PROSES MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG UNTUK PANDUAN GURU DAN PELAJAR
A. PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN
RUMUSAN
PILIH KAEDAH
PALING MUDAH, SAMA ADA MEMULAKAN DENGAN KATA PETIKAN ATAU
RUMUSAN.
KAEDAH PERTAMA MEMULAKAN
PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH PETIKAN.
1
|
MEMULAKAN PERENGGAN
PENGENALAN DENGAN PETIKAN
|
MARKAH
|
Petikan memperkatakan ( istilah isi
tersurat yang telah diubah) + di ( Malaysia/negara
kita/ sekolah/ dalam masyarakat/ dalam kalangan pelajar- sesuakan situasi
petikan)
|
2 MARKAH
|
KAEDAH KEDUA MEMULAKAN
PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH RUMUSAN.
1
|
MEMULAKAN PERENGGAN
PENGENALAN DENGAN PETIKAN
|
MARKAH
|
Rumusan memperkatakan ( istilah isi
tersurat yang telah diubah ) + ( salin istilah isi tersirat tanpa
mengubah istilah berkenaan dan frasa seterusnya)
|
2 MARKAH
|
B. PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI TERSURAT:-
Setelah
pelajar membuat keputusan isi tersurat paling mantap daripada petikan teks dan
memilih pakej sesuai sama ada 6, 5, 4, 3, 2 isi tersurat, kebiasaannya 6 isi
disenaraikan untuk perenggan isi tersurat. Langkah sererusnya mula menulis isi
berkenaan seperti format berikut dan gunakan penanda wacana berbeza ketika
memulakan isi baru dan aplikasi membina pelbagai ayat, iaitu ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Mulakan penulisan dengan
menulis istilah/kata kata tersurat, sama ada asal atau telah diubah, dan isi pertama. Seterusnya, isi tersurat kedua dan isi tersurat ketiga. Bahkan juga, isi tersurat keempat. Selain itu, isi tersurat kelima dan isi tersurat keenam.
Pelajar bebas untuk
menentukan di mana ayat tunggal dan ayat majmuk dibina berdasar kesesuaian isi.
Pelajar perlu kreatif semasa membina ayat berkenaan.
C.
PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN
ISI TERSIRAT.
Kebiasaannya pelajar akan memilih pakej dua
isi tersirat di bahagian perenggan ini.
Kaedah pertama membina perenggan
isi tersirat dengan binaan ayat majmuk.
Istilah isi tersirat + isi tersirat pertama dan isi tersirat kedua. ( Binaan ayat majmuk)
Kaedah kedua, membina perenggan
isi tersirat dengan binaan dua ayat tunggal.
Istilah
isi tersirat, + isi tersirat pertama. Selain
itu/Bahkan juga, + isi tersirat kedua. ( Binaan ayat tunggal)
D. PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENUTUP
RUMUSAN
Kata / Istilah penutup, (siapa/ pihak terlibat) + kata hubung (
agar/supaya) + ( kesan diharapkan.)
*** Elakkan sebarang kesalahan ejaan, binaan
ayat, kesalahan tatabahasa kerana markah bahasa anda mungkin akan ditolak atas
kesalahan berkenaan.
DIHARAPKAN, FORMAT MENGHASILKAN RUMUSAN
CEMERLANG AKAN DAPAT
MEMBANTU PELAJAR.
1 ulasan:
Terbaik
Catat Ulasan