Hari:……………………………………. Tarikh:…………………………
SOALAN 3 (E) PERIBAHASA
KERTAS 2, PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM NEGERI KEDAH 2017.
Mengisi tempat kosong dengan peribahasa sesuai.
i. Hubungan mesra Dato’ Amir dengan pelbagai
lapisan masyarakat di kampungnya tidak menjejaskan kedudukannya sebagai
ketua pengarah sebuah syarikat kerana …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ii.
Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka
sambil melawat tempat-tempat bersejarah ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
iii. Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat
Zahir dan Malim pada tahun ini agak merosot, mereka telah berjanji untuk
mengharungi susah dan senang bersama-sama, bak kata peribahasa Melayu …………………………………………………………………………………………………
……………………………….
SOALAN 3 (e) PERIBAHASA
KERTAS 2, PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM SBP 2017.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat di bawah:-
i.
Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya
dengan penuh kasih sayang.
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………..
ii.
Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang
runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir.
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………..
iii.
Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih
segar dan diminati sehingga hari ini.
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………..
Jawapan peribahasa:-
Soalan Negeri Kedah ( 2017)
i.
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
ii.
Sambil menyelam minum air.
iii.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah,
ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, berat sama di pikul, ringan sama
dijinjing.
Soalan SBP (2017)
i)
Bagai/ seperti menatang minyak yang penuh.
ii)
Menangguk air yang keruh/ menahan lukah di
pergentingan.
iii)
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
LATIHAN MASTERI PERIBAHASA:- SALIN 5
PERIBAHASA SEMINGGU DENGAN MAKSUDNYA SEKALI
PASTIKAN
PERIBAHASA YANG ANDA PILIH, PERIBAHASA YANG TIDAK ANDA KUASAI ATAU TIDAK ANDA FAHAMI
SOALAN BERFOKUS TATABAHASA YANG TELAH DIBINCANG SEBELUM INI
SOALAN 3 (A) - MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PERKATAAN
SOALAN 3 (C) - MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN
SOALAN 3 (D) - MENGESAN KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH DAN MENGESAN
KESALAHAN TATABAHASA.
1 ulasan:
Lagu lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dalam diminati sehingga hari ni
Catat Ulasan