Selasa, 9 April 2019

LATIHAN SOALAN 3 (D) MENGESAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA


MENGESAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
[ Soalan 3(d) ] KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/1)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


1.   Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
penjaga
pengawal
pada
kepada

2.   Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat di mana menyalahi hukum tatabahasa.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
di mana
yang
Setiap pelajar-pelajar
Pelajar-pelajar / setiap pelajar

3.   Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
penolong
pepembantu
oleh kerana
oleh sebab


4.   Minyak masak yang berbau hapak itu telah ayah buang.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
hapak
tengik
telah ayah buang
dibuang oleh ayah


5.       Jika sekiranya saudara tidak faham akan perkara ini, silalah berkata kepada kepada saya
sekarang.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
berkata
bersuara
Jika sekiranya
Jika/sekiranya

6.       Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak
dilakukan.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
dilakukan
diamalkan
Tidak sahaja
bukan sahaja


5.   Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci kereta.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
Menyelak
menyeluk
sebab
untuk

6.   Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
teduh
rendang
Banyak pepohon
banyak pohoh/pepohon


7.   Untuk mengelakkan kecelaruan makanan, berhati-hati malah makan di gerai makanan.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
kecelaruan
keracunan
malah
ketika


10.   Encil Lee berjanji akan memberikan upahan yang setimpal sebagai insentif pada para
pekerjanya untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
upahan
ganjaran
pada
kepada


11.   “Sejak dari semalam aku asyik teringat akan orang tuaku di halaman,” kata Naim.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
di halaman
di kampung
Sejak dari
sejak/dari


12.   Masalah yang dihadapi oleh para-para pelajar haruslah kita basmikan dengan segera.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
basmikan
atasi
Para-para pelajar
para pelajar/pelajar-pelajar


13.   Selepas menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras tepung tersebut sebelum dibuat kuih.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
Menghentak
menumbuk
beras tepung
tepung beras


14.   Dalam mensyuarat itu mereka membincangkan lain-lain perkara selain maslah disiplin sekolah.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
pelajar
sekolah
Lain-lain perkara
perkara-perkara lain


15.   Bas ekspres itu terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu mengalami kerosakan.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
terperosok
terjunam
sebab
kerana



16.   Naim bersandar pada sebatang pokok yang rendang, namun adiknya Nana keletihan tidur di sisinya.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
namun
sementara
keletihan tidur
tidur keletihan


17.   Semangat inilah yang mendorong kami sehingga tiba di hujung yang tertinggi sekali di semenanjung Malaysia.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
hujung
puncak
tertinggi sekali
tertinggi/tinggi

 sekali
18.   Awan terapung begitu dekat dengan kami nyaris-nyaris dapat dicapai dengan tangan.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
nyaris-nyaris
seakan-akan
Awang terapung
Awang yang terapung

19.   Ada pekerja-pekerja warga asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai kad kredit Malaysia.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
kad kredit
kad pengenalan
pekerja-pekerja
pekerja


20.   Kemampuan negara untuk bersaing peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
peringkat
di peringkat
kepada
pada


21.   Kesilapan seorang jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan menyebabkan jambatan runtuh.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
jurugegas
jurutera
di dalam
dalam


22.   Di hari Sabtu yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara mengambil gambar dengan menggunakan teknik terbaru.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
terbaru
 terbaharu
Di hari
Pada hari


23.   Perusahaan petroleum di Malaysia menawarkan peluang terbaik golongan muda yang ingin mencari pekerjaan yang menarik dan memuaskan.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
Perusahaan
Industri
golongan
bagi golongan


24.   Bahaya yang paling kerap dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi adalah kesan buruk yang disebabkan oleh radiatornya.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
radiatornya
radiasinya
adalah
ialah


25.   Banyak faktor lain perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan pengembangan dunia tanpa sempadan.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
pengembangan
perkembangan
perlu
yang perlu


26.   Isu perlanggaran disiplin di dalam kalangan pelajar sekolah sering mendapat perhatian daripada masyarakat.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
Perlanggaran
pelanggaran
di dalam
dalam


27.   Selain daripada itu, bilangan orang yang menghirup sakit kerongkong semakin bertambahsebagai akibat cuaca panas.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
menghirup
menghidap
Selain daripada itu
selain itu


28.   Demam denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Tiruk betina.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
tiruk
aedes
Adalah
= ialah

,
29.   Di antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ialah sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan ringkas (SMS) berantai.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
SMS
khidmat pesanan ringkas
Di antara
antara


30.   “Apa yang penting ialah masalah pelajar dapat diselesaikan secara yang berhemah supaya mereka dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran demi untuk masa depan mereka”, tanya Puan Yie Hann.

KESALAHAN KATA / ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
KESALAHAN
PEMBETULAN
KESALAHAN
PEMBETULAN
tanya
kata
Demi untuk masa depan mereka
demi masa depan mereka


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu. Bahan yang sanat membantu.

Unknown berkata...

dato wan Zahari telah merasmikan majlis tanah pecah projek pemeliharaan ikan keli selebar lima ekar di rembau.

Unknown berkata...

dato wan Zahari telah merasmikan majlis tanah pecah projek pemeliharaan ikan keli selebar lima ekar di rembau.