Asalamualaikum dan Selamat Malam. Susulan latihan soalan 2 a, 2 b, 2 c, dan 2 d - Fokus Pemahaman Teks ( Latihan semasa Ketidakhadiran saya kerana temu janji dengan doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur - Hari Rabu, 14/9/2017)
Soalan 2 a dan Petikan Rujukan ( Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Kertas Bahasa Melayu 2, Negeri Kedah)
Panduan Semakan Kendiri.
FORMAT SOALAN 2
(A) Pemahaman Teks.
Soalan bahagian
ini merujuk kepada soalan teks rumusan
Jadual
di bawah dapat menjelaskan format dan kehendak soalan, serta kaitan markah
dengan isi. ( Pastikan anda dan faham format soalan ini dan jika tidak, sila
dapatkan penerangan daripada guru anda)
Bil
|
Kriteria Soalan
/ Kehendak Soalan
|
Markah
|
Isi
|
1
|
Merujuk kepada
maksud frasa bergaris atau berhuruf condong dalam soalan.
|
2 Markah
|
Tiada isi,
tetapi anda perlu memberi maksud frasa dengan tepat dan jangan hurai maksud
frasa tersebut.
|
2
|
Merujuk kepada
teks rumusan. Oleh sebab itu, pelajar perlu merujuk jawapan di dalam teks
rumusan.
|
3 Markah
|
Isi minimum 2
tetapi paling selamat senaraikan 3 isi.
|
3
|
Pelajar perlu
memberi pendapat sendiri dan rujuk
|
4 markah
|
Isi minimum 3
isi dan paling selamat senaraikan 4 isi.
|
Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri.
SKEMA JAWAPAN:-
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
(i) Jelaskan maksud mengukuhkan jiwa.
- meneguhkan/ memantapkan rohani/ pendirian/
kekuatan dalaman/ pegangan anak-anak
dengan didikan agama 2m
- meneguhkan jiwa anak-anak/ memantapkan
rohani 1m
- usaha mengukuhkan jiwa anak-anak 0m
(ii) Kesan - mereka lebih mementingkan diri sendiri
- bersikap
materialistik
- remaja hidup
secara sendiri-sendiri
- tidak kisah
tentang hal orang lain
(iii) Cara - mempelajari ilmu
agama / mendekatkan diri dengan Tuhan
- tidak melayari laman web / blog berunsur negative
- sentiasa
bersama-sama / mendampingi keluarga
- memilih rakan
yang baik / berakhlak / bersahsiah mulia
- mengisi masa lapang yang berkualiti/
berfaedah / membaca / mengulang kaji pelajaran /
hobi
- terlibat
dalam aktiviti kokurikulum di sekolah
- menetapkan matlamat/
cita-cita hidup yang jelas
Soalan 2 (b ) - Petikan Prosa Moden
Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri.
Soalan 2 (b) – Petikan
Cerpen ( Soalan Negeri Perak – Kinta 2016 )
Baca petikan
cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang
boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang
baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan
dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank
akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.”
Hakim meluahkan segala yang telah
bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama
membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah
cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti
datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.”
“Pada zaman ini tiada lagi raja
yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup
kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah
golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk dan mereka tetap raja,” luah
Hakim lagi.
Dipetik
daripada cerpen ‘Kaduk Ayam dan Raja’
oleh
Zurinah Hassan
dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berdasarkan petikan, nyatakan
persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah
usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk
mengurangkan beban hutang yang
ditanggungnya? [3 markah]
(iii) Huraikan satu latar
masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar
masyarakat
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Panduan Semakan Kendiri.
FORMAT SOALAN 2 (b) Pemahaman Prosa Moden.
Jadual
di bawah dapat menjelaskan format dan kehendak soalan, serta kaitan markah
dengan isi. ( Pastikan anda faham format soalan ini dan jika tidak, sila dapatkan
penerangan
daripada guru anda)
Bil
|
Kriteria Soalan
/ Kehendak Soalan
|
Markah
|
Isi
|
1
|
Soalan
berdasarkan teks ( Cerpen atau drama). Isi dapat diperoleh daripada teks yang
dikemukan.
|
2 Markah
|
Isi minimum 2, tetapi pelajar dicadangkan menyenarai 3 isi.
|
2
|
Soalan ini
berdasarkan pendapat. Pelajar perlu memberi pendapat sendiri dan elakkan
menyenarai isi daripada teks.
(KBAT)
|
3 Markah
|
Isi minimum 2 tetapi paling selamat senarai 3 isi.
|
3
|
Soalan
berdasarkan kajian komsas
( persoalan,
bahasa, watak perwatakan, latar,
nilai, dan pengajaran)
Soalan selalunya
meminta anda merujuk kepada isi dalam teks dan di luar teks.
Isi terdapat
dalam teks antologi yang diberi, pastikan jawapan anda tepat untuk untuk
mendapat markah penuh.
