Ahad, 17 Februari 2013

LATIHAN KARANGAN BERPANDU UNTUK PELAJAR TING 4, DAN 5

CONTOH KARANGAN BERPANDU BERDASARKAN GAMBAR BERSIRI DI ATAS. PELAJAR DIGALAKKAN MENGUBAHSUAI KARANGAN DI BAWAH UNTUK MEMANTAPKAN PENULISAN KARANGAN.

PENGENALAN:-
KRITERIA
CONTOH AYAT
AYAT RANGSANGAN   1
Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan oleh pelajar di luar mahupun di dalam bilik darjah dan melibatkan aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.
AYAT RANGSANGAN   2
Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan kepada aktiviti ini dijalankan oleh pelajar di sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah untuk melahirkan modal insan kelas pertama.
AYAT RANGSANGAN   3
Selain itu, 10% markah untuk kemasukan ke Institut pendidikan Malaysia di nilai dari segi penglibatan pelajar dalam aktiviti sedemikian.
AYAT RANGSANGAN   4
Bahkan juga, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum banyak membantu membina jati diri remaja dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek kerana  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
AYAT ARAHAN
Banyak faedah yang akan diperoleh pelajar sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Perenggan Isi Pertama:-
Kriteria
Contoh Ayat
Ayat Isi
Mari kta berbicara tentang kebaikan unit beruniform kepada pelajar menggunakan minda pelajar kelas pertama. Antaranya, pasukan unit beruniform  akan membantu pelajar meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal apabila menyertai aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform.

Ayat Huraian 1
Hal ini kerana, pelajar yang menceburi aktiviti unit beruniform akan sentiasa didedah dengan cabaran sepanjang menyertai aktiviti berkenaan .

Ayat Huraian 2
Aktiviti unit beruniform  kebiasaannya dijalankan di luar bilik darjah dan berbeza dengan situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan kehidupan semasa pelajar berada di rumah.

Ayat Huraian 3
Justeru,  aktiviti unit beruniform ini  akan mendedahkan pelajar suasana kehidupan yang berbeza  kerana mereka didedahkan dengan aktiviti yang mengajar mereka cara-cara untuk menghadapi dugaan sama ada aktiviti berkawad kaki, perkhemahan, aktiviti menyelemat atau pertolongan cemas.

Ayat Huraian 4
Contohnya, jika pelajar mengikuti aktiviti perkemahan, mereka  akan mengalami keadaan bergelap di tengah hutan, digigit serangga dan menjadi hidangan pemangsa seperti nyamuk. Bahkan juga, aktiviti yang melibatkan aktiviti meredah hutan juga mencabar ketahanan fizikal mereka.

Frasa Menarik
Justeru, aktiviti unit beruniform ini memang mendedahkan pelajar  dengan aktiviti yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Bak kata pepatah alah bias tegal biasa.

Ayat Penegas
Tegasnya, aktiviti kokurikulum seperti program unit beruniform amat berfaedah untuk membina ketahanan fizikal dan mental pelajar.


Perenggan Isi Kedua:-
Kriteria
Contoh Ayat
Ayat Isi
Mari kita perluaskan skop perbincangan berkaitan faedah pelajar menganggotai pasukan unit beruinform seterusnya mendidik pelajar semangat bekerjasama antara rakan sebaya.

Ayat Huraian 1
Pada masa kini, aktiviti kemasyarakat sering diabaikan sama ada dalam kalangan pelajar, mahupun dalam kalangan masyarakat.

Ayat Huarain 2
Masyarakat sekarang lebih mengamalkan kehidupan bagaikan  enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Ayat Huraian 3
Oleh sebab itu, aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform akan menyemai semula aktiviti kemasyarakatan seperti bekerjasama, tolong menolong agar menghidupkan suasana kehidupan bertoleransi terutama masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Ayat huraian 4
Tambahan pula, aktiviti kemasyarakat yang sering diamalkan oleh masyarakat kampung kini juga telah direntap dan semakin pupus dalam kalangan masyarakat dibawa  arus kemodenan sekarang.

Ayat Contoh
Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan mengajar pelajar erti hidup bekerjasama dengan bersama-sama mendirikan khemah, mencari kayu api untuk kegunaaan memasak, dan menjalankan sebarang aktiviti lain sepanjang program berkenaan dijalankan.
Frasa Menarik
Konsep tolong menolong ini ibarat aur dengan tebing kerana masing-masing memerlukan kerjasama  untuk menjayakan aktiviti berkenaan.

Ayat Penegas
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga mendidik pelajar semangat bekerjasama antara rakan sebaya.

Cuba lengkapkan  perenggan isi seterusnya.
Perenggan Isi  Ketiga:
Kriteria
Contoh Ayat
Ayat Isi
Mari kita perhalusi perbincangan seterusnya iaitu aktiviti unit beruniform  dapat membentuk disiplin dalam kalangan pelajar.
Ayat Huraian 1
Sebagaimana kita sedia maklum, seorang pelajar akan dilantik menjadi pemimpin dalam unit beruniform berdasarkan ciri-ciri kepimpinan pelajar berkenaan.

Ayat Huarain 2
Justeru, ahli-ahli persatuan unit beruniform kebiasaannya akan melantik seorang pemimpin dalam kalangan mereka berdasarkan beberapa kriteria seperti  cara berpakaiannya, disiplin pelajar berkenaan, dan cara tutur katanya, bertanggungjawab dan lain-lain lagi nilai positif.

Ayat Huraian 3
Hal ini kerana setiap ahli unit beruniform berharap pelajar yang dilantik sebagai pemimpin  persatuan unit beruniform dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Ayat Contoh
Bahkan juga, pemimpin unit beruniform akan menjadi contoh dan ikutan mereka, sebagaimana ciri-ciri positifnya yang diperbincangkan di atas.

Frasa Menarik
Oleh sebab itu benarlah kata pepatah seorang pepimpin tidak akan bertindak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Ayat Penegas
Tegasnya, aktiviti unit beruniform dapat dapat membentuk disiplin dalam kalangan pelajar.


Perenggan Isi Keempat:-
Kriteria
Contoh Ayat
Ayat Isi
Akhir sekali, kita tumpukan lensa perbincangan kepada aktiviti unit beruniform  dapat membina pengetahuan asas bantuan kecemasan kepada para pelajar.
Ayat Huraian 1
Sebagaimana kita sedia maklum,  Pasukan Bulan Sabit Merah merupakan unit beruniform yang mendedahkan ahli-ahlinya kemahiran asas bantuan kecemasan.

Ayat Huarain 2
Namun begitu, Pasukan Pengakap juga merupakan antara unit beruniform yang mendedahkan ahli-ahlinya kemahiran asas bantuan kecemasan.

Ayat Huraian 3
Hal ini kerana, kedua-dua pasukan unit beruniform ini sering mengadakan aktiviti lasak seperti perkemahan, merentas hutan atau “jungle tracking”, dan aktiviti lasak yang lain.

Ayat Contoh
Sungguhpun begitu, Pasukan Bulan Sabit Merah merupakan pasukan unit beruniform yang sentiasa diberi tanggungjawab untuk memberi bantuan kecemasan semasa aktiviti sukan sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan.

Frasa Menarik
Perkhidmatan mereka amat diperlukan kerana sepanjang aktiviti sukan kemalangan mudah berlaku . Peribahasa Melayu ada menyebut malang tidak berbau

Ayat Penegas
Tegasnya, aktiviti unit beruniform  dapat membina pengetahuan asas bantuan kecemasan kepada para pelajar.




Perenggan Penutup:-
Kriteria
Contoh Ayat
Istilah Penutup
Kesimpulannya, kokurilukum banyak faedahnya kepada pelajar, remaja dan negara.

Ayat cadangan 1
Sebagai seorang pelajar, mereka perlu mengikuti aktiviti kokrikulum dengan sebaik-baiknya kerana aktiviti berkenaan bukan sahaja mampu memupuk semangat kerjasama, malah mewujudkan jati diri dan melahirkan pelajar yang sehat dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Ayat Cadangan 2
Bahkan juga, ibu bapa sebagai penjaga kepada pelajar perlu terus menerus memberi sokongan kepada pihak sekolah dan seterusnya menggalakkan anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum.
Ayat Cadangan 3
Selain itu, pihak sekolah terutama guru-guru yang menjadi  penasihat aktiviti kokurikulum perlu merancang aktiviti kokurikulum dengan sistematik agar palajar akan seronok dan mampu melahirkan kepimpinan dalam karangan mereka.

Ayat Cadangan 4
Akhirnya, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu terus menerus memberi penekanan akan kepentingan kokurikulum di sekolah-sekolah seperti membuat pemantauan agar aktiviti tersebut dijalankan dengan sebaik-baiknya.

Ayat Harapan
Justeru, dengan sokongan dan kerjasama dalam kalangan pelajar, ibu bapa, guru-guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia, sudah pasti usaha untuk mewujudkan pelajar yang seimbang dari segi  jasmani, emosi,  rohani dan intelek.