MENGESAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA
[ Soalan 3(d) ] KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/1)
Dalam setiap ayat di
bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
1. Mereka tidak dapat
memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu tidak
memberikan kebenaran pada mereka.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
penjaga
|
pengawal
|
pada
|
kepada
|
2. Setiap pelajar-pelajar
yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat di mana menyalahi
hukum tatabahasa.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
di mana
|
yang
|
Setiap pelajar-pelajar
|
Pelajar-pelajar / setiap pelajar
|
3. Oleh kerana tilam itu
lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
penolong
|
pepembantu
|
oleh kerana
|
oleh sebab
|
4. Minyak masak yang berbau
hapak itu telah ayah buang.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
hapak
|
tengik
|
telah ayah buang
|
dibuang oleh ayah
|
5. Jika sekiranya saudara
tidak faham akan perkara ini, silalah berkata kepada kepada saya
sekarang.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
berkata
|
bersuara
|
Jika sekiranya
|
Jika/sekiranya
|
6. Tidak saja di negara
kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak
dilakukan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
dilakukan
|
diamalkan
|
Tidak sahaja
|
bukan sahaja
|
5. Dia menyelak saku
seluarnya sebab mengambil kunci kereta.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
Menyelak
|
menyeluk
|
sebab
|
untuk
|
6. Banyak pepohon yang teduh
ditanam di kiri kanan lebuh raya.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
teduh
|
rendang
|
Banyak pepohon
|
banyak pohoh/pepohon
|
7. Untuk mengelakkan
kecelaruan makanan, berhati-hati malah makan di gerai makanan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
kecelaruan
|
keracunan
|
malah
|
ketika
|
10. Encil Lee berjanji akan
memberikan upahan yang setimpal sebagai insentif pada para
pekerjanya
untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
upahan
|
ganjaran
|
pada
|
kepada
|
11. “Sejak dari semalam aku
asyik teringat akan orang tuaku di halaman,” kata Naim.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
di halaman
|
di kampung
|
Sejak dari
|
sejak/dari
|
12. Masalah yang dihadapi
oleh para-para pelajar haruslah kita basmikan dengan segera.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
basmikan
|
atasi
|
Para-para pelajar
|
para pelajar/pelajar-pelajar
|
13. Selepas menghentak beras
itu, kakak saya telah mengayak beras tepung tersebut sebelum dibuat kuih.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
Menghentak
|
menumbuk
|
beras tepung
|
tepung beras
|
14. Dalam mensyuarat itu
mereka membincangkan lain-lain perkara selain maslah disiplin sekolah.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
pelajar
|
sekolah
|
Lain-lain perkara
|
perkara-perkara lain
|
15. Bas ekspres itu
terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu mengalami kerosakan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
terperosok
|
terjunam
|
sebab
|
kerana
|
16. Naim bersandar pada
sebatang pokok yang rendang, namun adiknya Nana keletihan tidur di sisinya.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
namun
|
sementara
|
keletihan tidur
|
tidur keletihan
|
17. Semangat inilah yang
mendorong kami sehingga tiba di hujung yang tertinggi sekali di semenanjung
Malaysia.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
hujung
|
puncak
|
tertinggi sekali
|
tertinggi/tinggi
|
sekali
18. Awan terapung begitu
dekat dengan kami nyaris-nyaris dapat dicapai dengan tangan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
nyaris-nyaris
|
seakan-akan
|
Awang terapung
|
Awang yang terapung
|
19. Ada pekerja-pekerja warga
asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai
kad kredit Malaysia.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
kad kredit
|
kad pengenalan
|
pekerja-pekerja
|
pekerja
|
20. Kemampuan negara untuk
bersaing peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
peringkat
|
di peringkat
|
kepada
|
pada
|
21. Kesilapan seorang
jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan menyebabkan jambatan
runtuh.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
jurugegas
|
jurutera
|
di dalam
|
dalam
|
22. Di hari Sabtu yang lalu,
jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara mengambil
gambar dengan menggunakan teknik terbaru.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
terbaru
|
terbaharu
|
Di hari
|
Pada hari
|
23. Perusahaan petroleum di
Malaysia menawarkan peluang terbaik golongan muda yang ingin mencari pekerjaan
yang menarik dan memuaskan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
Perusahaan
|
Industri
|
golongan
|
bagi golongan
|
24. Bahaya yang paling kerap
dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi adalah kesan buruk yang disebabkan
oleh radiatornya.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
radiatornya
|
radiasinya
|
adalah
|
ialah
|
25. Banyak faktor lain perlu
dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan
diceburi sesuai dengan pengembangan dunia tanpa sempadan.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
pengembangan
|
perkembangan
|
perlu
|
yang perlu
|
26. Isu perlanggaran disiplin
di dalam kalangan pelajar sekolah sering mendapat perhatian daripada masyarakat.
KESALAHAN KATA /
ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
Perlanggaran
|
pelanggaran
|
di dalam
|
dalam
|
27. Selain daripada itu,
bilangan orang yang menghirup sakit kerongkong semakin bertambahsebagai akibat
cuaca panas.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
menghirup
|
menghidap
|
Selain daripada itu
|
selain itu
|
28. Demam denggi adalah
sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang
disebarkan oleh nyamuk Tiruk betina.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
tiruk
|
aedes
|
Adalah
|
= ialah
|
,
29. Di antara kesan negatif
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ialah sesetengahnya
menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan ringkas (SMS)
berantai.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
SMS
|
khidmat pesanan ringkas
|
Di antara
|
antara
|
30. “Apa yang penting ialah
masalah pelajar dapat diselesaikan secara yang berhemah supaya mereka dapat
menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran demi untuk masa depan
mereka”, tanya Puan Yie Hann.
KESALAHAN KATA / ISTILAH
|
KESALAHAN TATABAHASA
|
||
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
KESALAHAN
|
PEMBETULAN
|
tanya
|
kata
|
Demi untuk masa depan mereka
|
demi masa depan mereka
|
3 ulasan:
Terima kasih cikgu. Bahan yang sanat membantu.
dato wan Zahari telah merasmikan majlis tanah pecah projek pemeliharaan ikan keli selebar lima ekar di rembau.
dato wan Zahari telah merasmikan majlis tanah pecah projek pemeliharaan ikan keli selebar lima ekar di rembau.
Catat Ulasan