Sebagai seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu saya tegaskan
semasa membicarakan soalan karangan berpandu,
tiada istilah soalan ramalan atau 'spot question' dalam kotak fikiran saya kerana
tiada siapa tahu soalan yang akan keluar pada peperiksaan 2018 sehinggalah pada
13 November 2018. Barulah persoalan berkenaan terjawab, apabila pelajar membuka
kertas soalan. Cuma dalam perbicaraan berkenaan soalan yang perlu diberi
perhatian, saya lebih memfokus kepada analisa peperiksaan yang dikemukan oleh
penggubal soalan negeri-negeri se Malaysia 2018 merupakan tajuk yang perlu
diberi perhatian oleh pelajar. Tajuk-tajuk berkenaan ialah:-
a) Fokus soalan Karangan Dimensi Diri:-
Bil
|
Negeri/PPD
|
Isu
|
1
|
Yik
Kelantan
|
Faedah
menyertai Kem Jati Diri, Kursus dan Kewartawan
|
2
|
MRSM
|
Syarahan
– Faedah Melabur Dalam Saham Amanah
|
3
|
Negeri
Sembilan
|
Langkah
berkesan memastikan persekitaran sekolah bersih
|
4
|
Kelantan
|
Cara
anda menunjukkan perasaan bangga akan negara
|
5
|
Johor
|
Kepentingan
ilmu dalam kehidupan seseorang
|
6
|
Sarawak
|
Peranan
anda membantu OKU
|
7
|
PPD
Kota Belud,
Sabah
|
Peranan
remaja membentuk sahsiah diri terpuji
|
8
|
Perak
|
Faktor
pemilihan kerjaya menjamin masa depan remaja
|
9
|
Pulau
Pinang
|
Kesan
penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid
|
10
|
Kedah
|
Persediaan
anda menempuh alam pekerjaaan
|
11
|
Perlis
|
Pelibatan
murid dalam kokurikulum meningkatkan disiplin dan membentuk daya kepimpinan
-Ulaskan
|
12
|
SBP
|
Tingkah
laku remaja dipengaruhi oleh kesedaran diri, persekitaran dan rakan sebaya -
Ulaskan
|
13
|
Terengganu
|
Anda
akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda
ialah “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.”
|
14
|
Selangor
|
Kegiatan
bermanfaat untuk mengisi zaman remaja
|
15
|
Pahang
|
Cara
menjaga kebersihan diri -Ceramah
|
Sebagai nasihat, pelajar perlu memberi perhatian kepada Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan atau apa sahaja kaedah yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah untuk memandu pelajar menghasilkan karangan yang menarik dan matang. Selain itu, pelajar perlu menulis lima isi karangan dan mengelakkan melakukan sebarang kesalahan ejaan dan pemilihan istilah perlulah menarik.
Pelajar dinasihatkan perlu bijak menentukan jenis pengenalan yang digunakan semasa memulakan perenggan pengenalan seperti pengenalan jenis lagu, syair, berita, perenggan umum dan paling penting perenggan yang dibina dapat menarik impresion pemeriksa. Kemudian, pelajar perlu menulis ayat rangsangan menarik minat pemeriksa dengan menggunakan kata soal kenapa, mengapa bagaimana, dan menyelitkan frasa menarik (rujuk frasa menarik seperti saya nyatakan di bawah - semasa menulis perenggan isi), masukkan unsur atau ayat KBAT, dan diikuti dengan ayat soal untuk memfokus kepada tema atau tajuk yang hendak dibincangkan.
Sebagai peringatan, semasa menulis pemulaan perenggan isi, pastikan pelajar menulis ayat idea / ayat isi, diikuti dengan ayat huraian pelajar perlu mengolah ayat dengan mengaitkan ayat soal, kenapa, mengapa, bagaimana berkiatan isi yang dibincangkan, serta menyelitkan frasa menarik, sama ada peribahasa, kata-kata berhemah, kata-kata pemimpin, ayat suci Al Quran, hadis, dan pendapat bijak pandai di mana-mana sahaja sesuai semasa mengolah isi. Pelajar yang bijak boleh menggunakan kesempatan untuk menulis lebih daripada dua frasa menarik, bahkan pelajar kreatif boleh menyelitkan lebih banyak frasa menarik namun biarlah berpada-pada. Bahkan juga, selitkan ayat KBAT dengan penggunaan istilah sekiranya dilakukan......... untuk lapisan ayat KBAT pertama , dan jika tidak untuk lapisan ayat KBAT kedua berkaitan isi yang dibicarakan. Di samping itu, pastikan setiap pengakhiran perenggan isi ada ayat penegas sebagai penegasan isi yang dibincangkan.
Sebagai perenggan penutup, pelajar perlu menulis kata pengakhiran seperti kesimpulannya, akhirukalam, tegasnya,........dan sebagainya, diikuti dengan ayat cadangan sama ada dengan menulis semula empat isi yang dicadangkan semasa mengarang, dan menulis isi-isi lain di luar isi yang dibincangkan untuk menujukkan pelajar mempunyai pemikiran yang luas tentang tajuk yang dibincangkan, kemudian memasukkan ayat KBAT untuk mengambarkan kesan jika isi-isi yang dinyatakan dilakukan. Sebagai peringatan selitkan frasa menarik di mana-mana sahaja yang sesuaia dengan ayat cadangan atau di mana-mana tempat yang sesuai di perenggan penutup berkenaan.
Sekiranya pelajar tidak faham dengan penerangan di atas, pelajar boleh merujuk Jadual Pengembangan Idea Perenggan Karangan yang saya gunakan semasa mengajar karangan sebagai panduan. Pelajar perlu mengambil kesempatan menulisan karangan umum ini dahulu kerana markah yang dperuntukkan karangan umum amat besar iaitu 100 markah.
Pelajar digalakkan bersedia untuk menghadapi kesemua karangan di atas dan pelajar yang bijak akan berusaha untuk menghasilkan karangan di luar daripada karangan yang saya senaraikan di atas. Ingat, tiada istilah soalan ramalan bagi saya kerana pelajar yang terlalu bergantung kepada soalan berkenaan akan sentiasa ketakutan dan stres semasa membuka soalan Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1)
b) Fokus soalan Karangan Dimensi Keluarga/ Masyarakat:-
Bil
|
Negeri/PPD
|
Isu
|
1
|
Yik
Kelantan
|
Faedah
pengambilan makanan sihat kepada anak dan kekangan dihadapi oleh ibu bapa
|
2
|
MRSM
|
Permainan
tradisional – sebab dan langkah
|
3
|
Negeri
Sembilan
|
Tanggungjawab
ibu bapa memastikan anak cemerlang dalam kehidupan -Ulaskan
|
4
|
Kelantan
|
Peranan
mewujudkan masyarakat penyayang
|
5
|
Johor
|
Peranan
ibu bapa memastikan remaja menggunakan media sosial ke arah lebih positif
|
6
|
Sarawak
|
Peranan
ibu bapa memastikan anak-anak menghayati seni kata lagu Negaraku
|
7
|
PPD
Kota Belud,Sabah
|
Peranan
ibu bapa memupuk minat membaca kepada anak-anak
|
8
|
Perak
|
Peranan
ibu bapa membantuanak menguasai pelbagai bidang
|
9
|
Pulau
Pinang
|
Peranan
ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca
|
10
|
Kedah
|
Peranan
pelbagai pihak memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja
|
11
|
Perlis
|
Peranan
ibu bapa memupuk minat anak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
|
12
|
SBP
|
Peranan
keluarga memupuk amalan menghormati orag tua dalam kalangan remaja
|
13
|
Terengganu
|
Peranan
ibu bapa untuk mengawal anak-anak dalam penggunaan media sosial.
|
14
|
Selangor
|
Syarahan
– Usaha meningkatkan kesedaran remaja melestarikan alam sekitar
|
15
|
Pahang
|
Cara
berkesan menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja
|
c) Fokus soalan Karangan Dimensi Negara:-
Bil
|
Negeri/PPD
|
Isu
|
1
|
Yik
Kelantan
|
Jelaskan
aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai penubuhan Rukun Tetangga.
|
2
|
MRSM
|
Kesan
gejala rasuah kepada masyarakat dan negara
|
3
|
Negeri
Sembilan
|
Rencana
– Kesan buruk pengambilan makanan segera
|
4
|
Kelantan
|
Langkah
pelbagai pihak menangani jenayah kanak-kanak (penderaan dan buli)
|
5
|
Johor
|
Ceramah
-Langkah pelbagai pihak memajukan IKS
|
6
|
Sarawak
|
Peranan
pelbagai pihak mempopularkan permainan tradisional
|
7
|
PPD
Kota Belud,Sabah
|
Kepentingan
industri pelancongan terhadap pembangunan negara
|
8
|
Perak
|
Usaha
kerajaan memajukan pengangkutan awam
|
9
|
Pulau
Pinang
|
Rencana
-Langkah pelbagai pihak menangani rasuah
|
10
|
Kedah
|
Petempatan
yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas idamam masyarakat
|
11
|
Perlis
|
Peranan
masyarakat memperkukuh perpaduan
|
12
|
SBP
|
Langkah
meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia
|
13
|
Terengganu
|
Lirik
lagu “Malaysia Tanah Airku” di atas menggambarkan kecintaan kita kepada
negara Malaysia. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai
pihak untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
|
14
|
Selangor
|
Cabaran
yang dialami oleh seseorang untuk meningkatkan kualiti hidup
|
15
|
WP
Labuan
|
Tiada soalan setara
|
16
|
Pahang
|
Kebaikan
pengangkutan awam kepada masyarakat dan negara
|
Penerangan cara menulis karangan dimensi negara sama seperti cara penulisan karangan jenis dimensi diri, keluarga dan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan