BAHAGIAN A ( 30 MARKAH) ( MASA : 45 MINIT)
Soalan.
Lihat iklan di bawah dengan teliti. huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
CARA-CARA MENJADI PENGGUNA
YANG BIJAK
Penguna Bijak :
Membeli barangan berkualiti
Membuat perbandingan harga
Memilih perkhidmatan terbaik.
Membuat pilihan yang tepat
Contoh karangan:-
Pada zaman alaf ekonomi baru ini banyak kalangan
masyarakat merungut dengan menyatakan bahawa barangan buatan Malaysia tidak
berkualiti. Mereka yang berpendapat sedemikian rupa sebenarnya tidak mempunyai
semangat patriotisme tanpa merujuk kepada perkembangan produk negara yang kini
telah diterimapakai oleh masyarakat antarabangsa. Tanpa berasa malu , golongan
masyarakat seperti ini terus menyangkal kualiti barangan negara dan paling
menyedihkan mereka lebih mengagungkan barangan hasilan luar negara tanpa
memikirkan sama ada pelaburan mereka lakukan untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan itu berbaloi ataupun tidak. Sebagai penjelasan lanjut, contohnya
industri pembuatan kenderaan negara sendiri sudah menerima pengkitrafan dunia,
apabila kereta Preve keluaran PROTON telah diiktiraf sebagai kereta bertaraf
lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian (ANCAP). Namun,
sebagai penguna yang bijak, rakyat Malaysia perlu bijak dalam menentukan
barangan semasa membeli barangan keperluan dan bukan bertindak menunding jari
kepada pengeluar produk barangan tempatan yang dianggap mengeluarkan barangan
tidak berkualiti. Sikap seperti ini mempunyai persamaan dengan maksud peribahasa, " kera di hutan disusukan anak di
rumah mati kelaparan" dan perlu dilempar dari kamus pemikiran masyarakat
untuk melihat industri pembuatan barangan negara berkembang maju. Kita harus
menanam semangat cinta akan barangan buatan negara sebagai mana masyarakat
Korea dan Jepun yang mengutamakan barangan keluaran negara mereka sendiri
sehinggakan negara tersebut mampu menyaingi industri pembuatan negara maju
Eropah. Persoalannya, bagaimanakan cara untuk menjadi pengguna yang bijak?
Di bawah merupakan
bagaimana pemeriksa membuat penilaian berdasarkan pembacaan dengan menggunakan
impression.
Takrifan
penilaian: Pengolahan idea perenggan pengenalan amat baik dan mengambarkan kematangan
pelajar dengan fakta dan isu semasa yang tepat membuktikan pembacaan yang luas.
Pelajar juga menyelitkan frasa menarik. Impaknya, pemeriksa sudah mulai kagum,
dan membuat andaian awal bahawa karangan pelajar ini dalam kategori
cemerlang atas.
Mari
kita selongkar persoalan berkenaan menggunakan minda pelajar kelas pertama
dengan merujuk kepada kata kunci membeli barangan berkualiti. Sebagai pengguna
yang bijak, perkara utama yang perlu diutamakan semasa membeli barangan adalah
kualiti barangan yang hendak kita beli. Dalam era komunikasi serba canggih
sekarang, maklumat di hujung jari. Oleh sebab itu, sebagai pengguna yang bijak,
kita perlu mencari maklumat tentang barangan yang hendak kita beli di internet.
Hal ini kerana banyak maklumat barangan yang kita peroleh di internet atau di
media masa sebagai panduan sebelum kita membuat pemilihan dalam membeli sesuatu
barangan. Selain, maklumat mengenai barangan berkenaan mudah kita peroleh, kita
juga boleh mengetahui perbandingan spesifikasi barangan tersebut berbanding
dengan barangan yang sama dikeluarkan oleh syarikat pengeluar barangan yang
lain. Sebagai contoh, sebelum pengguna membeli kereta contohnya, pengguna boleh
melihat sejauh mana keistimewaan yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar kereta
yang lain. Pengguna akan mendapat info keistimewaan harga kereta, serta
kelebihan spesifikasi ditawarkan apabila membeli sesebuah kereta termasuk
jaminan yang ditawarkan apabila membeli kereta berkenaan. Harga kereta Preve
buatan negara contohnya lebih murah berbanding harga kereta seangkatan
dengannya seperti Vios dan Proton City. Sedangkan kereta Preve dilengkapi
pelbagai aksesori tambahan seperti sistem keselamatan beg udara, kuasa enjin,
lampu led, gps, sistem penyalaan enjin secara tekan, sistem kawalan elektrik
dan sebagainya. Walaupun pelbagai aksesori tambahan disediakan harga kereta Preve
hanya RM 78,500, sedangkan harga kereta Vios RM 88.827, dan Honda City RM
90,986. Malah, dari segi kualiti, kereta Proton Preve telah dikkitraf sebagai kereta bertaraf lima
bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian (ANCAP). Tegasnya, kereta
Proton Preve banyak kelebihannya berbanding kereta keluaran luar negara yang
seangkatan dengannya. Menang membeli, menang memakai. Oleh
sebab itu, pengguna yang bijak perlu membuat keputusan membeli barangan
berkualiti untuk kegunaan mereka.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan pertama isi di atas, amat menarik
kerana pelajar mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian
mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membeli barangan berkualiti.
Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini mengambarkan pembacaan pelajar
luas sehingga isu antarabangsa. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.
Seterusnya, mari kita teruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas
pertama berkaitan langkah bijak seorang pengguna semasa membeli sesuatu
barangan iaitu dengan membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum
membuat pembelian. Sebagai mana kita sedia maklum, pengguna zaman sekarang
sangat bertuah kerana di pelbagai tempat telah didirikan gedung beli belah
seperti Pasar Raya Tesco, Giant Hypermarket, Pasar Raya Maidin,
Cereefour, The Mall, Pasar Raya Jusco, Econsave, dan pelbagai lagi.
Kewujudan pelbagai pasar raya berkenaan membolehkan pengguna membuat pemilihan
barangan secara bijak dengan membandingkan harga barangan ditawarkan di setiap
pasar raya berkenaan. Sebagaimana kita sedia maklum, setiap pasar raya seperti
di atas membuat promosi harga barangan terutama semasa perayaan atau hari pada
cuti umum sebagai usaha menarik kedatangan pengguna. Justeru, banyak kebaikan
yang diterima oleh pengguna dengan kewujudan pasar raya berkenaan kerana kuasa
penawaran barangan tidak akan dikuasai oleh pasar raya tertentu kerana
masing-masing akan cuba menarik pengguna untuk membeli di pasar raya mereka
dengan menjual barangan dengan harga yang lebih murah. Bahkan juga, setiap
pasar raya seperti di atas akan menawarkan harga barangan yang lebih murah
kepada pengguna yang menjadi ahli dengan tawaran mata ganjaran dan pengguna
boleh menebus mata ganjaran berkenaan untuk mendapatkan barangan yang
ditawarkan. Oelh sebab itu, pengguna yang bijak boleh melihat iklan sama ada
secara bercetak oleh setiap pasar raya atau melalui internet. Melalui
perbandingan harga yang ditawarkan oleh setiap pasar raya, pengguna boleh
merancang pembelian dengan membeli harga barangan tersebut ketika harganya
murah. Contohnya, pada tawaran harga murah harga pencuci kain seperti Dynamo
mungkin hanya RM 19,90 berbanding harga biasa RM 22.90 di pasar raya tertentu,
begitu juga dengan barangan yang lain. Justeru, pengguna boleh merancang untuk
membeli barangan berharga murah yang ditawarkan oleh pasar raya yang ada di
kawasan mereka. Kesimpulannya, pengguna yang bijak akan mendapat rahmat
daripada kewujudan pasar raya di penempatan mereka jika mereka membandingkan
harga barangan yang ditawarka oleh setiap pasar raya sebelum membeli.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan kedua isi di atas, amat menarik
kerana pelajar mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian
mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga barangan di
pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini
mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu antarabangsa. Pelajar juga
menyelitkan frasa menarik.
Perbincangan diteruskan lagi dengan memperkatakan cara pengguna membuat
pemilihan perkhidmatan terbaik dalam kehidupan seharian. Sebagai mana yang kita
sedia maklum, banyak agensi menawarkan perkhidmatan dalam kehidupan kita
seharian seperti kemudahan penerbangan, perbankan, komunikasi jalur lebar, dan
sebagainya. Setiap agensi yang menawarkan perkhidmatan mereka mempunyai
kelebihan dan kelemahan. Oleh sebab itu, sebagai pengguna yang bijak mereka
boleh menilai syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang baik sebagai pilihan
utama. Fokus perbincangan kita tumpukan kepada perkhidmatan penerbangan. Di
Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan perkhidmatan
penerbangan seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Firefly, dan
sebagainya. Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan
kepada pelanggan sama ada secara domestik mahupun peringkat penerbangan ke luar
negara, setiap syarikat berkenaan cuba menambat hati pengguna dengan menawarkan
harga berpatutan dengan perkhidmatan terbaik sebelum, semasa dan selepas
penerbangan. Justeru, di Malaysia syarikat penerbangan yang berkembang maju
ialah Syarikat Penerbangan Air Asia. Hal ini kerana selain menumpukan kepada
keuntungan syarikat ini juga menawarkan harga perkhidmatan berdasarkan
kemampuan pengguna atau tambang murah sehingga 50% berbanding dengan tambang
perkhidmatan syarikat penerbangan lain. Bahkan juga, syarikat penerbangan Air
Asia mengadakan penerbangan yang lebih kerap ke sesuatu destinasi yang
menyebabkan pengguna boleh pergi ke destinasi mereka dengan lebih mudah pada setiap
masa. Tambahan pula, bukan semua pengguna dalam kalangan orang berada dan ini
menyebabkan pengguna yang bijak akan memilih syarikat penerbangan seperti itu
untuk menuju ke destinasi mereka tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak atas
perkhidmatan yang diterima.Secara langsung juga, melalui perkhidmatan yang
murah seperti ini aktiviti pelancongan domestik akan meningkat kerana bak kata
pepatah Melayu, jauh perjalanan, luas pandangan. Tegasnya di sini, pengguna
yang bijak akan memilih perkhidmatan terbaik tanpa perlu mengeluarkan wang yang
banyak.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan ketiga isi di atas, amat menarik
kerana pelajar mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian
mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga barangan di
pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini
mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu antarabangsa. Pelajar juga
menyelitkan frasa menarik.
Fokus perbincangan terakhir tertumpu kepada kata kunci pengguna yang bijak
mestilah membuat pemilihan yang tepat. Sebagai pengguna yang bijak mereka perlu
menyedari bahawa kos kehidupan semasa bertambah meningkat dari semasa ke
semasa. Oleh sebab itu, setiap wang yang mereka gunakan perlu secara terancang
terutama apabila melakukan pembelian barangan atau perkhidmatan. Sebagai
seorang pengguna yang bijak perancangan sebelum membeli barangan adalah perlu
kerana apabila pengguna membeli barangan tanpa perancangan boleh menyebabkan
mereka mengalami kerugian atau berlakunya unsur boros semasa berbelanja.
Sebagai pengguna yang bijak, mereka perlu mempunyai buku atau catatan sepanjang
berbelanja. Dengan adanya buku berkenaan pengguna bukan sahaja tahu jumlah
perbelanjaan sebulan, mahupun setahun dan ini akan membolehkan mereka merancang
budjet pembelian dalam setiap bulan agar tidak berlaku sebarang pembaziran
semasa berbelanja. Antara keutamaan semasa merancang perbelanjaan iaitu
menumpukan barang yang perlu terlebih dahulu semasa berbelanja.Secara langsung,
pengguna yang bijak dapat membuat perbandingan perbelanjaan setiap bulan.
Sebagai contoh, catatan barangan keperluan yang perlu dibeli boleh menjurus
kepada barang dapur seperti gula, susu, beras, dan barang keperluan lain. Oleh
sebab itu, keperluan yang tidak utama seperti baju, seluar, barang kemas yang
tidak menjadi keutamaan dalam meneruskan kelangsungan hidup perlu diketepikan
buat sementara waktu. Amalan merancang perbelanjaan juga akan membudayakan
pengguna untuk menambung kerana malang tidak berbau dan dengan
menabung, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Justeru, wang tabungan
lebih berbelanja boleh digunakan pada waktu kecemasan seperti apabila pengguna
terlibat dengan kemalangan, atau perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran sama
pengguna sendiri mahupun kaum keluarga. Kesimpulannya, pengguna yang bijak
mestilah membuat pemilihan sebelum atau sewaktu membeli belah kerana jika tidak
dirancang pengguna akan rambang mata dan membeli barangan tanpa kawalan. Boros
itu amalan syaitan.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan keempat isi di atas, amat menarik
kerana pelajar mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian
mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga barangan di
pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini
mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu antarabangsa. Pelajar juga
menyelitkan frasa menarik.
Konklusinya, sebagai seorang pengguna yang bijak amalan berbelanja secara
berhemat perlu menjadi keutamaan iaitu mereka perlu membeli barangan berkualiti
sahaja, membuat perbandingan semasa berbelanja, memilih perkhidmatan terbaik,
dan membuat pemilihan barangan yang tepat semasa berebelanja. Justeru, pengguna
perlu mengelakkan sikap boros berbelanja dan memilih barangan yang perlu sahaja
semasa berbelanja. Bahkan juga, pengguna juga perlu memastikan barangan yang
dibeli merupakan barangan atau pekhidmatan yang murah tetapi berkualiti serta
memastikan waktu berbelanja pada ketika harga barangan murah atau kata lain
semasa promosi jualan yang diadakan oleh pasar raya yang ada di kawasan mereka.
Hal ini kerana harga barangan di pasaran bukan semakin turun tetapi semakin
meningkat dan kebijaksaan pengguna akan menentukan mereka antara golongan insan
yang bijak dan mendapat keuntungan semasa berbelanja.
Penutup karangan juga baik.
Ulasan guru:-
a) Idea
relevan dengan tugasan.
b) Pengolahan idea matang, berkembang dengan
baik, dan berkesan. Pelajar mempunyai
pengetahuan yang luas.
c) Bahasa anda baik, dengan binaan ayat yang bervariasi
dan terdapat FM dan IM.
d) Ejaan dan tanda baca baik dan berkesan.
e) Pemerengganan anda sesuai dan kepanjangan
seimbang.
Tahap pencapaian :
Cemerlang Atas
Markah : 29/30
Tahniah,
karangan anda sangat menarik dan teruskan usaha anda untuk
menghasilkan
karangan cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan