Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Bersama-sama ini saya lampirkan soalan-soalan latihan berfokus tatabahasa 3 (a ), 3 (b), 3 (c ), dan 3 (d) serta skema jawapan. Sessungguhnya, bahan di bawah dapat membantu pelajar menyemak kendiri, sebelum saya menyemak kali kedua jawapan-jawapan latihan anda. Sila letakkan hasil kerja anda di atas meja saya di bilik guru pada hari Isnin untuk tindakan selanjutnya. Tahniah kerana anda telah melakukan tanggungjawap anda pada hari berkenaan, dan saya sibuk menguruskan persediaan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah yang diadakan pada petang hari berkenaan.
(b) Soalan Percubaan Negeri Johor 2016
(a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) pakai
(ii) memakai
(iii) terpakai
(iv) susun
(v) menyusun
(vi)
tersusun
Skema jawapan:-
3a) Bina Ayat
i)
Pakai
-dengan cara, dengan jalan
ii)
Memakai
-mengenakan (meletakkan) pakaian dll -menggunakan, melakukan sesuatu dengan;
-menjadikan sebagai gundik; -menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) untuk
menjaga badan (diri dsb);
iii)
Terpakai
-dipakai; -sudah dipakai
iv)
Susun
-longgok yang teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih);
v)
Tingkat,
(se)perangkat barang yang bertingkat-tingkat (pinggan, mangkuk,tepen, dll);
-rangkai, untai (sajak); -rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dll)
vi) Menyusun
-meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih, yang satu di atas yang
lain); mengatur baik-baik, meletakkan beraturan,
merencanakan; -mengatur (karangan) dll), mengubah;
v) Tersusun -sudah disusun (diatur, disiapkan)
baik-baik atau dengan teratur.
Pastikan ayat yang anda bina sama maksud
dengan maksud perkataan di atas, menunjukkan anda faham perkataan berkenaan. Pastikan binaan ayat anda gramatis untuk mendapat markah penuh 1 markah.
Soalan Percubaan Negeri Sabah 2016
(b) Berdasarkan
ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan
rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.
(i)
Ibu ke pasar pagi tadi..
(ii)
Tuan Hj. Sulaiman pengetua
sekolah itu.
(iii)
Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar.
(iv)
Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.
(v)
Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama perpasukan.
(vi)
Tiga biji telur
digunakan untuk membuat kek itu.
Skema jawapan:-
1. Siapakah pergi ke pasar pagi tadi? / Bilakah ibu pergi ke pasar? ( 1 m)
2. Siapakah pengetua sekolah itu? / Pengetua sekolah itu siapa? ( 1m)
3. Bagaimanakah pelajar itu berjaya dengan cemerlang? / Kenapakah pelajar itu berjaya dengan
dengan cemerlang? ( 1m)
4. Dimanakah Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu itu diadakan? (1m)
5. Bagaimanakah pasukan bola sepak itu berjaya menjadi juara? / Kenapakah pasukan bola sepak itu
menjadi juara ? ( 1 m)
6. Berapa biji telurkah digunakan untuk membuat kek itu ? (1m)
Pastikan setiap binaan ayat soal di atas ada mempunyai tanda soal (?). Begitu juga binaan ayatnya pastikan gramatis. Sekiranya aspek ini tiada , tetapi ayatnya masih betul berikan 1/2
markah sahaja.
Skema jawapan:-
(d) Dalam petikan
di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i.
Sampah-sarap
yang dibuang di dalam sungai itu telah menyebabkan aliran sungai tersangkut dan berbau busuk.
ii.
Aktiviti
tolong-menolong membersihkan kawasan kejiranan dapat memupuk
semangat perpaduan di
kalangan penduduk.
iii.
Pada
akhir waktu persekolahan, Cikgu Kamil menerangkan lain-lain faktor yang
mengakibatkan kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.
[6
markah]
Soalan 3 d (i)
Salah
|
Betul
|
di dalam
|
ke dalam
|
tersangkut
|
tersekat
|
Soalan 3 d (ii)
Salah
|
Betul
|
tolong-menolong
|
bergotong-royong
|
di kalangan
|
dalam kalangan
|
Soalan 3 d (iii)
Salah
|
Betul
|
persekolahan
|
pembelajaran
|
lain-lain faktor
|
faktor-faktor lain
|
Semoga anda menjalankan tanggungjawap dengan sempurna. Mohon hantar latihan anda dan letakkan hasil kerja itu di atas meja saya di bilik guru untuk semakan guru pada hari Isnin.
" SMK SERI LONDANG EXCELLENT"
1 ulasan:
Terima kasih cikgu..
Catat Ulasan