Isnin, 16 September 2013

ANALISA SOALAN SPM PERCUBAAN ANTARA NEGERI 2013 ( TERKINI)



Analisa terkini soalan Percubaan  Bahasa Melayu Negeri-negeri lain 2013.
Soalan Percubaan SPM  Negeri 2013 ( Analisa Soalan 2a, 2b, 2c, dan 2d)

Bil
Negeri
Soalan 2 (b)
Soalan 2 (c)
Soalan 2 (d)
1
Kedah
Pahlawan Buntung
Pelayaran Penuh Peristiwa
Sajak  “Kecek”
2
SBP
Israk
Hikayat Opu Naeng Menambun
Dirgahayu Bahasaku
3
MRSM
1400
Hikayat Khoja Maimun (BMJun2013
SiLuncai
4
Perak
1400
Pelayaran Penuh Peristiwa
Gurindam Tunggak 12
5
Pulau Pinang
Ibu dan Ceper
Hikayat Langlang Buana
Gurindam 12 Fasal Ke-6
6
Terengganu
Ibu dan Ceper
Hikayat Langlang Buana
Di Perpustakaan
7
Johor SMKL
Ibu dan Ceper
Pelayaran Penuh Peristiwa
Dirgahayu Bahasaku
8
Johor SMKPS
Ibu dan Ceper
Pelayaran Penuh Peristiwa
Dirgahayu Bahasaku
9
Selangor SMKS
Ibu dan Ceper
Hikayat Langlang Buana
Di Bawah Langit Yang Sama
10
Wilayah Persekutuan
Forum Remaja 2020
Hikayat Langlang Buana
Gurindam Tunggak 12
11
Sabah
Israk
Hikayat Langlang Buana
Seloka Emak Si Radang
12
Skor A BH
Tiang Cengal Dinding Sayung
Hikayat Khoja Maimun (BMJun2013
Di Perpustakaan
13
Yik
Tiang Cengal Dinding Sayung
Hikayat Khoja Maimun (BMJun2013
Definisi Orang Berakal
( BM Jun 2013)

Analisa terkini soalan Percubaan  Bahasa Melayu Negeri-negeri lain 2013.
Soalan Percubaan SPM  Negeri 2013 ( Analisa 4 a dan 4 b)

Bil
Negeri
Soalan 4 a
Soalan 4 b
1
Kedah
Watak sampingan turut memainkan peranan penting bagi menghidupkan jalan cerita dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai kerjasama pada watak sampingan dengan memberi contoh peristiwa yang dapat mengambarkan nilai tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,  huraikan latar masyarakat yang dikemukan oleh pengarang.
2
SBP
Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
3
MRSM
Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang
menggambarkan teknik imbas kembali yang terdapat dalam setiap novel.
4
Perak
Berdasarkan salah satu teks yang anda kaji, jelaskan bagimanakah  watak sampingan membantu menyelesaikan masalah watak utama.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel.
5
Pulau Pinang

Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan.




Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut.

6
Terengganu
Bahagian peleraian yang menarik dalam sesebuah novel memberi kepuasan kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik pada bahagian
peleraian novel tersebut.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat yang
prihatin dalam setiap novel.
7
Johor SMKL
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut?

8
Johor SMKPS
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menggembirakan dalam novel tersebut
Berdasarkan dua buah. novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran
yangterdapatdalamsetiapnovel tersebut
9
Selangor SMKS
Selain isu utama, setiap pengarang juga mengutarakan beberapa persoalan dalam karya mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel berkenaan.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan kepentingan watak sampingan dalam setiap novel tersebut.
10
Wilayah Persekutuan
Pengarang sesebuah novel biasanya menggunakan karyanya sebagai medan untuk
mengutarakan pelbagai kritikan sosial.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan kepincangan masyarakat
dalam novel tersebut.
Setiap novel mengandungi berbagai-bagai nilai murni yang dapat memberikan teladan
kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menggambarkan
nilai keprihatinan dalam novel-novel tersebut.
11
Sabah
Pembaca akan memperoleh pelbagai mesej dan pengajaran daripada novel yang dibaca. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan pengajaran yang boleh anda jadikan pedoman dalam kehidupan.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut

12
Skor A BH
Jelas dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.
13
Yik
Pengarang sesebuah novel memaparkan banyak pengajaran yang berguna untuk mendidik masyarakat.
Tulis tiga pengajaran dalam sebuan novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa  memaparkan nilai kasih sayang dalam setiap novel.

Semoga analisa ini dapat membantu pelajar melihat aliran soalan yang kerap menjadi pilihan penggubal soalan di peringkat negeri dan membuat persiapan menghadapi soalan komsas antologi dan komsas novel  Kertas Bahasa Melayu 2.

Tiada ulasan: