Sabtu, 2 Mac 2013

KEPENTINGAN PEMILIHAN JENIS PENGENALAN DALAM PENULISAN KARANGAN



Contoh Penulisan Karangan Berfokus Masyarakat dan penggunaan bahan dapatan daripada bahan program.
Masyarakat era globalisasi kini sering dihujani permasalahan sosial remaja dalam kehidupan seharian mereka.
Bincangkan tanggungjawab masyarakat dalam menangani masalah sosial remaja tersebut.

Kaedah Pengenalan Jenis Stastitik:-

Diambil daripada data maklumat berdasarkan topik , seperti di bawah.
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana.....dilaporkan. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Dalam pada itu, para pelajar boleh mengesan kesalahan tatabahasa dalam maklumat media masa di atas. Antara kesalahan dikesan, ditanda dengan huruf merah.
Kaedah Mengarang Mengunakan Jadual Pengembangan Idea:-

Ayat Rangsangan
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam kalangan masyarakat kita khasnya dalam kalangan remaja.
Ayat Rangsangan
Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Ayat Rangsangan
Menurut stastitik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, pada tahun 1995 sebanyak 1,895 kes juvana telah dilaporkan.
Ayat Rangsangan
Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%).
Ayat rangsangan
Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ayat Arahan
Justeru, apakah langkah yang perlu dimainkan oleh masyarakat dalam menangani gejalah sosial remaja.

Tiada ulasan: