PANDUAN
MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG. DIHARAPKAN PELAJAR KELAS 5 SAINS, 4K1 DAN 4K2 FAHAM PROSES MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG.
Petikan Rumusan Peperiksaan SPM 2018
Peringatan: Soalan 1 iaitu Kemahiran Merumus, Kertas Bahasa Melayu
2 (1103/2) memperuntukkan 30 markah. Oleh sebab, soalan ini memperuntukkan
markah paling banyak berbanding soalan-soalan kertas Bahasa Melayu 2, pelajar
diharapkan dapat menguasai kemahiran merumus dengan baik. Sebagai panduan untuk
menghasilkan rumusan terbaik, pelajar akan didedahkan proses untuk membina
rumusan berkenaan
A.
Proses pertama sebelum merumus teks.
1. Baca arahan dan kesan kata kunci isi tersurat dan kata kunci isi
tersirat.
tersirat.
2.
Baca petikan rumusan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali dan
paling penting baca petikan berkenaan sehingga anda faham.
3. Semasa membaca petikan, anda boleh mula menggaris isi tersurat sekiranya isi berkenaan
anda kesan berdasarkan kata kunci isi tersurat. ( Rujuk proses mengesan
isi tersurat di bahagian C, proses menggaris isi tersurat di bawah)
B.
Proses membina perenggan pengenalan rumusan.
1. Fikirkan satu kaedah untuk menulis perenggan rumusan sama ada memulakan
perenggan pengenalan dengan istilah atau kata petikan atau rumusan.
2. Kemudian kesan semula kata kunci isi tersurat dan kata kunci isi
tersurat untuk persiapan menulis perenggan pengenalan rumusan anda.
3.
Mulalah menulis perenggan pengenalan berkenaan.
a) Contoh membina perenggan
pengenalan rumusan dengan penggunaan kata petikan.
Petikan
membincangkan ( ubah kata kunci isi tersurat ) + ( situasi petikan
dibincangkan)
Petikan
membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.
b) Contoh membina perenggan
pengenalan dengan penggunaan kata rumusan.
Petikan
membincangkan ( ubah kata kunci isi tersurat ) + ( kata hubung ) +
(salin kata kunci isi tersurat serta frasa sepenuhnya tanpa mengubah
istilah dan frasa )
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.
C) Proses mengesan isi tersurat dalam
petikan dan membina perenggan isi tersurat. Kebiasaannya dalam petikan terdapat
9 isi tersurat dan paling banyak dalam petikan kedua dan ketiga. Namun, baca
semua perenggan teks kerana ada kala isi tersirat juga terdapat pada perenggan pertama
dan akhir.
a) Garis isi-isi tersurat dalam petikan, jangan salin kerana menyalin isi semula akan membuang masa anda untuk menjawab soalan-soalan lain yang terdapat pada kertas Bahasa Melayu 2. Kebiasaannya dalam petikan rumusan terdapat 9 isi tersurat. Berdasarkan petikan soalan 1, soalan rumusan SPM 2017, isi-isi berkenaan seperti di bawah:
a) Garis isi-isi tersurat dalam petikan, jangan salin kerana menyalin isi semula akan membuang masa anda untuk menjawab soalan-soalan lain yang terdapat pada kertas Bahasa Melayu 2. Kebiasaannya dalam petikan rumusan terdapat 9 isi tersurat. Berdasarkan petikan soalan 1, soalan rumusan SPM 2017, isi-isi berkenaan seperti di bawah:
1
|
menjadikan
pendidikan Bahasa Melayu semakin luas.
|
2
|
meningkatkan
minat membaca dalam kalangan murid.
|
3
|
pelbagai
istilah asas kesusasteraan dapat difahami.
|
4
|
melahirkan
murid yang menghargai karya-karya sastera
|
5
|
murid-murid
dapat memperluas perbendaharaan kata.
|
6
|
membantu
murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.
|
7
|
nilai-nilai
murni boleh dijadikan teladan.
|
8
|
murid
menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
|
9
|
mematangkan
murid dalam berfikir dan berkomunikasi
|
D.
Proses mencari isi tersirat ( Kemahiran Befikir
Aras Tinggi )
a) Rujuk
semula kata kunci isi tersirat dalam arahan soalan iaitu cara-cara pihak
sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. Perhatian, isi tersirat tidak
ada dalam petikan dan anda perlu mencarinya menggunakan kemahiran berfikir.
Namun, mencari isi berkenaan bukan
sesukar yang difikirkan oleh pelajar sekiranya pelajar dapat memfokus kata
kunci isi tersirat yang akan memandu pelajar mencari isi berkenaan iaitu cara-cara
pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS . Isi tersirat yang dicadangkan seperti di bawah:-
1.
mengadakan
pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.
2.
mempelbagai
kaedah pembelajaran KOMSAS yang menarik.
3. menggalakkan
pelajar menyampaikan hasilan komsas di perhimpunan rasmi sekolah.
4.
menerbitkan
bulitin komsas dan bahannya hasilan pelajar.
5.
mengadakan
minggu / bulan Sastera.
6.
memilih
tokoh komsas dalam kalangan pelajar serta sijil penghargaan kepada pelajar
terpilih.
7.
mengadakan
lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. mempamerkan
gambar-gambar tokoh-tokoh sastera negara di dalam kelas, sudut-sudut / laluan
utama sekolah.
E.
Proses menulis perenggan isi tersurat dan tersirat.
Peringatan:
Pilih pakej isi tersurat dan tersirat, iaitu bilangan isi tersurat dan tersirat
yang akan anda tulis semasa merumus. Untuk penulisan bahagian perenggan isi tersurat dan tersirat.
Kebiasaannya pelajar akan memilih pakej yang diwarnakan.
Bilangan/
Jumlah
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Isi Tersurat
|
6
|
5
|
4
|
3
|
2
|
Isi Tersirat
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
F.
Proses menulis perenggan isi tersurat:-
Sebelum
menulis perenggan isi tersurat, pelajar yang bijak, akan memilih isi tersurat
yang paling mudah dan tepat. Antara kriteria pemilihan isi tersurat :-
i) Isi
tersurat tersebut mestilah mantap dan gugurkan jika isi tersurat sekiranya
timbul keraguan sama ada isi tersebut tepat atau tidak. Pilih enam isi terbaik
daripada 9 isi tersurat yang ada dalam petikan.
ii) Pilih
isi tersurat yang paling sedikit binaan perkataannya.
iii) Susun
isi tersurat mengikut urutan.
iv) Setelas
anda pasti isi tersurat yang dipilih, mulailah proses membina perenggan isi tersurat.
Contoh
perenggan isi tersurat yang terhasil setelah proses memilih isi tersurat:-
Pembelajaran Komponen Sastera akan menjadikan pendidikan
Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS juga akan meningkatkan
minat membaca dalam kalangan murid dan mereka
akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS
akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya
sastera dan mereka dapat memperluas
perbendaharan kata. Akhirnya, pembelajaran KOMSAS menjadikan murid lebih peka untuk menghargai
kesusasteraan warisan bangsa.
G.
Penulisan lengkap perenggan isi tersirat:-
Sebagai
usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak
sekolah boleh mengadakan bulan Sastera dan
mengadakan pertandingan menghasilkan
bahan KOMSAS.
H.
Proses menulis perenggan penutup rumusan.
Format menulis
perenggan penutup rumusan adalah seperti di bawah:-
Kata
Penutup ( Konklusinya, Akhirnya, Kesimpulannya,) + tulis pihak yang terlibat +
(kata hubung supaya/ agar) + ( impak atau kesan diharapkan)
Kesimpulannya, pihak
sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka menjadi insan berguna.
I.
Hasilan Rumusan lengkap adalah seperti di bawah.
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran
Komponen Komsas di sekolah.
Pembelajaran Komponen Sastera akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS juga akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Akhirnya, pembelajaran KOMSAS menjadikan murid lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.
Kesimpulannya,
pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka menjadi insan yang berguna.
98 patah perkataan
SEMOGA PANDUAN MENGHASILKAN RUMUSAN DI ATAS DAPAT MEMBANTU PELAJAR
MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG.
Kemahiran membina ayat tunggal, ayat majmuk, dan
penggunaan penanda wacana semasa menghasilkan rumusan teks, juga semasa menulis
karangan akan saya selitkan dalam coretan selanjutnya. Insya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan