Selasa, 12 Februari 2013

CONTOH KARANGAN BERFOKUS MASYARAKAT TERBAIK

Hasilan :  Melati Syamira Bt. Asmawi                                                            Tingkatan: 4 Ibnu Sina








         a)    idea relevan dengan tugasan.
         b)   pengolahan idea berkembang dengan mengaplikasi kaedah deduktif dan terdapat pertautan
               antara perenggan isi yang disampaikan.
         c)   kepanjangan perenggan seimbang.
         d)   bahasa cemerlang, terdapat istilah dan frasa menarik serta terdapat kepelbagaian ayat. 
         e)   ejaan dan tanda baca cemerlang dengan sedikit kesalahan yang tidak menjejaskan karangan.

 Namun, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan, justeru kesalahan berkenaan akan mempengaruhi impresion pemeriksa. Walaubagaimanapun, hanya satu kesalahan ejaan dikesan iaitu ibu bapa yang sepatutnya dieja terpisah kerana bukan kata majmuk mantap. Justeru,  1/2 markah dipotong. Kesimpulannya, karangan yang dihasilkan oleh pelajar ting empat ini mencabar pelajar ting. lima SMKASAS. Justeru, pelajar ting. lima seharusnya menghasilkan karangan umum yang lebih baik.

      MARKAH KARANGAN   :       95    MARKAH
      MARKAH BAHASA          :     1/2     MARKAH
      JUMLAH MARKAH          :       94     Setengah  =   95 MARKAH.

    PERINGATAN: SEKIRANYA ANDA TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN BINAAN AYAT KEMUNGKINAN MARKAH ANDA LEBIH TINGGI LAGI.

Hasilan : Nur Filzah Hayani Milatu Samsi                                    Tingkatan : 4 Ibnu Haitam
KARANGAN TERBAIK CEMERLANG ATAS











         Kenapa pelajar di atas mampu menghasilkan karangan bermutu? Persoalan ini mungkin bermain dalam fikiran para pelajar. Jawapannya mudah dan berdasarkan diri pelajar  sendiri dan pada pelajar di atas. Untuk makluman pelajar, banyak lagi karangan bermutu yang telah dihasilkan oleh pelajar dan saya tidak mampu untuk memaparkan semua hasilan berkenaan, namun kedua-dua karangan di atas menjadi bahan untuk saya paparkan. Alhamdulillah, hasil kesabaran, pada hari ini saya berjaya menyemak lebih 100 hasilan kerja pelajar, sama ada  karangan dan rumusan teks.

         Kesimpulannya, saya boleh mengkategorikan hasilan kerja pelajar berkenaan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pelajar pertama ialah pelajar yang sememangnya sudah mantap karangannya semasa di tingkatan tiga dan cuma perlu menaiktarafkan karangan mereka kepada karangan berkonsep menengah atas. Antara penambahbaikan yang dilakukan oleh mereka hanya di bahagian huraian. Mereka hanya menambah huraian kepada empat, dan ada kalanya mampu menulis sehingga lima huraian, bahkan ada yang lebih daripada itu. Jika terdapat perbezaan lain, mungkin dari segi maklumat kerana pelajar menengah atas menulis karangan kepada enam fokus, iaitu fokus diri, fokus keluarga, fokus masyarakat, fokus negara, fokus antarabangsa, dan juga fokus komsas. Justeru, tidak hairanlah mereka mampu menghasilkan karangan bermutu. Tambahan pula, penguasaan kemahiran tatabahasa mereka juga mantap dan ini memberikan mereka lebih kelebihan dan mereka juga sudah menguasai kemahiran membina ayat yang kreatif dan menarik.
          Golongan pelajar kedua, saya kategorikan kepada pelajar cuba untuk berubah dan berusaha untuk membuat pembaharuan apabila menjejakkan kaki ke tingkatan empat. Mereka cuba untuk menghasilkan karangan cemerlang. Apabila mereka berjaya menghasilkan karangan cemerlang, pada masa yang sama mereka berpendapat mereka telah diiktiraf dan setaraf dengan rakan-rakan yang memang sudah mantap dan sentiasa menghasilkan karangan yang bermutu. Oleh sebab itu, pelajar ini sentiasa meminta saya membuat komentar setiap kali saya menyemak karangan mereka dengan teliti. Pada masa yang sama, saya cuba sedaya upaya menyemak karangan mereka secepat yang mungkin agar mereka dapat melihat prestasi mereka sentiasa menampakan peningkatan semasa menulis karangan. Justeru, kadangkala agak pitam juga untuk membuat semakan pantas kerana tugasan guru memang banyak. Situasi ini juga menyebabkan saya sentiasa membawa balik buku latihan pelajar ke rumah dan memang budaya saya begitu tetapi bebanan yang dihadapi Tuhan sahaja yang tahu. Namun, saya akan berasa bertenang, puas, dan gembira apabila selesai menyemak karangan pelajar. Pelajar sendiri mungkin berasa seronok apabila menerima buku latihan mereka, tambahan pula akan berasa gembira mendapai prestasi karangan mereka sentiasa meningkat.
           Golongan pelajar ketiga, golongan pelajar yang perlu diberi perhatian dan golongan ini memang tidak mahu berubah dan ibarat pahat dan penukul. Justeru, golongan ini perlu diberi dendaan, sama ada memperbaiki karangan atau menyalin karangan rakan sebaya yang terbaik. Kemungkinan mereka berasa gelisah dan tidak puas hati apabila saya meminta mereka menyalin karangan rakan-rakan mereka. Namun, impak melakukan aktiviti tersebut dengan hati terbuka, dan ingin perubahan mereka akan nampak kreativiti rakan mereka mengahsilkan karangan cemerlang. Secara tulus dan ikhlasnya, golongan pelajar yang dikategorikan dalam kumpulan ini ialah pelajar lelaki. Sikap malas, tidak mahu menghasilkan karangan yang baik menyebabkan mereka sentiasa ditakuk yang lama. Tambahan pula, budaya kerja mereka setakat melepas batok di tangga. Sudahlah bersikap demikian, mereka juga malas untuk menyemak semula karangan dan secara langsung mereka kerap melakukan kesalahan tatabahasa, binaan frasa dan ayat yang tidak gramatis, melakukan kesalahan ejaan dan adakalanya melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang pelajar yang berada di sekolah kluster atau pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan PMR. Mereka juga, faham bahawa untuk menghasilkan karangan cermerlang mereka perlu melaksanakan atau mengaplikasikan kiteria karangan cemerlang yang sering diperingatkan. Kesimpulannya, pelajar SMKASAS boleh melakukan, boleh berjaya, dan boleh menghasilkan karangan cemerlang yang diharapkan. Berusahalah untuk berubah, berusaha untuk berjaya kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan. Selamat Berjaya dan hasilkanlah karangan dan apa sahaja kerja atau latihan Bahasa Melayu dengan cemerlang kerana Kecemerlangan Ialah Budaya Kita. Justeru, kepada pelajar tingkatan lima terutamanya, berusahalah untuk kejayaan anda. Saya dan guru-guru SMKASAS dan khususnya guru bahasa Melayu memang mengharapkan anda semua cemerlang.

5 ulasan:

  1. ble x berikan contoh karangan kelebihan barangan buatan tempatan... dgn karangan tahun melawat malaysia 2014....? tlng e-mel kn kt sye.... plzzzzzzzzzz....... faizzolkafli@yahoo.com

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, namun buat masa ini saya agak sibuk dengan program Kecemerlangan sekolah dan daerah. Sekiranya berkesempatan saya akan lakukan terbaik insyaAllah.

    BalasPadam
  3. Hai..Boleh berikan contoh pendapata tentang kepeluan murid terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum x?

    BalasPadam
  4. jawapan dia tu bukan pelbagai pihak punya jawapan ke

    BalasPadam