Menu Khas ke Arah Kecemerlangan Karangan Respons Terbuka
Karangan yang ditulis mesti mempunyai introduksi yang efektif dan kreatif. Malangnya, banyak calon SPM yang tidak berinisiatif/berprakarsa untuk meningkatkan kualiti penulisan karangan, khasnya pendahuluan. Rata-rata pendahuluan merupakan stereotaip, yakni tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli; biasa sahaja sebagaimana yang sering kali kedapatan.
Pelajar jahil tentang jenis pendahuluan yang perlu diterapkan selaras dengan jenis karangan. Dengan erti kata lain, calon SPM gagal untuk menarik hati pemeriksa kerana kebanyakannya stereotaip sehingga membosankan pemeriksa. Ingat, seseorang pemeriksa perlu memeriksa ratusan skrip jawapan. Jadi, anda perlu menampilkan pendahuluan yang unggul, yakni menonjol dan melebihi yang lain. Yang mustahak, pendahuluan haruslah memenuhi cita rasa pemeriksa, yakni menepati skema pemarkahan, bukannya mengikut cita rasa sendiri.
Dalam penulisan ini, pendahuluan jenis pendapat tokoh dipaparkan untuk dijadikan tunjuk ajar dan seterusnya meningkatkan mutu penulisan. Dalam pendahuluan jenis ini, pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan ditampilkan. Tokoh yang dikemukakan itu hendaklah dikenali dan dihormati. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, iaitu dalam pengikat kata. Pendapat ini tidak semestinya yang sahih. Anda boleh mereka cipta pendapat itu dan memaparkannya sebagai pendapat tokoh.
Sesuatu pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen, yakni tajuk perbincangan, huraian tajuk, dan fokus/skop perbincangan. Ketiga-tiga unsur ini hendaklah dipaparkan dalam 3 jenis ayat, yakni ayat rangsangan (AR), ayat huraian (AH/AR), dan ayat arahan (AA).
FOKUS
KELUARGA:-
Ibu bapa memainkan peranan
penting untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.
Huraikan pendapat anda.
Huraikan pendapat anda.
Karangan Contoh
Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada
masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang
sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak
seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral,
sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan
tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu, di
mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.
Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat
antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan
dengan cara membelikan anak-anak mereka peralatan sukan. Sekiranya anak-anak
memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih
bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan
anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan
yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis.
Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan
yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar
kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.
Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang
sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan
masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di
samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan
tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan
yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah
lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.
Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar
anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan
cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang
sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan
anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau
permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam
kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu,
tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami.
Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada
peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh
mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat
maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah
sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang
dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus
semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.
Sila tambah satu isi lagi sebagai
latihan:-
............................................................................................................................................................

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha
untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan
kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan
lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan
aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan
kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan
kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam
bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang"
sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.
FOKUS
NEGARA:-
Mutu sukan negara sudah jauh berubah berbanding dengan era
60an atau 70an.Pelbagai pihak mula mempamerkan rasa tidak senang mereka dengan
situasi sebegini.
Huraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memajukan sukan di negara ini.
Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak.
Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.
Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.
Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa.
Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.
Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.
Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

FOKUS NEGARA ( LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN
NEGARA)
Mengembalikan Kegemilangan Sukan Negara Menuntut Komitmen
yang Lebih
Oleh: Khairul Aisyam Hidayat
“Pasukan bola sepak antara kontinjen yang akan pulang awal dari Sukan Asia di Doha”. Kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada reaksi mudah terhadap kelemahan pasukan bola sepak negara di persada antarabangsa. Berdasarkan ranking FIFA, pasukan bola sepak Malaysia berada di tangga ke-159. Tangga corot tersebut membuktikan bahawa ngauman bola sepak negara semakin tidak bertaring dan tidak berkuku. Jika dalam dekad 70-an dan 80-an, Malaysia sering digeruni sebagai pasukan terkuat di Asia, kini segala-galanya telah berlalu. Sebenarnya, badi yang mula menimpa pasukan bola sepak kebangsaan itu mula mererbak kepada beberapa pasukan sukan yang lain seperti, olahraga, renang, dan badminton juga. Gergasi baru seperti Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi telah mencuri kehebatan Malaysia. Kemerosotan pasukan negara itu hendaklah dilihat dalam pelbagai perspektif di samping mewujudkan usaha-usaha tersusun mengembalikan maruah sukan tanah air.
Secara rambang, banyak pihak berpendapat bahawa para pemain Malaysia kini sudah tidak patriotik lagi. Mereka bermain untuk pasukan negara sekadar “melepaskan batuk di tangga “. Mereka lebih mengutamakan kepentingan diri mengatsi kepentingan negara. Oleh itu, usaha mengembalikan semangat keramat tersebut perlu dijalankan. Banyak pihak yang mencuba membanding-bandingkan para pemain dalam dekad 70-an dan 80-an seperti Shukur Salleh, Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan Allahyarham Mokhtar Dahari dalam sukan bola sepak. Begitu jugak kehebatan seperti Rabuan Pit, Marina Chin, Datuk Dr. M. Jegathesan, dan Junaidah Aman dalam sukan olahraga. Jika hendak dikatakan kita tidak memiliki kekuatan, barisan nama seperti yang disebutkan tadi sudah membuktikan bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya di persada antarabangsa. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini semangat melonjakkan nama negara melalui sukan semakin pudar dalam kalangan atlet. Malu dengan hakikat yang terpaksa ditelan apabila pasukan negara sentiasa menjadi pasukan belasahan, justeru Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak seharusnya duduk diam dalam perkara ini. Pihak terbabit dan termasuk juga persatuan-persatuan sukan hendaklah menerapkan unsur patriotik yang kukuh agar keyakinan atlet dapat ditingkatkan dan mutu sukan negara dapat diletakkan pada landasan yang sepatutnya.
Mengambil contoh pasukan bola sepak kebangsaan, krisis dalaman dalam badan induk pasukan negara itu turut juga menyumbang masalah hingga menurunnya reputasi pasukan negara. Para pengendali dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan terlalu kebal terhadap segala teguran dan komen yang dilemparkan. Selain itu, insiden perebutan jawatan yang berlaku dalam organisasi ini turut menggugat reputasi bola sepak tanah air. Sebagai akibatnya, tiada perubahan ke arah mempertingkatkan mutu pasukan. Oleh hal yang demikian, usaha perlu dilakukan oleh persatuan sukan dan pihak KBS dalam menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan sukan yang banyak mempengaruhi prestasi atlet di bawah naungannya.
Sebagai kementerian yang berkuasa penuh terhadap kemajuan sukan negara, KBS wajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemerosotan tersebut. Jika dibandingkan dengan jumlah ongkos yang dibelanjakan, prestasi yang ditunjukkan amat mengecewakan sekali. Oleh itu, kementerian hendaklah lebih bertegas dengan menggubal suatu dasar baru yang lebih komprehensif tentang matlamt dan hala tuju sukan negara. Bukan sumber kewangan yang banyak sahaja disuntik ke dalam organisasi sukan, sebaliknya prestasi pasukan dan pemain perlu diutamakan. Keluhan banyak pihak tentang kebajikan pegawai dan orang kuat persatuan lebih istimewa dan terjaga daripada pemain sendiri hendaklah dipandang serius. Sikap melebihkan mangkuk daripada sudu seperti itu hanya boleh memudarkan semangat juang para peserta sahaja. Seandainya parut dan kudis seperti ini berjaya dikesan tidak mungkin tiada satu pun pasukan negara yang gagal menyerlah di peringkat antarabangsa.
Selain itu, faktor stamina dan skil yang tidak seimbang dalam kalangan atlet Malaysia turut menyumbang kelemahan pasukan. Berbanding dengan pasukan-pasukan elit dunia, keyakinan atlet kita cepat luntur apabila percubaan demi percubaan dapat dipatahkan dengan mudah oleh pasukan lawan. Dalam bidang sukan tidak dinafikan lagi ketahanan fizikal dan skil merupakan modal besar jika mahu berjaya. Oleh hal yang demikian, KBS dan persatuan-persatuan sukan mestilah lebih dinamik dalam merancang pembangunan kemahiran dan stamina atlet. Justeru, untuk menyelesaikannya maka pemilihan jurulatih hendaklah bersifat jangka panjang dan pelbagai. Tidak mungkin seseorang jurulatih mampu melatih semua aspek kemahiran dalam tempoh yang tertentu. Selain untuk meningkatkan kemahiran atlet, pihak KBS hendaklah lebih banyak menubuhkan akademi sukan yang dapat membentuk pelatih pelapis. Dalam menangani masalah ini, kita perlulah berpegang pada peribahasa “sediakan payung sebelu hujan”.
Selain itu, usaha mencungkil bakat-bakat baru wajar dilaksanakan oleh KBS dan persatuan sukan tanah air. Hakikatnya, sikap suka bergantung pada seorang dua yang menyerlah tidak boleh dijadikan sandaran. Hal ini demikian kerana bidang sukan sememangnya tidak dapat lari daripada diburu usia dan kudrat yang makin terhad. Oleh itu langkah pasukan MyTeam yang berusaha mencari bakat baru dalam pasukan bola sepak harus menjadi inspirasi kepada pasukan sukan yang lain untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencari bakat-bakat baru. Pelbagai usaha boleh dilakukan jika kita sentiasa memikirkan usaha tersebut sebagai suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Daripada memikirkan perkara yang mewah-mewah, pihak yang terbabit dalam bidang ini hendaklah turun padang untuk mencungkil bakat sukan yang masih bertaburan di serata pelosok negara.
Selaras dengan era profesional, para atlet hendaklah mempunyai wawasan sendiri untuk mencapai tahap tertinggi. Inspirasi yang ditunjukkan oleh jaguh-jaguh dunia seperti Ronaldhinho, Tiger Wood, Michael Schumacher, Fernando Alonso, dan sebagainya hendaklah menjadi cabaran besar kepada mereka. Di negara kita sendiri, beberapa personaliti sukan seperti Shalin Zulkifli dan Nicol Ann David boleh dijadikan ikon atlet yang berjaya. Kejayaan mereka yang banyak ditunjangi oleh daya usaha sendiri dan sokongan keluarga mereka wajar dijadikan contoh. Dalam hal ini, persatuan-persatuan sukan perlulah berusaha memberikan motivasi dan sokongan kepada atlet untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Walau sehebat mana latihan yang diberikan, walau sebanyak mana dana yang diperuntukkan, tetapi jika atlet tidak mempunyai wawasan untuk mencapai tahap yang tertinggi, maka usaha untuk memulihkan mutu sukan negara tidak akan tercapai. Oleh itu, segala-galanya terletak pada kesungguhan untuk mengharumkan nama negara bak kata pepatah “hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih”.
Sesungguhnya kita yakin, prestasi sukan negara tidaklah seburuk seperti yang dipersembahkan sekarang. Masih ada ruang yang boleh diperbaik untuk mengembalikan imej Malaysia di persada antarabangsa terutama dalam beberapa acara sukan yang tertentu. Semuanya hendaklah bermula secara terancang seperti “mengaji daripada alif, membilang daripada esa, kata berpangkal, dan hujan berpokok”

FOKUS NEGARA
Langkah-langkah Mempopularkan Permainan
Tradisional
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis
kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan
menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat
sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Lantaran resam yang majmuk ini, maka
banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah
berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang
kita. Tonggak penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada
masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Keadaan ini membolehkan mereka bekerja
dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila sesuatu permainan
diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung
untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang
permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang
mengambil bahagian. Oleh hal yang demikian permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat antaranya termasuklah guli, congkak, wau, selambut,
sepak raga, gasing dan lain-lain. Namun begitu,akibat daripada kemajuan dunia
dalam pelbagai skop,permainan ini seolah-olah dianaktirikan begitu sahaja oleh
masyarakat kita. Oleh itu,pelbagai langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan
dalam usaha menggiatkan permainan tradisional pada hari ini.
Keluarga mendukung
obligasi yang dominan dalam usaha ke arah menggiatkan permainan tradisional
tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menghadiahi anak-anak dengan set-set
permainan tradisional sebagai hadiah hari lahir iaitu congkak dan gasing.
Melalui langkah ini,ternyata anak-anak akan berasa terhibur dan teruja selain
dapat mengenali warisan nenek moyang kita .Pada waktu senggang, ibu bapa boleh
membawa setiap ahli keluarga mereka bermain permianan tradisional ini agar
anak-anak akan mempunyai semangat untuk bermain permainan ini memandangkan ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi. Bahkan,ibu bapa juga mampu menyerapkan minat terhadap
permainan ini dalam kalangan anak-anak dengan menggalakkan mereka menyertai pertandingan
permainan tradisional di peringkat sekolah mahupun anjuran badan-badan bebas.
Hal ini dapat mencambahkan minat
generasi muda untuk terus berkecimpung dalam tradisi permainan ini. Golongan
pascamerdeka khususnya generasi baru sepatutnya menyanjung dan menjunjung
warisan budaya kita persis peribahasa Melayu yang berbunyi biar mati
anak,jangan mati adat. Oleh itu,setiap ahli keluarga terutamanya ibu bapa
memikul tanggungjawab murni untuk mempopularkan permainan tradisional negara
kita.
Selain itu,permainan tradisonal juga dapat digiatkan dengan adanya peranan
daripada pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan
menganjurkan kelab permainan tradisionald dalam aktiviti kokurikulum. Dalam hal
ini,pihak sekolah perlu memastikan kelab ini bergerak secara aktif bukan
sekadar melepaskan batuk di tangga.
Pelajar sekolah perlu diberi galakkan untuk menyertai kelab ini kerana dapat
didedahkan dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh menjadi salah
satu hobi mereka. Sebagai contoh, permainan congkak,permainan gasing dan
permainan batu seremban.Bahkan, pelajar juga dapat mendominasi teknik bermain
permainan warisan ini dengan tepat dan betul. Dengan itu, mereka akan lebih
menguasai permainan ini kerana mereka telah belajar dengan orang yang
berpengalaman dan profesional kerana jauhari
jua yang mengenal manikam. Pihak sekolah boleh menjemput pihak luar seperti
orang perseorangan yang mahir dalam sesuatu permainan tradisonal untuk mengajar
asas dan teknik permainan. Pelajar akan dibimbing secara efektif dengan pihak
yang berkemahiran itu.Sebagai contoh, dalam permainan congkak, pelajar dapat
mengetahui tentang guli yang dikenali
sebagai buah dan kawasan pemain dikenali sebagai rumah. Pihak sekolah juga
boleh menggiatkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar sekolah dengan
menyediakan lebih banyak alatan permainan ini. Hal ini mencerminkan dengan
jelas sekiranya mereka sukar mendapatkan permainan ini,minat mereka mulai pudar
dan beranggapan peluang untuk mendekatkan diri dengan permainan amat nipis.
Alatan permainan tradisonal juga sukar diperoleh di pasaran dan kebiasaannya
amat terhad. Pelajar akan menemui kesukaran untuk membeli alatan permainan
pusaka nenek moyang ini. Dengan cara membeli alatan permainan ini terus
daripada kilang,kos untuk membelinya menjadi bertambah murah. Dengan itu, pihak
sekolah dapat membelinya dalam kuantiti borong yang banyak. Dengan adanya
pelbagai permainan tradisional yang dibekalkan oleh pihak sekolah,pelajar akan
berminat untuk bermain permainan ini.
Bukan sahaja pelajar yang menyertai kelab ini,bahkan semua pelajar boleh
mencuba untuk bermain permainan tradisional ini. Masalah seperti kekurangan
peralatan untuk bermain tidak akan timbul lagi. Pihak sekolah juga boleh
menjadi pendukung utama dalam mempopularkan permainan tradisonal dalam kalangan
pelajar sekolah dengan menyediakan tempat-tempat permainan ini. Hal ini akan
memudahkan mereka untuk bermain dalam suasana yang selesa dan kondusif. Mereka
menyediakan padang untuk bermain gasing dan kawasan yang luas untuk bermain
wau. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk menggiatkan permainan dalam
kalangan masyarakat dapat dilaksanakan dengan adanya peranan pihak sekolah
dalam memikul obligasi tersebut kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Dalam fasa itu,masyarakat memainkan peranan yang tidak
kurang pentingnya dalam menjayakan usaha ini. Pihak masyarakat wajar memberikan
sokongan terhadap permainan tradisional dengan menubuhkan kelab permainan
tradisonal di tempat tinggal. Dengan wujudnya kelab-kelab seperti ini seperti
kelab sepak raga,kelab congkak dan kelab wau, usaha untuk membaja kembali
permainan ini akan menjadi lebih mapan. Hal ini demikian kerana dengan adanya
kelompok besar masyarakat yang memperjuangkan warisan ini, permainan
tradisional tidak akan lapuk dek hujan,tidak akan lekang dek panas. Hal ini
berbeza sekiranya perjuangan mempertahankan permainan hanya mengharapkan
sebilangan kecil rakyat Malaysia kerana sebatang
lidi amat mudah dipatah-patahkan
berbanding seberkas lidi. Pastinya,dengan penglibatan bilangan komuniti
yang ramai,usaha untuk mempopularkan permainan nenek moyang ini tidak akan
menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Tambahan lagi, masyarakat perlu berusaha untuk mewujudkan tapak permainan
tradisional di kawasan perumahan mereka. Hal ini dapat menarik perhatian
penduduk sekitar beriadah sambil memainkan permainan ini. Pelbagai pertandingan
berkisarkan permainan tradisional dapat dianjurkan di tapak itu bagi
mengelakkan permainan ini daripada terus berkubur begitu sahaj tanpa mendapat
sebarang pembelaan. Oleh hal yang demikian, pihak masyarakat perlu berganding
bahu dalam mengetengahkan permainan tradisional agar permainan ini akan terus
utuh berdiri dalam arus perdana.
Langkah yang paling afdal bagi memajukan permainan
tradisional ialah kerajaan hendaklah mengadakan lebih banyak lagi kempen dan
promosi yang progresif menerusi media massa serta media cetak bagi mendedahkan
masyarakat tentang peri pentingnya kita
menjaga warisan nenek moyang kita iaitu permainan tradisional yang sudah lama
wujud di negara kita ini. Kita acap kali diperdengarkan mengenai peribahasa
yang berbunyi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus
ditelan zaman. Dengan itu, Kementerian Warisan dan Kebudayaan telah mengambil
langkah bagi mempopularkannya dengan mengadakan kempen seperti kempen “Jom Main
Permainan Tradisional” dan pertandingan ‘Festival Layang –Layang Antarabangsa’
yang merupakan rencah maslahat untuk memajukannya. Langkah tersebut penting
supaya ahli masyarakat tidak kira dari dalam negara mahupun luar negara mendapat pendedahan dan
mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Bukan itu sahaja, kerajaan juga boleh menetapkan
satu bulan sebagai ‘Bulan Permainan tradisional’.Oleh hal yang demikian,dengan
adanya langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional
mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Minat yang mendalam
terhadap permainan tradisional seperti wau,layang-layang,sepak raga, gasing dan
sebagainya tidak mencukupi sekiranya tiada kemudahan untuk memainkannya.Bagi
menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau
gelanggang permainan tradisional untuk memudahkan rakyat bermain permainan ini. Pembinaannya pula
hendaklah di tempat-tempat yang strategik seperti di sekitar taman perumahan
supaya setiap lapisan masyaarkat lebih-lebih lagi golongan belia dapat
menghabiskan waktu senggang mereka dengan bermain permainan tradisional. Selain
itu,jurulatih yang terlatih juga patut disediakan di setiap gelanggang bagi
mendidik para pemain tentang cara-cara sebenar untuk memainkannya. Gandingan
kedua-dua ini dapat menambahkan bilangan peminat permainan tradisional di
seluruh negara sekali gus mempopularkannya di mata dunia. Sekolah juga
memainkan peranan penting dalam memajukan permainan tradisional ini. Oleh itu,
kerajaan boleh menetapkan pemainan tradisional sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum di sekolah. Kelab Permainan Tradisional juga boleh ditubuhkan serta
pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu acara
dalam sukan. Kerjasama yang erat antara kaum ibarat aur dengan tebing dalam
permainan ini dapat meningkatkan
perpaduan dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain sekali gus
visi kudsi 1 Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perpaduan
dapat digarap sepenuhnya.
Secara tuntas, pelbagai
pihak memainkan peranan yang sepada dalam usaha mempopularkan permainan
tradisional. Oleh itu, mereka perlulah mengambi langkah yang vital,imperatif
,kritis dan pragmatik supaya dapat memanifestasikan generasi pelapis negara
yang tidak akan lupa akan warisan mereka ibarat
kacang lupakan kulit. Generasi pada hari ini perlu digarap agar menghargai
dan menjunjungi pusaka warisan mereka sejak dari rebung lagi. Barulah warisan
permainan tradisional akan terus hidup subur dalam kehidupan masyarakat kita.
Generasi muda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan warisan ini
tidak hanyut ditelan zaman. Sekarang tibalah waktunya anak-anak remaja yang
merupakan generasi penggerak wawasan menimba sebanyak ilmu pengetahuan agar dapat
digunakan dalam usaha memelihara permainan tradisional ini pada masa akan
datang. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai lebah menghimpun
madu,agar impian ini tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja dan terus dapat
dihidupkan dari semasa ke semasa.
KARANGAN FOKUS ANTARABANGSA
Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, bencana
alam pula sering melanda dan menunjukkan belang. Pada realitinya, bencana alam
seperti banjir, letusan gunung berapi dan ribut taufan ialah satu fenomena alam
yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tidak
berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana alam tanpa kita minta
lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta segala
kehidupan. Bencana alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu. Pada abad
ini, walaupun teknologi semakin berkembang dan tumbuh dengan pantas bagai belut
diketil ekor, kemajuan ini tidak dapat menghalang bencana alam yang ganas
melanda. Pada tanggal 26 Disember 2004, satu peristiwa telah menggemparkan
dunia apabila semua berita melaporkan berlakunya ombak besar iaitu tsunami di
Acheh yang telah mengorbankan beratus ribu nyawa. Kejadian dahsyat itu masih
meninggalkan kesannya hingga kini malah masih menjadi mimpi ngeri buat semua
yang terlibat. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa semenjak belakangan ini
banyak bencana alam yang berlaku di seluruh dunia termasuk negara kita dan juga
negara-negara jiran seperti gempa bumi di Pakistan dan di China, taufan Nargis
di Myanmar dan tanah runtuh yang dahsyat di Filipina. Fenomena yang terbaharu
ialah letupan Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia. Sebagai masyarakat yang
mempunyai sifat kemanusiaan keranaberat mata memandang, berat lagi bahu
memikul, kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada
mereka yang memerlukan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban.Sebagai insan yang sedar tentang kesusahan orang lain, kita boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma. Derma yang dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukan dan mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini. Bantuan yang disumbangkan tidaklah hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi bantuan lain seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan. Setelah bencana berlaku, pastinya mangsa bencana tidak memiliki kelengkapan yang sempurna untuk hidup kerana semua harta mereka telah dimusnahkan oleh bencana alam yang di luar jangka ini. Pada masa ini, pelbagai peringkat kutipan derma telah dijalankan oleh pihak berwajib sama ada pihak swasta ataupun pihak kerajaan yang berasa bertanggungjawab untuk membantu sesama manusia. Contohnya dapat dilihat apabila pihak TV3 telah mengadakan Karnival Jom Heboh untuk membantu mangsa-mangsa tragedi yang menyayat hati di seluruh negara ini. Mantan Menteri Belia dan Sukan pernah menyatakan bahawa kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan dan harus berkongsi nikmat yang kita ada dengan orang lain yang memerlukan supaya Tuhan akan melipatgandakan nikmat tersebut. Jelaslah di sini bahawa kita tidak harus lokek dalam menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga agar mangsa dapat hidup sempurna seperti kita.
Menganggotai pasukan penyelamat dan pencari juga merupakan peranan kita dalam membantu dan mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan atau mencari mangsa yang hilang selepas kejadian bencana alam. Muktahir ini, banyak pasukan penyelamat Malaysia diterbangkan ke negara-negara jiran yang mengalami bencana alam untuk memberikan bantuan yang semampu boleh. Namun, tidak semua daripada kita yang berani menjadi penyelamat kerana takut berlakunya kejadian susulan di tempat bencana terbabit. Bagi mereka yang berani, mereka ibarat wira dari Malaysia yang datang untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penghuni di muka bumi ini. Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Mereka membantu bukan untuk balasan atau ganjaran, namun membantu atas dasar kemanusiaan demi menginsafi diri bahawa mereka perlu bersyukur dengan segala keselesaan dan telah terselamat daripada bencana alam ini. Rentetan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa menyumbangkan tenaga boleh menjadi satu platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni ini lantaran kita berpegang pada kata pepatah, hari tidak selamanya panas.
Membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini disebabkan apabila menjadi salah seorang ahli sukarelawan, kita akan meninggalkan keluarga yang tersayang dalam tempoh yang agak lama untuk memberikan bantuan kepada negara-negara jiran. Bantuan rawatan, membina rumah mangsa yang telah musnah semula dan mententeramkan emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan. Pada masa ini, sukarelawan bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini kebanyakannya dianggotai oleh golongan doktor iaitu golongan bijak pandai untuk merawat mangsa yang mengalami kecederaan sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa. Kini, Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr. Jamilah semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Konklusinya, kemurnian hati para sukarelawan ini amat bernilai dan bererti kepada mangsa untuk mereka terus menjalani kehidupan seperti manusia lain. Para sukarelawan yang berilmu pengetahuan, berakal, rajin dan berkemahiran ini dapat dikatakan sebagai empat bersimpul satu dalam usaha tulus suci ini.
Di samping bantuan derma dan tenaga, kita juga boleh mendoakan mangsa-mangsa kejadian bencana alam ini. Doa yang dipohonkan adalah agar mereka tabah menghadapi dugaan daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama boleh mendoakan kesejahteraan hidup mangsa bencana yang masih hidup atau yang telah terkorban mengikut kepercayaan agama masing-masing. Paparan akhbar harian seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro telah melaporkan bahawa solat hajat dan bacaan Yasin secara besar-besaran telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya yang telah dihadiri oleh lebih daripada 2000 orang rakyat prihatin dan turut disertai oleh menteri-menteri dan Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan senario ini, terbuktilah di sini bahawa setelah menghulurkan bermacam-macam bantuan. doa adalah pengakhiran bantuan yang diberikan lantaran kita sedar bahawa apa-apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tuntasnya, doa dapat kita hadiahkan kepada mangsa kerana Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Doa ini juga secara tidak langsung boleh melahirkan rasa simpati dan insaf supaya kita sekali tersengat selalu beringat.
Di pihak kerajaan pula, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan kawasan yang telah tejejas teruk semula. Sebagai negara berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara hati saudara serantau, Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia dalam usaha membangunkan semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Yogyakarta di Indonesia yang terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang diberikan itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula pelajaran, sementara hidup baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit. Sokongan dan bantuan kepakaran yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka di samping dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.
Intihanya, semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan bantuan dan tidak menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walau di mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu menginginkan kehidupan yang sempurna. Amat wajar membudayakan sikap saling membantu selagi kita termampu lantaran buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, malah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Semua pihak haruslah bersama-sama menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada pepatah mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Rasulullah juga pernah bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang kamu, selagi kamu masih belum mengasihi saudara kamu seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri”. Semoga sumbangan yang kita salurkan dapat menyempurnakan iman kita dan dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian mereka seperti sediakala.
KESIMPULANNYA, KARANGAN ANIS, SAMAD, SITI, HAZIRAH, FITRIAH, SHAFIQAH, MASHITAH, DAN PELAJAR 5S LAIN, LEBIH MANTAP DAN MATANG. SAYA BANGGA MEMPUNYAI PELAJAR SEPERTI KALIAN.
14 ulasan:
terima kasih untuk karangan cikgu.......
Sama-sama,untuk makluman lebih banyak kita mengumpul maklumat berkenaan karangan dan isu semasa lebih mantap hasilan karangan anda. Teruskan usaha untuk mengumpulkan maklumat dan maklumat di atas bukanlah yang terbaik.
Thanks cikgu,Hope ada karangan tentang isu penggunaan internet.
Thanks cikgu
penulisan yang mantap dan berinovasi. two thumps up ;)
Terbaik dari ladang.. Thumbs :) :)
simple essay but good essay
cool
terima kasih ckgu
KARANGAN YANG BAGUS. NAMUN TERDAPAT KELEMAHAN DARI SEGI KESEIMBANGAN PERENGGAN TERUTAMANYA DALAM KARANGAN Langkah-langkah Mempopularkan Permainan Tradisional... TERDAPAT SATU PERENGGAN YANG TERLALU PANJANG
Terima kasih atas pandangan berkenaan, memang semasa menulis karangan mengikut mod saya, mungkin ada yang tertulis panjang. Sebenar saya sudah maklumkan pelajar saya supaya menggunakan kemahiran KBAT untuk menggugurkan perenggan yang panjang semasa menyalin karangan terbaik dan tidak menyalin bulat-bulat karangan. Saya maklumkan kepada mereka tentang penulisan menggunakan kaedah deduktif. Pada masa yang sama, saya akan menegur pelajar yang menulis karangan yang tidak seimbang perenggannya. Apapun terima kasih atar teguran saudara.
aaaa boeeekkkk
Salam cikgu, mohon izin dan halal untuk saya salin contoh-contoh karangan daripada blog ini sebagai bahan pembelajaran. terima kasih.
salam saya mohon izin dan halal untuk salin karangan-karangan yang menarik ini sebagai latihan . terima kasih
Catat Ulasan