaran ini dapat melahirkan rakyat yang sedar akan kepentingan
alam sekitar kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Kesimpulannya,
setiap anggota masyarakat perlu bekerjasama dan memainkan peranan untuk
mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah
ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara
rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak
akan memuaskan hati semua orang. Sinonim dengan slogan negara “ Negara
Bersih, Rakyat Sihat ”
(492 patah perkataan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan