MENGESAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
[ Soalan 3(d) ] KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/1)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
penjaga | pengawal | pada | kepada |
2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat di mana menyalahi hukum tatabahasa.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
di mana | yang | Setiap pelajar-pelajar | Pelajar-pelajar / setiap pelajar |
3. Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
penolong | pepembantu | oleh kerana | oleh sebab |
4. Minyak masak yang berbau hapak itu telah ayah buang.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
hapak | tengik | telah ayah buang | dibuang oleh ayah |
5. Jika sekiranya saudara tidak faham akan perkara ini, silalah berkata kepada kepada saya
sekarang.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
berkata | bersuara | Jika sekiranya | Jika/sekiranya |
6. Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak
dilakukan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
dilakukan | diamalkan | Tidak sahaja | bukan sahaja |
5. Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci kereta.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
Menyelak | menyeluk | sebab | untuk |
6. Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
teduh | rendang | Banyak pepohon | banyak pohoh/pepohon |
7. Untuk mengelakkan kecelaruan makanan, berhati-hati malah makan di gerai makanan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
kecelaruan | keracunan | malah | ketika |
10. Encil Lee berjanji akan memberikan upahan yang setimpal sebagai insentif pada para
pekerjanya untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
upahan | ganjaran | pada | kepada |
11. “Sejak dari semalam aku asyik teringat akan orang tuaku di halaman,” kata Naim.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
di halaman | di kampung | Sejak dari | sejak/dari |
12. Masalah yang dihadapi oleh para-para pelajar haruslah kita basmikan dengan segera.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
basmikan | atasi | Para-para pelajar | para pelajar/pelajar-pelajar |
13. Selepas menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras tepung tersebut sebelum dibuat kuih.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
Menghentak | menumbuk | beras tepung | tepung beras |
14. Dalam mensyuarat itu mereka membincangkan lain-lain perkara selain maslah disiplin sekolah.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
pelajar | sekolah | Lain-lain perkara | perkara-perkara lain |
15. Bas ekspres itu terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu mengalami kerosakan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
terperosok | terjunam | sebab | kerana |
16. Naim bersandar pada sebatang pokok yang rendang, namun adiknya Nana keletihan tidur di sisinya.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
namun | sementara | keletihan tidur | tidur keletihan |
17. Semangat inilah yang mendorong kami sehingga tiba di hujung yang tertinggi sekali di semenanjung Malaysia.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
hujung | puncak | tertinggi sekali | tertinggi/tinggi |
sekali
18. Awan terapung begitu dekat dengan kami nyaris-nyaris dapat dicapai dengan tangan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
nyaris-nyaris | seakan-akan | Awang terapung | Awang yang terapung |
19. Ada pekerja-pekerja warga asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai kad kredit Malaysia.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
kad kredit | kad pengenalan | pekerja-pekerja | pekerja |
20. Kemampuan negara untuk bersaing peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
peringkat | di peringkat | kepada | pada |
21. Kesilapan seorang jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan menyebabkan jambatan runtuh.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
jurugegas | jurutera | di dalam | dalam |
22. Di hari Sabtu yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara mengambil gambar dengan menggunakan teknik terbaru.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
terbaru | terbaharu | Di hari | Pada hari |
23. Perusahaan petroleum di Malaysia menawarkan peluang terbaik golongan muda yang ingin mencari pekerjaan yang menarik dan memuaskan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
Perusahaan | Industri | golongan | bagi golongan |
24. Bahaya yang paling kerap dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi adalah kesan buruk yang disebabkan oleh radiatornya.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
radiatornya | radiasinya | adalah | ialah |
25. Banyak faktor lain perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan pengembangan dunia tanpa sempadan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
pengembangan | perkembangan | perlu | yang perlu |
26. Isu perlanggaran disiplin di dalam kalangan pelajar sekolah sering mendapat perhatian daripada masyarakat.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
Perlanggaran | pelanggaran | di dalam | dalam |
27. Selain daripada itu, bilangan orang yang menghirup sakit kerongkong semakin bertambahsebagai akibat cuaca panas.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
menghirup | menghidap | Selain daripada itu | selain itu |
28. Demam denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Tiruk betina.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
tiruk | aedes | Adalah | = ialah |
,
29. Di antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ialah sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan ringkas (SMS) berantai.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
SMS | khidmat pesanan ringkas | Di antara | antara |
30. “Apa yang penting ialah masalah pelajar dapat diselesaikan secara yang berhemah supaya mereka dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran demi untuk masa depan mereka”, tanya Puan Yie Hann.
KESALAHAN KATA / ISTILAH | KESALAHAN TATABAHASA | ||
KESALAHAN | PEMBETULAN | KESALAHAN | PEMBETULAN |
tanya | kata | Demi untuk masa depan mereka | demi masa depan mereka |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan