Sabtu, 30 Julai 2022

KELEBIHAN PENGGUNAAN E-WALLET DALAM KALANGAN PENGGUNA DI MALAYSIA

 

Kelebihan E-wallet dalam kehidupan pengguna seharian.

E-dompet atau e-wallet merupakan perkakasan elektronik dalam talian yang membolehkan transaksi dikalukan melalui telefon pintar atau peralatan komputer. Kebanyakan e-dompet seperti kad kredit atau debit dihubungkan kepada akaun bank pengguna untuk membuat pembayaran. Selain itu, pengguna dihubungkan melalui imbasan kod QR. Di Malaysia, penggunaan e-dompet acap kali digunakan semasa pembayaran bil, membeli makanan, tol. petrol, barangan peribadi dan perbelanjaan runcit. Bank negara Malaysia telah mengesahkan nilai transaksi e-dompet di Malaysia melebihi 10 bilion pada tahun 2019. Persoalannya, apakah kelebihan e-wallet dalam kalangan pengguna dan masyarakat kita?

Penggunaan E-wallet paling utama dalam kalangan masyarakat kini adalah kerana perkhidmatannya yang pantas dan segera. Dalam dunia internet hari ini, masyarakat tidak perlu menunggu dua atau tiga hari untuk menunggu transaksi kewangan mereka berjaya dilaksanakan untuk kegunaan aktivti seharian. Pengguna tidak perlu beratur panjang di kauter pembayaran untuk membayar bil, tiket parkir atau barangan lain. Dengan menggunakan perkhidmatan e-wallet, pengguna boleh menggunakan perkakasan elektronik ini untuk tujuan pembelian dan pembayaran barangan dan perkhidmatan yang mengambil masa masa beberapa saat sahajs kerana masa itu ibarat emas.

Selain itu, pengguna tidak perlu membawa wang tunai yang banyak di dalam dompet mereka sekiranya mereka menggunakan E-wallet semasa berbelanja atau membayar bil atas perkidmatan yang digunakan. Dengan menggunakan E-dompet, nilai-nilai wang dan transaksi kewangan boleh dilakukan dalam talian. Sebagai contoh, nilai tunai RM1,000 sekiranya diletakkan di dalam dompet akan menjadikan dompet mereka lebih tebal dan sukar dimasukkan ke dalam poket seluar. Situasi ini juga boleh memberi ruang kepada pencuri mengintai dan mencari ruang untuk menyeluk saku dan mengambil wang tanpa izin.

Penggunaan digital piawaian tinggi menjadikan data transaksi berlaku dengan lebih selamat berbanding dengan berbelanja secara tunai, Andainya kita kehilangan kad, telefon atau peranti yang menyimpan maklumat perbankan, kita oleh  menghalang penggunaan kad secara berleluasa dengan menghubungi pihak perbankan. Agensi penyedia e-dompet boleh menghalang penggunaan kad secara tidak sah melalui kawalan kata kunci yang disahkan melalui mesej yang dihantar kepada pengguna melalui telefon berdaftar. Penggunaan ‘Transaction Authorization Code (TAC) yang mengandungi enam digit kod pengesahan adalah pelindung tambahan keselamatan untuk mengesahkan tuan punya telefon. Justeru, keselamatan transaksi kewangan pengguna sentiasa terkawal semasa berbelanja secara dalam talian.

 Selain itu, E-wallet  menyediakan rekod transaksi yang membolehkan pengguna mengimbas Kembali transaksi yang telah dilakukan dalam talian. Dengan merujuk rekod tansaksi pengguna dapat melihat kembali semua aktviti  transaksi pembelian yang telah dilakukan. Rekod transaski berkenaan dapat membantu pengguna menguruskan aktiviti perbelanjaan dengan lebih berhemah. Secara langsung, pengguna sendiri dapat mengawal dan menentukan tabiat pembelian supaya mereka mampu menguruskan kewangan secara berhemat.

Kesimpulannya, penggunaan E-dompet banyak kelebihannya berbanding menggunakan pembelian secara tradisional kerana lebih cepat, lebih selesa, lebih mudah, selamat,  dan menjamin perlindingan data. Masyarakat yang celik internet tidak akan menunggu lama untuk beralih menggunakan e-dompet berbanding dengan wang tunai dalam urusan pembelian dan pembayaran. Hanya dengan memliki sebuah akaun bank, pengguna dapat mengoperasi e-dompet dalam tempoh yang singkat. Orang ramai yang semakin kritikal dalam pengurusan perbelanjaan kewangan akan mencari platform yang dapat mengurangkan pengaliran keluar wang untuk aktiviti pasif seperti beratur panjang untuk membayar bil elektrik. Sistem pembelian dan pembayaran menggunakan e-dompet akan terus berkembang luas di Malaysia sejajar dengan kemajuan negara.

Jumaat, 22 Julai 2022

KARANGAN RESPON TERBUKA DOMAIN AWAM "KESAN PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA."

 

Kesan pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Pembuangan bayi merupakan satu jenayah di negara kita. Masalah ini berlaku akibat kehamilan yang tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka dengan terdesak kerana malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Persoalannya, tindakan pembuangan bayi berkenaan akan memberi banyak kesan yang buruk kepada keluarga dan masyarakat negara kita?

Majoritinya, ibu yang bersedia untuk membuangkan bayi mereka akan melahirkan anak dengan menggunakan cara sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital. Sewaktu mereka melahirkan anak, ibu tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa. Tanpa penjagaan perubatan yang sempurna, ibu akan mengalami jangkitan kuman dan juga kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan anak. Dalam keadaan ini, bayi akan cedera sewaktu bersalin dan kadar kematian bayi adalah sangat tinggi jika berbanding dengan kelahiran bayi di hospital.

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan.

Kesimpulannya, kesan pembuangan bayi akan menjejaskan ibu bayi, keluarga, masyarakat dan juga negara kita. Sebagai remaja perempuan, mereka harus elakkan kehamilan sebelum berkahwin dan bersedia untuk membina keluarga. Semua agama di Malaysia melarang seks sebelum kahwin dan kita haruslah sentiasa taat kepada ajaran agama. Pihak masyarakat dan kerajaan haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah pembuangan bayi ini dengan secepat mungkin.