Alhamdulillah,
terima kasih ya Allah kerana saya berjaya membicarakan soalan terakhir berkaitan
soalan yang perlu diberi tumpuan untuk menghadapi peperiksaan SPM 2018 iaitu
soalan 4(a) dan 4(b). Sebagaimana pelajar sedia maklum, soalan 4 (a) merupakan soalan
kajian satu novel dan pelajar boleh memilih jawapan sama ada novel tingkatan 4
atau tingkatan lima, sementara soalan 4(b) merupakan soalan yang memerlukan
pelajar menjawab soalan dengan mengaitkan kedua-dua novel kajian di tingkatan 4
dan tingkatan 5.
Sebagaimana yang telah saya
bincangkan sebelum ini, penggubal soalan negeri se Malaysia mempunyai sebab
untuk mengeluarkan setiap soalan novel berdasarkan pendapat dan kajian mereka
berdasarkan soalan-soalan novel SPM tahun-tahun lepas. Oleh sebab itu, pelajar
perlu mengambil kira soalan-soalan yang dikeluarkan oleh setiap negeri sebagai
persediaan untuk menghadapi SPM. Semakin banyak kajian dan ulangkaji pelajar
berkenaan soalan-soalan berkenaan, pelajar semakin bersedia untuk menghadapi
apa sahaja soalan yang bakal keluar. Sebagai peringatan, selagi soalan SPM
tidak keluar, tidak ada seorang pun tahu soalan-soalannya. Oleh sebab itu
pelajar perlu merujuk soalan-soalan negeri di bawah sama ada soalan bahagian 4
(a) atau 4 (b). Sebagai memudahkan pelajar, saya telah menyenaraikan beberapa
soalan dan jawapannya, untuk memudahkan pelajar membuat ulangkaji dan
persediaan menghadapi peperiksaan.
Pelajar perlu mengelakkan menghafal soalan dan menghafal jawapan novel kerana cara belajar atau membuat persdiaan untuk menghadapi peperiksaan sebegini akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan keliru apabila menjawab soalan pada masa peperiksaan. Sebaik mungkin pelajar perlu faham dan membaca keseluruhan novel kerana apabila pelajar faham, pelajar akan mudah menjawab soalan dalam bentuk pelbagai soalan. Pada pandangan saya, pelajar yang minat membaca novel merupakan pelajar paling beruntung kerana mereka akan mampu menjawab soalan dalam pelbagai bentuk dan begitu juga pelajar yang mahir menjawab soalan KBAT juga kalangan pelajar beruntung. Ingat mereka yang berusaha akan beruntung kerana berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Sekiranya, pelajar perasan, soalan SPM sekarang bukan berfokus kepada kajian komsas tetapi lebih banyak bertanya peristiwa dan kemudian baru mengaitkan soalan berdasrkan kajian. Harap maklum. Untuk makluman, soalan komsas novel mudah untuk mendapat markah dan terpulanglah pelajar untuk mengambil kesempatan semasa menjawab soalan ini pada 13 November 2018. Selamat membuat persediaan menghadapi SPM. Semoga akan mendapat markah cemerlang. Aamiinnn.
Analisis Soalan Novel 4(a)
dan 4(b)
Percubaan BM SPMse-Malaysia
2018
Bil
|
Negeri/PPD
|
Soalan
Novel (4a)
|
1
|
Yik
Kelantan
|
Konflik
dialami oleh watak dalam sesebuah novel banyak memberi pengajaran kepada
pembaca.
Berdasarkan
dua novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik watak utama jelaskan
pengajaran yang diperoleh daripada konflik tersebut.
|
2
|
MRSM
|
Dalam
sesebuah novel pengarang sering menyelitkan elemen yang boleh menjadikan
kepada pembaca.
Berdasarkan
sesebuah novel yang anda kaji, huraikan dua pangajaran yang diketengahkan
oleh pengarang.
|
3
|
Negeri
Sembilan
|
Konflik
memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Hal ini demikian kerana
melalui konflik yang timbul akan membuat sesuatu cerita berkembang dengan
baik.
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peranan watak sampingan dalam
membantu watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.
|
4
|
Kelantan
|
Bahagian
permulaan memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan
pembacaannya.
Berdasarkan sesebuah
novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu
menarik minat anda.
|
5
|
Johor (
Daerah Tangkak)
|
Perkembangan
cerita sesebuah novel turut dibantu watak sampingannya.
Jelaskan
dua perwatakan watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
|
6
|
Sarawak
( MIRI)
|
Huraikan
pendapat anda tentang bahagian peleraian bagi novel yang telah anda pelajari.
|
7
|
PPD
Kota Belud,Sabah
|
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat bagi
yang terdapat dalam novel.
|
8
|
Perak
(SMK SG. MANIK)
|
Latar
tempat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan cerita
dalam sesebuah karya.
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
|
9
|
Pulau
Pinang
|
Huraikan
keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri
pembaca.
|
10
|
Kedah
|
Latar
masyarakat ialah gambaran kehidupan masayarakat yang dipaparkan dalam
sesebuah karya termasuklah novel.
