Cadangan jawapan soalan 3 (a) Membina ayat menggunakan frasa
atau rangkai kata diberi.
i.
garisan
penamat : ( garis yg menandakan
tempat berakhirnya perlumbaan)
Contoh ayat: -
Farizi berlari dengan sekuat-kuat hatinya sebelum sampai
ke garisan penamat larian 100 meter.
ii.
merentas
desa :
Contoh ayat:-
Banyak pelajar yang tidak dapat menamatkan acara
merentas desa kerana jarak lariannya 4 kilo meter.
iii.
pembesar
suara : ( alat penguat suara)
Contoh ayat:-
Alat pembesar suara yang digunakan dalam majlis
persaraan Puan Zaleha rosak menyebabkan suara pengacara majlis tidak jelas.
iv.
serangga
perosak: ( serangga yg merosakkan
tanam-tanaman)
Contoh ayat:-
Belalang merupakan antara serangga perosak tanaman
yang ditakuti oleh petani.
v.
tapak
semaian : (tempat anak benih dsb disemai)
Contoh ayat:-
Petani menyemai anak benih padi ditapak semaian
sebelum ditanam di sawah padi.
vi.
ulasan selari: (huraian
yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlangsung.)
Contoh ayat:-
Pengulas radio sedang membuat ulasan selari perlawanan bola
sepak antara Pasukan Perak dan Pasukan Terengganu.
Cadangan jawapan soalan 3 (b)
Kajian ayat ( Menukar ayat pasif kepada ayat aktif)
i.
Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke
tapak perkhemahan di atas bukit itu.
Cadangan jawapan:-
Kita perlu membawa
barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
ii.
Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah
dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolah.
Cadangan jawapan:-
Hashim telah membaca
majalah berkaitan sejarah Malaysia pada minggu lepas di perpustakaan sekolah.
iii.
Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh
masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.
Cadangan jawapan:-
Masyarakat setempat seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula demi penjagaan alam
sekitar.
Cadangan jawapan soalan 3 (c) Mengesan kesalahan ejaan dan
imbuhan
Cadangan jawapan soalan 3 (c):-
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
i
|
sainstifik - saintifik
|
nikmati-menikmati
|
Ulasan guru : Ejaan sainstifik
yangbetul ialah saintifik.
|
Ulasan guru: Kata kerja akktif
transitif perlu menerima imbuhan meN…….
|
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
ii
|
komersil-komersial
|
Pemasaran-pasaran
|
Ulasan guru : Ejaan komersil
yangbetul ialah komersial.
|
Ulasan guru: Pemasaran ialah
perbuatan memasarkan sedangkan maksud perkataan ialah pasaran secara umum.
|
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
iii
|
diujudkan-diwujudkan
|
menggalakan - menggalakkan
|
Ulasan guru : Sebagai
maklumat pelajar huruf yang memerlukan pengguguran huruf melibatkan huruf p,
s, t, k, selain huruf berkenaan tidak melibatkan pengguguran . Oleh sebab,
wujud bermula huruf w, tidak ada pengguguran berlaku dan ejaan selepas
menerima imbuhan “ke” masih kekal wujud.
|
Ulasan guru: Jika
diperhatikan menggalakan ialah perbuatan, dan salah jika tidak ditambahkan 2
k, yang memberi maksud perbuatan.
|
3 ulasan:
👍sangat mmbantu
Bagus ianya sangat membantu
Terima kasih
Catat Ulasan