Soalan Novel SPM 2018 di atas boleh dikatakan mudah dan senang
dijawab oleh pelajar kerana soalan :-
4(a) Memerlukan pelajar menulis
dua perwatkan watak sampingan sahaja berdasarkan salah satu novel yang dikaji
di tingkatan 4 atau tingkatan 5.
4(b) Memerlukan pelajar menulis satu latar
masyarakat bagi setiap novel yang mengambarkan masyarakat yang berkerjasama.
Contoh cadangan jawapan soalan 4 (a):-
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang watak
sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.
(7 markah)
Berdasarkan satu novel
yang saya kaji di tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ronani
MatDirin terdapat beberapa perwatakan watak sampingan iaitu Danel,
antaranya:--- atau
Berdasarkan satu novel
yang saya kaji di tingkatan 5 iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip terdapat beberapa perwatakan watak sampingan iaitu Danel,
antaranya:
** Pilih salah satu novel
yang ada pilih dan isinya boleh diambil daripada mana-mana jadual di bawah.
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
Danel
1. Danel seorang yang baik hati
- Danel sering datang ke rumah
nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.
2. Danel seorang berani
Danel berani menghadapi pelbagai
dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Danel berani
menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik.
3. Danel seorang yang pandai
menghormati orang yang lebih tua.Danel sering berbual mesra dengan
datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun, cara Danel yang
berhemah dapat memastikan bahawa datul tidak bekecil hati.
4. Danel seorang yang mempunyai perwatakan
penyanyang.Danel sering datang membantu nenek
memasak kerana dia sayang akan neneknya. Tambahan pula nenek sangat pandai
memasak dan masakan yang dimasaknya sedap.
|
Embong
1. Seorang
ketua keluarga yang bertanggungjawab
Sebagai
contoh, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau
akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
2. Seorang
yang penyayang
Sebagai
contoh, Embong sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.Beliau sanggup
melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
3. Seorang
yang percaya akan kehendak takdir
Sebagai
contoh, Embong percaya akan kehendak takdir isterinya,Saleha menjadi kurang
siuman kerana ketentuan Allah SWT.
4. Seorang
yang penyabar
Sebagai
contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup
miskin.
5. Seorang
yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya Sebagai
contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal
adik-adik Dahlia
6. Seorang
yang berani
Sebagai
contohnya, Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
|
Berdasarkan dua novel saya kaji, iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini MatDirin di tingkatan 4, dan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip saya kaji di tingkatan 5, dapat
saya nyatakan latar masyarakat saling berkerjasama seperti di bawah:-
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Masyarakat yang saling berkerjasama
1. Geetha dan
Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .
2. Datuk Lili
membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah mendapatkan rawatan
menggunakan perubatan tradisional.
3.Lili dan Kak Mimah membantu
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che
Jah.
|
Masyarakat yang saling berkerjasama
1. Haji
Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan
masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.
2. Tauke Lim
membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
3. Penduduk
kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah musnah dilanda
banjir.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan