8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan
4 danTingkatan 5.
(i) Baca
petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dia bingkas. Nafasnya turun naik.
Keletihan kerana terburu-buru ke hospital belum habis. Ruang menanti masih
panjang. Para pengunjung sepertinya menunggu dengan wajah gelisah. Mereka
datang dengan harapan agar orang yang diziarahi segera sembuh.
Dia tercegat di kaki lima. Dia memandang
ke persekitaran Hospital BatuPahat yang sepi. Di depannya wad bersalin.
Kelihatan beberapa perempuan denganperut memboyot keluar masuk. Dia tersenyum
sendiri. Seorang lelaki berjalan dengan menggunakan tongkat. Lelaki itu
ditemani oleh seorang budak lelaki, berkemungkinan cucunya. Kelihatan seorang
perempuan sedang menceceh-ceceh.
Dia teringat emaknya. Minggu lepas, dia ke
sini untuk melihat emaknya tetapi sudah dihantar ke Johor Bahru. Hari ini ke
sini lagi untuk melihat abahnya pula. Abah, insya-Allah akan baik. Emak?
Dipetik daripada
novel Songket Berbenang Emas
karya KhairuddinAyip,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bagaimanakah keadaan di hospital
ketika dia berada di situ?
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah
berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin
(b) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib
(c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan
simpati kepada pembaca.
[6 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan