Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Ahad, 1 Mac 2020
ASSALAMUALAIKUM KEPADA PELAJAR TING. 5 , KHUSUSNYA PELAJAR KELAS 5 SAINS. PEPERIKSAAN AWAL TAHUN PERLU DIANGGAP SEBAGAI PEPERIKSAAN YANG MEMBERI GAMBARAN KEBOLEHAN ANDA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA SEPANJANG ANDA BERGELAR PELAJAR MENENGAH ATAS BERMULA DARIPADA ADA BERADA DI TINGKATAN 4 DAN BERAKHIR DI TINGKATAN 5 PADA 2/3/2020. SEKIRANYA ANDA BERJAYA MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 (KARANGAN ) KERTAS BAHASA MELAYU 2 ( RUMUSAN, PEMAHAMAN UMUM, PROSA MODEN, PROSA TRADISONAL, PUISI, SOALAN TATABAHASA, DAN NOVEL, BERMAKNA ANDA TELAH BERSEDIA MENGHADAPI SPM 2020. PENILAIAN ATAU PEPERIKSAAN AWAL TAHUN AMAT BESAR ERTINYA KERANA KEJAYAAN ANDA MEMPEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG BERERTI ANDA MAMPU MENGUASAI PEMBELAJARAN DI TINGKATAN 5 SELEPAS INI DAN SETERUSNYA ANDA HANYA PERLU MEMPERTAJAM KEMAHIRAN UNTUK MENGHADAP SPM. SEBALIKNYA, JIKA GAGAL DAN ANDA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN LULUS BIASA SAHAJA, BERMAKNA ANDA PERTU BERUSAHA MEMANTAPKAN KEMAHIRAN ANDA BERBAHASA DAN SUDAH PASTI INI MEMERITKAN ANDA UNTUK MEMANTAPKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA. NAMUN, ANDA MASIH MEMPUNYAI MASA UNTUK MENGUBAH PRESTASI ANDA. SEBAGAI SEORANG GURU BAHASA MELAYU, SAYA BERHARAP ANDA BERSEDIA DAN MENJAWAB SOALAN PAWAT SEBAGAIMANA KAMU MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM SEBENAR. INSYA-ALLAH, ESOK MERUPAKAN HARI TERAKHIR SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA MEMBUAT ULANGKAJI KALI TERAKHIR. OLEH SEBAB ITU, ANDA BOLEH BERTANYA APA-APA SAHAJA KEKELIRUAN SEPANJANG PERSEDIAAN MENGHADAP PAWAT. TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG SENTIASA BERSAMA SAYA, DAN SERING MENJADIKAN LAMAN BAHASA MELAYU SPM SEBAGAI PANDUAN ANDA SELAMA INI. SAYA SUDAH DAPAT MELIHAT KEJAYAAN PELAJAR YANG BERSAMA-SAMA SAYA MENJAWAB SOALAN SAYA KEMUKAKAN SAMA ADA NOTA, SERTA LATIHAN ONLINE SAYA SEDIAKAN. SAYA AKAN SENTIASA MEMANTAU PERKEMBANGAN PELAJAR YANG TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN AKTIVITI DI BLOG ANTARANYA ADURAH, FAIZULLAH, NUR MUSTAFA DAN MUNGKIN ADA NAMA-NAMA PELAJAR TERMASULLAH "ANAKKU" TETAPI SAYA AKAN TERUS MEMANTAU PERKEMBANGAN ANDA TERUTAMA KEPUTUSAN PAWAT NANTI. BERUNTUNGLAH KEPADA MEREKA YANG SENTIASA BERUSAHA KERANA ANDA MENUNGGU UNTUK MENUAI HASIL BERUPA JERIT PERIH ANDA BERSAMA-SAMA SAYA SELAMA INI. SAYA AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MEMBANTU ANDA. AAMIIN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan