SEMOGA DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGHADAPI SPM 2018.
Perkataan baru Bahasa
Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan
"Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini.
Ayuh, kita ubah kebiasaan itu.
Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto - gambar kendiri
berswafoto - mengambil gambar kendiri
menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri.
Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul.
Indahnya bahasa kita.
Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort
Muat turun- download
Muat naik- tindakan memindahkan fail atau data dr komputer
pengguna ke komputer pusat melalui talian rangkaian. memuat naik melakukan muat
naik.
Tular -
menjadi heboh diperkatakan/ berkaitan penyakit berjangkit.
EJAAN YANG
MENGELIRUKAN
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang
masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam
pertuturan ataupun penulisan dalam seharian.
Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku
apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada
pihak media massa dan guru subjek.
Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah
rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita
temui:
1.
resepi ❌ resipi ✔
2.
menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3.
istirehat ❌ istirahat ✔
4.
kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5.
sambilewa ❌ sambalewa ✔
6.
dasyat ❌ dahsyat ✔
7.
insuran ❌ insurans ✔
8.
ambulan ❌ ambulans ✔
9.
juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji
❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa
❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah
❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting
❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen
❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan
❌ mengetengahkan ✔
19. mengenepikan
❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan
❌ mengedepankan ✔
21. mengkebelakangkan
❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat
walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin
✔
24. rempah
ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya
❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa
❌ mergastua ✔
27. workshop
(bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus
❌ bertungkus lumus ✔
29. limau
kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun
❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow
❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia
✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan
& meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama
✔
40. Insha
Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia
✔
44. keretapi ❌ kereta
api ✔
45. merbahaya
❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌
uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus
setia ✔
50. fax ❌
faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini
❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji
❌ ulang kaji ✔
56. pra
sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu
janji ❌ janji temu ✔
58. menghadkan
❌ mengehadkan ✔
59. hajjah ❌ hajah ✔
60. agen ❌ ejen ✔
61. murtabak❌martabak✔
Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik
akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang
kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus
Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul
Sebagai tambahan:-
Di
bawah merupakan istilah-istilah baharu yang telah dibuat oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka bagi menggantikan istilah-istilah dalam bahasa Inggeris.
Posting
= Hantaran
Dive
site = Tapak Selam
Flashmob
= Aksi Rasa Kilas
Breaking
News = Berita Gempar
Hightlight
= Imej Tumpu
Post
Mortem = Pasca Nilai
Back
Drop = Latar Pentas
Hotspot
= Kawasan Khas
Push
Button = Butang Tekan
Pick-up
Line = Kata Pikat
Trending
= Sohor Kini
Nap =
Meridap
Selepas
ini tak perlu lagi gunakan perkataan Inggeris, sebab pihak DBP terus
memperkenalkan perkataan baharu untuk pengguna.
Lagipun
beginilah kita memperkasa dan memperkembang bahasa kita..
Rujukan : http://www.jasduit.com/2017/08/perkataan-baru-bahasa-melayu-yang-anda.html
https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/07/21/kenali-perkataan-terkini-dalam-bahasa-melayu/
KESALAHAN UMUM TATABAHASA I
1.0 KESALAHAN DARIPADA ASPEK KATA
1.1 Kata Ganti Diri
(i) Kata dia dan ia TIDAK BOLEH digunakan
untuk benda dan binatang.
con:
Pakaian ini mahal. Ia diimport dari Itali. (salah)
Pakaian ini mahal. Pakaian ini diimport dari Itali. (betul)
ii) Kata ganti nama ia dan nya tidak boleh
digabungkan.
con:
Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. (salah)
Kucing itu mati kerana ia dilanggar kereta. (betul)
1.2 Kata Bilangan
(i) Terdapat enam jenis kata bilangan:
a) Kata bilangan tentu : seratus, sejuta, satu, dua dan
sebagainya.
b) Kata bilangan tak tentu : beberapa, para, semua, sesetengah.
c) Kata bilangan pecahan : setengah, suku, dan sebagainya.
d) Kata bilangan pisahan : masing-masing & setiap.
e) Kata bilangan himpunan : berbagai-bagai, kedua-dua dan
sebagainya.
f) Kata bilangan tingkat : pertama, kedua, ketiga dan sebagainya.
(ii) Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga
dan seterusnyaTIDAK BOLEH DIDEKATKAN dengan kata bilangan
pecahan seperti suku, setengah untuk penghitungan.
con:
Dua setengah meter (salah)
Dua meter setengah (betul)
1.3 Kata Sendi
(i) Kata sendi yang sering digunakan dengan salah
ialah dari dan daripada; di dan pada;
ke dan kepada.
a) Kata dari digunakan untuk Waktu, Arah &
Tempat (WAT)
con: Mereka datang daripada utara (salah)
Mereka datang dari utara (betul)
b) Kata sendi di digunakan
untuk Tempat sahaja. Kata sendi pada digunakan
untuk masa, orang, binatang, benda abstrak dan benda konkrit
tertentu.
con:
Di musim perayaan, Zainal mendapat banyak wang. (salah)
Pada musim perayaan, Zainal mendapat banyak wang. (betul)
Buku cerita itu ada dengan Kamal (salah)
Buku cerita itu ada pada Kamal (betul)
KESALAHAN UMUM TATABAHASA II
1.0 Kata Kerja
1.1. Ada dua jenis kata kerja:
a) Kata kerja transitif (KKT) - berawalan 'men' (kecuali makan,
minum, minta & mohon)
- KKT adalah perbuatan yang melampau. (orang lain yng
buat/lakukan, orang lain pula
yang menerima akibatnya)
con:
menendang, menggoreng
- Setiap KKT yang mempunyi imbuhan 'me' mesti diikuti dengan KATA
NAMA.
con:
Emak menggoreng pisang. (menggoreng - KKT, pisang - Kata Nama)
b) Kata kerja tak transitif / intransitif (KKTT/KKTI)
- KKTT adalah perbuatan yang ditanggungnya sendiri.
con:
menyanyi, menguap
Tip:
-KKT yang mempunyi imbuhan 'men...kan' membawa maksud
'dia yang tolong buat'.
-KKT yang mempunyi imbuhan 'men...i' membawa maksud 'dia
yang buat' .
con:
Awaluddin memberikan Wahidah sekuntum bunga. (salah)
Awaluddin memberi Wahidah sekuntum bunga. (betul)
Pengetua menasihatkan pelajar agar rajin belajar.
(salah)
Pengetua menasihati pelajar agar rajin belajar. (betul)
Alasan:
Awaluddin yang bagi wahidah bunga bukan dia yang tolong bagi bunga
itu. :)
Pengetua yang bagi nasihat bukan tolong beri nasihat.
2.0 Imbuhan 'men' untuk Kata Kerja
2.1 Imbuhan 'men' termasuk 'me', 'mem', 'men',
'meng', 'meny', 'menge'
2.2 Imbuhan 'menge' hanya digunakan pada perkataan yang
mempunyai satu suku kata.
con:
cat, lap, pin, caj
2.3 Bagi kata kerja yang dimulai dengan huruf K,S,P,T (kalau
sakit pergi tidur)
penggunaan imbuhan 'men' adalah seperti di bawah:
K (kasih, kirim dan sebagainya) - menggunakan
imbuhan 'meng'(mengasihi, mengirim)
S (sakit, sayang dan sebagainya) -menggunakan
imbuhan'meny'(menyakiti,menyayangi)
P (pakai, pantau dan sebagainya) - menggunakan
imbuhan 'me'+m'(memakai,memantau
T (tulis, tunggu dan sebagainya) - menggunakan
imbuhan 'me'+ n'(menulis, menunggu)
3.0 Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
3.1 Bukan dan Tidak:
· Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi
predikat.
. Tidak digunakan apabila frasa adjektif &
frasa kerja menjadi predikat.
Con:
Saya bukan duduk di situ. (salah)
Saya tidak duduk di situ. (betul) – ‘duduk’ adalah kata kerja.
3.2 Ialah dan Adalah
Ialah digunakan apabila menunjukkan ‘persamaan’ atau
‘ekuatif’. Lazimnya ialah
hadir di hadapan frasa nama.
Con:
Nama saya ialah Rania.
Adalah digunakan apabila pengunaannya secara huraian atu
kualitatif.
Con:
Sumbangan besar beliau adalah daripada segi pembangunan
fizikal.
KESALAHAN UMUM TATABAHASA III
PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK TEPAT
1.0 Boleh dan dapat:
boleh - lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.(membawa
maksud mengizinkan)
dapat - lebih sesuai digunakan dalam hubungan
dengan keupayaan atau kemampuan ( membawa maksud boleh
/ mampu)
con:
Syamir sudah boleh menunggang kuda. (salah)
Syamir sudah dapat menunggang kuda. (betul)
Mazni tidak boleh pergi kerana demam. (salah)
Mazni tidak dapat pergi kerana demam. (betul)
2.0 Bukan dan Tidak
Bukan - digunakan apabila frasa
nama menjadi predikat.
Tidak - digunakan apabila frasa adjektif & frasa
kerja menjadi predikat.
con:
Cincin ini bukan cantik. (salah)
Cincin ini tidak cantik (betul) - 'cantik' ialah frasa adjektif
*Tip:
- Bagi menentukan sesuatu perkataan itu adalah frasa adjektif
caranya, meletakkan kata penguat seperti 'amat', 'sangat', 'ter', dan
sebagainya. Sekiranya, sesuai, maka ia adalah frasa adjektif.
3.0 Pedalaman dan pendalaman
pedalaman - beerti kawasan yang jauh
pendalaman - beerti usaha mendalamkan
con:
Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. (salah)
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. (betul)
SUMBER RUJUKAN http://marikitaberbahasa.blogspot.com
KESALAHAN EJAAN DAN PEMBETULANNYA
KESILAPAN EJAAN
(KATA)
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
|
auto matif
audien
agreget
arithmetik
agen (wakil)
ampangan
aked
akitek
analisa
atlit
atnik
anggrik
baucer
bistari
bowling
buffet
bumiputra
buroh
calun
cocok (tusuk)
cucuk
(sesuai)
catit
cendiawan
cop
dasyhat
dialog
definasi
deligasi
deraf
durhaka
efisyen
ekur
ehsan
engzos
ekslusif
ekspot
ekspress
emel
engkar
fadhilat
fax
faksimili
Febuari
gembeling /
gembeleng
|
automotif
audiens
agregat
aritmetik
ejen (wakil)
empangan
arked
arkitek
analisis
atlet
etnik
anggerik
baucar
bestari
boling
bufet
bumiputera
buruh
calon
cucuk (tusuk)
cocok
(sesuai)
catat
cendekiawan
cap (cetak)
dahsyat
dialog
definisi
delegasi
draf
derhaka
efisien
ekor
ihsan
ekzos
eksklusif
eksport
ekspres
e-mel
ingkar
fadilat
faks
faksimile
Februari
gembleng
|
geraf
geharu
hajjah
hurmat
ide
idap
iktizam
impot
injin
inspekter
insuran
Insyaallah /
Insya Allah
istihar
istirehat
isya
justru
jeket
kampong
kapitalisma
katun
kefeteria
komidi
komisyen
kondaktor
konsotium
kontrek
korum
kaptain
karenah
(ragam)
kelender
keredhaan
kerinting
kianat
ko-kurikulum
kolestrol
komersil
komplek
kontingen
lagenda
lakun
lapuran
lebel
lencungan
leukimia
|
graf
gaharu
hajah
hormat
idea
hidap
iltizam
import
enjin
inspektor
insurans
insya- Allah
isytihar
istirahat
isyak
justeru
jaket
kampung
kapitalisme
kartun
kafeteria
komedi
komisen
konduktor
konsortium
kontrak
kuorum
kapten
kerenah
kalendar
keredaan
keriting
khianat
kokurikulum
kolesterol
komersial
kompleks
kontinjen
legenda
lakon
laporan
label
lencongan
leukemia
|
|
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
|
lojik
losyen
letrik
lojistik
maksima
manafaat
masaalah
mee
mekanisma
mencatit
mengenengahkan
megenepikan
mengujudkan
mengwujudkan
mentera
merbahaya
minima
munshi
nasionalisma
odit
oditorium
optima
organisme
otomatik
otomobil
pamir
paspot
patriotisma
pehak
pelancung
pemerosesan
pemilekan
pengembala
pengemblengan
pensil
perabut
perihatin
perlaburan
perlancaran
perletakan
pertunjukkan
pesaraan
pesiaran
plan
profession
prosidur
|
logik
losen
elektrik
logistik
maksimum
manfaat
masalah
mi
mekanisme
mencatat
mengetengahkan
megetepikan
mewujudkan
mewujudkan
mantera
berbahaya
minimum
munsyi
nasionalisme
audit
auditorium
optimum
organisma
automatik
automobil
pamer
pasport
patriotisme
pihak
pelancong
pemprosesan
pemilikan
penggembala
penggemblengan
pensel
perabot
prihatin
pelaburan
pelancaran
peletakan
pertunjukan
persaraan
persiaran
pelan
profesion
prosedur
|
protin
pekej
pesonal
(kakitangan)
petrolium
platfom
profail
profesyenal
sekala
sekelian
sekim
sessi
setor
siksa
silaturrahim
snooker
stesyen
stokin
sunnah
sabsidi
sanwic
selinder
skima
spesis
stem
talipon
taugeh
(sayuran)
trampil
tulin
ugama
usek
warong
vokasyenal
yunit
|
protein
pakej
personel
petroleum
platform
profil
profesional
skala
sekalian
skim
sesi
stor
seksa
silaturahim
snuker
stesen
stoking
sunah
subsidi
sandwic
silinder
skema
spesies
setem
telefon
tauge
terampil
tulen
agama
usik
warung
vokasional
unit
|
KESILAPAN EJAAN (KATA
MAJMUK)
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
|
acapkali
ada pun
adakala
andai pun
andaikata
apa kala
apa tah
atau pun
Aidil-fitri
aturcara
ambilalih
barang kali
begitupun
belumpun
biar pun
baikpulih
bandaraya
cendera mata
cahayamata
campurtangan
empatbelas
gambarajah
gantirugi
garispanduan
gunatanah
hakmilik
hapuskira
ibubapa
ibupejabat
ibusawat
isipadu
inipun
janakuasa
jasabaik
jawatan kuasa
jiwa-mu
jualbeli
kawalselia
kadang kala
kemaskini
kerapkali
keretapi
kerja sama
kerjatanah
kertaskerja
kuatkuasa
|
acap kali
adapun
ada kala
andaipun
andai kata
apakala
apatah
ataupun
Aidilfitri
atur cara
ambil alih
barangkali
begitu pun
belum pun
biarpun
baik pulih
bandar raya
cenderamata
cahaya mata
campur tangan
empat belas
gambar rajah
ganti rugi
garis panduan
guna tanah
hak milik
hapus kira
ibu bapa
ibu pejabat
ibu sawat
isi padu
ini pun
jana kuasa
jasa baik
jawatankuasa
jiwamu
jual beli
kawal selia
kadangkala
kemas kini
kerap kali
kereta api
kerjasama
kerja tanah
kertas kerja
kuat kuasa
|
lalulintas
latarbelakang
lebuhraya
lagi pun
mana pun
mana kala
merekapun
meski pun
olah raga
papantanda
penguatkuasa
pengubahmilik
pilihanraya
pasaraya
rekabentuk
rekabina
ruangniaga
samada
sebutharga
sediada
segitiga
sekaligus
senireka
suratcara
suratkhabar
susunatur
susutnilai
sediakala
selangseli
seringkali
sesungguh-nya
siapa-tah
sudahpun
sungguh pun
temubual
temuduga
tengahari
tuanpunya
tukarsyarat
telahpun
ulangtahun
urusetia
usahasama
walau pun
walaubagaimanapun
|
lalu lintas
latar
belakang
lebuh raya
lagipun
manapun
manakala
mereka pun
meskipun
olahraga
papan tanda
penguat kuasa
pengubah
milik
pilihan raya
pasar raya
reka bentuk
reka bina
ruang niaga
sama ada
sebut harga
sedia ada
segi tiga
sekali gus
seni reka
surat cara
surat khabar
susun atur
susut nilai
sedia kala
selang seli
sering kali
sesungguhnya
siapatah
sudah pun
sungguhpun
temu bual
temu duga
tengah hari
tuan punya
tukar syarat
telah pun
ulang tahun
urus setia
usaha sama
walaupun
walau bagaimanapun
|
KESILAPAN EJAAN (KATA
PINJAMAN)
Imbuhan Pinjaman
- imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan
Arab, dan imbuhan Inggeris.
- boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam
bahasa Melayu baku.
Contoh imbuhan pinjaman:
Imbuhan
Inggeris:
Awalan
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
anti-
|
menentang /
benci
|
antidadah
antikomunis
anti-Amerika
|
auto-
|
dengan
sendiri
|
automatik
autonomi
automobil
|
poli-
|
banyak
|
poligami
poliklinik
politeknik
|
pro-
|
menyokong /
menyebelahi
|
prokerajaan
probarat
pro-Malaysia
|
sub-
|
sebahagian
daripada
|
subtajuk
subbidang
subsistem
|
supra-
|
melebihi /
merentasi
|
supranasional
suprakelas
|
pasca-
|
selepas
|
pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis
|
Akhiran
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
-is
|
orang yang
melakukan
|
cerpenis
kartunis
ekonomis
|
-isme
|
kepercayaan /
ajaran / fahaman seseorang
|
kapitalisme
komunisme
nasionalisme
|
-logi
|
bidang ilmu
|
antologi
psikologi
morfologi
|
-grafi
|
bidang ilmu /
bidang seni
|
geografi
kaligrafi
biografi
|
*Catatan
- jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama
khas, tanda sempang (-) mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas
tersebut.
Contoh : pro-Malaysia,
anti-Israel
Imbuhan
Sanskrit
Awalan
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
dasa-
|
sepuluh
|
dasawarsa
|
dwi-
|
dua
|
dwibahasa
dwimusim
dwicara
|
eka-
|
satu
|
ekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
|
juru-
|
orang yang
pakar / mahir dalam sesuatu bidang
|
juruhebah
jurubahasa
juruterbang
|
maha-
|
agung / besar
|
mahaguru
maharaja
mahasiswa
|
panca-
|
lima
|
pancaragam
pancawarna
pancaindera
|
pra-
|
sebelum
|
prakata
prasangka
prasyarat
|
tata-
|
peraturan /
sistem
|
tatabahasa
tatatertib
tatadunia
|
Akhiran
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
-ita
|
wanita /
perempuan
|
biduanita
posnita
|
-man
|
orang yang
memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu bidang
|
seniman
budiman
|
-wan
|
orang yang
- pakar dalam
sesuatu bidang
- melakukan
sesuatu perbuatan
- memiliki
sesuatu sifat
- memiliki
sesuatu
|
jutawan
wartawan
jelitawan
ilmuwan
angkasawan
|
-wati
|
wanita yang
mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
|
peragawati
seniwati
angkasawati
|
*catatan
- -wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan
huruf-huruf lain]
- -man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan
huruf ‘i’]
Imbuhan
Arab –Parsi
Awalan
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
bi-
|
tidak
|
biadab
bilazim
binormal
|
Akhiran
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
-ah
|
orang
perempuan / wanita
|
ustazah
qariah
|
-at
|
orang
perempuan / wanita
|
muslimat
hadirat
|
-iah
|
hal yang ada
perkaitan dengan sifat
|
ilmiah
jasmaniah
alamiah
|
-in
|
orang lelaki
|
hadirin
muslimin
musyrikin
|
*catatan
- -wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf
vokal]
- -in [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf
konsonan]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan