Alhamdulillah, saya diberi kesempatan oleh Allah, berbicara mengenai soalan 3 (e) berkaitan peribahasa. Sebagai makluman, soalan peribahasa boleh keluar pelbagai bentuk sama ada berdasarkan situasi, memberikan maksud, mengisi tempat kosong, melengkapkan dialog, menyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa yang diberi, mengisi tempat kosong.
Saya nasihatkan pelajar perlu membuat persediaan dengan memahami maksud semua peribahasa yang ada dalam bahasa Melayu. Banyak pelajar yang sering menghadapi masalah pabila menjawab soalan bahagian ini kerana tidak tahu dan tidak faham maksud peribahasanya. Ingat enam markah diperuntukkan untuk soalan ini. Walaupun markahnya kecil tetapi markah berkenaan yang akan menentukan pelajar mendapat A atau A+ dalam peperiksaan.
Analisis Soalan Tataahasa
3(e ) Peribahasa
Percubaan BM SPM
se-Malaysia 2018
Bil
|
Negeri/PPD
|
Peribahasa
|
1
|
Yik
Kelantan
|
Menyatakan
peribahasa berdasarkan situasi dalam ayat
|
2
|
MRSM
|
Menyatakan
peribahasa sama maksud
|
3
|
Negeri
Sembilan
|
Menyatakan
Peribahasa sama maksud
|
4
|
Kelantan
|
Menyatakan
peribahasa berdasarkan situasi
|
5
|
Johor
|
Memberikan
maksud peribahasa
|
6
|
Sarawak
|
Mengisi
tempat kosong dengan peribahasa
|
7
|
PPD
Kota Belud,Sabah
|
Menyatakan
peribahasa berdasarkan situasi
|
8
|
Perak
|
Menyatakan
peribahasa berdasarkan petikan
|
9
|
Pulau
Pinang
|
Menyatakan
peribahasa berdasarkan ayat
|
10
|
Kedah
|
Menyatakan
peribahasa berdasarkan maksud
|
11
|
Perlis
|
Mengisi
tempat kosong dengan peribahasa
|
12
|
SBP
|
Peribahasa
sama maksud
|
13
|
Terengganu
|
Mengisi
tempat kosong dengan peribahasa
|
14
|
Selangor
|
Melengkapkan
dialog dengan peribahasa
|
15
|
Pahang
|
Menyatakan
peribahasa yang sama maksud
|
- Menyatakan peribahasa berdasarkan situasi dalam ayat.
- Menyatakan peribahasa sama maksud.
- Mengisi tempat kosong dengan peribahasa.
- Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud.
- Melengkapkan dialog dengan peribahasa.
Sebagai bantuan dan persdian pelajar untuk memahami maksud peribahasa, di bawah saya senaraikan peribahasa yang mungkin boleh membantu membuat persediaan menghadapi soalan 3 (e) SPM 2018.
PERIBAHASA
MELAYU
1. Adat periuk berkerak, adat lesung
berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai
itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar
hendak mencapai kemajuan]
3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum
memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
4. Berbual di alang, belayar di luar musim
[Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap
malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]
6. Berfikir sebelum berkata, berunding
sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]
7. Berjagung-jagung dahulu sementara
menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang
tetap]
8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis
kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]
9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru
bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan
kesalahan orang lain]
10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja
mengikut aturan]
11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak
[Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]
12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai
mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]
13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi
kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil
[Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]
15. Biar genting, jangan putus [Biar rugi
sedikit daripada rugi banyak]
16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
[Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]
17. Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu
kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
18. Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan
adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]
19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti
tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]
20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
[Menyimpan rahsia]
21. Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup
mati daripada menyerah kalah]
22. Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi
sedikit daripada rugi banyak]
23. Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit
jangan rugi banyak]
24. Buang yang keruh, ambil yang jernih
[Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja]
25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan
sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan
sekali-kali dicuba]
26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
[Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
27. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan
melakukan pembaziran]
28. Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik
ada daripada tiada langsung]
29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati
bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan
nama yang baik]
30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan
bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia
hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
31. Elok lenggang di tempat datar [Bergembira
haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang
menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]
33. Genggam bara api biar sampai jadi arang
[Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan
menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]
34. Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis
segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]
35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang
juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah
meninggal dunia]
36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar
berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]
37. Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc
sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum
habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]
39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang
jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]
40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi
semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]
41. Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru
perbuatan yang buruk]
42. Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan
campuri urusan orang lain]
43. Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan
diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
44. Jangan didengarkan siul ular [Kita harus
tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
45. Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan
harapkan nasib akan sentiasa baik]
46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum
tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja
yang baru]
47. Jangan ditentang matahari condong, takut
terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita
yang akan menanggung padahnya kelak]
48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan
[Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]
49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri
[Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri
sendiri]
50. Jangan punting berasap jua [Perselisihan
(perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]
51. Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat
angkara di tempat kita menumpang]
52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan
[Mendengar nasihat pakar]
53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak
diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]
54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas,
menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]
55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa
kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]
56. Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila
berdepan dengan masalah, carilah puncanya]
57. Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu
pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]
58. Masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah
mengikut adat resam masyarakat di situ]
59. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi,
jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan
perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]
60. Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak
datang dengan tiba-tiba]
61. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur
urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]
62. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga
tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai
cita-cita]
63. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak
akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]
64. Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu
itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
65. Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja
mencari kesusahan]
66. Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia
sebelum melakukan sesuatu]
67. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
[Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]
68. Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang
malas berusaha akan menghadapi kesusahan]
69. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi
kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]
70. Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita
hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]
71. Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah
[Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]
72. Sudah calit, jangan palit [Jangan
membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]
73. Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot
pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali
gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
74. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh
kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]
75. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia
sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam
pekerjaannya]
76. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah
[Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]
77. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai
landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]
78. Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum
selesai hendaklah diselesaikan]
79. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang
[Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]
80. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang
didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]
PEPATAH
81. Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah
ada rakyatnya]
82. Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu
mestilah ada asal mulanya]
83. Ada bangkai adalah hering [Di mana ada
perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]
84. Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah
memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]
85. Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang
jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]
86. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua
kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna
jika cukup upahnya]
87. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas
[Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]
88. Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu
tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
89. Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan
antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
90. Air digenggam tidak tiris [Orang yang
kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]
91. Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang
yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]
92. Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup
seseorang tidak menentu, kadangkala susah]
93. Air yang tenang jangan disangka tiada
buaya [Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]
94. Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang
sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]
95. Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam
sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat
kerugian]
96. Alah membeli, menang memakai [Tidak
mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]
97. Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam
sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]
98. Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu
kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai]
99. Alang-alang mandi biar basah/ Alang-alang
berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]
100. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang
tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]
101. Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan
dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]
102. Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan,
dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali sekala
teringat akan perbuatan jahatnya itu]
103. Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang
tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]
104. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang
akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi
orang yang melakukan kerja itu akan menghadapi kesukaran]
105. Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun
ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]
106. Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba
yang banyak dengan modal yang sedikit]
107. Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]
108. Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap
orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]
109. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan
[Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita
walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]
110. Ayam ditambat disambar helang, padi di
tangan lalang [Nasib yang malang]
111. Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang
yang hina dalam masyarakat]
112. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam
[Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]
113. Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana
kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]
114. Bagaimana bunyi gendang, begitulaqh tarinya
[Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu dilakukan]
115. Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat
air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik
berkelakuan tidak senonoh]
116. Baharu bertatih hendak berlari, langsung
tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa
kesusahan]
117. Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa
mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]
118. Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan
yang mustahil]
119. Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru?
[Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada
pengetahuan orang ramai]
120. Banyak udang banyak garam, banyak orang
banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang
tidak sama]
121. Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang
yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]
122. Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh
hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]
123. Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak
memulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]
124. Batu direbus masakan empuk [Orang yang
bebal, bagaiamana diajar sekalipun tidak akan pandai]
125. Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun,
sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]
126. Baung di bawah bangkar [Bunyi orang
bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]
127. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam
[Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai
juga]
128. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil
sudah datang [Orang yang arif dan rajin]
129. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh
sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
130. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum
ada keputusan]
131. Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk
[Kembali ke tempat asalnya]
132. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Menempuh kesusahan
dahulu sebelum mendapat kesenangan]
133. Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan
kerana kesalahan sendiri]
134. Berani kerana benar, takut kerana salah
[Bertindak kerana berada di pihak yang benar]
135. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah
lagi orang yang mengalaminya]
136. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
[Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]
137. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua
orang yang setaraf dan sepadan]
138. Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan
kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]
139. Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan
atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]
140. Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak
menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]
141. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal
lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan
mendatangkan kerugian]
142. Bertali boleh diheret, bertampuk boleh
dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang
dapat dipegang]
143. Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan
kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]
144. Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang
sama-sama handal]
145. Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang
kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga
yang beruntung]
146. Besar periuk, besarlah keraknya [Besar
pendapatan, besar pula perbelanjaan]
147. Besar pasak daripada tiang, besar sandal
daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]
148. Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang
berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau
penghasut dapat disingkirkan]
149. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani
melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi
ditakuti oleh orang bawahannya]
150. Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat
diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]
151. Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya
untuk berbuat baik]
152. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan
kerjasama yang erat]
153. Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak
lepas daripada membuat kesalahan]
154. Bunga disunting, perlu ditendang [Seorang suami
yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]
155. Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah
padam kerana marah akan sesuatu]
156. Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke
mana-mana [Gadis yang cantik akan mashyur dan menjadi sebutan di mana-mana]
157. Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami
yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]
158. Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat
apa-apa kerana kehabisan daya]
159. Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang
dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]
160. Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat
rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]
161. Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada
keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]
162. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di
gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada]
163. Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang
kecil diperbesar]
164. Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum
datang [Dipakai untuk sementara belum ada yang lebih baik]
165. Cari umbut kena buku [Mencari yang baik,
mendapat yang buruk]
166. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum
juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
167. Cencaru makan petang [Pekerjaan yang
dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yan baik dan lumayan]
168. Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi
pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam
kesusahan]
169. Condong yangv akan menongkat, rebah yang
akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada
kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]
170. Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus
negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan
mendatangkan hasil kelak]
171. Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati
atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]
172. Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang
terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]
173. Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah
laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya]
174. Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat
diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidk senonoh]
175. Datang seperti rebut, pergi seperti semut
[Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]
176. Datang tak berjemput, pulang tak berhantar
[Tetamu yang tidak penting]
177. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu
juga [Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]
178. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk
[Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]
179. Dengar cakap enggang, makan buah brluluk;
dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan
mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar
cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]
180. Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang
dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]
181. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali
berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu
sia-sia sahaj]
182. Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan
sahaja, lama-kelamaan akan hilang]
183. Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang
tidak dapat diubah lagi] akar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam
tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang
yang keras hati atau berkuasa]
185. Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan
semasak-masaknya]
186. Dihujani kering, dijemur basah [Membuat
sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]
187. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
[Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]
188. Di mana anjing menyalak di situlah biawak
memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di
tempat kejadian itu]
189. Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti
[Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]
190. Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak
di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin
bergantung kepada yang kaya]
191. Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika
terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan
di situ juga]
192. Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam
keadaan serba salah]
193. Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh
janji taat setia sehidup semati; sangat karib]
194. Dua kali dua empat [Dua orang yang sama
sifat atau perangai]
195. Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri
apa-apa yang telah dikatakan dahulu]
196. Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat
ketua yang adil]
197. Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah
turun pangkat]
198. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar
muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum
keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]
199. Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda
harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]
200. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata
diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]
201. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing[Orangyang
mementingkan diri sendiri]
202. Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu
pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi/ Seorang
isteri yang menduakan suami]
203. Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah
terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah
dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]
204. Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru
boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, atau jodoh yang sama taraf kedudukannya]
205. Gagak bersuara murai [Rupanya hodoh tetapi
suaranya merdu dan baik budi bahasanya]
206. Gajah berak besar kancil pun hendak berak
besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya,
akhirnya menderita]
207. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan
dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]
208. Gajah mati, tulang setimbun [Apabila
seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan harta]
209. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di
tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bergaduh, rakyat yang menderita]
210. Gantung tak bertali, salai tak berapi
[Seseorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberinafkah atau
menceraikannya]
211. Garam dikulum tidak hancur [Orang yang
pandai menyimpan rahsia]
212. Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima
dengan baik atau dipatuhi]
213. Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang
tua biasanya benar dan tepat]
214. Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan
[Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga
sendiri]
215. Geruh tak berbunyi, malang tak berbau
[Kemalangan terjadi tanpa diketahui]
216. Getikkan puru di bibir [Susah hendak
membenci anak isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]
217. Gigi dengan lidah adakala tergigit juga
[Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]
218. Gigi tanggal, rawan murah [Keinginan yang
datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]
219. Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap
hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah] anya air
dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan
hati yang marah]
221. Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa
atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]
222. Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang
diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]
223. Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu
marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]
224. Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang
marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang
lain]
225. Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang
menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]
226. Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang
berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]
227. Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya
tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau
dicita-citakan]
228. Hati bak serangkak dibungkus [Sangat
berharap akan mendapat sesuatu yang diingini]
229. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah [Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat
sedikit]
230. Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu
hendak meninggikan diri, akhirnya, mendapat malu]
231. Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan
kesenangan tetapi malas berusaha]
232. Hendak seribu daya, hendak seribu dalih
[Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika
tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]
233. Hendak terbang tiada bersayap, hendak
hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]
234. Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu
bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada/ Hilang
budi bahasa, hilang darjat diri]
235. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
[Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan
orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]
236. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
[Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan,
apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]
237. Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan
disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]
238.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri [Walau baaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan
negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]
239. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat
berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang
mendapat kesusahan]
240. Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang
pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]
241. Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa,
nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]
242. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka
duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan
kesusahan]
243. Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu
yang tidak sama seperti yang digambarkan]
244. Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar
ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]
245. Intan disangka batu kelikir [Tidak
mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]
246. Intan itu jika terbenam di perlimbahan
sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga walaupun
disembunyikan]
247. Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang
yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]
248. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup
banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita
lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya]
249. Jauh panggang dari api [Jauh daripada yang
dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku]
250. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati]
251. Jika tidak kerana angin masakan pokok
bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata
tentang hal itu]
252. Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan
hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya
sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]
253. Jiwa bergantung di hujung rambut [Dalam
keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]
254. Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti
yang lebih berharga lagi]
255. Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus
sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup untuk
menghadapi sebarang kemungkinan]
256. Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang
yang terlalu miskin]
257. Kais pagi makan pagi, kais petang
[Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]
258. Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan
tetap menjadi baik]
259. Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu
pihak sahaja]
260. Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar
[Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]
261. Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan
tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]
262. Kalau pandai meniti buih, selamat badan
sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat]
263. Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu
yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]
264. Karam berdua basah seorang [Dua orang yang
melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]
265. Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan
isteri tinggal-tinggalkan [Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi]
266. Kata seorang dibulati, kata bersama
diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai
perlu dirundingkan bersama-sama]
267. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
[Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]
268. Kecil jangan disangka anak, besar jangan
disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/
umurnya]
269. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
[Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan
orang lain]
270. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
[Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya]
271. Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan
hati (perasaan)]
272. Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain
orang, lain fikirannya]
273. Kerbau dipegang pada talinya, manusia
dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati]
274. Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia
seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak
tercemar]
275. Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut
manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]
276. Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur
tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat
diselesaikan]
277. Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
[Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]
278. Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun
labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di
kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]
279. Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang
yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri
berbuat salah]
280. Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang
yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]
281. Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah
tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih
dahulu daripada orang lain]
282. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi
[Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya]
283. Kuman di seberang laut nampak, gajah di
bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi
kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]
284. Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata
mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah
pihak]
285. Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami
sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]
286. Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang
melakukan kesalahan, orang lain pula yang dpersalahkan]
287. Lain dulang lain kakinya, lain orang lain
hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]
288. Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara
mempunyai adat resam yang berlainan]
289. Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh
[Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]
290. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang
tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan/
Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]
291. Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis
dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]
292. Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang
bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]
293. Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang
lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama]
294. Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata
dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]
295. Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu
yang tidak baik kemudian brpura-pura tidak tahu]
296. Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya
jalan yang lemah lembut dan menarik]
297. Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan
menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya]
298. Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini
saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]
299. Luka sudah hilang, parut tinggal juga
[Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu
tetap berbekas di hati masing-masing]
300. Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak
pertama itu tercapai kehendak lain akan tercapai juga]
301. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih
[Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya
upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]
302. Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih
yang amat sangat]
303. Makan keringat orang [Mengecap kesenangan
dengan cara memeras orang lain]
304. Makin murah makin menawar [Seseorang yang
telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]
305. Malu jika anak harimau menjadi anak kambing
[Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]
306. Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu
berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]
307. Manikam itu kalau jatuh ke limbahan
sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di pelimbahan
sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]
308. Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak
[Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu
yang mendatangkan kebaikan]
309. Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur
terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar
dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]
310. Masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah
mengikuti adat resam masyrakat di situ]
311. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
[Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]
312. Melentur aur/ buluh biarlah dari rebungnya
[Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah
hendak mendidiknya]
313. Meludah ke langit, timpa atas batang hidung
sendiri [Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga yang malu]
314. Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan
aib]
315. Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu
tanpa usul periksa lebih dahulu]
316. Memberakkan periuk nasi sendiri
[Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]
317. Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan
membazir]
318. Membujur lalu melintang patah [Sanggup
menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]
319. Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan
perkara yang sudah lepas]
320. Menabur benih di atas batu [Berbuat baik
kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]
321. Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik
kepada orang yang tahu mengenang budi]
322. Menahan lukah di pergentingan [Mencari
keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil kesempatan daripada orang yang
susah]
323. Menantikan kucing bertanduk [Mangharapkan
sesuatu yang mustahil akan berlaku]
324. Menantikan nasi disajikan ke lutut
[Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya]
325. Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan
nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]
326. Mendengar guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada
dihabiskan atau dibuang]
327. Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang
malas bekerja]
328. Mengata dulang paku serpih, mengata orang
dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri sendiri
tidak disedari]
329. Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu
yang tidak dapat disatukan]
330. Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa
amat malu]
331. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia
bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke
mana-mana sahaja]
332. Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang
sudah terang dan nyata]
333. Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan
berkahwin dengan orag kebanyakan]
334. Nak menangguk ikan, tertangguk batang
[Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]
335. Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan
tidak boleh diminta belas kasihan lagi]
336. Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang
[Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang]
337. Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah
terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]
338. Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat
melakukan sesuatu pekerjaan]
339. Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat
terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]
340. Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan
[Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]
341. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi
kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya
dengan baik]
342. Orang lain yang makan nangka, orang lain
yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang
menerima akibatnya]
343. Orang mandi berselam, kita mandi bertimba
[Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil]
344. Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat
sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]
345. Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat
sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]
346. Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga
yang hidup beruntung dan berbahagia]
347. Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua
sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]
348. Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang
hilang itu ada gantinya]
349. Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam
bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak
berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh
memberitahu orang lain tentang hal itu]
350. Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan
jodoh yang tidak sesuai]
351. Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang
sesuai pada tempatnya/ Suami isteri yang telah bercerai berbalik semula]
352. Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat
sesuatu di luar kemampuan diri]
353. Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]
354. Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat
[Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]
355. Pucuk dicita, ulam mendatang [Mendapat
sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan]
356. Pukul anak sindir menantu [Memarahi
seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]
357. Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika
orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima
akibatnya]
358. Raja adil raja disembah, raja zalimraja
disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat
tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]
359. Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang
rajin sentiasa murah rezeki]
360. Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak
logik]
361. Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah
kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]
362. Rebung tidak jauh dari rumpun [Perangai anak
tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]
363. Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh
musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]
364. Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap
sahaja tetapi malas bekerja]
365. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
[Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]
366. Ringan tulang berat perut [Rajin bekerja
mudah belanja]
367. Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi
merosakkan harta yang diberikan kepadanya]
368. Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan
kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan
diri sendiri]
369. Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau
maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]
370. Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang
dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]
371. Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan
pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]
372. Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila
berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah negara, rakyat negara itu akan melarikan
diri]
373. Runcing taduk berbelang kening [Sudah
terkenal jahatnya]
374. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
[Sama-sama ikut bertanggungjawab]
375. Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua
kerja dalam satu masa]
376. Sambil menyelam minum air [Membuat dua
pekerjaan dalam satu masa]
377. Sebesar-besar bumi ditampar tak kena
[Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]
378. Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah
dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau keluarga atau kaum kerabat,
tidak sampai hati membiarkannya]
379. Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula
kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan
pula tanpa pekerjaan]
380. Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain
ketua lainlah pula kemahuannya]
381. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
[Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang]
382. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana pandai seseorang itu pasti akan melakukan
kesilapan]
383. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor
juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]
384. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir
terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]
385. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal
jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik
kepada pokok persoalannya]
386. Siapa makan nangka, maka kena getahnya
[Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya]
387. Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa
yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain
menyindirnya]
388. Si bingung makanan si cerdik [Orang yang
bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yag cerdik]
389. Si kudung mendapat cincin [Orang yang
mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik]
390. Si mandul baru beranak [Terlalu gembira
kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]
391. Sirih naik junjungan patah [Baru hendak
memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]
392. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak
berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang lama
ditinggalkannya]
393. Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela
atau dibuang, dipuji dan diambil semula]
394. Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan
sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]
395. Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat
kemalangan yang berturut-turut]
396. Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang
telah rosak binasa]
397. Sudah patah yang bertaji [Orang yang
ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]
398. Sudah terhantuk baru tengadah
[Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]
399. Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan
pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]
400. Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup
melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]
401. Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang
berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]
402. Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan
terkena, dua kali jalan tahu]
403. Takkan sama getah daun dengan getah batang
[Kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang
ada dalam jagaan kita]
404. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik
ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya semula]
405. Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas
budi orang]
406. Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket
[Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]
407. Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu
tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]
408. Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat
lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat
apa-apa pun]
409. Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat
mengasihi anak isteri]
410. Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama
keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]
411. Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang
isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]
412. Telinga yang lembut itulah selalu dipulas
orang [Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap menjadi suruhan orang]
413. Tempayan yang penuh itu tidak berkocak
airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan
diri]
414. Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan
yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]
415. Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan
betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada
gerak-gerinya]
416.
Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik
[Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan
tidak dapat ditarik balik]
417. Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut
harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]
418. Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal
orang lain dan menyusahkan diri sendiri]
419. Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana
elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]
420. Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak
ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan juga]
421. Tidak sama air hujan dengan air telaga
[Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]
422. Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah
hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]
423. Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan
harta kerana ditimpa kecelakaan]
424. Tong yag kosonglah yang selalu berkocak
[Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]
425. Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi
[Orang tua yang berperangai seperti orang muda]
426. Tukang tidak membuang kayu [Orang yang
cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]
427. Tunggang hlang berani mati [Tidak gentar
menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara]
428. Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang
hitam]
429. Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata
[Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]
430. Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah
berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]
431. Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang
[Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan
berhati-hati]
432. Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang
yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]
433. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
[Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau
sebalikya, dia akan kerugian]
434. Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal
yang menyusahkan ibu bapa]
435. Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan
bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal
keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka yang tidak
baik]
436. Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga
tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga
perangainya yang kurang baik]
437. Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang
terjadi dengan tiba-tiba]
438. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan
[Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]
439. Yang berhutang terjerat di kaki, yang
menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang
berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu
melarikan diri]
440. Yang bulat datang bergolek, yang pipih
datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana
sahaja]
441. Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang
bersalah tetap akan menerima hukuman]
442. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun
tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya
sia-sia belaka]
443. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang ada dibuang]
444. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi
terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan]
445. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan
kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]
446. Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu
hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]
447. Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang
telah lalu; sangat lama]
1 ulasan:
Sangat bermanfaat.Terima kasih banyak2
Catat Ulasan