Kelebihan E-wallet dalam
kehidupan pengguna seharian.
E-dompet
atau e-wallet merupakan perkakasan elektronik dalam talian yang membolehkan
transaksi dikalukan melalui telefon pintar atau peralatan komputer. Kebanyakan
e-dompet seperti kad kredit atau debit dihubungkan kepada akaun bank pengguna
untuk membuat pembayaran. Selain itu, pengguna dihubungkan melalui imbasan kod
QR. Di Malaysia, penggunaan e-dompet acap kali digunakan semasa pembayaran bil,
membeli makanan, tol. petrol, barangan peribadi dan perbelanjaan runcit. Bank
negara Malaysia telah mengesahkan nilai transaksi e-dompet di Malaysia melebihi
10 bilion pada tahun 2019. Persoalannya, apakah kelebihan e-wallet dalam
kalangan pengguna dan masyarakat kita?
Penggunaan
E-wallet paling utama dalam kalangan masyarakat kini adalah kerana perkhidmatannya
yang pantas dan segera. Dalam dunia internet hari ini, masyarakat tidak perlu
menunggu dua atau tiga hari untuk menunggu transaksi kewangan mereka berjaya
dilaksanakan untuk kegunaan aktivti seharian. Pengguna tidak perlu beratur panjang
di kauter pembayaran untuk membayar bil, tiket parkir atau barangan lain.
Dengan menggunakan perkhidmatan e-wallet, pengguna boleh menggunakan perkakasan
elektronik ini untuk tujuan pembelian dan pembayaran barangan dan perkhidmatan yang
mengambil masa masa beberapa saat sahajs kerana masa itu ibarat emas.
Selain
itu, pengguna tidak perlu membawa wang tunai yang banyak di dalam dompet mereka
sekiranya mereka menggunakan E-wallet semasa berbelanja atau membayar bil atas
perkidmatan yang digunakan. Dengan menggunakan E-dompet, nilai-nilai wang dan
transaksi kewangan boleh dilakukan dalam talian. Sebagai contoh, nilai tunai
RM1,000 sekiranya diletakkan di dalam dompet akan menjadikan dompet mereka
lebih tebal dan sukar dimasukkan ke dalam poket seluar. Situasi ini juga boleh
memberi ruang kepada pencuri mengintai dan mencari ruang untuk menyeluk saku
dan mengambil wang tanpa izin.
Penggunaan
digital piawaian tinggi menjadikan data transaksi berlaku dengan lebih selamat
berbanding dengan berbelanja secara tunai, Andainya kita kehilangan kad,
telefon atau peranti yang menyimpan maklumat perbankan, kita oleh menghalang penggunaan kad secara berleluasa
dengan menghubungi pihak perbankan. Agensi penyedia e-dompet boleh menghalang
penggunaan kad secara tidak sah melalui kawalan kata kunci yang disahkan
melalui mesej yang dihantar kepada pengguna melalui telefon berdaftar.
Penggunaan ‘Transaction Authorization Code (TAC) yang mengandungi enam digit
kod pengesahan adalah pelindung tambahan keselamatan untuk mengesahkan tuan
punya telefon. Justeru, keselamatan transaksi kewangan pengguna sentiasa
terkawal semasa berbelanja secara dalam talian.
Selain itu, E-wallet menyediakan rekod transaksi yang membolehkan
pengguna mengimbas Kembali transaksi yang telah dilakukan dalam talian. Dengan
merujuk rekod tansaksi pengguna dapat melihat kembali semua aktviti transaksi pembelian yang telah dilakukan.
Rekod transaski berkenaan dapat membantu pengguna menguruskan aktiviti
perbelanjaan dengan lebih berhemah. Secara langsung, pengguna sendiri dapat
mengawal dan menentukan tabiat pembelian supaya mereka mampu menguruskan
kewangan secara berhemat.
Kesimpulannya,
penggunaan E-dompet banyak kelebihannya berbanding menggunakan pembelian secara
tradisional kerana lebih cepat, lebih selesa, lebih mudah, selamat, dan menjamin perlindingan data. Masyarakat
yang celik internet tidak akan menunggu lama untuk beralih menggunakan e-dompet
berbanding dengan wang tunai dalam urusan pembelian dan pembayaran. Hanya
dengan memliki sebuah akaun bank, pengguna dapat mengoperasi e-dompet dalam
tempoh yang singkat. Orang ramai yang semakin kritikal dalam pengurusan perbelanjaan
kewangan akan mencari platform yang dapat mengurangkan pengaliran keluar wang
untuk aktiviti pasif seperti beratur panjang untuk membayar bil elektrik.
Sistem pembelian dan pembayaran menggunakan e-dompet akan terus berkembang luas
di Malaysia sejajar dengan kemajuan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan