PERBINCANGAN PERTAMA DAN KEDUA SESI PERSEDIAAN TINGKATAN 5 SESI PdPC 2019.
SOALAN
|
FORMAT
|
KEPERLUAN
|
LANGKAH
MENGATASI
|
MARKAH
|
SOALAN RUMUSAN
|
||||
1
|
RUMUSAN
|
FAHAM
FORMAT RUMUSAN
a) Perenggan pengenalan.
b) Perenggan isi tersurat
c) Perenggan isi tersirat
d) Perenggan penutup
Sekiranya pelajar faham cara menulis perenggan pengenalan, cara mencari isi tersurat dengan tepat, cara mencari dan menulis isi tersirat dengan tepat (KBAT), dan cara menulis perenggan penutup dengan betul, pelajar mudah mendapat markah penuh 30, iaitu markah paling banyak dalam kertas Bahasa Melayu Kertas 2. Pengenalan: -Petikan + perubahan istilah isi tersurat + dalam kalangan masyarakat di negara/ di Malaysia. ( Rujuk soalan)
-Rumusan + perubahan istilah isi tersurat + salin sahaja frasa isi
tersirat yang ada pada soalan.
Sebagai peringatan istilah yang
ditanya sudah keluar daripada istilah biasa dikeluarkan
bermula pada tahun lepas 2018, bermakna pelajar perlu bersedia dengan istilah
isi tersurat dalam kertas rumusan SPM 2019. (Unsur KBAT)
Isi tersurat: Pelajar perlu faham mengesan isi tersurat
iaitu isi berdasarkan kata kunci tersurat pada soalan. Isi tersurat dapat
dikesan dalam teks rumusan dan elakkan menyalin contoh dan huraian teks.
Isi tersirat: Pelajar perlu faham kata kunci isi tersirat dan isi yang diperoleh tidak ada dalam teks dan lebih kepada isi KBAT iaitu (Pandangan pelajar berdasarkan kata kunci isi tersirat)
Pelajar perlu mencapah jawapan dengan merujuk isi
berdasarkan :-
i) Fokus kendiri.
ii) Fokus ibu bapa
iii) Fokus masyarakat.
iv) Fokus Go dan Ngo.
v) Fokus Kerajaan/Negara.
Perenggan penutup: Kesimpulan,
+ mereka yang terlibat + supaya /agar + kesan akibat.
|
LATIHAN
DAN PEMAHAMAN FORMAT SOALAN ( PELAJAR PERLU TAHU APA YANG PERLU DIJAWAB DAN
TAHU CARA ). DICADANGKAN:-
i) Pelajar
perlu banyak membuat latihan terutama soalan SPM tahun-tahun lepas.
ii)
Pelajar boleh membuat latihan daripada soalan-soalan rumusan peperiksaan
percubaan negeri-negeri dan boleh merujuk skema jawapan.
iii)
Pelajar juga perlu membuat latihan tambahan dan hasil latihan perlu disemak
guru untuk mengetahui kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
iv)
Pelajar perlu mendapatkan bimbingan guru dan sentiasa bertanya cara menjawab
dengan betul soalan rumusan.
v)
Pelajar perlu memastikan penulisan setiap perenggan pengenalan tepat, faham
mencari kata kunci isi tersurat, dan mengesan isinya, faham mencari isi
tersirat berdasarkan kata kunci isi tersirat, dan menulis perenggan penutup.
|
30
|
BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA SEBAGAI GURU, RATA-RATA PELAJAR TIDAK MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN RUMUSAN KERANA:-
- MENGANGGAP SOALAN RUMUSAN SUKAR DAN ADA YANG TIDAK MENJAWAB SOALAN RUMUSAN.
- TIDAK MEMBUAT LATIHAN DAN MENGHANTAR LATIHAN UNTUK SEMAKAN GURU..
- TIDAK MEMBUAT LATIHAN KENDIRI ( LATIHAN INI AMAT PENTING KERANA SETIAP SOALAN DAN DIIKUTI DENGAN LATIHAN BERTERUSAN AKAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN RUMUSAN)
- TIDAK FAHAM MENULIS PENGENALAN RUMUSAN.
- TIDAK FAHAM MENCARI KATA KUNCI ISTILAH ISI TERSURAT.
- TIDAK FAHAN MENCARI ISTILAH KATA KUNCI ISI TERSIRAT.
- TIDAK FAHAM UNTUK MENGESAN ISI TERSURAT DALAM PETIKAN TEKS.
- TIDAK FAHAM MENCARI ISI TERSIRAT SEPERTI PENDAPAT BERKIATAN SOALAN.
- TIDAK FAHAM MENULIS PENGENALAN PENUTUP.
SEDANGKAN SOALAN RUMUSAN
MERUPAKAN LUBUK MARKAH KERANA 30 MARKAH DIPERUNTUKKAN UNTUK SOALAN BERKENAAN. PELAJAR TIDAK BOLEH MEMANDANGKAN MUDAH SERTA PERLU
BERUSAHA UNTUK MENGUASAI SOALAN BERKENAAN KERANA PENGUASAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN INI MEMPENGARUHI MARKAH KESELURUHAN KERTAS BAHASA MELAYU 2.
SOALAN LATIHAN RUMUSAN DAN LATIHAN SOALAN PEMAHAMAN UMUM.
Soalan I: Rumusan
(30 markah)
(SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017)
Baca petikan berikut dengon teliti, kemudian
buat rumusan tentang manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kebelakangan ini, kerajaan amat
menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang pesat merangsang pertumbuhan ekonomi
seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonorni digital. Ekonomi bentuk baharu ini
yang diumurnkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan
baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan
perniagaan daripada berbentuk konvensional dengan menjual produk-produk mereka
di premis-premis perniagaan kepada premis perniagaan alam maya. Premis
perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial
yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat menjanakan pendapatan
tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah.
Ledakan teknologi lnternet sejak
pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah dalam
urusan jual beli. Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan. jual beli bukan sahaja
menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini
dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berusan juat beli tanpa perlu
pergi ke prermis-premis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki.
Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang
lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh
sebab kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, keraiaan telah melancarkan
inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22
Mac 2017.
Kombinasi antara alam maya dengan alam
nyata mampu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan
besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu
ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan menikmati
manfaatnya rnelalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa
perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti ekonomi
digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa
ini yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual
beli secara maya. Melalui ekonomi
digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan
buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak RM 112
bilion merjelang tahun 2025.
Sebelum ini,
pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering
dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi
yang rendah, kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi. Hal ini
meniadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara
disumbangkan oleh PKS. Namun begitu,
dengan adanya konsep ekonomi ,digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa &
iradapan bolelr ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana
PKS j uga boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat
merancakkan lagi sektor berkenaan. Keadaan ini seterusnya telah membuktikan
bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar
bandar. Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi
penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan
di desa dan kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.
Dipetik dan
diubah suai daripada
'Ekonomi
Digital Pacu Ekonomi Masa Hadapan'
oleh
Roharni Shafie
Dewan
Masyarakat, Bil.7 2017
Pembahagian
markah berdasarkan setiap perenggan.
Bahagian
|
ISI
|
Markah
|
||||||||
i) Pendahuluan
|
2
|
|||||||||
ii) Isi Tersurat
|
4
|
6
|
8
|
10
|
12
|
16
|
||||
iii) Isi Tersirat
|
12
|
10
|
8
|
6
|
4
|
|||||
iv) Penutup
|
2
|
|||||||||
Jumlah Markah
|
20
|
Asas pemberian markah
bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut
:
Peringkat
|
Markah Isi
|
Markah Bahasa
|
Huraian
|
Baik
|
18 –
20
15 -
17
|
9 – 10
7 –
9
|
− Kesinambungan
isi baik
− Struktur
ayat/tatabahasa baik
− Kosa kata luas
− Tanda
baca/ejaan betul
|
Sederhana
|
12 - 14
8 - 11
|
6 – 7
4 – 6
|
− Kesinambungan
isi masih baik
− Struktur
ayat/tatabahasa masih
memuaskan
− Kosa kata
masih memuaskan
− Tanda
baca/ejaan juga
memuaskan
|
Lemah
|
1 - 7
|
1 - 4
|
− Pada
keseluruhannya dalam serba
kekurangan/tidak
memuaskan.
|
SKEMA JAWAPAN:-
PENDAHULUAN RUMUSAN:- ( 2 MARKAH)
Pendahuluan
|
AYAT PENDAHULUAN
|
MARKAH
|
P1
|
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan /
kepentingan-kepentingan / Kelebihan- kelebihan / faedah-faedah ekonomi
digital kepada negara kita / Malaysia.
|
2 M
|
P2
|
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan /
kepentingan-kepentingan / kelebihan- kelebihan / faedah-faedah ekonorni
digital dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS).
|
2 M
|
P3
|
Rumuan membincangkan kebaikan-kebaikan /
kepentingan-kepentingan /
kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi
digital dan kekangan-kekangannya.
|
2 M
|
P4
|
Petikan / Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan
/ kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital.
|
1 M
|
P5
|
Petikan mernbincangkan kebaikan-kebaikan /
kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital
dan kekangan-kekangannya.
|
1 M
|
P6
|
Petikan / Rumusan membincangkan manfaat-manfaat
ekonomi digital.
|
1 M
|
ISI TERSURAT- MANFAAT-MANFAAT EKONOMI DIGITAL ( 12 MARKAH)
BIL
|
ISI
|
MARKAH
|
1
|
Enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia
|
2 M
|
2
|
Dapat menjanakan pendapatan tarnbahan kepada
mana-rnana pihak termasuklah suri rumah.
|
2 M
|
3
|
urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah
|
2 M
|
4
|
Dapat rnenjimatkan masa para pembeli
|
2 M
|
5
|
Memudahkan urusan perniagaan pada skala yang
lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan
|
2 M
|
6
|
Para pengguna atau pembeli akan menikmati
manfaatnya melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa
perlu berada di negara tersebut
|
2 M
|
7
|
Ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu
dalam kehidupan generasi muda pada masa ini
|
2 M
|
8
|
Dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan
baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia
|
2 M
|
9
|
KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh
ditingkatkan kepada 80 peratus.
|
2 M
|
10
|
Ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin
perniagaan bagi usahawan luar bandar
|
2 M
|
KAEDAH MENULIS PENUTUP RUMUSAN:-
Kata Kesimpulan
|
Ayat
Cadangan/ Pihak terlibat
|
Kata
hubung
|
Ayat harapan
|
Konklusinya,
|
kita hendaklan memanfaatkan ekonomi digital ( 1markah
|
agar /
supaya
|
ekonomi negara kita seiring dengan negara maju.
|
CONTOH PENUTUP:-
1. Kesimpulannya, kita hendaklah memanfaatkan ekonomi
digital agar ekonomi negara berkembang
seiring dengan
negara maju. [2 markah]
2. Kesimpulannya, kita hendaklah memanfaatkan ekonomi
digital. [1 markah]
CONTOH RUMUSAN LENGKAP:-
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan ekonomi digital kepada negara kita / Malaysia.
Kebaikan ekonomi digital kerana ekonomi digital merupakan enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Selain itu, ekonomi digital dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah dan menjadikan urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah dapat menjimatkan masa para pembeli. Bahkan juga, ekonomi digital memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan serta para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Malah, ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar.
Namun begitu terdapat kekangan-kekangan ekonomi digital apabila masyarakat sendiri tidak faham kebaikan ekonomi digital dan bank sendiri tidak mahu memberi pinjaman kepada golongan belia yang berminat untuk menyerta ekonomi digital.
Kesimpulannya, kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk menggalakkan remaja menyertai ekonomi digital agar negara akan bertambah maju.
140 patah perkataan.
Patah perkataan rumusan di atas amat panjang kerana isi keempat amat panjang. Oleh sebab itu, pelajar boleh memilih isi yang pendek patah perkataannya, iaitu sama ada isi 7, 8, atau 10.
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan ekonomi digital kepada negara kita / Malaysia.
Kebaikan ekonomi digital kerana ekonomi digital merupakan enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Selain itu, ekonomi digital dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah dan menjadikan urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah dapat menjimatkan masa para pembeli. Bahkan juga, Dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia. Malah, ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar.

116 patah perkataan
Pelajar perlu bijak memilih isi, agar patah perkataan anda tidak melebihi 120 patah perkataan. Sekiranya anda menulis lebih 120 patah perkataan isi atau penutup yang berada lebih 120 patah perkataan tidak akan dikira. Sila berhati-hati.