BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI
BAHASA
[ 35 markah]
Soalan 1 - Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif perasaan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama
SEREMBAN: Robot hasil
ciptaan pereka cilik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ahmad Manaf bukan sahaja
kreatif tetapi juga mempunyai elemen patriotik. Robot yang diberi nama Merdeka
Rero Micro itu direka cipta sempena perarakan sambutan Hari Kemerdekaan negara
baru-baru ini.
Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Dato Ahmad Manaf, Azrie Abu Talib, berkata rekaan berkenaan
ialah cetusan idea murid sekolah itu sendiri sebelum ditambah baik guru
penyelaras serta guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi. “Kami berpendapat,
setiap kanak-kanak pasti suka akan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan yang
diadakan secara besar-besaran dan sangat meriah di Dataran Merdeka pada setiap
tahun. Dengan pelbagai kenderaan berhias yang cantik dan kenderaan berperisai
yang kelihatan gagah daripada pasukan keselamatan, sememangnya akan membuatkan
kanak-kanak berasa gembira. Namun, pasti mereka akan berasa kecewa jika tidak
berpeluang menyaksikannya. Jadi, timbul idea untuk menghasilkan ciptaan ini.
Penghasilan robot Merdeka Rero Micro telah membuktikan generasi sekarang
mempunyai semangat cinta akan negara yang amat baik,” katanya ketika ditemui
pihak kami.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Murid Serlah
Semangat Patriotik dalam Kreativiti Cipta Robot’
oleh Ahmad
Hasbi,
Berita Harian,
3 September 2022)
[8 markah]
Kata
Adjektif
Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa
nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada
sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan