Cadangan jawapan soalan
2(c) - Prosa Tradisional:-
1. Reaksi Laksamana apabila raja menitahkan dua harta untuk Laksamana satu
bahagian untuk empunya harta ialah laksamana berpendapat titah
Sultan berkenaan akan merugikan.sultan
serta tuan punya harta. Oleh sebab itu, Laksamana hanya setuju menerima
sebagian sahaja daripada harta berkenaan walaupun Sultan mencadangkan laksamana
menerima dua bahagian daripada harta berkenaan. Laksama juga berpendapat
terpulanglah selepas itu tuan punya harta untuk memberikan harta
selebihnya kepada beliau.
2. Setelah pemilik harta menyerahkan semua harta
kepada Laksmana, maka Laksamana membahagikan harta tersebut kepada tiga
bahagian, diambilnya satu bahagian. Bahagian yang diterima oleh Laksamana
dibahagikan pula kepada tiga bahagian, dan sebagiannya di dermakan kepada
segala fakir miskin, dan sebahagian lagi diberi kepada segala pegawai
yang tiada penguasaan dan sebahagian diberi kepada segala orangnya.
Akhirnya, Laksamana tidak mengambail sebarang harta berkenaan.
3. Pada pendapat saya, Laksamana sanggup
mengagihkan harta yang diperolehnya kepada orang lain tanpa
mengambil sedikitpun harta berkenaan kerana:-
i)
Laksamana sudah mempunyai
jawatan besar dan pendapatan yang baik oleh sebab itu harta
berkenaan perlu dibahagikan kepada orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan
pegawai bahawahannya yang memerlukan harta untuk meneruskan kehidupan.
ii)
Selain itu, harta berkenaan
merupakan harta rampasan yang dirampas daripada Kertala Sari yang
diperoleh daripada aktiviti mencuri dan bagi Laksama harta berkenaan bukan
hasil daripada titik peluhnya dan semestinya harta berkenaan diberikan
kepada orang yang sepatutnya menerima harta berkenaan sama ada mereka yang
telah kehilangan harta ataupun mereka yang memerlukannya seperti fakir
miskin dan pegawai-pegawainya yang tidak berharta atau pegawainya yang terlibat
untuk merampas semula harta rampasan Kertala Sari.
( Soalan ini merupakan soalan KBAT, dan pelajar boleh
memberi apa sahaja
jawapan yang sesuai)
Sebagai peringatan: Soalan pertama telah berubah dimensi penyoalannya.
Jika soalan tahun-tahun sebelumnya soalannya lebih kepada maksud rangkai atau
frasa tetapi soalan tahun ini bertanya berkaitan reaksi seseorang ( Laksamana)
soalan berbentuk KBAT tetapi jawapan ada di dalam teks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan