BAHAGIAN
B : PEMAHAMAN
6. Baca bahan
1 dan bahan 2 di bawah dengan teliti, kemudian jawap
soaan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.
Bahan 1.
Bahasa memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan masyarakat. Bahasa yang baik dan mudah difahami serta boleh
dituturkan oleh masyarakat seperti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan
negara.. Hal ini dapat dilihat sejak negara mencapai kemerdekaaan dan sehingga
kini peranan ini telah dilaksanakan oleh bahasa Melayu dengan berkesan dan
berjaya.
Pembangunan dan kemajuan yang sempurna
dalam kehidupan masyarakat semuanya bermula daripada penggunaan bahasa Melayu
di negara ini. Panduan antara pembangunan dengan kemajuan kemajuan kerohanian
dan kebendaan mestilah bermula dengan penggunaan bahasa yang betul, tepat dan
berkesan. Sesungguhnya bahasa merupakan satu daripada pencapaian terawal dalam
tamadun manusia.
Sejarah juga membuktikan bahawa bahasa
Melayu telah memainkan peranan yang penting dan berkesan untuk mengukuhkan
perpaduan masyarakat. Sebagai bangsa kebangsaan, bahasa Melayu yang berdaulat
telah berjaya memupuk perpaduan murid di peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi. Semua hal itu telah dilaksanakan secara berperingkat oleh
bahasa Melayu sejak tahun 1957.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Bahasa Melayu
dan Budaya Mengeratkan Perpaduan Kaum’
Oleh Aminudin Mansor
Dewan Bahasa 11 Februari 2022.
Bahan 2
Bahasa Melayu dalam era moden perlu
dimaju dan diperkemaskan untuk menjadikannya
lebih relevan dalam pelbagai bidang saintifik agar mampu diterima oleh
orang ramai.bahan dan buku yang berkaitan dengan teknologi maklumat terbaharu
dan bahan saintifik terkini perlu
diperbanyakkan.
Selain itu, usaha perancangan taraf
dan korpus bahasa Melayu telah
berkembang pesat dan kini telah menjalankan fungsi sebagai bahasa ilmu
yang menggalakkan perkongsian idea sama
ada secara bersemuka mahupun di ruang
maya. Dalam hal ini, kecintaan dalam kalangan penutur bahasa Melayu
yang terdidik sejak di sekolah rendah, menengah dan universiti
terhadap bahasa Melayu perlu diperhebat dari masa ke masa. Keadaan ini mampu
menjadikan bahasa Melayu bahasa pertuturan pada setiap hari dalam pelbagai
acara dan juga sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam mengamalkan
perpaduan.
Dipetik dan dubah suai darpada
‘Cabaran Terkini Bahasa Melayu Moden’
Oleh Aminudin Mansor
Dewan Bahasa, 14 Jun 2021
(i)
Berdasarkan bahan 1, berikan maksud
rangkai kata secara berperingkat.
[ 2 markah ]
Jawapan:-
Rangkai kata secara
berperingkat bermaksud dengan bertahap
Rangkai
kata secara berperingkat bermaksud sedikit demi sedikit
Pilih salah satu.
Dalam
kedua-dua bahan. Penulis telah menyatakan beberapa fungsi bahasa Melayu.
Apakah fungsi-fungsi tersebut?
[ 3 markah ]
Dalam kedua-dua bahan, penulis telah
menyatakan beberapa fungsi bahasa, antaranya bahasa mampu menjadi bahasa
perpaduan negara dan masyarakat serta menggalakkan perkongsian
idea sama ada secara bersemuka mahupun di ruang maya.
Pastikan isi daripada kedua-dua bahan
1 dan bahan 2 disenaraikan. Sebagai contoh:-
Bahan isi pertama: i) bahasa
mampu menjadi bahasa
perpaduan
negara.
ii) bahasa
mampu menjadi bahasa
perpaduan
perpaduan masyarakat.
Bahan isi kedua : i) menggalakkan
perkongsian idea sama
ada
secara bersemuka mahupun di
ruang
maya.
Bermakna anda perlu menyenaraikan
sekurang-kurangnya satu isi daripada bahan pertama dan satu isi darpada bahan kedua. Contoh
senaraikan isi salah satu isi bahan pertama ( isi i atau isi ii) dan satu lagi
isi bahan kedua.
(ii)
Terdapat pelbagai Langkah yang boleh dilaksanakan
oleh ibu bapa bagi memastikan rasa cinta terhadap bahasa Melayu terbentuk di dalam
diri anak-anak.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah
yang wajar dilakukan oleh ibu bapa?
[ 3 markah ]
Jawapan:-
Antara peranan ibu bapa :-
i)
menjadi suri teladan kepada
anak-anak.
ii)
membelikan buku bahasa Melayu.
iii)
menggalakkan anak-anak menyertai
program bahasa Melayu / Persatuan Bahasa Melayu.
iv)
menonton filem berbahasa Melayu.
v)
menyediakan sudut bacaan di rumah.
Pilih
dua isi, kerana isi cukup untuk soalan tiga markah dua isi tetapi untuk selamat senaraikan tiga isi.
(iii) Salah seorang sahabat anda sering
menggunakan bahasa rojak. Sebagai seorang pencinta bahasa Melayu, anda
ingin menggalakkannya bertutur dalam
bahasa Melayu yang betul.
Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu
anda lakukan.
[ 4 markah ]
Jawapan:-
Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan seperti:-
i)
menasihatkan sahabat.
ii)
menghadiahkan buku bahasa Melayu.
iii)
mengajaknya menyertai program bahasa
Melayu.
iv) membimbing sahabat untuk menggunakan
bahasa Melayu dengan betul.
Untuk soalan isi 4 markah, anda perlu menyenaraikan
Sekurang-kurangnyanya 3 isi sahaja, kerana isi
cukup 3 isi.
SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN
PETIKAN UMUM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan