Ahad, 31 Januari 2021

10 KESALAHAN EJAAN YANG POPULAR DALAM SPM ( SIARAN ULANGAN )

 10 kesalahan Ejaan yang popular dalam SPM ( Sumber Blog Dr. Tan CL)



1. kata majmuk berimbuhan
(a) berkuatkuasa berkuat kuasa ✔️
(b) penguatkuasa  penguat kuasa✔️
(c) dikuat kuasakan dikuatkuasakan ✔️

2. kata majmuk
(a) kadang kala kadangkala ✔️
(b) sampah-sarap sampah sarap✔️
(c) berjimat-cermat berjimat cermat✔️

3. Kesalahan 1k dan 2k
(a) kerosakkan kerosakan ✔️
(b) kebanyakkan  kebanyakan✔️
(c) kesuntukkan kesuntukan ✔️

4. Kesalahan 1g dan 2g
(a) penguna pengguna ✔️
(b) pingan  pinggan✔️
(c) berangpan beranggapan ✔️

5. Kesalahan imbuhan pinjaman
(a) anti-dadah antidadah ✔️
(b) pra sekolah  prasekolah✔️
(c) pro Amerika pro-Amerika✔️

6. Kesalahan ejaan makanan
(a) koey tiau kuetiau ✔️
(b) serunding  serondeng✔️
(c) nasi impit nasi himpit✔️

7. Kesalahan keselarasan vokal
(a) pelusuk pelosok ✔️
(b) pelek pelik✔️
(c) untok untuk ✔️

8. ejaan bahasa Inggeris - bahasa Melayu
(a) stress stres ✔️
(b) university  universiti✔️
(c) experimen eksperimen✔️

9. ejaan bahasa Arab - bahasa Melayu
(a) dakyah diayah✔️
(b) istihar  isytihar✔️
(c) taksub taasub✔️

10. ejaan kata majmuk mantap
(a) setia usaha setiausaha✔️
(b) jawatan kuasa  jawatankuasa✔️
(c) pesuruh jaya pesuruhjaya

Tiada ulasan: