SINOPSIS
ADEGAN I
Drama
ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang
siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan
kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog
tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.
ADEGAN II
Azmir
telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar
bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir
tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.
ADEGAN III
Dalam
adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga
orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang
dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir
pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah
sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog
mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti.
Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan
kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering
melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada
Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.
Kemudian Doktor Razi telah datang
dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.
ADEGAN IV
Arif,
Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka
ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir
nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula
berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan
pengajian di universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap
dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza
tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih
saying dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir
sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu
membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan
dan penghinaan.
ADEGAN V
Azmir
bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga
bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan
keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk
hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam
kehidupan
ADEGAN VI
Berita
kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat
mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani
menyesal kerana meninggalkan Azmir
TEMA
Ketabahan seorang anak muda
melawan penyakit yang dihidapi
PERSOALAN:-
1.         Perbezaan pemikiran  dan tindakan menyebabkan seseorang itu
dianggap           janggal oleh masyarakat
sekeliling. 
-Contoh:Azmir dianggap
gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang  hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip
hidup) berbanding orang lain.
2.         Kepentingan cinta dan kasih sayang
            Contoh:
Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan
3.         Rencah kehidupan
            Contoh:
hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.
4.         Dunia ini ibarat pentas lakonan
            Contoh: dalam kehidupan di dunia
ini, manusia ialah pelakonnya yang 
                            membawa pelbagai watak
5.         Kesakitan boleh membawa penderitaan
            Contoh:
Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.
6.         Sokongan daripada ahli keluarga terdekat
boleh memberi kekuatan dalam             menghadapi
cabaran hidup. 
Contoh: Azmir  menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu
bapa dan 
              kekasih hati.
7.         Keprihatinan
perlu ada dalam diri setiap manusia.
Contoh:Tindakan para
pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk 
             mengetahui latar belakang hidup
Amir
8.         Setiap orang perlu mempunyai sikap
bantu-membantu .
Contoh : Para pelakon
yang membantu mengurangkan kesakitan dengan
               memicit-micit kepalanya
8.         Kekuasaan Tuhan
            Contoh:
perlu menerima takdir terhadap yang telah ditentukan oleh Tuhan
9.         Sifat berterima kasih
Contoh: setiap manusia
perlu berterima kasih terhadap sumbangan orang lain 
              dalam kehidupan mereka – ibu
bapa, para petani.
10.      Hikmah di sebalik sesuatu kejadian
            Contoh: sesuatu kejadian yang
berlaku mempunyai pelbagai hikmah yang 
                           tersembunyi
Plot Binaan Plot (a) Plot drama ini disusun
secara kronologi. 
(b) Pengenalan
     Azmir berada di wad pesakit jiwa di Hospital
Besar seorang diri dan berada dalam khayalan. 
(c) Perkembangan 
Azmir sentiasa
berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana
Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal akan kehadiran ayahnya yang
menziarahinya di wad. Azmir bertelingkah dengan ayahnya kerana dia beranggapan
ayahnya tidak sayangkannya. Kemudian, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji
melawatnya di wad. Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap
manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Azmir kembali
berkhayal bahawa Ani datang mengunjunginya. Azmir mempertikaikan kata-kata
cinta Ani terhadap dirinya. Selepas itu, doktor melawat Azmir di wad. Doktor
memeriksa Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad.
 (d)
Perumitan 
Arif dan
pelakon-pelakon lain ingin memantapkan kefahaman tentang tajuk drama mereka,
iaitu Sasau. Tiba-tiba Azmir datang dan mencelah sewaktu Arif dan
pelakon-pelakon lain membuat latihan drama. Azmir mempertikaikan dialog drama
Sasau yang mengagungkan kuasa. Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah
sistem yang prorakyat. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem
tersebut. Tibatiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.
 (e)
Klimaks 
Azmir menghantuk-hantukkan kepala ke lantai
sehingga berdarah. Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah
masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir.
Selepas itu, doktor membawa Azmir ke hospital semula. Arif cuba menerangkan
kepada doktor bahawa Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak
tertanggung olehnya. Doktor mengatakan bahawa orang gila sememangnya pandai
berkata-kata. 
(f) Peleraian 
Arif dan
pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu bapa Azmir di rumah. Mereka menerangkan
keadaan Azmir kepada Arif. Arif menjelaskan bahawa Azmir bukan buat-buat gila
tetapi sedang menderita suatu penderitaan. Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir
agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu
bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit
jiwa, Azmir mengimbau kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, Azmir
semakin lemah dan jatuh ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita
tentang kematian Azmir seorang diri di wad yang dikatakan berpunca daripada
penyakit barah otak. Ani berasa bersalah dan bersikap kejam terhadap Azmir
Watak Utama : Azmir
1.       Azmir diletakkan di
wad sakit jiwa kerana keluarganya menyangka bahawa dia tidak siuman akibat
sering terguling-guling dan menghantukkan kepada ke lantai.
2.      Dia suka berfalsafah
dan bersyarah.
3.      Dia bijak kerana
berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan memberi pendapat yang bernas.
4.      Menghidap penyakit
barah yang kronik.
5.      Seorang yang berbudi
bahasa kerana menyatakan penghargaan kepada mereka yang berjasa dalam
membangunkan negara.
6.      Seorang yang petah
berkata-kata apabila menyuarakan pendapat.
7.      Seorang yang bijak
menyatakan pendapat sewaktu menyertai drama ‘Sasau’ secara spontan.
8.     Azmir seorang yang
optimis kerana tidak mudah melatah apabila disoal para pelakon drama sebaliknya
menerangkannya dengan baik.
Watak Sampingan dan Perwatakan
Bapa
1.       Bapa kepada Azmir
2.      Seorang yang
penyayang kerana sering menziarahi Azmir.
3.      Namun, dia kurang
memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan kepada Azmir kerana tidak
tahu anaknya menghidap penyakit barah otak.
Ibu
1.       Ibu kepada Azmir
2.      Dia tidak prihatin
terhadap anaknya.
3.      Mengambil mudah
tentang perubahan sikap Azmir dan menyangka anaknya itu sengaja buat-buat gila.
4.      Mudah putus asa
kerana menyatakan ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang sengaja berbuat gila.
5.      Mudah percaya tuduhan
orang yang menyatakan Azmir menjadi Orang Putih.
Arif
1.       Pengarah drama
‘Sasau’.
2.      Seorang yang rasional
iaitu tidak mudah menerima komentar pelakon tentang Azmir.
3.      Mudah bersimpati –
bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang menderita bukannya gila seperti
dakwaan doktor.
4.      Seorang yang prihatin
– berusaha menjejaki keluarga Azmir untuk mengetahui kedudukan sebenar Azmir
yang dikatakan gila.
Ani
1.       Kekasih Azmir.
2.      Tidak setia kerana
meninggalkan Azmir yang disangkanya gila tanpa usul periksa.
3.      Menyedari
kesilapannya, namun telah terlambat kerana Azmir telah meninggal dunia.
Drama Bukan Gila : Latar Masa dan Latar Tempat
(Komsas Tingkatan 5)
Latar Tempat
1.       Wad pesakit gila –
tempat Azmir menjalani rawatan.
2.      Pentas – tempat para
pelakon drama ‘Sasau’ berlakon.
3.      Rumah Azmir – tempat
tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
4.      Ruang tamu rumah Ani
– tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.
Latar Masa
1.       Waktu siang – Bapa
dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
2.      Tiga hari – tempoh
Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
3.      Sehari – tempoh Arif
dan para pelakon berkawan dengan Azmir.
4.      21 Jun 1993 – tarikh
kematian Azmir.
Latar Masyarakat
1.      
Golongan
pesakit yang menderita penyakit kronik – Azmir mengalami sakit kepala yang
teruk kerana menghidap penyakit barah otak.
2.     
Masyarakat
golongan doktor yang kurang ilmu – Dr Razi tidak teliti ketika memeriksa dan
merawat Azmir. Sebaliknya, dia mengambil jalan mudah dengan mengatakan Azmir
gila.
3.     
Masyarakat
golongan ibu bapa yang kurang memberikan sokongan dan kasih sayang. – Ibu bapa
Azmir sering mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir. Mereka tidak
mengambil tahu tentang penderitaan Azmir yang menghidap barah otak.
4.     
Masyarakat
yang prihatin dan mengambil berat. – Arif dan rakan-rakannya prihatin terhadap
penderitaan Azmir. Mereka berkunjung ke rumah Azmir untuk melawatnya.
5.     
Masyarakat
yang bijak dan petah berkata-kata. – Azmir mampu berkata-kata dengan petah dan
hujah yang bernas.
6.     
Masyarakat
yang penyayang, – Bapa Azmir melawatnya di hospital.
7.     
Masyarakat
yang mudah mempercayai khabar angin tanpa menyelidik terlebih dahulu. – Ani
mengambil keputusan memutuskan cinta dengan Azmir dan meninggalkannya setelah
mendengar khabar bahawa Azmir kurang siuman.
8.    
Masyarakat
yang menginsafi kesilapan. – Ani menginsafi kesilapannya kerana meninggalkan
Azmir. Namun, tindakannya telah terlambat kerana Azmir sudah meninggal dunia.
9.     
Masyarakat
yang bertimbang rasa. Arif dan para pelakon memberi peluang kepada Azmir
berlakon dan mendudukkannya yang sakit apabila dipinta serta memicit-micit
kepalanya.
GAYA BAHASA
1.       Simile – mata Azmir
semacam melihat tepat ke arah suatu objek.
2.      Anafora – HAMBA
: Rahsiamu? Rahsiamuialah penderitaanku tetapi kepuasanmu.
3.      Repetisi –  ANI
: Percayalah. Ani masih mencintai abang,
sungguh-sungguh mencintai abang.
4.      Metafora – kamus
kemanusiaan, pesona keghairahan, angin kemudaan, pohon-pohon jasa.
5.      Sinkope – kau, mu,
tak.
6.      Kata ganda –
daging-daging, saat-saat.
7.      Bahasa Arab –
Assalamualaikum, Astaghfirullah.
NILAI
1.       Kasih sayang 
Contoh– bapa sayang
akan Azmir dan menziarahinya di wad.
2.      Keprihatinan 
Contoh– Pak Haji amat
prihatin akan perubahan yang berlaku pada diri Azmir.
3.      Rasional 
Contoh– Pak Haji
bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir menunjukkan rasa
kurang senang.
4.      Kebijaksanaan 
Contoh– Azmir bijak
menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang, rakyat dan manusia kepada para
pelakon drama ‘Sasau’.
5.      Bertanggungjawab
Contoh – Arif dan
para pelakon drama ‘Sasau’ bertanggungjawab menyampaikan khabar Azmir kepada
kedua-dua ibu bapanya.
6.      Kebebasan 
Contoh– Azmir berasa
tertekan kerana terkurung di wad dan gembira apabila diberi peluang untuk
bersiar-siar.
7.      Belas kasihan 
Contoh– Arif dan
rakan-rakannya bersimpati dengan keadaan Azmir yang kesakitan.
8.     Kesihatan mental dan
fizikal 
Contoh– Azmir sering
terguling-guling dan menghantukkan kepalanya ke lantai akibat sakit tetapi
pakar perubatan mengatakan bahawa dia gila.
PENGAJARAN
1.    Kita hendaklah
sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita  dapat  membantu mereka.
        Contohnya,
Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar segera
melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat.
2.      Kita hendaklah setia
kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan       khianat.          
     Contohnya,
Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani  beranggapan bahawa Azmir gila.
3.     Kita mestilah bersikap
baik hati kepada orang lain.
        Contohnya,
doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir
        bersiar-siar di kawasan hospital.
4.     Kita hendaklah
menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak  berasa      dipinggirkan.
   Contohnya,
Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada
kesejahteraan hidup.
5.      Kita haruslah memberikan kasih
sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak.
Contohnya, bapa Azmir menziarahi
Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.
SOALAN:-
Cadangan Jawapan Soalan
2 (b)
| 
I   | 
Faktor menyebabkan Azmi menderita kerana
  kurang:- 
i)      perhatian
  dan kasih kedua-dua ibu bapanya 
ii)     menerima kutukan
  dan cemuhan 
iii)   
  menerima hukuman | 
| 
ii | 
Tindakan-tindakan yang boleh saya ambil untuk
  mengatasi masalah tekanan emosi rakan saya seperti :- 
i)     memberi
  nasihat dan motivasi kepadanya supaya masalah berkenaan  dapat
  diselesaikan. 
ii)    Memaklumkan
  kepada rakan paling rapatnya supaya rakannya berkenaan mampu menyelesaikan
  masalah tekanan emosi berkenaan 
iii)   memaklumkan kepada beliau supaya bertemu
  dengan kaunselor atau guru untuk menyelesaikan masalah berkenaan. 
iv)   memaklumkan
  kepada ibu bapanya tentang masalah tekanan emosi yang dihadapinya. 
v)    menasihatkan
  beliau bertemu dengan doktor untuk menyelasikan masalah tekanan emosi beliau. | 
| 
iii | 
Satu nilai murni yang terdapat
  dalam petikan drama “Bukan Gila”  di atas adalah :- (Nilai dalam
  petikan) 
i)      nilai
  prihatin, contohnya rakan Azmir, Arif sanggup berjumpa ibu dan bapa Azmir
  untuk menasihatkan mereka bertemu dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. 
ii)    nilai
  kasih sayang, contohnya, pentingnya ibu bapa Azmir memberi kasih sayang
  kepada Azmir sebagaimana pandangan rakan Azmir iaitu Arif. 
 :- ( Nilai di luar petikan ) 
i)      Baik hati, Contohnya, Doktor Razi membenarkan Azmir
  bersiar-siar di kawasan hospital. 
ii)     Bertanggungjawab, Contohnya, Doktor Razi
  bertanggungjawab menjalankan tugasnya dengan membawa Azmir pulang ke wad. | 

 
6 ulasan:
Good and thanks for you
sangt membantu..tq
Gdluck F5 ProMax spm 2020 !
Thank youu. Minta izin untuk disebarkan.
Thank youu. Minta izin untuk disebarkan.
Silakan, semoga bahan berkenaan dapat membantu.
Catat Ulasan