Mana yang betul MURID atau PELAJAR?
Banyak yang masih keliru dan tidak
pasti sama ada kedua-dua kata ini ada beza atau tidak. Tanyalah diri sendiri:
Saya ada anak murid.
Saya ada anak pelajar.
Jika anda guru, anda ada anak murid,
maka muridlah mereka. “Anak pelajar” pula merujuk anak yang dipunyai oleh
pelajar seseorang guru. Lihat ayat di bawah:
Banyak pelajar saya sudah berkahwin.
Ada juga anak pelajar saya yang sudah belajar di prasekolah.
Di sekolah rendah dan di sekolah
menengah ada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Maka, sesuailah digelar murid.
Di institusi pengajian tinggi pula ada
Pejabat Hal Ehsan Pelajar. Maka, sesuailah digelar pelajar universiti, bukan
murid universiti.
Dalam penulisan, yang belajar juga
digelar pelajar. Yang diajar juga digelar pelajar. Yang menjadi anak murid juga
digelar murid, dan yang berguru tetap digelar murid. Jangan menghukum murid
yang menyalahgunakan istilah “murid” mahupun “pelajar” kerana konsep asasnya
sama, iaitu menuntut ilmu.
Belajarlah menjadi murid yang mahir
berbahasa agar kita dapat belajar menjadi insan yang terpelajar. Ilmu ada di
mana-mana, pengetahuan boleh ditimba pada bila-bila dan belajarlah daripada
siapa-siapa agar masa depan terjamin sampai bila-bila dan dapat digunakan di
mana-mana apabila kita menghadapi siapa-siapa ataupun apa-apa cabaran
sekalipun.