Sabtu, 6 Oktober 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(D)- MENGESAN KESALAHAN ISTILA/KATA DAN KESALAHAN TATABAHASA PEPERIKSAAN PERCUBAAN MRSM

    Cadangan jawapan soalan 3(d ):-

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
terjatuh - terjerumus/terlibat/terjebak
di - pada
Ulasan guru :  . Penggunaan kata terjatuh tidak sesuai dalam konteks ayat di atas dan perkataan yang sesuai digunakan ialah  terjerumus / terlibat /terjebak 
Ulasan guru: Kata sendi nama di memerlukan kata berkait ruang dan tempat di hadapannya oleh sebab itu kata sendi yang lebih tepat digunakan ialah pada yang menunjukkan masa.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
ii
kecergasan - kecerdasan
di dalam - dalam
Ulasan guru : Maksud kecerdasan lebih berkait kepada otak atau fikiran dan kecerdasan berkait fizikal. Oleh sebab itu kecergasan tidak tepat penggunaannya, dan kata kecerdasan lebih tepat penggunaannya.
Ulasan guru: Penggunaan kata sendi nama di seperti keterangan di atas, memerlukan kata berkait ruang dan tempat di hadapannya oleh sebab tiada ruang atau tempat tetapi lebih menunjukkan situasi iaitu kalangan maka kata sendi nama di perlu digugurkan.
Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
iii
digigit- dikerit / dikerikit / dikerip

semua khemah-khemah - semua khemah / khemah-khemah
Ulasan guru : Tikus memakan makanan secara mengerit iaitu mengigit berdikit-dikit oleh sebab itu kata yang sesuai digunakan ialah dikerit/ dikerikit / dikerip
Ulasan guru: Kesalahan tatabahasa di atas ialah penggunaan kata semua sudah menunjukkan banyak dan tidak perlu penggunaan kata ganda khemah-khemah. Gunakan sahaja semua khemah atau khemah-khemah lebih tepat dalam binaan ayat.

Tiada ulasan: