Rabu, 8 Mei 2019

NOTA GURINDAM DUA BELAS FASAL KETIGA


Puisi Tradisional  (Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )

RANGKAP
MAKSUD
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.     
Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.     
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

TEMA      
Nasihat memelihara anggota diri.
Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN

1.         Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan.
2.         Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
3.         Persoalan pentingnya memelihara pendengaran. 
4.         Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

BENTUK
 
1.         Mempunyai 7 rangkap.
2.         Setiap rangkap mengandungi 2 baris
3.         Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan
4.         Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
5.         Rima akhir aa

GAYA BAHASA
1.         Kata ganda – cita-cita
2.         Asonansi – pengulangan vokal a  -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)     
3.         Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g - Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

NILAI
 
1.         Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 
2.         Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
3.         Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN

1.         Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana.
2.         Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan.
3.         Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
4.         Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.


14 ulasan:

SaifulFX berkata...

Terima kasih. Satu perkongsian yang baik. Jadual peperiksaan SPM 2019 sudah dikeluarkan. Boleh download online. All the best kepada yang duduk peperiksaan tahun ini.

Unknown berkata...

Terima kasih kerana membantu saya utk menyiapkan tugasan yg diberikan guru wlaupun sy tdk mmbawa balik buku komsas ke rumah:)

Janessa James berkata...

Terima kasih. Tapi apa maksud anggota tengah?

Cikgu Lindar Nor berkata...

Pada pendapat saya anggota tengah ialah hati kita. kita mesti menjaga hati kita kerana daripada hatilah akan membawa seseorang kepada kebaikan dan kejahatan.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas perkongsian,minta izin untuk diambil sebagai rujukan :]

isya ixani berkata...

Terima kasih. Musim covid ni lah nak trial. Study hard spm 2021

Unknown berkata...

Terima kasih membenarkan perkongsian.

Unknown berkata...

sangat2 membantu

Unknown berkata...

Terima kasih untuk nota ini.Walaupun saya tak bawa nota komsas sya balik rumah , tpi sya dpt jgk siapkan kerja skolah yg cikgu beri dan sya lewat sehari hantar kerja ni😂👍

Feqahians berkata...

Hati

Unknown berkata...

thank dooo

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih♡

Tanpa Nama berkata...

terima kasihhh :)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih.. sangat membantu dalam ulangkaji last minit