Huraikan latar masyarakat dalam sesebuah novel yang anda kaji. |
11
|
Perlis
|
Watak sampingan dalam sebuah novel
memainkan peranan penting dalam membantu watak utama. Berdasarkan sebuah
novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan watak sampingan yang telah
ditetapkan.
|
12
|
SBP
|
Latar
tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.
Huraikan
dua latar tempat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
|
13
|
Terengganu
|
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat penyayang yang
terdapat
dalam novel tersebut.
|
14
|
Selangor
|
Penggunaan
pelbagai jenis teknik plot dalam sesebuah novel memainkan peranan memastikan
jalan cerita yang menarik.
Gunakan
dua peristiwa menggunakan teknik imbas kembali dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
|
15
|
Pahang
|
Pada
bahagian perkembangan sebuah novel yang anda pelajari telah menarik
minat anda kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
Huraikan
dua keistimewaan tersebut.
|
Bil
|
Negeri/PPD
|
Soalan
Novel (4b)
|
1
|
Yik
Kelantan
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda telah pelajari, huraikan latar masa yang
terdapat dalam novel tersebut.
|
2
|
MRSM
|
Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa bagi setiap
novel yang pada pendapat anda dapat menarik perhatian pembaca.
|
3
|
Negeri
Sembilan
|
Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa menari yang
berlaku pada setiap novel tersebut, kemudian jelas alasan anda berpendapat
sedemikian.
|
4
|
Kelantan
|
Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.
|
5
|
Johor
( Daerah Tangkak)
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pandangan anda terhadap
pengakhiran
peristiwa yang terdapat dalam setiap novel.
|
6
|
Sarawak (
MIRI)
|
Bandingkan
seorang watak wanita dalam kedua-dua buah novel yang telah anda pelajari.
|
7
|
PPD
Kota Belud,Sabah
|
Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan konflik yang dihadapi oleh watak
utama dan cara watak mengatasi konflik tersebut.
|
8
|
Perak
(SMK SG. MANIK)
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap
novel yang menunjukkan kepincangan masyarakat.
|
9
|
Pulau
Pinang
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat bagi setiap
novel
tersebut.
|
10
|
Kedah
|
Terdapat
pelbagai peristiwa yang mengambarkan koflik antara watak dalam sesebuah
novel.
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mengambarkan
konflik antara watak utama dan watak sampingan dan cara penyelesaiannya.
|
11
|
Perlis
|
Berdasarkan dua buah novel yang
anda kaji, huraikan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan kepada
pembaca. Berikan sebab-sebab anda berpendapat demikian.
|
12
|
SBP
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan
kebijaksanaan
bagi setiap novel tersebut.
|
13
|
Terengganu
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mencetuskan
saspens
kepada anda dalam setiap novel tersebut dan nyatakan alasan anda.
|
14
|
Selangor
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu latar masyarakat yang sama dalam
yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
|
15
|
Pahang
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua persamaan latar masyarakat
yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
|
NOTA DAN LATIHAN MASTERI
SOALAN 4 (A) DAN 4(B). SEMOGA DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJAWAB SOALAN BERKENAAN.
Novel Jendela Menghadap Jalan & Novel Songket Berbenang Emas
Soalan 1
Berdasarkan dua
novel yang anda kaji, huraikan tema yang di paparkan dalam kedua-dua
novel berkenaan.
Berdasarkan
novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang memaparkan
tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
|
Novel
yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi
pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
|
Lili :-
Lili
cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan
cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.
Lili
juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh
suaminya, Seman. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di
mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.
Lili
cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq
di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa.
Lili
cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak bersepakat dalam isu
pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana kekurangan nilai keagamaan.
Akhirnya, penduduk kampung menerima cadang Lili untuk membina masjid baharu.
|
Dahlia:-
Dahlia
gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah menjalankan nasib
malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk
menempuh semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang kental.
Dahlia
gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital
Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk
menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.
Kegigihan
Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap
prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia
juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan
menggelarnya perempuan murahan serta ramai kenalan lelakinya.
|
Soalan 2
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang
dipaparkan dalam
novel.
( 7 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan
|
Novel Songket
Berbenang Emas
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat
kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman,
datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.
2. Masyarakat
kampung yang masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah
penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.
3. Masyarakat
kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan
seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat
kampung yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman
merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji,
Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.
2. Masyarakat
kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh
Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
|
Masyarakat yang
saling membantu
1. Geetha
dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa
.
2. Datuk
Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah mendapatkan
rawatan menggunakan perubatan tradisional.
3.Lili dan Kak
Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh
keluarga Che Jah.
|
Masyarakat yang
saling membantu
1. Haji
Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan
masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.
2. Tauke
Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
3. Penduduk
kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah musnah dilanda
banjir.
|
Masyarakat yang
ikhlas dalam membantu orang lain.
1. Datuk Lili ikhlas membantu
Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada
segelintir penduduk kampung.
2. Lili ikhlas membantu
Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
|
Masyarakat yang
ikhlas dalam membantu orang lain
1. Tauke Lim ikhlas membantu
memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
2. Haji Sulaiman ikhlas
membantu Embong menyelesaikan masalahnya.
3. Najib ikhlas membantu
Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.
|
Masyarakat yang insaf akan
kesilapannya.
1. Haziq dan Rafik akhirnya
insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri
harta orang kampung dan menagih dadah.
|
Masyarakat yang
insaf akan kesilapannya
1. Abu Bakar insaf akan
kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.
2. Abu Bakar juga insaf
akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.
3. Nek Kiah akhirnya insaf
akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang
banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat
disayangi langsung tidak menziarahinya.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
1. Datuk bertanggungjawab
menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya di kampung.
2. Datuk bertanggungjawab
membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah
perubatan tradisional.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
1. Haji Sulaiman
bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah
isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.
2. Haji Sulaiman
bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong
semula yang musnah akibat
banjir.
|
Masyarakat yang
terlibat dalam gejala sosial
1. Anak-anak Che Jah iaitu
Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan terlibat dalam
penagihan dadah.
2. Suami Che Jah, Seman suka
bermain judi.
|
Masyarakat
remaja yang terlibat dalam gejala sosial
1. Abu Bakar, adik Dahlia
suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.
2. Abu Bakar sanggup mencuri
kambing milik bapanya sendiri.
|
Soalan 3
Dalam sesebuah novel,
terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan
nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.
(8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan
|
Novel Songket
Berbenang Emas
|
Peristiwa
mengubati pesakit
1. Datuk
Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan
tradisional melalui penggunaan herba.
2. Datuk
Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan
tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing
dan sebagainya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam
perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu
pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi.
2. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana datuk Lili bersedia membantu
sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional. Kita
juga perlu membantu orang yang memerlukan bantuan jika kita mempunyai
kepakaran dalam apa-apa bidang.
|
Peristiwa
menyelamatkan nyawa orang lain
1. Dahlia
sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana sifat berani yang ada
pada Dahlia yang sanggup menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa
orang lain ini jarang dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang
gadis, namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi
menyelamatkan nyawa orang lain.
|
Peristiwa
menyelesaikan masalah kubah surau
1. Lili ,
Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah orang-orang kampung yang kurang bersetuju dengan
pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang
sudah lama usianya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan
bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.
|
Peristiwa
keluar dari asrama demi kepentingan keluarga
1. Dahlia
sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan
adik-adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat
kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja
lagi, Dahlia selaku anak sulung tidak mementingkan dirinya sendiri dan
sanggup berkorban demi keluarganya yang dilanda musibah.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Dahlia
sanggup berkorban dan lebih mengutamakan kepentingan keluarga daripada
kepentingan dirinya sendiri yang akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama
lagi.
2.
|
Peristiwa mengenai
semangat setiakawan yang tinggi
1. Lili
telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh
penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat.
Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri
Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya
menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan semangat
setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh
Rafiq dan Haziq.
|
Peristiwa
mengenai perkara mistik
1. Pada
mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan dimasukkan ke dalam hospital.
Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang berbisa, iaitu ular mula
mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia
telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam di bawah rumah mereka.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana pelbagai perkara pelik dan malang
yang berlaku dalam keluarga Dahlia secara bertimpa-timpa seolah-olah seperti
dirancang.
|
Peristiwa anak
yang patuh akan ibunya
1. Lili
tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan
dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras
mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili
akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu
patuh akan kehendak ibunya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana sebagai seorang anak yang patuh
akan kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia
percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah.
|
Peristiwa sikap
membantu dalam diri
1. Dahlia
yang membantu anak Aton, Said yang kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya,
Dahlia ternampak Said bermandi-manda di dalam sungai di hadapan rumahnya.
Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas. Dahlia mengambil keputusan untuk terjun
ke dalam sungai dan menyelamatkan Said. Malangnya, derasan air sungai
bermaharajalela ketika itu. Said mati lemas dan niat baik Dahlia itu disalah
ertikan.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun tidak pandai berenang,
Dahlia tetap memberanikan diri terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. Dia
bagaimanapun gagal menyelamatkan Said yang telah lemas.
|
Peristiwa
memaafkan kesalahan orang
1. Lili
memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan
mereka itu tidak baik.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang
yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita
mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah
melakukan perkara yang tidak baik kepada kita.
|
Peristiwa
sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama
1. Tauke Lim
menyumbangkan barang-barang keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang
diadakan di Kampung Parit Haji Rais, walaupun dia berbangsa Cina.
2. Tauke
Lim juga sanggup memberi keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana
amat memahami penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Embong.
3. Tauke
Lim menyumbangkan sebanyak RM300 kepada Dahlia yang apabila dia berjaya
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
4. Tauke
Lim juga sanggup membayar harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana
dia tidak mahu keluarga Embong berpindah dari situ apabila tanah itu
dijualkan kepada orang lain kerana dia amat memahami penderitaan hidup
keluarga Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama
kita mestilah bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada
sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
|
Peristiwa
menghargai pemberian orang lain
1. Nenek
Lili berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini
diberikan oleh pesakit datuk iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat
menghargai pemberian orang lain,oleh sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya
sehingga berjaya menemukannya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai
apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan
yang baik sesama kita.
|
Peristiwa
menghargai pemberian orang lain
1. Dahlia
amat menghargai kain songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan
oleh Azhari. Simbolik daripada hadiah Azhari,Dahlia berjanji akan
menjaga jati dirinya walaupun di mana-mana jua dia berada.
2. Dahlia
juga menghargai gelang pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian
itu merupakan satu anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan
adik-adiknya sebagai cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli
tentang keluarga Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai
apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan
yang baik sesama kita.
|
Soalan 4
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang watak
sampingan yang terdapat dalam novel
tersebut.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Datuk( Haji
Abdul Rahman)
1. Seorang
yang kuat bekerja
Sebagai contoh,
tangan datuk macam besi berkarat, uratnya biru dan tertonjol.
2. Seorang
yang pakar tentang perubatan tradisional akar –akar kayu dan pengamal
perubatan tradisionalSebagai contoh, datuk merawat Puan Letchumi dan Kak
Mimah dengan menggunakan herba.
3. Seorang
yang menghargai pemberian orang lain.
Sebagai contoh,
datuk risau apabila bekas kemenyan pemberian Puan Letchumi dan tasbih hilang
4. Seorang
yang kuat beribadat
Sebagai contoh,
datuk tidak pernah meninggalkan solat dan pandai dalam hal-hal
keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan agama.
5. Seorang
yang sangat menghargai nilai sejarah
Sebagai
contohnya, datuk menceritakan kehebatan rumah-rumah di Kampung Sentosa
yang jendelanya menghadap jalan.
|
Embong
1. Seorang
ketua keluarga yang bertanggungjawab
Sebagai contoh,
Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan
bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
2. Seorang
yang penyayang
Sebagai contoh,
Embong sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.Beliau sanggup melakukan dua
kerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
3. Seorang
yang percaya akan kehendak takdir
Sebagai contoh,
Embong percaya akan kehendak takdir isterinya,Saleha menjadi kurang siuman
kerana ketentuan Allah SWT.
4. Seorang
yang penyabar
Sebagai
contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup
miskin.
5. Seorang
yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya
Sebagai
contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal
adik-adik Dahlia
6. Seorang
yang berani
Sebagai
contohnya, Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
|
Geetha
1. Seorang yang peramah
Sebagai contohnya, Geetha
bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili sewaktu berada di dalam bas.
2. Seorang yang berani
Sebagai contohnya, Geetha berani
mengajak Lili mendaki bukit untuk melihat matahari terbenam.
3. Seorang yang bijaksana
Sebagai contohnya, Geetha bijak
dalam menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.
|
Azhari
1. Seorang yang
berpendidikan tinggi
Sebagai contohnya,
Azhari baru mendapat segulung ijazah
2. Seorang yang suka
memberikan nasihat
Sebagai contohnya, Azhari sentiasa
menasihati Dahlia agar belajar dengan bersungguh-sungguh.
3. Seorang yang pandai
memujuk
Sebagai contohnya, Azhari
pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.
|
Soalan 5
Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan
dengan persoalan keberanian dalam menghadapi
masalah.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Persoalan
keberanian dalam menghadapi masalah
1. Peristiwa Lili, Danel, dan
Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk
di Kampung Sentosa.
2.Peristiwa Danel berani
menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
|
Persoalan keberanian dalam
menghadapi masalah
1. Peristiwa Dahlia berani
menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai berhampiran rumah Dahlia.
2. Peristiwa Embong berani
membunuh ular sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji Kadir.
|
Soalan 6
Huraikan dua nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Dua nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili
dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti di kampung
2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap
perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan
alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William
Ng dan Mak cik Lechutmi
3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama
penduduk kampung bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung
mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya.
Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah.
4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik
dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun
mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat
latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.
- Penduduk kampung prihatin
terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti
haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha
menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan
kurang sesuai.
5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas
solat berjemaah dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.
6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah
nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.
- Datuk menggunakan kepakarannya
dalam bidang perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai
masalah kesihatan. Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif
untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili
yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.
8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di
rumah datuk untuk bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik
oleh Haziq dan Rafiq.
9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan perubatan
tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk
mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.
10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah
suaminya Seman yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
|
Dua nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat
menyayangi anak-anak mereka walaupun kehidupan mereka miskin .
- Dahlia sanggup curi-curi keluar
dari asrama dan terus ke Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang
dirawat kerana masalah mental.
2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab
memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna walaupun hidup
dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah
pendapatan keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di
hospital.
3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji
pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak
selesa.
4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak menguruskan
masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup
dalam kemiskinan .
5. Nilai keberanian
- Dahlia berani terjun ke dalam
sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas
.
6. Nilai semangat setia kawan
- Kavita dan Najib berkunjung ke
rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita
juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran untuk Dahlia.
7. Nilai bersimpati
- Tauke Lim bersimpati terhadap
keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,masalah
kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya yang terlibat dengan gejala
sosial.
8. Nilai keprihatinan
- Dahlia yang bimbang akan keadaan
Nek Kiah yang tidak kelihatan selama beberapa hari terus pergi ke rumah
neneknya untuk memastikan keadaan neneknya selamat.
9. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama
membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.
10. Nilai ketabahan
- Dahlia tabah menghadapi pelbagai
masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan
adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya
sebagai seorang pelajar.
|
Soalan 7
Jelaskan satu bukti kepincangan
masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda
pelajari.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq
suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.
2. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai contohnya, Seman,suami Che
Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai
seorang ketua keluarga.
3. Kepincangan masyarakat
yang bercanggah pendapat
Sebagai contohnya, penduduk
kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di
surau ataupun membina masjid yang baru.
4. Kepincangan masyarakat
yang tidak bertanggungjawab
Sebagai contohnya, suami Cik Jah
iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga
melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
5. Kepincangan masyarakat
yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq
sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana
suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia
biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.
|
1. Kepincangan masyarakat
yang berprasangka buruk terhadap orang lain
Sebagai contohnya, Aton dan
Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka
menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka
menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk
tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
2. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya,Abu Bakar suka
berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik
bapanya sendiri.
3. Kepincangan masyarakat
yang suka menghina
Sebagai contohnya, Mak Aton yang
suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton
juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah
ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
4. Kepincangan masyarakat
yang mempunyai hasad dengki
Sebagai contohnya, Dahlia, Abu
Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur
itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang
dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang
dengki akan mereka.
5.Kepincangan masyarakat yang
memandang serong tentang kemiskinan orang lain
Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak
suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan
sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.
6. Kepincangan masyarakat
yang tidak mahu menerima ketentuan takdir
Sebagai contohnya, Aton telah
menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia
sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.
|
Soalan 8
Huraikan
dua bukti ketabahan
watak utama dalam
sebuah novel yang telah anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Ketabahan menghadapi kerenah orang
tua
1. Watak utama, Lili
tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.
2. Watak utama, Lili
tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela
menghadap jalan.
Ketabahan menghadapi cabaran
ketika diculik
1. Watak utama,
Lili tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
|
Ketabahan menghadapi kerenah
ibu dan orang sekeliling
1. Watak utama, Dahlia
tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap
tekanan perasaan.
2. Watak utama, Dahlia
tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari
menghantarnya pulang ke rumah.
Ketabahan dalam menuntut ilmu
1. Watak utama, Dahlia
tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya semasa kampung mereka
dilanda banjir.
|
Soalan
9
Pengarang
mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh
pembaca.Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari,
jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Satu
peristiwa yang dapat dijadikan teladan
1. Peristiwa
membantu mengubati pesakit
- Datuk Lili menyembuhkan penyakit
Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui
penggunaan herba.
- Datuk Lili merawat Kak
Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba
seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.
Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani
kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap
penyakit dengan perubatan tradisional.
|
Satu
peristiwa yang dapat dijadikan teladan
1. Peristiwa
sanggup membantu orang lain
- Tauke
Lim sanggup membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia walaupun berlainan
bangsa.
- Penduduk
kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Alasan
Peristiwa ini
dapat diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa sahaja yang memerlukan
bantuan.
2. Peristiwa
penduduk kampung bekerjasama untuk membantu orang lain
- Penduduk
kampung bekerjasama membina rumah Embong yang musnah semasa dilanda banjir.
Alasan
Peristiwa ini
dapat diteladani kerana kita mestilah bekerjasama untuk meringankan beban
yang dihadapi oleh orang lain.
|
Soalan 10
Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel
tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kuala Lumpur – Tempat tinggal
Lili dan keluarganya
2. Stesen bas- Lili menaiki
bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu
3. Perhentian bas Pekan
Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti sebelum ke Kampung
Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili
4. Pekan Sejahtera, Dungun,
Terengganu - Tempat tinggal Geetha
5. Surau- tempat orang
kampung berkumpul
6. Bangsal di tepi sawah –
Lili menunggu neneknya yang bekerja di sawah padi
7. Hutan- tempat datuk
mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar kayu
8. Jeti nelayan- tempat Lili,
Geetha dan Danel menyaksikan matahari terbit
|
1. Padang bola jaring –Dahlia
berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
2. Kantin – Tempat Azhari
menunggu Dahlia
3. SMK Tun Ismail – lima
kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar
sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima
4. Sekolah Menengah
Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia
tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik Kerjaya- Dahlia
bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah
Dahlia daripada Kavita.
6. Kebun getah- 20 meter dari
rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah
7. Kampung Parit Haji Rais –
Tempat tinggal Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati,
Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad
6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal.
9. Hospital Batu Pahat (Wad
4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
10. Hospital Permai, Johor
Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja
sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai –kira-kira 45
meter dari rumah Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai
ini.
12. Kebun kelapa sawit di
Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di sinilah
Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa
sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah Kebangsaan
Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini
14. Rumah Aton kira-kira 150
meter dari rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan
Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai raya Kampung Parit
Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan
Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa
banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
|
Soalan 11
Huraikan satu peristiwa
peleraian cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut
dalam dua buah novel yang anda pelajari
.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan novel yang telah saya
kaji iaitu novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya berpendapat
bahawa wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa menyelesaikan
isu berkaitan kubah surau.Lili, Danel dan Geetha berjaya menyelesaikan isu
berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Isu
kubah surau ini telah menyebabkan generasi muda dan generasi tua tidak
sependapat. Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana di
kampung itu harmoni semula.
Selain itu, peristiwa saling
berhubungan antara satu sama lain. Sebagai contohnya hubungan Lili, Geetha dan
Danel semakin erat , mereka saling berhubungan antara satu sama lain melalui
e-mel dan telefon.
Seterusnya, peristiwa
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga. Sebagai contohnya, Kak Mimah
telah berjaya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah yang selalu didera oleh
suaminya, Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan
menduduki peperiksaan PMR.
Peristiwa ingin tahu tentang
sejarah kampung. Sebagai contohnya,Lili tidak sabar untuk kembali ke kampung
datuk dan neneknya semula kerana dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang
sejarah jendela menghadap jalan.
|
Berdasarkan novel yang telah saya
kaji iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya
berpendapat bahawa adalah wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa
berjaya melanjutkan pelajaran.Sebagai contohnya, Dahlia telah berjaya
melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Hal ini berlaku demikian kerana,
Dahlia telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan STPM walaupun dia telah menghadapi pelbagai
cubaan dan dugaan dalam hidupnya.Sebagai contohnya, dia terpaksa keluar dari
asrama atas sebab emaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi
kemurungan/ tekanan perasaan sehingga kurang siuman.
Selain itu, novel ini wajar berakhir
sedemikian melalui peristiwa pertunangan. Sebagai contohnya,watak utamanya
Dahlia bertunang dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari merupakan
seorang pemuda yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat akan hal
Dahlia dan keluarganya.Oleh hal yang demikian,memang wajar Dahlia mengikat
tali pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua
belah pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam
kemiskinan.
Seterusnya, peristiwa pemberian
hadiah kepada seseorang yang istimewa. Sebagai contohnya ,hadiah kain songket
berbenang emas yang diberikan oleh Azhari memang sesuai kerana songket ini
melambangkan jati diri orang Melayu. Dahlia mesti berpegang kepada janjinya
dengan Azhari. Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana pun dia
berada kerana dia telah menjadi tunangan orang dan akan berkahwin dengan
Azhari selepas tamat pengajiannya nanti.
|
Soalan 12
Huraikan dua pengajaran yang
terdapat dalam novel yang telah anda
kaji.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Dua pengajaran
1. Kita mestilah prihatin
terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Lili prihatin
akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman.
2. Kita mestilah
bantu-membantu dalam
kehidupan.
Sebagai contohnya, Lili, Danel dan
Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh
penduduk Kampung Sentosa.
3. Kita mestilah berani
menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya,
Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik.
4. Kita mestilah saling
menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, datuk dan nenek
amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti
persekolahannya.
|
Dua pengajaran
1. Kita mestilah prihatin
terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Tauke Lim dan
Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan
masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan.
2. Kita mestilah bantu-membantu
dalam kehidupan.
Sebagai contohnya,Penduduk Kampung
Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda
banjir.
3. Kita mestilah berani
menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya,
Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di sungai berdekatan
dengan rumahnya.
4. Kita mestilah saling
menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, Dahlia amat
menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik,Melati,dan Kiambang. Dia sanggup
keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke
hospital.
|
Soalan 13
Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan konflik
dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel
tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa isu kubah
surau
Konflik untuk meletakkan kubah
surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan dibina.
Cara
penyelesaian
Lili, Danel dan Geetha akan
mengadakan perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan
kepentingan membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
|
1. Peristiwa berprasangka
buruk tentang orang lain
Konflik antara Nek Kiah dengan
Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat
Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.
Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan diri
semasa ditegur oleh Nek Kiah.
|
2. Peristiwa keganasan rumah
tangga
Konflik rumah tangga antara Che
Jah dengan suaminya,Seman.
Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan Kak
Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
2. Peristiwa sewaktu di
asrama SMK Temenggung Ibrahim
Konflik antara Dahlia dengan Cikgu
Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar dari asrama
dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.
|
Soalan 15
Huraikan dua keistimewaan
watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri
pembaca
(7markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Keistimewaan watak utama (Lili)
1. Seorang yang penyayang
Lili memenuhi permintaan ibunya
agar menghabiskan cuti persekolahan di kampung neneknya untuk membuktikan dia
menyayangi ibunya.
2. Seorang yang gigih
menuntut ilmu.
Lili gigih mempelajari bahasa Cina
sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut dengan baik.
3. Seorang yang bijaksana
menyelesaikan masalah.
Lili bijak menangani kes keganasan
rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan
anak-anak dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah,
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
|
Keistimewaan
watak utama (Dahlia)
1. Seorang yang
bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya
Dahlia bertanggungjawab menjaga
makan minum abah dan adik-adiknya
setelah emaknya dirawat di
hospital.
2. Seorang yang menghormati tetamu
yang bertandang ke rumahnya
Dahlia melayan neneknya degan baik
dan menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya.
Dahlia juga menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang
ke rumahnya.
3. Seorang yang
tabah mengharungi dugaan hidup
Dahlia tabah mengharungi kehidupannya
walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah
dipatuk ular.
|
Soalan 14
Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang
terdapat dalam novel tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Nilai tanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Contohnya, Datuk Lili, sebagai
pengamal perubatan tradisional bertanggungjawab dalam membantu pesakit yang
datang berubat dengannya berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.
|
1. Nilai tanggungjawab
terhadap keluarga.
Contohnya, Embong bertanggungjawab
menyara kehidupan keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa
sawit.
|
2. Nilai tanggungjawab
mendapatkan rawatan untuk ibu bapa.
Contohnya, Danel dan adik-beradiknya
ingin mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk bapanya.
|
2. Nilai tanggungjawab
seorang guru terhadap pelajar.
Contohnya, Cikgu Hisyam
bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai guru kelas Dahlia dengan sentiasa
mengambil tahu perkembangan pelajaran dan permasalahan anak-anak muridnya
termasuk Dahlia.
|
3. Nilai tanggungjawab sebagai
ketua kampung.
Contohnya, ketua kampung
bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan
pondok tempat Rafiq dan Haziq bersembunyi.
|
3. Nilai tanggungjawab
seorang kakak terhadap adik-adiknya.
Contohnya, Dahlia bertanggungjawab
menjaga adik-adiknya sewaktu ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula
dirawat di Hospital Bahagia.
|
4. Nilai tanggungjawab
membantu orang yang dalam kesusahan.
Contohnya, Lili bertanggungjawab
dalam membantu menyelesaikan masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan
rumah tangga dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku
penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
|
5. Nilai tanggungjawab sesama
rakan.
Contohnya, Kavita bertanggungjawab
untuk membantu Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan
menyalinkan nota untuk diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di
sekolah.
|
Soalan 16
Dalam novel yang
dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan. Berdasarkan
novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan
tersebut.
( 7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah
tangga Che Jah.
Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah
dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
|
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Contoh : Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa
mengharungi pelbagai kesusahan seperti kemiskinan hidup keluarga dan masalah
keluarga.
|
2. Peristiwa kejayaan Danel menyiapkan artikel 'Segalanya
Tentang Pisang’.
Contoh : Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas artikel tentang pisang
dalam sebuah buku.
|
2. Peristiwa kejayaan keluarga Dahlia menginsafkan Nek Kiah.
Contoh: Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia akhirnya insaf
selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit.
|
3. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran.
Contoh: Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan bantuan datuk Lili.
Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
|
3. Peristiwa kejayaan masyarakat kampung bermuafakat dan
bekerjasama semasa banjir besar melanda.
Contoh : Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama
membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita
bergotong-royong menyediakan makanan.
|
4. Peristiwa kejayaan Lili dan Danel menyelesaikan isu kubah.
Contoh: Lili dan Danel berasa amat gembira kerana akhirnya mereka berjaya
menyelesaikan isu kubah dengan mencadangkan kubah itu diletakkan di masjid
baharu yang bakal dibina.
|
4. Peristiwa kejayaan hubungan Dahlia dengan Azhari.
Contoh: Dahlia dan Azhari akhirnya bertunang walaupun menempuh pelbagai
dugaan dalam perhubungan mereka.
|
Soalan 17
Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kegigihan watak
utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
(8 markah
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kegigihan menyelesaikan konflik
kekeluargaan
Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus
menjadi mangsa keganasan Seman.
|
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu
Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan
menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang dipatuk
ular.
|
2. Kegigihan menangani isu kubah
Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha memberikan cadangan untuk
menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik penduduk kampung.
|
2.Kegigihan menguruskan rumah tangga/keluarga
Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya
terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di
hospital.
|
3. Kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan
Contoh : Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab
kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap
jalan.
|
3. Kegigihan menyelamatkan mangsa lemas
Contoh : Dahlia gigih berusaha menyelamatkan Said anak Aton yang lemas di
sungai.
|
Soalan 18
Berdasarkan sebuah novel
yang anda kaji, huraikan dua persoalan yang
dipaparkan dalam novel
tersebut.
(7
markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Persoalan masalah
kepincangan rumah tangga
Contoh: Che Jah dengan
suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.
2. Persoalan keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina
kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak
peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi
bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3. Persoalan persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili
dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.
4. Persoalan perpaduan
antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi
baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat
Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah
hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah
bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.
5. Persoalan menuntut ilmu
pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang
mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu
Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
6. Persoalan golongan muda
yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang
terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang
dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang
dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan.
Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan
dadah.
7. Persoalan hubungan
kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat
untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang
cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah
dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili
juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya,
menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan hubungan
manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia
dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba
yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh
dijadikan ubat-ubatan.
9. Persoalan suka fitnah
memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang
suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam
masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh
beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak
Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan
keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada
kepastiannya.
|
1. Persoalan kejayaan
hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap mengutamakan
pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti
Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah
ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2. Persoalan kemiskinan
dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari
ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan
untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin
dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan
harian.
3. Persoalan berani
bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya mengalahkan
ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
4. Persoalan keinsafan
selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek Kiah akhirnya
insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya
ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu
berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing
ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya
sendiri.
5. Persoalan
bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita membantu
Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota
pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib
cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah
beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan
keluarganya.
6. Persoalan kepentingan
ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong amat
mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya
agar belajar bersungguh-sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat
mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.
7. Persoalan
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji Sulaiman telah
menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman
banyak membantukeluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan
mereka. Haji Sulaiman
mencadangkan agar Saleha dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
8. Persoalan pengamalan
ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan dua biji
telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan
dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa
masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
9. Persoalan semangat
kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke Lim banyak
membantu keluarga Embong yang sering menghadapi
masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong
berhutang di kedainya. Tauke Lim juga
menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke
Jepun.
10. Persoalan pengekalan identiti
bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari menghadiahkan
sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda
kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati
asal-usulnya sebagai orang Melayu.
|
Soalan 19
Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang mengandungi unsur
saspens yang terdapat dalam setiap novel
tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kehilangan
kubah surau
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung
menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah
tersebut.
|
1. Peristiwa Dahlia terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia
selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai
|
.2. Peristiwa penculikan
Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik
oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya
menyelamatkan Lili.
|
2. Peristiwa Embong
membawa bangkai ular sawa balik ke rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular
sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu untuk
membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya
kepada Dahlia.
|
3. Peristiwa Lili diminta
untuk pulang ke kampung oleh ibunya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang
ke kampung datuknya seorang diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan
datuk dan neneknya serta belajar hidup berdikari.
|
3. Peristiwa pertemuan
Najib dan Azhari di rumah Dahlia
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari
apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan
pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.
|
4. Peristiwa kehilangan datuk
Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk pada malam tersebut.
Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.
|
4. Peristiwa Bakar
menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin
arked dan paku yang tertanam di bawah rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan
tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.
|
5. Peristiwa datuk
bercerita tentang jendela menghadap jalan
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sebab jendela dibina menghadap jalan.
Rupa-rupanya jendela menghadap jalan merupakan satu strategi masyarakat
Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan tentera Jepun.
|
5. Peristiwa hujan lebat
telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah Embong untuk
membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Embong
sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong. Sebenarnya bot
penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
|
6. Peristiwa Che Jah tidak
mesra ketika kunjungan Lili ke rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili.
Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan membuat laporan polis atas salah laku
anak-anaknya.
|
6. Peristiwa keluarga
Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan mereka
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut. Punca sebenarnya
ialah kereta mereka rosak.
7. Peristiwa Kiambang
hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak.
Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia memegang dan
menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.
|
Cadangan jawapan soalan 4 (a)
Pilih salah satu novel sebagai jawapan:-
Bahagian permulaan memainkan
peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaannya.
Berdasarkan sesebuah
novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu
menarik minat anda.
( SOALAN NEGERI KELANTAN)
NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHANI MATDARIN
|
NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
|
Berdasarkan
novel yang saya kaji di tingkatan empat iaitu Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin terdapat dua sebab mengapakah pengenalan atau permulaan
cerita novel ini menarik minat saya.
Pertama, Lili ingin bercuti ke kampung datuk dan neneknya atas cadangan
ibunya, tetapi sebenarnya dia tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung
dan dia berpura demi menjaga hati ibunya. Sebenarnya, dia ingin menghabiskan
cuti bersama rakan-rakannya.
Kedua, kampung datuknya jauh dari pembangunan dan tidak seperti di bandar,
dan Lili tidak begitu mengetahui keadaan sebenar kampung datuk dan neneknya.
Tambahan pula bagi Lili tidak ada kenangan manis selama ini dikecapinya di
kampung datuk dan neneknya.
Ketiga, Lili sudah biasa dengan kehidupan selesa di bandar atau di rumah ibu
bapanya. Apakah suasana di kampung mengembirakannya
Kesimpulannya
permulaan cerita Novel Jendela Menghadap Jalan menarik minat saya untuk
membaca dan mengetahui cerita selanjutnya berlaku kepada Lili di sana.
Gembirakah Lili atau sebaliknya sepanjang cuti di kampung datuk dan neneknya.
|
Berdasarkan
novel yang saya kaji di tingkatan lima, Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip terdapat dua sebab mengapakah
pengenalan atau permulaan cerita cerita novel ini menarik minat saya.
Pertama, Dahlia sedang bermain bola jaring di sekolah
bersama-sama rakan-rakan dan pada ketika itu dia teringatkan ibunya, Saleha
yang kebelakangan ini sering bercakap seorang diri. Kenapa dengan ibu Dahlia?
Kedua Azahari, datang berjumpa beliau dan menyatakan keluarganya akan
berjumpa dengan keluarga Dahlia untuk menentukan hubungan mereka selanjutnya.
Sekali lagi pengenalan cerita ini menarik minat saya untuk membaca apakah
kesudahan hubungan Dahlia dan Azhari. Adakah mereka akan menjadi pasangan
suami isteri?
Ketiga, Dahlia seorang pelajar yang cerdik dan dihormati kawan-kawan. Beliau
bakal mengambil peperiksaan STPM. Adakah Dahlia berjaya dalam peperiksaannya
dan adakah beliau akan melanjutkan pelajarannya selepas peperiksaan STPM.
Kesimpulannya permulaan cerita Songket Berbenang Emas menarik minat saya
untuk membaca dan mengetahui cerita selanjutnya berlaku kepada Dahlia dan
juga ibunya.
|
3 ulasan:
Terbaik! Thanks a lot💖
Terima kasih, membantu sangat 👌😍
Thanks alot for this website❤Useful one❤💙
Catat Ulasan