Soalan 1 : Rumusan ( Soalan Percubaan
Melaka 2016 )
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menderma darah dan langkah-langkah menggalakkan orang ramai menderma darah. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Derma darah amalan mulia yang bukan hanya
dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi paling penting turut membantu
menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini kurang mendapat
sambutan terutama daripada golongan muda. Menyedari kepentingan amalan itu,
Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menderma darah
bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa mencukupi. Antara langkah
tersebut ialah tarikh 14 Jun diisyitiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia.
Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih kurang mendapat sambutan dan
tidak memenuhi jumlah keperluan darah yang diperlukan. Hal ini disebabkan
kurangnya kesedaran mengenai kepentingan menderma darah, selain kurang maklumat
dan pendedahan mengenai menderma darah. Malah, sambutan Hari Derma Darah
Sedunia tidak diuar-uarkan untuk disambut sebagai menyedarkan masyarakat
mengenai kepentingan menderma darah. Melalui amalan derma darah, bukan sahaja
penerima darah menerima kelebihan bahkan terbukti bahawa penderma juga dapat
kelebihan dengan menderma darah.
Antara kelebihan menderma darah ialah
penderma dapat melahirkan satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila
berjaya menolong doktor menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, derma darah
secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanser termasuk kanser
hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Amalan derma darah juga dapat
mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan dapat menghindarkan
risiko sakit jantung. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, seseorang
penderma akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan percuma. Secara tidak
langsung, hal ini dapat membantu mereka mengdiagnosis sebarang penyakit pada
peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk. Bersama-sama dengan
pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima dan mengetahui analisis
darah serta jenis darah secara percuma. Kalau sendiri pergi ke klinik atau
hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena
bayar.
Setiap kali seseorang menderma darah,
sebanyak 640 Kcal akan hilang. Hal ini boleh membantu seseorang dalam proses
untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, perasaan gembira mendapat pek
percuma seperti makanan, minuman, t-shirt dan sijil, amat baik untuk sistem imun
di dalam badan. Derma darah juga membolehkan penderma untuk mengisi semula
bekalan darah, membantu badan penderma berfungsi dengan lebih cekap dan dapat
bekerja secara produktif. Oleh itu, usaha orang ramai untuk menderma darah
amatlah dihargai. Namun anda layak untuk menderma darah sekiranya anda seorang
penderma yang berisiko rendah iaitu tidak memudaratkan diri sendiri dan darah
yang anda derma itu tidak tercemar dengan virus penyakit-penyakit yang boleh
berjangkit menerusi pemindahan darah.
Tuntasnya, menderma
darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai
sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam diri setiap
individu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Malah setiap orang haruslah
mengganggap bahawa menderma darah adalah satu tanggungjawab diri dan
mendermanya tanpa diundang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda’
The Borneopost.com, 2015)
ISI TERSURAT DITANDAKAN DENGAN WARNA KUNING.
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata secara
konsisten. [2
markah]
(ii)
Pengarang mengemukakan beberapa punca Kempen Derma Darah tidak mendapat
sambutan masyarakat.
Nyatakan
punca-punca tersebut. [3 markah]
(iii)
Masyarakat kita terutamanya golongan muda kurang berminat untuk menderma darah.
Pada
pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh media massa
untuk menggalakkan masyarakat kita terutama golongan muda menderma darah?
[4 markah]
PANDUAN MERUMUS TEKS:-
1. Kemahiran memulakan pengenalan:-
Di
bawah disenaraikan frasa yang boleh digunakan untuk memulakan pengenalan
rumusan:-
1. Petikan memperkatakan......
2. Petikan menyentuh... 3. Petikan berkaitan... 4. Petikan membincangkan... 5. Petikan mengenai... |
6. Rumusan menerangkan..
7. Rumusan menghuraikan.. 8. Rumusan menjelaskan 9. Rumusan membicarakan.... |
** Murid perlu membezakan binaan ayat pengenalan rumusan sekiranya kata awalan
digunakan:-
1. Petikan.
2. Rumusan
digunakan:-
1. Petikan.
2. Rumusan
Sila rujuk coretan sebelumnya.
2. KEMAHIRAN
MEMBINA PERENGGAN PENGENALAN RUMUSAN
*PELAJAR
PERLU TAHU ISTILAH KATA KUNCI PERTAMA DAN MENGUBAH ISTILAH BERKENAAN:-
BIL
|
ISTILAH
|
ISTILAH SAMA ERTI
|
1
|
Sebab-sebab
|
punca-punca, faktor-faktor, potensi
|
2
|
Langkah-langkah
|
usaha-usaha, cara-cara, tindakan-tindakan,
cadangan-cadangan, teknik, modus operandi, inisiatif, pendekatan, strategi,
mekanisme
|
3
|
Masalah
|
kekangan, penghalang, karenah, batasan, kerumitan, kesulitan
|
4
|
Faedah-faedah
|
keperluan,
kepentingan, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat, kelebihan,
kemaslahatan, afdal, kepentingan, keistimewaan.
|
5
|
Kesan-kesan
|
akibat, keburukan, impak, implikasi, natijah
|
6
|
Ciri-ciri
|
sifat-sifat, kriteria, fungsi
|
7
|
Cadangan
|
usul,
pendapat, pandangan,
|
8
|
Peranan
|
fungsi,
tanggungjawab, tugas, kewajipan
|
9
|
Tujuan
|
matlamat, objektif
|
10
|
Panduan
|
pedoman, petunjuk
|
i) Kemahiran membina perenggan pengenalan
rumusan.
Isi bahagian frasa pemulaan , perubahan
istilah dan penambahan frasa berdasarkan teks di
atas.
Frasa permulaan
|
Fokus
Pertama Dengan Mengubah Istilah/ Kata
|
Kata
hubung/
Kata
sendi
|
Fokus
kedua
|
Petikan teks membincangkan
|
( 1 markah )
……………. menderma darah
|
di/ dalam
|
( 1 markah )
di negara kita / di
Malaysia/
|
Petikan teks memperkatakan
|
( 1 markah )
…………….menderma darah
|
dan
|
( 1 markah )
……………………….. menggalakkan
orang ramai menderma.
|
iv) Kemahiran menulis perenggan penutup.
Cuba isi jadual binaan perenggan penutup
rumusan di bawah berdasarkan teks di atas.
Kata Kesimpulan
|
Frasa Cadangan/ Pihak terlibat
|
Kata
hubung
|
Frasa harapan
|
Konklusinya
|
agar
/ supaya
|
Peringatan, binaan perenggan penutup rumusan perlu dalam satu ayat, justeru, binaan perenggan penutup perlu dalam format sedemikian, Kata kesimpulan + frasa cadangan (selitkan pihak terlibat) + kata hubung ( agar/supaya) + frasa harapan). Elakkan daripada menulis dua ayat pada ayat penutup rumusan.
Contoh : Konklusinya, Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menyedarkan masyarakat kepentingan menderma darah agar bilangan kematian dalam kalangan pesakit dapat dikurangkan.
CADANGAN ISI TERSIRAT:-
1. Kementerian Kesihatan Malaysia boleh melaksanakan kempen mendema darah.
2. Media massa sama ada bercetak atau elektronik boleh menyiarkan rencana berkaitan kebaikan
menderma darah ke dalam media mereka.
3. Syarikat swasta boleh memberi saguhati kepada penderma darah untuk menggalakkan mereka menderma darah.
4. Ibu bapa perlu menggalakkan ahli keluarga menderma darah.
5. Persatuan Belia perlu sentiasa menyedarkan ahli-ahli mereka untuk menderma darah.
SEMOGA ANDA DAPAT MENGHASILKAN
RUMUSAN YANG BAIK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan