Puisi Tradisional
(Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )
MAKSUD
RANGKAP
|
MAKSUD
|
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
|
Mata haruslah
diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang
oleh tuhan
|
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
|
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan
kejian.
|
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
|
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak
manfaatnya
|
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
|
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang
bukan hak kita.
|
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
|
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan
yang dilarang.
|
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
|
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh
semangat.
|
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
|
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke
tempat-tempat yang maksiat.
|
TEMA
Nasihat memelihara anggota diri.
Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri
dan berbudi pekerti.
PERSOALAN
1.
Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan
2.
Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
3.
Persoalan pentingnya memelihara
pendengaran
4.
Persoalan semangat penting dalam kehidupan
BENTUK
1.
Mempunyai 7 rangkap.
2.
Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita
3.
Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan
4.
Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
5.
Rima akhir aa
Contohnya : Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah
GAYA BAHASA
1.
Kata ganda – cita-cita
2.
Asonansi – pengulangan vokal a
Apabila terpelihara mata,(
rangkap 1 baris 1)
3.
Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g
Bersungguh-sungguh engkau
memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)
NILAI
i Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan
dalam menuturkan kata-kata.
ii.
Nilai kesederhanaan, Contohnya
kesederhanaan ketika menghadap rezeki
iii.
Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara
mata melihat perkara negatif.
PENGAJARAN
i.
Kita hendaklah memelihara mata dengan
bijaksana.
ii.
Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika
makan agar tidak mendatangkan kemudaratan..
iii.
Kita perlulah menjaga tutur kata supaya
disenangi masyarakat.
iv.
Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk
mencapai kejayaan dalam kehidupan.
SOALAN LATIHAN
Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
i ) Berikan maksud rangkap keenam:-
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
ii) Pada pendapat anda, apakah empat perbuatan buruk yang akan berlaku sekiranya seseorang
itu berada dalam keadaan kekenyangan?
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas?
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
Cadangan jawapan Gurindam Dua
Belas Fasal Ketiga
Soalan pertama:-
Rangkap
keenam bermaksud kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan
penuh semangat.
Soalan
kedua:-
Pada pendapat saya, perbuatan buruk yang akan
berlaku sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan kekenyangan boleh
menyebabkan individu tersebut mudah menghadapi obesiti, dan diabetis. Bahkan
juga, orang yang kekenyangan akan cepat mengantuk dan ini akan mengakibat kerja
mereka tidak akan selesai.
Soalan ketiga:-
Dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam Dua Belas Fasal
Ketiga ialah kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana kerana
sekiranya kita silap menggunakan mata kita akan berdosa seperti melihat perkara
maksiat. Selain itu, kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar
tidak mendatangkan kemudaratan seperti mudah mengidap penyakit diabetis dan
obesiti. Kita juga perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat
dengan mengelak daripada mencerca orang lain tetapi melebihkan sifat bersabar.
SELAMAT MELAKSANAKAN PEMBENTANGAN, PERBINCANGAN DAN LATIHAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan