Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud
Peribahasa Melayu,
Simpulan Bahasa dan Maksud
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di
tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah
semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih
tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak
perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong
pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
Maksud : Gembira.
Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Maksud : Halangan
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Maksud : Tidak jujur.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Maksud : Tidak sombong
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
Maksud : Hampa.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Ada
hati
|
Ada
keinginan
|
Ada
jalan
|
Ada
cara, ikhtiar, usaha
|
Ada
udang di sebalik batu
|
Ada
maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
|
Air
muka
|
Permukaan
air
Rupa
muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
Maruah,
harga diri
|
Air
seni
|
Air
kencing, air kecil
|
Akal
yang sihat itu ada pada badan yang cergas
|
Orang
yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas
|
Akar
umbi
|
Akar
tunjang
Keseluruhan
asas (sesuatu) yang kukuh
Peringkat
bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
|
Alah
bias tegal biasa
|
Segala
kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya
|
Alah
membeli menang memakai
|
Tidak
apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)
|
Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
|
Kalau
sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya
Kalau
sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan
|
Ambil
langkah
|
Mulai
hendak berjalan
Mulai
bertindak
|
Ambil
berat
|
Memberikan
perhatian (minat, layanan) yang istimewa
|
Anak
emas
|
Orang
yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa
|
Asam
garam
|
Berbagai-bagai
pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)
|
Ayam
tambatan
|
Orang
harapan
|
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya
|
Anak
itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
|
Bagai
aur dengan tebing
|
Dikatakan
mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
|
Bagai
ayam disambat helang
|
Untung
yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa
|
Bagai
bulan dipagar bintang
|
Wajah
perempuan yang cantik
|
Bagai
kaca terhempas ke batu
|
Sangat
sedih
|
Bagai
kacang lupakan kulit
|
Orang
yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati
kesenangan
|
Bagai
minyak dengan air
|
Orang
yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
|
Bagai
murai dicabut ekor
|
Orang
yang suka bercakap banyak
|
Bagai
cincin dengan permata
|
Sama
padan, cocok benar
|
Bagai
menatang minyak yang penuh
|
Sangat
dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
|
Baik
sangka
|
Rasa
muhibah
Tidak
menaruh sangkaan buruk kepada seseorang
|
Banyak
makan garam
|
Mempunyai
banyak pengalaman hidup
|
Batu
loncatan
|
Orang
atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
|
Belut
kena ranjau
|
Orang
yang cerdik kena tipu
|
Beradu
nasib
|
Mencuba
membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan
|
Beradu
tenaga
|
Bertanding
untuk menentukan siapa kuat
|
Berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
|
Bersusah
payah dahulu baru bersenang-senang
|
Berat
mulut
|
Tidak
suka berkata-kata, pendiam
|
Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing
|
Baik
buruk sama-sama dipikul
|
Berat
tulang
|
Malas
|
Berbalik
hati
|
Berubah
hati
|
Berdiri
sama tegak, duduk sama rendah
|
Sama
taraf atau sejajar antara dua pihak
|
Beri
jalan
|
Memberikan
idea
Memberikan
peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan
|
Berkatalah
benar walaupun pahit
|
Berterus-terang
demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang
|
Berkayuh
sambil bertimba
|
Melakukan
dua pekerjaan sekaligus
|
Bermurah
hati
|
Suka
memberi, tidak kedekut
Pengasih
dan penyayang
|
Berpeluk
tubuh
|
Malas
berusaha
|
Berputih
mata
|
Kalah
dalam sesuatu persaingan
|
Bersatu
teguh, bercerai roboh
|
Kalau
kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai,
kita akan menjadi lemah
|
Bersekutu
bertambah mutu
|
Bekerjasama
antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
|
Bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi
|
Tidak
mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja
|
Bertikam
lidah
|
Bertengkar
|
Besar
hati
|
Bangga,
gembira
|
Besar
pasak daripada tiang
|
Besar
belanja daripada pendapatan
|
Biar
mati anak, jangan mati adat
|
Tidak
mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara
|
Bidan
terjun
|
Orang
yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba
|
Buah
fikiran
|
Pendapat
|
Cahaya
mata
|
Anak
Kekasih,
buah hati
|
Cakap
besar
|
Cakap
yang membesar-besarkan diri sendiri
|
Campur
tangan
|
Mengambil
bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain
Terkait
atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain
|
Carik-carik
bulu ayam, lama-lama bercantum juga
|
Orang
yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan
|
Celik
computer
|
Arif
atau tahu tentang computer
|
Dalam
tangan
|
Dalam
kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi
|
Dapat
sama laba, cicir sama rugi
|
Jika
sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama
rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama
|
Darah
daging
|
Anak
atau orang yang mempunyai pertalian darah
|
Darah
panas
|
Pemarah,
lekas marah
|
Darah
seni
|
Bakat
semula jadi dalam bidang seni
|
Diam-diam
ubi berisi, diam-diam besi berkarat
|
Diam
orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia
sahaja
|
Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan
|
Jika
kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk
mendapatkannya
|
Di
mana bumi dipijak, di situ langit di junjung
|
Mematuhi
peraturan di tempat yang didiami
|
Di
sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
|
Di
sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan
|
Durian
rintuh
|
Mendapat
keuntungan dengan tidak disangka-sangka
|
Enggang
lalu ranting patah
|
Orang
jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah
|
Genggam
bara biar sampai jadi arang
|
Jika
melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat
nikmatnya nanti
|
Goyang
kaki
|
Bersenang-senang
|
Gunting
makan di hujung
|
Mencapai
sesuatu dengan diam-diam
|
Habis
madu sepah dibuang
|
Digunakan
sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan
|
Hancur
hati
|
Sedih,
putus asa
|
Harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
|
Orang
yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah
mati
|
Hati
gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah
|
Beruntung
banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit
|
Hati
kecil
|
Perasaan
dalam batin (maksud yang sebenarnya)
|
Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih
|
Jika
dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya
|
Hidup
segan mati tak mahu
|
Orang
yang hidup melarat
|
Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
|
Sebaik-baik
negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri
|
Ibarat
burung, mata terlepas badan terkurung
|
Walaupun
terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan
|
Ibarat
melukut di tepi gantang
|
Tidak
menolong kerana dirinya sendiri susah
Seseorang
yang dipandang tidak berguna oleh orang lain
|
Ilmu
itu pelita hati
|
Ilmu
pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak
|
Jantung
hati
|
Orang
yang dikasihi
|
Jauhari
juga mengenal manikam
|
Hanya
orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara
|
Jauh
berjalan luas pandangan
|
Orang
yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya
dan luas pandangannya
|
Jinak-jinak
merpati
|
Perempuan
yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak
|
Kacang
hantu
|
Orang
jahat
|
Kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang
|
Pendapatan
yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)
|
Kaki
joli
|
Orang
yang suka berfoya-foya
|
Kalau
hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya
|
Mengajar
seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan
berhasil lagi
|
Kalau
kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
|
Kalau
pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
|
Kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
|
Tidak
akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
|
Kalau
takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
|
Jika
takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
|
Kata-kata
lebih tajam daripada mata pedang
|
Perkataan
yang dituturkan lebih menyakitkan
|
Ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
|
Bekerjasama
melakukan sesuatu
|
Kecil
hati
|
Berasa
tersinggung
|
Kecil
jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
|
Pengetahuan
dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
|
Kecil
tapak tangan nyiru saya tadahkan
|
Menyatakan
kasih atas nasihat atau pertolongan
|
Keras
lidah
|
Tidak
dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
|
Lain
lubuk lain ikannya
|
Lain
negeri lain orangnya
|
Lemak
manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan
|
Yang
nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas
ditolak
|
Lidah
tidak bertulang
|
Mudah
berjanji dan mudah pula mengubah janjinya
|
Lupa
daratan
|
Tidak
menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan
|
Lintah
darat
|
Orang
kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang
dihutangi
|
Makan
angin
|
Bersiar-siar
untuk mendapat angin bersih
|
Malu
bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut
|
Kalau
tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan
|
Masuk
ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak
|
Menyesuaikan
diri dengan masyarakat di sekeliling
|
Mata
hati
|
Perasaan
hati
|
Mati
kutu
|
Tidak
berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea
|
Membaca
jambatan ilmu
|
Ilmu
pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
|
Membanting
tulang
|
Bekerja
keras
|
Membuka
pekung di dada
|
Mendedahkan
keburukan diri sendiri
|
Menapak
baru setapak, mendaki baru sekaki
|
Baru
hendak belajar sesuatu
|
Menangguk
di air keruh
|
Mencari
keuntungan sementara ada kekacauan
|
Mencolok
mata
|
Menyakitkan
pandangan
|
Mencari
jalan
|
Mencari
ikhtiar, usaha dan idea
|
Mengangkat
bendera putih
|
Menyerah
kalah
|
Menunggu
buah yang tak gugur
|
Mengharapkan
sesuatu yang tak jelas
|
Nafas
baru
|
Semangat
baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau
memberikan keupayaan baru
|
Naik
darah
|
Menjadi
marah
|
Nasi
sudah menjadi bubur
|
Perbuatan
yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)
|
Orang
mengantuk disorongkan bantal
|
Mendapat
sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
|
Otak
batu
|
Bodoh
|
Otak
cair
|
Pandai
|
Padang
jarak padang tekukur
|
Padang
atau tanah luas yang kosong
|
Panas
baran
|
Cepat
marah, sangat pemarah
|
Pandai
makan pandailah simpan
|
Pandai
berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
|
Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara
|
Anak
muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa
hadapan
|
Perang
dingin
|
Bergaduh
dengan tidak bercakap
|
Pijak
semut tak mati
|
Perihal
seorang perempuan yang baik lagi teratur
|
Pilih
kasih
|
Mengasihi
sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain
|
Pucuk
dicita ulam mendatang
|
Beroleh
sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan
|
Rezeki
kalau secupak tidak akan jadi segantang
|
Sesuatu
sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
|
Ringan
mulut
|
Peramah,
lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap
|
Ringan
tulang
|
Rajin
bekerja, tangkas
|
Ringan
tulang berat perut
|
Sesiapa
yang rajin, dia akan beroleh rezeki
|
Rupa
tidak dapat diubah, perangai dapat diubah
|
Perangai
seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama
|
Sambil
menyelam minum air
|
Sambil
melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut dilakukan
|
Sayangkan
anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
|
Anak
yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong
|
Sediakan
payung sebelum hujan
|
Hendaklah
bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
|
Seperti
api dalam sekam
|
Sesuatu
yang berlaku diam-diam
|
Seperti
aur dengan tebing
|
Dikatakan
mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
|
Seperti
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
|
Tiada
muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat
masing-masing sahaja
|
Seperti
kera sumbang
|
Orang
yang takut mencampuri orang ramai
|
Tajam
akal
|
Mudah
menangkap sesuatu, pintar, cerdik
|
Sudah
terhantuk baru terngadah
|
Sudah
terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan
|
Tidak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
|
Kekal
dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah
|
Tangan
kosong
|
Tidak
membawa apa-apa
|
Tangan
yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
|
Walaupun
bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea
untuk membangunkan negara
|
Tangkai
jering
|
Kedekut
|
Terdengar
guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
|
Kerana
mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan
|
Tulang
belakang
|
Orang
atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan
|
Ukur
baju dibadan sendiri
|
Tiap-tiap
pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
|
Umpama
biawak bercabang lidah
|
Tidak
tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya
|
Umpama
lebah membuang sengat
|
Orang
yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang
|
Yang
bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
|
Rezeki
perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya
|
Yang
dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
|
Benda
yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis
|
Simpulan
Bahasa bermula dari huruf 'A'
1.
Abang Angkat
Maksud:
Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah
dengan orang yang mengakuinya.
Contoh
Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.
2. Abang Ipar
Maksud:
Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh
Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.
3. Abang Kandung
Maksud:
Abang yang seibu sebapa.
Contoh
Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka
meninggal dunia.
4. Abu Angin
Maksud:
Telah musnah sama sekali.
ContohAyat:
Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana
diserang oleh tentera Tatar.
5. Abu Jahal
Maksud:
Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal
pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.
6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai
berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.
8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah
kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.
9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa
tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada
kalanya pula dia marah-marah.
10. Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis,
mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.
11. Ada Can
Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau
perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.
12. Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia
tinggi dan tampan.
13. Ada Hati
Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati
hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.
14. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan
anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.
15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu
sekembalinya dia dari bandar.
16. Adat Balai
Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga
adat balai.
17. Adik Angkat
Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri
tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan
dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.
18. Adik Ipar
Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.
19. Adik Kandung
Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah
yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.
20. Adu Buku = Beradu Buku
Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.
21. Adu Domba = Mengadu Domba
Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan
seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu
suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.
22. Adu Kening = Beradu Kening
Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu
tetapi kami tidak dapat berbual-bual.
23. Adu Lengan = Beradu Lengan
Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis
itu.
24. Adu Nasib = Mengadu Nasib
Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu
nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.
25. Adu Untung
Maksud: Mencari rezeki.
26. Air Mandi
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari
sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya
setiap hari.
27. Air Muka
Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang
dia bermain-main di padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang
di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.
28. Air Pasang
Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan
ditenggelami air.
29. Air Sembilan
Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat
tiba dari hospital.
30. Air Setaman
Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk
dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan
dengan air setaman.
31. Air Surut
Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.
32. Ajak-Ajak ayam
Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya
hanya ajak-ajak ayam.
33. Akal Belut
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di
kawasan ini dengan harga yang murah.
34. Akal Kancil
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
35. Akal Sejengkal
Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan
akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.
36. Alas Cakap
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama
diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi
majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.
37. Alas Kata
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama
diperkatakan.
38. Alas Perut
Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut
sebelum ke sekolah.
39. Alih Akal = Beralih Akal
Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke
Sarawak.
40. Alih Angin = Beralih Angin
Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya
beransur pulih.
41. Alih Muka = Beralih Muka
Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu
supaya tidak dikenali.
42. Alim Kucing
Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung
sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.
43. Aliran Masa
Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.
44. Aliran Masyarakat
Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan
rumit.
45. Ambil Abu
Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing
pulang ambil abu sahaja.
46. Ambil Ada
Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di
perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.
47. Ambil Angin
Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada
setiap petang.
48. Ambil Bahagian
Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato
peringkat daerah.
49. Ambil Berat
Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap
prestasi pelajaran kami.
50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan
Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya
rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.
51. Ambil Hati
Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia
menasihati untuk kebaikan.
52. Ambil Ibarat
Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang
berlaku pada tahun lepas.
53. Ambil Ingatan
Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat
guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.
54. Ambil Muka = Mengambil Muka
Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada
bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.
55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan
kejadian itu.
56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu
Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau
di kawasannya.
57. Anak Adam
Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam
jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.
58. Anak Air
Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air
yang digunakan untuk mengairi tanaman.
59. Anak Angkat
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu
dan Puan Selvi.
60. Anak Baju
Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa
memakai anak baju.
61. Anak Buah
Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak
buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak
buah saya siang tadi.
62. Anak bukit
Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.
63. Anak Didik
Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada
anak didiknya.
64. Anak Emas
Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu
kerana kejujuran dan kesetiaannya.
65. Anak Gahara
Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman
dengan Tengku Puteri Halijah.
66. Anak Haram
Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari
segi hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan
sulitnya dengan Karim.
67. Anak Jantan
Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup
berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.
68. Anak Kandung
Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan
isteri pertamanya.
69. Anak Kapal
Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya
berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.
70. Anak Negeri
Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan
diri dalam perusahaan desa.
71. Anak Perahu
Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
72. Anak Piatu
Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa
tinggal di Asrama Bakti.
73. Anak Pungut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
74. Anak Tunggal
Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi
kesayangan ibu bapanya.
75. Anak Tut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
76. Angkat Alis = Mengangkat Alis
Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah
misteri yang dimenanginya.
77. Angkat Bahu
Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya
tentang kucing yang mati itu.
78. Angkat Diri
Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak
mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.
79. Angkat Kaki
Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.
80. Angkat Kening
Maksud: Kehairanan.
81. Angkat Mata
Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter
ibunya.
82. Angkat Muka
Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani
angkat muka.
83. Angkat Nama
Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.
84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat
senjata menyerang musuh.
85. Angkat Suara
Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara
apabila bercakap dengan mereka.
86. Angkat Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
87. Anjing Hitam
Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan
keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang
sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.
88. Anjing Kurap
Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke
sana ke mari.
89. Api Peperangan
Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh
memulakan peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah
negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.
90. Api Percintaan
Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila
dan Farid.
91. Arang Di Dahi
Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah
pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.
92. Arang Di Kening
Maksud: Mendapat malu.
93. Maksud: Arang di muka
Mendapat malu.
94. Asam Garam
Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah
dilalui oleh Pak Dollah.
95. Atas Angin
Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang
untuk melawat negara-negara atas angin.
96. Atas Nama
Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk
Penghulu Kampung Jenerak.
97. Atas Pagar:
Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton
atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.
98. Ayam Jalak:
Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana
telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung
tersebut.
99. Ayam Tambatan:
Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan
(biasanya dalam pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola
sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'
1. Babi Buta = Membabi Buta
Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah
menyebabkan ramai orang awam terkorban.
2. Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.
3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar
Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh
dengan kakaknya.
4. Bahasa Pasar
Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.
Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat
karangan.
5. Baik Budi
Maksud: Baik hati.
Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan
menghormati orang tua.
6. Baik Hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan
derma kepada rumah anak-anak yatim.
7. Baik Sangka
Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.
Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka
terhadap semua orang.
8. Balas Budi = Membalas Budi
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya
sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.
9. Balas Guna
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
10. Balik Gagang = Berbalik Gagang
Maksud: Berpihak kepada musuh.
Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya,
Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.
11. Balik Hati = Berbalik Hati
Maksud: Berubah pendirian.
Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi
meninggalkan kampungnya.
12. Bangkai Bernyawa
Maksud: Orang yang tidak berguna.
Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai
bernyawa.
13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan
Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan
dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.
14. Banting Tulang = Membanting Tulang
Maksud: Bekerja bermati-matian.
Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk
menyara kami sekeluarga.
15. Banyak Akal
Maksud: Banyak helah.
Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar
hutangnya.
16. Banyak Cakap
Maksud: Orang yang suka berleter.
Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala
saya mendengarnya.
17. Banyak Mulut
Maksud: Orang yang suka berleter.
18. Bapa Angkat
Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita,
walaupun tiada pertalian darah.
Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti
anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.
19. Bapa Kandung
Maksud: Bapa sebenar.
Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.
20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut
Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan
hidangan selepas makan.
Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah
tembikai sebagai pembasuh mulut.
21. Batu Api
Maksud: Orang yang suka menghasut.
Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.
22. Batu Loncatan
Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai
hajat yang lebih besar.
Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan
sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.
23. Bau-Bau Bacang
Maksud: Persaudaraan yang jauh.
Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu
kerana kami memang ada bau-bau bacang.
24. Bawa Alamat
Maksud: Memberi tanda.
Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.
25. Bawa Diri = Membawa Diri
26. Bawa Hati
Maksud: Merajuk.
Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan
belayar ke negeri orang.
27. Bawa Hidup
Maksud: Merantau mencari penghidupan.
Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari
pendapatan yang halal.
28. Bawa Mati
Maksud: Menyebabkan mati.
Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak
diubati di peringkat awal.
29. Bawa Mulut
Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.
Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas
kekasihnya.
30. Bawa Nasib
Maksud: Merantau mencari penghidupan.
31. Bawa Nyawa
Maksud: Menyelamatkan diri.
Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari
bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.
32. Bawa Sial = Membawa Sial
Maksud: Mendatangkan malang.
Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah
ditakdirkan Allah.
33. Bawa Tempurung
Maksud: Minta sedekah.
Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu
bawa tempurung.
34. Bawa Tuah = Membawa Tuah
Maksud: Mendatangkan keuntungan.
Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu
membawa tuah kepada perniagaannya.
35. Bawah Angin
Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.
Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.
36. Bawah Bendera
Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah
Melayu berada bawah bendera Inggeris.
37. Bawah Tanah
Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis
menjalankan pergerakan bawah tanah.
38. Bayang Kata = Dibayang Kata
Maksud: Dikias.
Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang
kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.
39. Bayar Nyawa
Maksud: Mengorbankan diri.
Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan
hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya.
40. Bekas Tangan
Maksud: Sesuatu yang diusahakan.
Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas
tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya.
41. Belah Bumi = Membelah Bumi
Maksud: Bunyi yang sangat kuat.
Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat
menakutkan saya.
42. Belah Hati = Berbelah Hati
Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu
keputusan.
Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan
keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik.
43. Belahan Hati
Maksud: Orang yang sangat dikasihi.
Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.
44. Belahan Jiwa
Maksud: Orang yang sangat dikasihi.
45. Belahan Nyawa
Maksud: Orang yang sangat dikasihi.
46. Belakang Hari
Maksud: Kemudian hari.
Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh,
supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang.
47. Bendera Putih
Maksud: Mengaku kalah.
Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih
kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.
48. Bengkak Perut
Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya
menghadiahkan abangnya sebuah rumah.
49. Berat Lalat
Maksud: Pura-pura berani.
Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan
menjaga dusun durian pada waktu malam.
50. Berani Mati
Maksud: Tidak takut mati.
Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam
mempertahankan tanah air tercinta.
51. Berat Bibir
Maksud: Orang yang pendiam.
Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.
52. Berat Hati
Maksud: Kurang senang.
Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang
diri.
53. Berat Kaki
Maksud: Malas.
Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi
temannya.
54. Berat Lidah
Maksud: Tidak dapat berkata-kata.
Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal
sebenar kepada ibunya.
55. Berat Mata
Maksud: Mengantuk.
Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat
mata.
56. Berat Mulut
Maksud: Orang yang pendiam.
57. Berat Sebelah
Maksud: Tidak adil.
Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.
58. Berat Tangan
Maksud: Pemalas.
Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan
tidak mahu menolong kakaknya di dapur.
59. Berat Tulang
Maksud: Pemalas.
60. Beri Jalan
Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan
sesuatu perkara.
Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah
adik kamu ini," kata ibu kepada abang.
61. Beri Muka
Maksud: Memanjakan.
Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi
malas.
62. Berita Hangat
Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.
Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun
yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan.
63. Besar Cakap
Maksud: Orang yang suka bercakap sombong.
Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya
bukanlah orang yang berharta.
64. Besar Hati = Berbesar Hati
Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan
meriah oleh orang bawahannya.
65. Besar Kepala
Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil.
Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian
ayahnya.
66. Besar Mulut
Maksud: Suka bercakap besar.
Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan
kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak.
67. Besar Perut
Maksud: Hamil.
Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak
sudah besar perut.
68. Betul Bendul
Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.
Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang
suka mempermain-mainkannya.
69. Biang Keladi
Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.
Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes
kecurian lembu baru-baru ini.
70. Bidan Tarik
Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.
Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik
menyebabkan ramai yang tidak hadir.
71. Bidan Terjun
Maksuf: Seseorang yang diminta mengambil alih sesuatu tugas secara mendadak tanpa dirancang.
Contoh ayat: Encik Kassim menjadi bidan terjunmenggantikan Encik Dollah sebagai pegerusi majlis apabila Encik Dollah lambat sampai kerana kemalangan.
72. Bintang Gelap
Maksud: Bernasib malang.
Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah
kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan
tempoh hari.
73. Bintang Hati
Maksud: Orang kesayangan kekasih.
Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya
akan ke luar negara.
74. Bintang Terang
Maksud: Nasib baik.
Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang
kerana mendapat pekerjaan yang baik.
75. Bongkar Sauh
76. Bongkok Sabut
Maksud: Bongkok sedikit.
Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.
77. Bongkok Udang
Maksud: Terlalu bongkok kerana tua.
Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat
kerja-kerja di kebunnya.
78. Buah Bibir
Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.
Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih
menjadi buah bibir rakyat Malaysia.
79. Buah Cakap
Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.
80. Buah Fikiran
Maksud: Pendapat.
Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir
perlu diambil kira.
81. Buah Hati
Maksud: Orang kesayangan kekasih.
82.Buah Helah
Maksud: Mencari helah.
83. Buah Kalam
Maksud: Hasil tulisan atau karya.
Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.
84. Buah Mulut
Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.
85. Buah Pena
Maksud: Hasil tulisan atau karya.
86. Buah Tangan
Maksud: Hadiah.
Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini
di hospital.
87. Bual Kosong
Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting.
Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di
serambi rumah.
88. Buang Adat
Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum
agama.
89. Buang Air Besar
Maksud: Berak.
Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.
90. Buang Air Kecil
Maksud: Kencing.
Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya
berasa sakit ketika membuang air kecil.
91. Buang Anak = Membuang Anak
Maksud: Menggugurkan anak.
Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji
oleh Tuhan.
92. Buang Arang Di Muka
Maksud: Menghilangkan malu.
Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya
kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya.
93. Buang Diri = Membuang Diri
Maksud: Merantau.
Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu
anak dara orang.
94. Buang Lelah
Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.
Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman
rekreasi itu sebagai tempat buang lelah.
95. Buang Malu
Maksud: Menghilangkan malu.
96. Buang Muka = Membuang Muka
Maksud: Tidak suka.
Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda
yang mengganggunya.
97. Buang Negeri = Dibuang Negeri
Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah
didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap.
98. Buang Sauh
Maksud: Berlabuh.
Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang
berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti.
99. Buang Sial
Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat
mandi bunga sebagai usaha buang sial.
100. Buang Tabiat
Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu
sebelum meninggal dunia.
101. Buang ubat
Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak
tidak pun kena.
102. Buat Akal
Maksud: Mencari helah.
Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja
sekolah.
103. Buat Bodoh
Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.
Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh
tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya.
104. Buat Jahat = Berbuat Jahat
Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan
lelaki dan perempuan.
Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk
Penghulu.
105. Buat Perkara
Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya
buat perkara.
106. Buaya Darat
Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah
dimaklumi jiran tetangganya.
107. Bujur Sirih
Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu
apabila dia memakai selendang sutera putih.
108. Buka Langkah Seribu
Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.
Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh
Pak Mat.
109. Buka Mata
Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan
atau menginsafkan orang lain.
Contoh Ayat:
a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang
keindahan alam semula jadinya.
b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah
saudara-maranya buka mata.
110. Buka Mulut
Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan
pertolongan.
Contoh Ayat:
a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak
Busu Berang.
b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.
111. Buka Pintu
Maksud: Memberi peluang.
Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada
peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.
112. Buka Tanah = Membuka Tanah
Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman
di atas hutan atau tanah yang terbiar.
Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk
mengusahakan tanaman kelapa sawit.
113. Buka Telinga
Maksud: Mendengar baik-baik.
Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat
orang yang telah lama bertugas di syarikat itu.
114. Buka Tembelang
Maksud: Membocorkan rahsia.
Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan
mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya.
115.Buku Lima
Maksud: Penumbuk.
Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya
ke arah Amran.
116. Bulan Kesiangan
Maksud: Berwajah pucat.
Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia
tidak bersolek.
117. Bulan Madu
Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah
berkahwin.
Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan
madu di Langkawi.
118. Bulan penuh
Maksud: Cantik.
Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.
119. Bulat Fikiran
Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.
Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan
pelajarannya ke luar negeri.
120. Bulat Kata
Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak
mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.
121. Bunga Bangsa
Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.
Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan
sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.
122. Bunga Bibir
Maksud: Kata-kata yang manis.
Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.
123. Bunga Dedap
Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya
sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga.
124. Buru Hutang = Diburu Hutang
Maksud: Terdesak kerana berhutang.
Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia
suka berjudi.
125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu
Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.
Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan,
fikirlah baik buruknya.
126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat
Maksud: Berusaha mencari pangkat.
Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah
melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran
Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.
Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada
usia enam puluhan.
128. Buruk Hati
Maksud: Orang yang jahat.
Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan
anak saudaranya menumpang di rumahnya.
129. Buruk Laku
Maksud: Kelakuan tidak senonoh.
Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia
tersisih daripada masyarakat.
130. Buruk Makan
Maksud: Pelahap.
Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua
kuih-muih yang dihidang di atas meja.
131. Buruk Mulut
Maksud: Percakapan yang kasar.
Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai
buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.
132. Buruk Perut
Maksud: Kuat makan.
Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.
133. Buruk sSngka
Maksud: Menaruh curiga.
Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata
Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri.
134. Buruk Selera
Maksud: Makan apa sahaja.
Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah
makanan yang seimbang.
135. Buruk Siku
Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.
Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal
buruk yang telah diberikan kepada adiknya.
136. Busuk Budi
Maksud: Perangai yang jahat.
Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh
saudara-maranya.
137. Busuk Hati
Maksud: Orang yang berhati jahat.
Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya
sendiri.
138. Busung Dada
Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya
dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu.
139. Buta Ayam = Rabun Ayam
Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.
Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja
kerana dia buta ayam.
140. Buta Hati
Maksud: Bersikap kejam.
Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh
orang tua yang tidak berdaya itu.
141. Buta Huruf
Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.
Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa
memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
142. Buta Kayu
Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.
143. Buta Malam
Maksud: Rabun pada waktu malam.
Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun
tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam.
144. Buta Perut
Maksud: Tidak bertimbang rasa.
Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut,
perlulah fikirkan nasib mereka yang malang.
145. Buta Warna
Maksud: Tidak dapat membezakan warna.
Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program
"Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C'
1. Cabut Nyawa
Maksud: Membunuh.
Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta
Rashidah.
2. Cacing Gila
Maksud: Meronta-ronta.
Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia
seperti cacing gila.
3. Cacing Kepanasan
Maksud: Gelisah.
Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal
polis.
4. Cacing Naik Ke Mata
Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu
seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu.
5. Cahaya Mata
Maksud: Anak.
Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata
yang kedua.
6. Cakap Angin
Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai
baiklah kita ke perpustakaan.
7. Cakap Besar
Maksud: Meninggi diri.
Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.
8. Cakap Mulut
Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan
cakap mulut.
9. Cakap Tinggi
Maksud: Meninggi diri.
10. Cakar Awan = Pencakar Awan
Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.
11. Cakar Ayam
Maksud: Tulisan yang buruk.
Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.
12. Cakar Langit = Pencakar Langit
Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
13. Campur Cakap
Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak
tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah.
14. Campur Mulut
Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
15. Campur Tangan
Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
16. Cangkul Angin
Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana
perniagaannya tidak membawa keuntungan.
17. Cari Akal = Mencari Akal
Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan
masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.
18. Cari Bala
Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri
sendiri.
Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan
kepada pendatang asing.
19. Cari Fasal
Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan
menendang kasut Kasim.
20. Cari Fikiran
Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
21. Cari Ikhtiar
Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan
penyakit anaknya.
22. Cari jalan
Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
23. Cari Makan
Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk
mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi
kebelakangan ini.
24. Cari Muka
Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau
ganjaran.
Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.
25. Cari Nama = Mencari Nama
Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan
diri dalam bidang nyanyian.
26. Cari Rezeki
Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
27. Cari Salah
Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka
semula laporan peribadi kawannya itu.
28. Cari Seteru
Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
29. Cari Susah
Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri
sendiri.
30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu
Maksud: Sampai ke paras bahu.
Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga
mencecah bahu.
31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi
Maksud: Jejak ke bumi.
Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak
mencecah bumi.
32. Cepat Lidah
Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih
dahulu.
Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah
menyebabkan kami berasa tersinggung.
33. Cepat Mulut
Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.
Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan
rakan-rakan menjauhinya.
34. Cepat Tangan
Maksud: Orang yang suka mencuri.
Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia
ditangkap polis.
35. Cerai Hidup
Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.
Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak
sepuluh tahun lalu.
36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih
Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.
45. Gunting Hati = Menggunting Hati
Maksud: Melukai perasaan.
Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah
itu telah menggunting hatinya.
46. Gunung Hati = Menggunung Hati
Maksud: Tersangat ingin.
Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang
telah terpisah sejak kami kecil lagi.
47. Gunung Payung
Maksud: Orang kesayangan.
Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung
kepada nenek.
48. Gunung Runtuh
Maksud: Bunyi bergemuruh.
Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang
berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'
1. Habis Akal
Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan
biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.
2. Habis Bulan
Maksud: Hujung bulan.
Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke
Sarawak.
3. Habis Jadi Abu
Maksud: Musnah.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir
dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.
4. Habis Jodoh
Maksud: Bercerai.
Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah
sepuluh tahun berkahwin.
5. Habis Modal
Maksud:
A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh Ayat:
A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk
bercakap.
6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa
Maksud:
A) Mati.
B) Menebus dengan nyawa.
Contoh Ayat:
A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa
ketika saya menghampirinya.
B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau
yang telah membaham ayahnya.
7. Habis Perkara
Maksud: Selesai.
Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis
perkara dan jangan dibangkitkan lagi.
8. Habis Tahun
Maksud: Penghujung tahun.
Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar
negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.
9. Halwa Mata
Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.
Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam
meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.
10. Halwa Telinga
Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.
Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang
sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya
bersendirian di rumah.
11. Hampa Tangan
Maksud: Tidak mendapat apa-apa.
Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah
dalam pertandingan bahas itu.
12. Hancur Hati
Maksud: Sangat sedih.
Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita
anaknya terlibat dalam kemalangan itu.
13. Hangat Hati
Maksud: Sangat marah.
Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak
batas sayur itu.
14. Hangat-Hangat Kuku
Maksud: Suam-suam.
Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang
hangat-hangat kuku untuk mandian adik.
15. Hangat-Hangat Tahi Ayam
Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.
Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua
biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.
16. Hangus Hati
Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah.
17. Harga Diri
Maksud: Maruah.
Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu
berada.
18. Harga Mati
Maksud: Harga tetap.
Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan
harga mati.
19. Harga Pokok
Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.
Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi
apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah
mahal.
20. Hati Batu
Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap
menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.
21. Hati Berlian = Berhati Berlian
Maksud: Sangat baik hati.
Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami
adik-beradik bagai anaknya sendiri.
22. Hati Kecil
Maksud: Perasaan dalam batin.
Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu
hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.
23. Hati Muda
Maksud: Rasa muda dalam hati.
Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun
sudah tua tetapi tetap berhati muda.
24. Hati Nurani
Maksud:
A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.
B) Perasaan hati yang murni.
Contoh Ayat:
A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia
untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.
B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak
berdosa.
25. Hati Tawajuh
Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.
Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi
dihiraukan.
26. Hati Terbuka
Maksud: Ikhlas.
Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati
terbuka.
27. Hati Tungau = Berhati Tungau
Maksud: Penakut.
Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya
berhati tungau.
28. Hati Waja
Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya
Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.
29. Hentam Kromo
Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu
jangan hentam kromo sahaja.
30. Hidung Belang
Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan
dia dimarahi oleh bapanya.
31. Hidung Tinggi
Maksud: Orang yang sombong.
Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak
disenangi oleh kawan-kawan.
32. Hidup Terbuang
Maksud: Tersia-sia diri.
Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu
pula diserang penyakit.
33. Hilang Akal
Maksud: Gila.
Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan
anak dan isterinya, dia telah hilang akal.
34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati
Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam
ingatan.
Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami
sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.
35. Hilang Harapan
Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.
Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan
perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.
36. Hilang Ingatan
Maksud: Gila.
37. Hilang Lenyap
Maksud: Hilang tanpa berita.
Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya
kejadian amuk di kampung itu.
38. Hilang Nyawa
Maksud: Mati.
Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam
kemalangan itu.
39.Hilang Semangat
Maksud: Terkejut.
Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.
40. Hilang-Hilang Timbul
Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.
Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa
latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.
41. Hilir Mudik
Maksud: Berjalan ke sana ke mari.
Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong
ayah kamu berniaga, kata ibu.
42. Hina Budi
Maksud: Berkelakuan buruk.
Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi,
nasihat emak kepada kakak.
43. Hisap Darah
Maksud: Memeras atau menindas orang.
Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang
tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.
44. Hisap Jari
Maksud: Kecewa.
Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan
untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.
45. Hujung Pangkal
Maksud: Asal mula.
Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya
saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.
46. Hukum Alam
Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan
kerana sudah menjadi hukum alam.
47. Hukum Allah
Maksud: Takdir Tuhan.
Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu
meletup di angkasa.
48. Hutang Darah
Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.
Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia
telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.
49. Hutang Lapuk
Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.
Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.
50. Hutang Nyawa
Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini
telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'
1. Ibu Angkat
Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya
sendiri.
Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya
berumur tiga tahun.
2. Ibu Ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk
oleh Allah.
3. Ibu Kandung
Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.
Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika
melahirkan saya.
4. Ibu Keladi
Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan
seluar berwarna oren.
5. Ibu Pertiwi
Maksud: Tanah tempat kelahiran.
Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.
6. Ikat Diri = Mengikat Diri
Maksud: Terlalu berat.
Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para
peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.
7. Ikat Hati = Mengikat Hati
Maksud: Menawan.
Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.
8. Ikat Janji = Mengikat Janji
Maksud: Membuat perjanjian.
Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk
hidup bersama.
9. Ikat Kata = Mengikat Kata
Maksud: Menggubah kata.
Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat
kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.
10. Ikat Perut
Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana
ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.
11. Intan Baiduri
Maksud: Orang yang dikasihi.
12. Iri Hati
Maksud: Dengki.
Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.
13. Isi Dada
Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan
isi dada yang terpendam selama ini.
14. Isi Hati
Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
15. Isi Perut
Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
16. Isi Rumah
Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas
kematian salah seorang ahlinya.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J'
1. Jadi Abu Arang
Maksud: Barang yang telah rosak.
Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu
arang.
2. Jadi Bapa Kuda
Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak
bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah
masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.
3. Jadi Bumi Langit
Maksud: Orang yang sangat diharapkan.
Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi
langit kepadanya.
4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran
Maksud: Masalah yang harus difikirkan.
Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi
fikiran kepada suri-suri rumah.
5. Jadi Umang-Umang
Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.
Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi
umang-umanglah saya hari ini.
6. Jaga Hati = Menjaga Hati
Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.
Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga
hati masing-masing.
7. Jaga Mulut
Maksud: Berhati-hati bila bercakap.
Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak
menyinggung hati kawan-kawan.
8. Jalan Belakang
Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.
Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui
jalan belakang.
9. Jalan Buntu
Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.
Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu
menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca
penyakit tersebut.
10. Jalan Damai
Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya
menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku
kesilapan.
11. Jalan Fikiran
Maksud: Cara berfikir.
Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita
menyelesaikan masalah ini.
12. Jalan Kaki
Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi
kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.
13. Jalan Tengah
Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua
pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.
14. Jarum Halus
Maksud: Tipu muslihat.
Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah
terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.
15. Jatuh Air Muka
Maksud: Menjadi malu.
Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan
anaknya yang biadab itu.
16. Jatuh Bangun
Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas
kebijaksanaan pengurusnya.
17. Jatuh Cinta
Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.
18. Jatuh Dari Langit
Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak
disangka-sangka.
19. Jatuh Harga Diri
Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak
orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga
dirinya.
20. Jatuh Hati
Maksud: Menaruh cinta (kasih).
21. Jatuh Melarat
Maksud: Menjadi miskin.
Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh
kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.
22. Jatuh Nama
Maksud: Menanggung malu.
23. Jatuh Sakit
Maksud: Mendapat sakit.
Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang
dijual di gerai tepi jalan itu.
24. Jatuh Semangat
Maksud: Hilang keberanian.
Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh
semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.
25. Jejak Bahu
Maksud: Sampai ke paras bahu.
26. Jejak Bara
Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya
jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.
27. Jejak Keruh
Maksud: Perbuatan yang kurang baik.
Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya,
kerana dia suka berbuat jejak keruh.
28. Jejak Langkah
Maksud: Mencontohi.
Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi
seorang perajurit.
29. Jejak Orang Tua
Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.
Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya
yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.
30. Jinak-Jinak Lalat
Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.
Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun
kami sekelas, kata Suzy.
31. Jinak-Jinak Merpati
Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya
tidak.
Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah
dipengaruhi.
32. Juling Air
Maksud: Juling sedikit.
Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa
berseri-seri.
33. Juling Itik
Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana
lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K'
1. Kacang Hantu
Maksud: Orang jahat.
Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka
berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.
2. Kaki Arak
Maksud: Orang yang suka minum arak.
Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua
wangnya digunakan untuk membeli arak.
3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam
Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang
dari masjid kerana kasutnya telah hilang.
4. Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah
bermain bola sepak.
5. Kaki Botol
Maksud: Orang yang suka minum arak.
6. Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang
lemah.
Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli
di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.
7. Kaki Gaduh
Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan
masalah di kampungnya.
8. Kaki Gunung
Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung
sebelum memulakan pendakian ke puncak.
9. Kaki Hutan
Maksud: Tepi hutan.
10. Kaki Judi
Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak
menghabiskan harta ayahnya di meja judi.
11. Kaki Langit
Maksud: Langit di bahagian bawah.
Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat
dilihat pada waktu senja.
12. Kaki Lima
Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan
sementara menunggu hujan berhenti.
13. Kaki Perempuan
Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
14. Kaki Rambu
Maksud: Orang yang suka merayau.
Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan
pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.
15. Kaki Seribu
Maksud: Cabut lari.
16. Kaki Umpat
Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya
menceritakan keburukan orang sahaja.
17. Kaki Wayang
Maksud: Orang yang suka menonton wayang.
Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap
filem baru yang ditayangkan di panggung itu.
18. Kaku Lidah
Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.
Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang
penglibatannya dalam kes rasuah.
19. Kambing Hitam
Maksud: Orang yang dipersalahkan.
Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku
kecurian di kawasan perumahan itu.
20. Kampung Halaman
Maksud: Kampung tempat dilahirkan.
Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu
hendak kembali ke kampung halamannya.
21. Kata Dua
Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang
mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam
perundingan.
Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada
membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.
22. Kata Hati
Maksud: Perasaan.
23. Kata Pujangga
Maksud: Perkataan orang bijak pandai.
Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga
ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.
24. Kata Putus
Maksud: Ketentuan yang terakhir.
Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata
putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.
25. Kaya Anak
Maksud: Banyak anak.
Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan
tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.
26. Kaya Hati
Maksud: Pemurah.
Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering
menghulurkan derma.
27. Kaya Hutang
Maksud: Orang yang banyak hutang.
Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak
isterinya yang gemar membeli baju berjenama.
28. Kecil Hati
Maksud: Berasa tersinggung.
29. Kecut Hati
Maksud: Takut.
Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa
kecut hati saya.
30. Kelas Kambing
Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling
murah harganya.
Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa
menonton wayang.
31. Keliling Pinggang
Maksud: Sangat banyak.
Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros
berbelanja.
32. Ke Luar Negeri
Maksud: Pergi ke negeri lain.
Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan
pelajaran.
33. Kembang Hati
Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk
ke sekolah berasrama penuh.
34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap
Maksud: Meluaskan usaha.
Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan
menceburi industri berat pula.
35. Kena Tangan
Maksud: Dipukul.
Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika
cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.
36. Kepala Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa
tertentu.
37. Kepala Batu
Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
38. Kepala Berat
Maksud: Bodoh.
Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan
sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.
39. Kepala Berita
Maksud: Tajuk sesuatu berita.
Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu
telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.
40. Kepala Dingin
Maksud: Penyabar.
Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi
tetap tenang.
41. Kepala Dua
Maksud: Orang yang tidak setia.
Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah
memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan.
42. Kepala Kain
Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya
berlainan.
Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.
43. Kepala Udang
Maksud: Bodoh.
44. Kera Sumbang
Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis
makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.
45. Kerang Busuk
Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.
46. Keras Hati
Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
47. Keras kepala
Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
48. Keras Lidah
Maksud: Tidak pandai bercakap.
Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam
Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir.
49. Keras Mulut
Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.
Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu
walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.
50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan
Maksud: Memutuskan perhubungan.
Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan
keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.
51. Kering Darah
Maksud: Terkejut.
52. Kering Hati
Maksud: Tiada rasa belas kasihan.
Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa
sedih kerana dia seorang yang kering hati.
53. Keringat Dingin
Maksud: Takut.
54. Kerja Tangan
Maksud: Pertukangan tangan.
Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional
dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.
55. Ketam Batu
Maksud: Sangat kedekut.
Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada
yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.
56. Ketawa Raja
Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.
Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk
menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.
57. Khabar Angin
Maksud: Berita yang belum sah.
Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.
58. Khabar Burung
Maksud: Berita yang belum sah.
59. Kucing Bertanduk
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia
pasti tidak akan mengerjakannya.
60. Kucing Kurap
Maksud: Orang yang tidak berguna.
61. Kuku Besi
Maksud: Memerintah dengan kejam.
Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan
dibenci dan digulingkan oleh rakyat.
62. Kuku Kambing
Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.
Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk
menanam padi.
63. Kunci Diri = Mengunci Diri
Maksud: Mengurung diri.
Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi
tadi.
64. Kunci Hati
Maksud: Rahsia.
Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan
tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.
65. Kunci Mulut
Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.
Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu
anaknya yang bersalah.
66. Kurang Adab
Maksud: Tidak sopan.
Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang
tua, kurang adab namanya.
67. Kurang Adat
Maksud: Tidak sopan.
68. Kurang Ajar
Maksud: Tidak sopan.
69. Kurang Akal
Maksud: Tidak pandai.
Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan
bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.
70. Kurang Asam
Maksud: Tidak sopan.
71. Kurang Bahasa
Maksud: Tidak halus budi bahasanya.
Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka
bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.
72. Kurang Fikir
Maksud: Tidak berhati-hati.
Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir
akan membawa kerugian.
73. Kurang Hati
Maksud: Tidak berminat.
Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat
kerana agak rumit untuk melakukannya.
74. Kurang Iman
Maksud: Mudah terpedaya.
Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak
apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah.
75. Kurang Ingat
Maksud: Pelupa.
Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan
apa-apa.
76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi
Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat
saya kurang menjadi tahun ini.
77. Kusut Fikiran
Maksud: Susah hati.
Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya
yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.
78. Kutu Embun
Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.
Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada
pukul 3 pagi.
79. Kutu Jalan
Maksud: Orang yang suka merayau.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L'
1. Langit Hijau
Maksud: Sangat jauh.
Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu,
walaupun sampai ke langit hijau.
2. Langkah Baik
Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu
pekerjaan; permulaan yang baik.
Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan
langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.
3. Langkah Bendul
Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin
lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.
4. Langkah Kanan
Maksud: Bernasib baik; bertuah.
Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika
dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.
5. Langkah Kiri
Maksud: Malang.
Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami
rosak dalam perjalanan.
6. Langkah seribu
Maksud: Cabut lari.
Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar
oleh orang gila itu.
7. Langkah Sumbang
Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.
Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana
banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.
8. Lapang Dada
Maksud: Perasaan lega.
Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah
selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.
9. Lapang Hati
Maksud: Perasaan lega.
10. Lapik Perut
Maksud: Makan Sedikit.
11. Lari Semangat
Maksud: Terkejut.
12. Laut Lepas
Maksud: Tengah laut.
Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.
13. Lebai Malang
Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.
Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah
keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.
14. Lembut Gigi Daripada Lidah
Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.
Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang
lembut gigi daripada lidah.
15. Lembut Hati
Maksud: Penyayang.
Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya
kerana dia seorang yang lembut hati.
16. Lena Ayam
Maksud: Belum tidur betul.
Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru
lena ayam.
17. Lepas Angan-Angan
Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.
Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan
lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.
18. Lepas Diri
Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.
Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu
kerana dia tidak tahu tentang hal itu.
19. Lepas Tangan
Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah
dilakukan.
20. Lidah Bercabang
Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu
berubah-ubah.
Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh
dipercayai.
21. Lidah Biawak
Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu
berubah-ubah.
22. Lidah Keras
Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam
ujian lisan yang diadakan.
23. Lidah Panjang
Maksud: Suka menghasut.
Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan
rumah tangga Milah porak-peranda.
24. Lidah Tak Bertulang
Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.
Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia
takut terkena orang yang lidah tak bertulang.
25. Lintah Darat
Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu
tinggi.
Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan
penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.
26. Lipas Kudung
Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.
Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam
masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.
27. Lubuk Akal Lautan Budi
Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan
banyak.
Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang
jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal
lautan budi.
28. Lubuk Akal lautan ilmu
Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan
banyak.
29. Lubuk Hati
Maksud: Dalam hati.
Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju
bersama mereka.
30. Luka Hati
Maksud: Pilu.
Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang
dipercayai telah membohonginya.
31. Lupa Daratan
Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang
pertimbangan.
Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.
32. Lurus Akal
Maksud: Jujur.
Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah
menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.



