Ahad, 7 April 2019

TATABAHASA - HUKUM DITERANG-MENERANG (D-M)


Hukum D-M

1. Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun/diatur supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.

2. ‘D’ bermaksud unsur subjek ayat/perkara yang diterangkan.

3. ‘M’ pula bermaksud unsur yang menerangkan subjek.

4. Dalam penulisan, gaya bahasa  Melayu baku mengutamakan subjek/perkara, diikuti oleh penerangan tentang subjek/perkara berkenaan.

5. Hal ini berbeza daripada gaya bahasa Inggeris yang predikatnya didahulukan, diikuti oleh subjeknya.

6. Perhatikan pembentukan frasa nama di bawah ini. 

Frasa nama (salah)
Frasa nama (betul)
rebus jagung
jagung rebus
mini panggung wayang
panggung wayang mini
Federal Hotel
Hotel Federal
belacan sambal
sambal belacan
goreng pisang
pisang goreng
Kim Rumah Tumpangan
Rumah Tumpangan Kim
Malaya Universiti
Universiti Malaya
Negara Zoo
Zoo Negara
jeruk mangga
mangga jeruk
Alias Restoran
Restoran Alias
ekpress kereta api
kereta api ekspes

KEKECUALIAN HUKUM D-M

1. Ada frasa nama yang berkecuali daripada mengikuti Hukum D-M disebabkan oleh kebiasaan dalam penggunaan.

2. Kebanyakan frasa nama itu berkaitan dengan nama-nama jawatan seperti contoh-contoh yang berikut.

Menerangkan (M)
Diterangkan (D)
Perdana
Menteri
Ketua
Menteri
Naib
Presiden
pembantu
penyelidik
ibu
pejabat

FRASA NAMA YANG BEBAS SUSUNANNYA

1. Sesetengah frasa nama seolah-olah salah kerana tidak mengikut Hukum D-M.

·         lembu susu                                       atau                                     susu lembu
·         ayam telur                                         atau                                     telur ayam
·         lembu daging                                   atau                                     daging lembu


2. Lihat contoh-contoh di bawah ini. 

3. Sebenarnya, semua bentuk frasa nama di atas adalah betul.

4. Frasa nama ialah frasa nama yang bebas susunannya.

·         lembu susu         lembu yang diternak untuk menghasilkan susu
·         susu lembu         susu yang dihasilkan oleh lembu
·         lembu daging     lembu yang diternak untuk dagingnya
·         daging lembu     isi pada badan lembu
·         ayam telur          ayam yang diternak untuk menghasilkan telur
·         telur ayam          telur yang dihasilkan oleh ayam


5. Hal ini demikian kerana frasa nama itu berkaitan dengan makna yang khusus seperti yang berikut. 
  


 Kesan kesalahan dalam ayat di bawah.

1. Semua perkhidmatan mini bas di Kuala Lumpur telah ditamatkan pada bulan Jun 1988.

    Bas mini

2. Zamani suka makan goreng pisang yang dijual di warung Mak Tijah yang letaknya bersebelahan dengan Klinik Nathan.

    pisang goreng

3. Encik Kassim menjalankan perusahaan membuat cili sos.
   

4. Setiap kali dia makan di Kentucky Restoran, dia pasti akan memesan semangkuk kentang goreng.

    Restoren Kentucky

5. Perasmian zoo mini itu telah dilakukan oleh Menteri Besar.


Maksud:  D- unsur yang diterangkan manakala
                 M- unsur yang menerangkan unsur pertama

Contoh:  perpustakaan mini (Betul)
 (D- unsur yang diterangkan)        perpustakaan
 (M - unsur yang menerangkan) mini

 Latihan:
 Tentukan sama ada frasa bergaris adalah betul atau salah penggunaannya.  

1.       Ibu menyuruh kakak membeli sebotol cili sos di kedai runcit.  [          ]

2.       Lain-lain masalah yang tidak dapat diselesaikan akan dibincangkan  dalam mesyuarat yang akan  datang.   [            ]

3.       Jualan murah itu ditawarkan oleh Giant Pasar Raya yang baru  dibuka pada hujung minggu yang lalu.  [          ]

4.       Makanan di Restoran Tarmizi memang enak kerana tukang masaknya  didatangkan khas dari luar negara.  [           ]

5.       Saya menukar tayar kereta di Rizalman Kedai Servis Tayar kerana  tayar kereta saya telah haus.  [           ]

6.    Mereka akan mengemukakan agenda lain-lain pada mesyuarat yang akan datang disebabkan pertemuan yang diadakan gagal mencapai kata putus.  [         ]
7.      Warung goreng pisang itu dimiliki oleh Pak Samad sekeluarga.  [      ]
8.       Semasa tinggal di asrama, kami sering dihidangi roti bakar dan rebus telur.  [         ]

9.   Dia akan membincangkan perkara itu dengan lain-lain kawannya apabila mempunyai kelapangan.  [      ]

10.     Negara-negara Tenggara Asia telah bergabung untuk membentuk  pakatan yang dinamakan ASEAN [          ]

11.     Mereka telah membincangkan lain-lain hal sebelum mesyuarat itu ditangguhkan.  [           ]

12.     Ibu memasukkan perasa serbuk ayam itu ke dalam gulai agar masakannya bertambah enak.  [       ]

13.     Dia mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Tawakal untuk mengubati penyakit buah pinggang.   [            ]

14.     Bapa saudaranya bekerja sebagai doktor pakar di Universiti Hospital sejak setahun yang lalu.  [        ]

15.     Guru disiplin telah menerangkan lain-lain tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar .  [         ]

16.     Kudin ditahan oleh tentera polis kerana meninggalkan tugasnya sebagai tentera.  [          ]

17.     Puan Senah menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaiannya.  [            ]

18.     Tingkap cermin di rumahnya pecah akbiat dilontar batu oleh budak-  budak nakal.  [           ]

19.     Alat penghawa dingin  di rumahnya telah rosak walaupun baru dibeli pada minggu lepas.  
         [         ]

20.     Ibu menyediakan goreng nasi dan goreng telur sebagai sarapan  pagi.   [            ]


Jawapan soalan di atas.

1.       Ibu menyuruh kakak membeli sebotol cili sos di kedai runcit.  [  Salah    ]
              sos cili

2.       Lain-lain masalah yang tidak dapat diselesaikan akan dibincangkan  dalam mesyuarat yang akan  datang.   [    Salah        ]
              sepatutnya masalah-masalah lain

3.       Jualan murah itu ditawarkan oleh Giant Pasar Raya yang baru  dibuka pada hujung minggu yang lalu.  [    Salah     ]
          sepatutnya Pasar Raya Giant

4.       Makanan di Restoran Tarmizi memang enak kerana tukang masaknya  didatangkan khas dari luar negara.  [   Betul    ]
              Restoran Tarmizi

5.       Saya menukar tayar kereta di Rizalman Kedai Servis Tayar kerana  tayar kereta saya telah haus.  [  Salah     ]
           sepatutnya Kedai Servis Tayar Rizalman

6.    Mereka akan mengemukakan agenda lain-lain pada mesyuarat yang akan datang disebabkan pertemuan yang diadakan gagal mencapai kata putus.  [   Salah      ]
               sepatutnya agenda-agenda lain

7.      Warung goreng pisang itu dimiliki oleh Pak Samad sekeluarga.  [ Salah     ]
         sepatutnya warung pisang goreng

8.       Semasa tinggal di asrama, kami sering dihidangi roti bakar dan rebus telur.  [  Salah    ]
          sepatutnya telur rebus

9.   Dia akan membincangkan perkara itu dengan lain-lain kawannya apabila mempunyai kelapangan.  [   Salah   ]
            sepatutnya kawan-kawannya yang lain

10.     Negara-negara Tenggara Asia telah bergabung untuk membentuk  pakatan yang dinamakan ASEAN [   Salah   ]
              sepatutnya negara-negara Asia Tenggara

11.     Mereka telah membincangkan lain-lain hal sebelum mesyuarat itu ditangguhkan.  [ Salah  ]
              sepatutnya hal-hal lain

12.     Ibu memasukkan perasa serbuk ayam itu ke dalam gulai agar masakannya bertambah enak.
           [  Salah   ]
              serbuk perasa ayam

13.     Dia mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Tawakal untuk mengubati penyakit buah pinggang.   [  Betul   ]
              Pusat Rawatan Tawakal

14.     Bapa saudaranya bekerja sebagai doktor pakar di Universiti Hospital sejak setahun yang lalu.  [  Salah  ]
             sepatutnya Hospital Universiti

15.     Guru disiplin telah menerangkan lain-lain tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar .  [  Salah    ]
               sepatutnya tindakan-tindakan lain

16.     Kudin ditahan oleh tentera polis kerana meninggalkan tugasnya sebagai tentera.  [   Salah    ]
              sepatutnya polis tentera

17.     Puan Senah menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaiannya.  [ Salah  ]
              sepatutnya serbuk pencuci berjenama

18.     Tingkap cermin di rumahnya pecah akbiat dilontar batu oleh budak-  budak nakal.  [ Salah   ]
              sepatutnya cermin tingkap

19.     Alat penghawa dingin  di rumahnya telah rosak walaupun baru dibeli pada minggu lepas.  [ Betul     ]
              alat pendingin hawa

20.     Ibu menyediakan goreng nasi dan goreng telur sebagai sarapan  pagi.   [ Salah  ]
              sepatutnya nasi goreng dan telur goreng



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaaf tuan, betul ke cili sos tu? bukan sos cili? sebab yang diterangkan tu jenis sos, bukannya jenis cili.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Ya betul, jawapan hukum DM untuk cili sos untuk hasil keluaran ialah sos cili. Maaf kerana masalah berkenaan berlaku kerana kecuaian saya. Terima kasih atas teguran membina kerara dalam berhati-hati berlaku juga kesilapan. Semoga diperbetulkan kesalahan berkenaan. Terima kasih.

b berkata...

Ayam sambal atau sambal ayam?

Unknown berkata...

Sambal ayam kan

Chuah berkata...

Rasa yang betul - Ayam sambal.

Unknown berkata...

Saya suka akan nota kamu. Setalah saya membaca nota kamu, saya baru faham cara D-M.

Unknown berkata...

Terima kasih. Nota anda sangat membantu :)