Cadangan jawapan soalan 2 (d) - Pemahaman
Puisi Tradisional
1. Selepas istana berjaya disiapkan mereka
yang mahir membina istana meninggal, tiada siapa yang boleh meniru binaan istana
berkenaan, dan istana berkenaan dipersembahkan kepada sultan dan permaisurinya.
2. Pada pendapat saya istana zaman dahulu
dibina tersergam indah seperti digambarkan seloka, adalah untuk:
i)
mengambarkan
kehebatan dan kekuasaan Sultan sebagai pemerintah agar masyarakat bawahan akur
dengan kepimpinannya.
ii)
mengambarkan
kepada musuh luar akan kehebatan negeri dan jajahannya agar musuh tidak mudah
untuk membuat keputusan untuk menyerang negeri berkenaan.
iii)
mengambarkan
bahawa kemasyhuran dan kekayaan ekonomi sesebuah negara agar peniaga tertarik
untuk menjalankan perniangaan di negeri berkenaan.
iv)
mengambar
Sultan mempunyai pemimpin negeri yang bijak pandai, serta rakyat yang mempunyai
kemahiran dan memastikan masyarakat dunia mengakui kehebatan negeri tersebut.
( Jawapan yang sesuai dan mengambarkan kehebatan negeri dan Sultan
diterima asalkan logik)
3. Dua nilai murni yang terdapat dalam seloka
di atas ialah :-
i)
nilai kesungguhan untuk membina
istana dan ini dapat dibuktikan dengan kesungguhan orang besar empat, Pawang Raja, dan empat puluh
empat tukang and utas yang bekerja siang malam membina istana Sultan.
ii)
nilai kesenian masyarakat lama dan
pembinaan istana yang dilakukan
oleh empat puluh empat pakar binaan
yang tidak dapat ditiru selepas
kematian mereka.
iii)
nilai kesetiaan rakyat terhadap
pemerintah seperti yang ditunjukkan oleh orang besar empat, Pawang Raja, dan empat puluh
empat tukang and utas yang bekerja siang malam membina istana Sultan atas
perintah Sultan.
iv)
nilai ketelitian dalam menghasilkan
sesuatu yang unik dan unggul seperti empat puluh empat pakar yang membina istana
sultan yang tidak ditiru pembinaannya.
v)
nilai amanah yang diterima oleh
empat puluh empat tukang dan utas yang menjalankan tangungjawab mereka setelah
menerima arahan daripada pembesar Sultan iaitu Pawang Raja.
vi)
nilai kegigihan empat puluh empat
tukang dan utas yang dengan gigih menyiapkan istana dengan berkerja siang dan
malam.
Sebagai peringatan: Soalan pertama telah berubah dimensi penyoalannya. Jika soalan tahun-tahun sebelumnya soalannya lebih kepada maksud rangkai atau frasa atau rangkap seloka atau sajak tetapi soalan tahun ini bertanya berkaitan perkara-perkara yang berlaku berdasarkan situasi dalam seloka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan