Sabtu, 21 September 2013

JAWAPAN MODUL PROGRAM ELIT BAHASA MELAYU KERTAS 2 DAERAH PERAK TENGAH 2013 ( RUMUSAN DAN PEMAHAMAN UMUM)



Latihan Latih Tubi ( Rumusan)

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang dan cara-cara untuk menggalakkan masyarakat mengambil makanan seimbang. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
           
            Setiap manusia memerlukan makanan untuk hidup. Pengambilan makanan seimbang penting untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik. Pemakanan seimbang bermaksud makanan yang mengandungi kumpulan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Protein, vitamin, kabohidrat, garam dan sebagainya yang terdapat dalam makanan diperlukan oleh tubuh untuk membolehkan sistem tubuh berfungsi dengan baik, selain berupaya melawan penyakit. Walaubagaimanapun, makanan juga dapat memudaratkan kesihatan seseorang sekiranya peraturan pemakanan tidak dipatuhi dan jika diambil secara berlebihan.

            Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang dapat memberikan tenaga bagi membolehkan seseorang melakukan aktiviti seharian.Namun, makanan tersebut turut mengandungi banyak lemak dan kalori yang tinggi jika diambil berlebihan. Lemak merupakan sumber utama kolestrol yang menyebabkan obesiti dan mendorong serangan jantung serta meningkatkan risiko serangan barah. Pengambilan kabohidrat secara berlebihan seperti nasi juga merupakan punca utama obesiti. Hal ini demikian kerana kalori yang berlebihan disimpan dalam bentuk lemak jika tidak digunakan.

            Orang  ramai disyorkan agar banyak mengambil makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mengandungi sumber vitamin, mineral  dan serat. Pengambilan serat penting untuk mempercepat proses makanan melalui saluran penghadaman. Orang ramai digalakkan melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh bagi membakar kalori lemak yang terdapat  di dalam badan. Manusia yang tidak aktif dan tidak mahu bersenam juga boleh menyebabkan obesiti.

            Keseimbangan pengambilan pelbagai jenis makanan penting untuk menjamin kesihatan yang sempurna dan berterusan bagi menghindari daripada penyakit. Mempelbagaikan makanan yang diambil dalam menu seharian merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan nutrient bagi tujuan tumbesaran. Selain itu, pengambilan makanan tersebut juga dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan tenaga. Khasiat sesuatu makanan juga bergantung pada cara penyediaannya.  Ibu atau pembantu rumah yang memasak perlu mempunyai ilmu penyediaan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

            Orang  ramai perlu banyak meminum air kerana lebih daripada separuh kandungan tubuh manusia terdiri daripada air yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan berfungsi untuk buah pinggang berfungsi dengan baik. Amalan pemakanan seimbang dalam kalangan masyarakat perlu menjadi agenda utama negara untuk melahirkan rakyat yang cergas.

  (Dipetik dan diubahsuaikan daripada
     ’Pengambilan Makanan Seimbang’ oleh Siti Balkis Budin,
DewanMasyarakat, Mei 2007)

Jawapan Soalan Rumusan Teks:-

Pendahuluan/Pengenalan

Petikan membincangkan faedah / manfaat /kebaikan / kelebihan / kesan mengamalkan makanan seimbang dalam kehidupan seharian.         

Isi Tersurat (Kepentingan pengambilan makanan seimbang)
 
1    Memastikan seseorang itu mencapai tahap kesihatan yang baik                                [2m]
2    Protein, vitamin dan kabohidrat membolehkan sistem tubuh berfungsi dengan  baik.    [2m]
3    Berupaya melawan penyakit.                                                                                  [2m] 
4    Sumber protein, vitamin dan galian dapa tmemberikan tenaga                                    [2m] 
5    Pengambilan serat penting untukmempercepat proses makanan melalui saluran
      penghadaman                                                                                                        [2m]
6     Menjamin kesihatan yang sempurna dan berterusan bagi menghindari daripada penyakit                                                                                                                                 [2m]
7   Memenuhi keperluan nutrient tujuan tumbesaran                                                        [2m] 
8   Meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan tenaga.                                                  [2m]
9   Minum air dapat membantu melancarkan peredaran darah dan buah pinggang
     berfungsi dengan baik                                                                                              [2m]
                                                                                                 

Isi Tersirat (Cara-cara untuk menggalakkan masyarakat mengambil makanan seimbang)
1   Kerajaan menjalankan Kempen Kepentingan Makanan Seimbang dalam
     masyarakat secara berterusan                                                                                  [2m]
2    Media massa menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan kepentingan 
      pemakanan seimbang                                                                                         [2m]
 
3   Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil pemakanan seimbang   [2m]
4   Pihak sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah
     mempunyai nutrien dan berkhasiat                                                                     [2m]
 
5   Pusat kesihatan / para doktor mengadakan ceramah kepada masyarakat tentang
     kepentingan mengambil pemakanan seimbang                                                 [2m]
 
6   Peniaga gerai makanan perlu memastikan makanan yang dijual berkualiti        [2m]

Penutup

Kesimpulannya, pengambilan  makanan seimbang perlulah disokong oleh semua pihak  
supaya rakyat yang sihat dan cergas dapat dilahirkan                                                     [2m]

Soalan Latih Tubi (II) Rumusan Teks



Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kesan-kesan usaha tersebut kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pelbagai transformasi dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak demi meningkatkan kredibiliti perkhidmatan awam di negara ini. Perkhidmatan awam yang dianggotai kira-kira 1.2 juta orang kakitangan tidak terkecuali daripada terlibat dalam transformasi sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan. Semua penjawat awam perlu berganding bahu dan berazam untuk merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan bertunjangkan keutamaan kepada rakyat.
Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara. Teguran sering dibuat terhadap sikap negatif kakitangan awam yang kurang mesra di kaunter-kaunter apabila berurusan dengan pelanggan. Keadaan ini berlaku disebabkan sikap segelintir kakitangan awam yang tidak bertanggungjawab sehingga mencalarkan nama baik penjawat awam. Kakitangan awam perlu membudayakan kreativiti dan inovasi penjawat awam. Sementara itu, dalam usaha untuk memastikan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan dan rakyat, amalan nilai untuk wang perlu dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun hanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Yang paling perlu ialah kakitangan awam sendiri perlu melakukan anjakan paradigma untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Pelbagai penyelesaian terbaik demi memartabatkan negara ke tahap yang lebih tinggi perlu dilaksanakan. Mereka hendaklah bersama-sama memberikan sepenuh komitmen dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Mereka juga perlu meningkatkan nilai integriti ketika bertugas. Peningkatan tahap integriti ini amat selari dengan komitmen kerajaan yang mahu mewujudkan sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Kakitangan awam juga digesa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih menjurus kepada usaha mempermudah dan mempercepat urusan pelanggan tanpa kerenah birokrasi. Sering kali kedengaran rungutan daripada mulut kebanyakan orang tentang kelewatan penjawat awam melaksanakan tugas mereka apabila mereka berurusan di pejabat-pejabat kerajaan. Cara ini didapati berupaya membendung amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam. Ada juga kakitangan awam yang tidak segan silu meminta bayaran jika orang ramai mahukan urusan mereka dibuat dengan segera.
Pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan mampu menutup ruang-ruang kosong demi meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini. Hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan daya saing negara di persada antarabangsa bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Semangat kerja secara berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugas yang dilaksanakan demi mencapai sasaran yang ditetapkan. Sesungguhnya setiap program yang dilaksanakan menjadi titik tolak yang melakar perubahan dalam sejarah perkhidmatan awam di negara ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Transformasi Pekhidmatan Awam”,
oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub,
dalam Dewan Masyarakat, Februari 2012)

Jawapan :-

Pendahuluan :-
Petikan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ tindakan-tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini / di Malaysia.     (2m)

Petikan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ tindakan-tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.                                                     (1m)

      Petikan membincangkan usaha-usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
      awam.                                                                                                                  (0m)


Isi Tersurat (Cara-cara untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam)

1. Pelbagai transformasi dilaksanakan oleh kerajaan.                                  (2m)

2. Semua penjawat awam perlu berganding bahu dan berazam untuk merealisasikan
     aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan bertunjangkan keutamaan  
     kepada rakyat / Kakitangan awam hendaklah bersama-sama memenuhi janji dan
     memberikan sepenuh komitmen dalam memperkukuh sistem penyampaian
     perkhidmatan kerajaan.                                                                                                 (2m)

3. Kakitangan awam perlu membudayakan kreativiti dan inovasi penjawat awam.    (2m)

4. Amalan nilai untuk wang perlu dilaksanakan. (2m)

5. Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun (2m)

6. Kakitangan awam perlu melakukan anjakan paradigma (2m)

7. Penjawat awam perlu meningkatkan nilai integriti (2m)

   Jika : Mereka perlu meningkatkan integriti... 0m

8. Kakitangan awam juga digesa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih menjurus
    kepada usaha mempermudah dan mempercepat urusan pelanggan tanpa kerenah
    birokrasi.                                                                                                                  (2m)

9. Semangat kerja secara berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugas yang
    dilaksanakan. (2m)

 Isi Tersirat (Kesan-kesan kepada negara)
1. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.   (2m)

2. Mengurangkan kos pengurusan dan perbelanjaan kerajaan. (2m)

3. Meningkatkan tahap keselamatan dan keamanan dalam negara/keadaan politik
    dalam negara stabil dan kukuh          (2m)

4. Memberikan perkhidmatan bertaraf dunia/meningkatkan imej negara di mata dunia                     
                                                                                                                                   (2m)
 5. Masalah sosial dalam negara berkurangan.   (2m)

     Meningkatkan   mutu perkhidmatan awam      – 0m

(Terima jawapan lain yang sesuai)

Kesimpulan
Kesimpulannya, mutu perkhidmatan awam di negara ini hendaklah ditingkatkan demi menjana pembangunan negara. (2m)

Kesimpulannya, semua pihak perlu membantu penjawat awam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan agar aspirasi negara dapat dicapai. (2m)

Kesimpulannya, mutu perkhidmatan awam perlu ditingkatkan. (1m)

Soalan Pemahaman Umum ( Latih Tubi i)


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)         Berikan maksud rangkai kata memudaratkan kesihatan.                                    [2 markah]

(ii)        Nyatakan tiga punca utama yang menyebabkan obesiti?                                    [3 markah]

(iii)       Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang, kemukakan empat cara lain untuk
             menjaga kesihatan tubuh badan mengikut pendapat anda.                          
                                                                                                         [4 markah]

Jawapan:-
(i)         Maksud rangkai kata memudaratkan kesihatan ialah:

           membahayakan keadaan tubuh badan                                                                [2m] 
           membahayakan kesihatan                                                                                  [1m]         
                                                                                                                                   [ 2 markah
 [ Isi cukup 2]                             

(ii)        Punca utama yang menyebabkan obesiti ialah:

           Lemak dan kalori tinggi yang merupakan sumber utama kolesterol diambil 
             berlebihan                                                                                                            [1m]                                                                                                                                          
           Pengambilan kabohidrat secara berlebihan seperti nasi                                            [1m]
           Manusia yang tidak aktif / tidak mahu bersenam                                                     [1m]
                                                                                                                                       [ 3 markah] 
                                                                                                                                       [ Isi cukup 2]
 (iii)       Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang,  cara lain untuk menjaga
             kesihatan tubuh badan ialah:
 •           Mengamalkan gaya hidup sihat sepert itidak mengambil dadah,  merokok, minum  minuman keras  
             dan sebagainya                              
           Melakukan pemeriksaan doktor secara berkala supaya kita tahu tahap kesihatan kita untuk mendapatkan rawatan                                  
           Menjalankan aktiviti riadah/ bersukan supaya badan cergas dan tidak letih             
           Mengelakkan depresi/tekanan yang melampau supaya fikiran lebih tenang
           Memastikan rehat dan tidur yang cukup agar tidak mengantuk dan lemah
[ 4 markah ]
[ Isi cukup 3]

 



Soalan Pemahaman Umum ( Latih Tubi ii)

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mencalarkan nama baik.
[2 markah]

(ii) Apakah rungutan orang ramai yang sering disuarakan terhadap mutu perkhidmatan
     awam di negara ini?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk ganjaran yang perlu diberikan kepada penjawat
      awam yang telah berkhidmat dengan cemerlang?
[4 markah]
Jawapan:-

(i)         Maksud rangkai kata memudaratkan kesihatan ialah:

           membahayakan keadaan tubuh badan                                             [2m] 
           membahayakan kesihatan                                                               [1m]         
                                                                                                                  [ 2 markah]
                                    [ Isi cukup 2]                             

(ii)        Punca utama yang menyebabkan obesiti ialah:
 •           Lemak dan kalori tinggi yang merupakan sumber utama kolesterol diambil  
             berlebihan                                                                                                             [1m]                                                            
           Pengambilan kabohidrat secara berlebihan seperti nasi                                            [1m]
           Manusia yang tidak aktif / tidak mahu bersenam                                                      [1m]
                                                                                                                                         [ 3 markah] 
                                                                                                                                       [ Isi cukup 2]
 (iii)       Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang,  cara lain untuk menjaga
             kesihatan tubuh badan ialah:
 •           Mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak mengambil dadah,  merokok, minum  minuman keras 
             dan sebagainya                              
           Melakukan pemeriksaan doktor secara berkala supaya kita tahu tahap kesihatan kita untuk mendapatkan rawatan                                  
           Menjalankan aktiviti riadah/ bersukan supaya badan cergas dan tidak letih             
           Mengelakkan depresi/tekanan yang melampau supaya fikiran lebih tenang
           Memastikan rehat dan tidur yang cukup agar tidak mengantuk dan lemah
[ 4 markah ]
 [ Isi cukup 3]
Saya akan cuba memasukkan jawapan setiap soalan berperingkat-peringkat. Harap maklum.


5 ulasan:

M.QQ berkata...

Terbaiklah

Unknown berkata...

rangkai kesihatan terhadap remaja

Tanpa Nama berkata...

Mohon kongsi bahan untuk pdpc. Terima kasih..

Unknown berkata...

Bleh bagi langkah megekalkan gaya hidup sihat(rumusan)

Unknown berkata...

Bleh bagi langkah megekalkan gaya hidup sihat(rumusan)