Di bawah saya lampirkan nota Puisi
Tradisional Syair Bidasari ( Jamilah Hj. Ahmad) untuk pelajar Tingkatan 4 Stem
2020. Begitu juga pelajar 4 K2 2020.
SYAIR BIDASARI
A. MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1
Dengarkan
tuan suatu riwayat
Raja di
desa Negeri Kembayat
Dikarang
fakir dijadikan hikayat
Supaya
menjadi tamsil ibarat
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat.
Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri.
Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.
Rangkap 2
Ada raja
suatu negeri,
Sultan
halifah akas bestari,
Asalnya
baginda raja yang bahari,
Melimpah
ngadil dagang senteri.
Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang
gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada
peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit
kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).
Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang
mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada
sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Seri
sultan raja bestari,
Setelah
ia sudah beristeri,
Beberapa
bulan beberapa hari,
Hamillah
puteri permaisuri.
Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam
perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.
Rangkap 5
Beberapa
lamanya dalam kerajaan,
Baginda
duduk bersuka-sukaan,
Datanglah
beroleh kedukaan,
Baginda
meninggalkan takhta kerajaan.
Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman
sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari
istana.
Rangkap 6
Datanglah
kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas
gurda sangat perkasa,
Menjadi
negeri rosak binasa.
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang
di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam
epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
Rangkap 7
Datanglah
menyambar suaranya bahana,
Gemparlah
sekalian mulia dan hina,
Seisi
negeri gundah-gelana,
Membawa
diri ke mana-mana.
Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa.
Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan.
Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah
tujuan.
Rangkap 8
Baginda
pun sedang dihadap orang,
Mendengar
gempar seperti perang,
Bertitah
baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil
menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di
medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas
tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.
B. Tema
Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang
melarikan diri telah tiba di sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah kampung
dan permaisuri yang sarat mengandung telah tiba waktu untuk bersalin.Mereka
mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan sungai.
C. Persoalan
Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha
mencari kehidupan yang lebih terjamin.
Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang
tersayang.
Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
C. Bentuk
Terdiri daripada 8 rangkap.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah
kata.
Semua baris adalah maksud.
Rima akhir aaaa.
Rima akhir aaaa.
D. Gaya Bahasa
Asonansi -Pengulangan huruf vokal - Dengarkan tuan suatu
riwayat (a)
Aliterasi - Seri sultan raja bestari (s)
Bahasa klasik- akas, ngadil, halifah, takhta
Bahasa istana - baginda, permaisuri, takhta
E. Nilai
Nilai ketaatan
Rakyat Kembayat taat kepada sultan pemerintah.
Nilai tanggungjawab
Raja negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri.
Nilai keprihatin seorang pemimpin
Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh
orang lain.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
F. Pengajaran
Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar
hidup lebih bermakna.
Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka
beroleh kebahagiaan .
Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh
orang lain.
Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita
sentiasa aman dan makmur.
Kita mestilah berani menghadapi cabaran masa depan.
Kita mestilah bijak mentadbir negara untuk kebaikan bersama.
2 ulasan:
Mantap coy
Good job
Catat Ulasan