(KBAT- isi di
luar teks)
|
4 markah
|
Selalunya dua isi dengan ( Isi + Huraian)
Cuba senaraikan
3 isi kerana isi tambahan berfungsi sebagai “backup”.
|
Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri.
SKEMA JAWAPAN:-
Soalan 2 ( b ) – Petikan Prosa Moden
(iii) Satu latar masyarakat dalam
petikan
Soalan 2 (c) – Petikan Puisi ( Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Perak - Kinta 2016)
Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen
(i) Persamaan antara Hakim dan dengan datuknya, Kaduk ialah:
- mereka sama-sama membela
ayam 1m -mereka sama-sama menggadai
tanah 1m -mereka sama-sama di bawah
cengkaman orang berkuasa 1m
(ii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan ialah:-
P1- mengutamakan pembayaran hutang berbanding keperluan lain.
P2- membayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan
P3- berbincang semula dengan pihak peminjam untuk memanjangkan tempoh
bayaran
P4- mendapatkan khidmat nasihat agensi kewangan
P5- meminta nasihat dan bantuan ahli keluarga/rakan
P1- Latar masyarakat yang dibebani hutang Contohnya, Hakim terpaksa berhutang
dengan pihak bank untuk meneruskan kerja-kerja menternak
ayamnya. [1+1]
P2- Latar masyarakat yang menindas golongan yang lemah. Contohnya, Pihak bank telah merampas tanah
Hakim tidak ubah seperti Raja merampas tanah datuk Hakim dahulu. [1+1]
Satu latar masyarakat dalam
keseluruhan cerpen
P1-Latar masyarakat yang suka membantu orang lain Contohnya, Azam telah membantu Hakim
mendapatkan tanah Pak Kaduk iaitu
Datuk Hakim yang terlepas ke
tangan raja suatu masa dahulu. [1+1]
P2- Latar masyarakat yang setia kawan Contohnya, Azam sahabat Hakim sentiasa
menyokong tindakan Hakim untuk mencapai
cita-citanya untuk menjadi penternak ayam yang berjaya. [1+1]
P3- Latar masyarakat yang tabah menghadapi cabaran.
Contohnya, Hakim terus bersabar dan tabah menghadapi masalah dalam
mengusahakan reban ternakan ayamnya seperti masalahbayaran hutang, masalah
upah, untung sedikit, dan sebagainya. [1+1]
P4- Latar masyarakat yang bertanggungjawab kepada keluarga Contohnya, Hakim bertanggungjawab
menebus kembali tanah datuknya kerana menganggap datuknya telah teraniaya. [1+1]
P5- Latar masyarakat yang terpelajar Contohnya, Azam merupakan lulusan
undang-undang yang banyak menolong
hakim mendapatkan kembali haknya melalui proses perundangan mahkamah. [1+1]
1. Soalan 2 (c)
– Petikan Prosa Tradisional ( Soalan
Percubaan Negeri Johor 2016)
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Hatta
maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun
kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar
yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun
masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun
patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah
baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah , datanglah pula bala atas
negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang,
binasalah negeri ini.” Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai
Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!”
Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar
berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh
orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar
pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula
maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah
seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali
dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui
Teladan”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)
Berikan maksud sehelai sepinggang.
(2 markah)
(ii)
Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan yang dilakukan oleh Temenggung
selepas mendengar perintah daripada sultan? (3 markah)
(iii)
Raja segera menitahkan orang-orang Temenggung berkawal sebaik-baik sahaja
mengetahui berita tentang kecurian yang berlaku di negeri baginda.
Pada
pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi
dengan segera?
(3 markah)
Panduan Semakan Kendiri.
Jadual
di bawah dapat menjelaskan format dan kehendak soalan, serta kaitan markah
dengan isi. ( Pastikan anda faham format soalan ini dan jika tidak, sila dapatkan
penerangan
daripada guru anda)
Bil
|
Kriteria Soalan
/ Kehendak Soalan
|
Markah
|
Isi
|
1
|
Soalan berfokus
kepada maksud frasa .
|
2 Markah
|
Patikan anda menjawab maksud frasa dan elakkan menghurai frasa berkenaan.
|
2
|
Soalan
berdasarkan pemahaman teks. Jawapan atau isi ada pada teks yang ditanya.
Elakkan memberikan jawapan berbentuk pendapat.
|
3 Markah
|
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
|
3
|
Soalan
berdasarkan pendapat anda. Elakkan menulis isi yang ada dalam teks.
|
3 markah
|
Isi minimum 2 tetapi jawap 3 isi untuk tujuan
“backup”.
|
Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri.
Skema jawapan:
(i) Berikan maksud sehelai sepinggang.
- Pakaian yang ada pada tubuh
sahaja (2 m)
- Pakaian yang dipakainya ketika
itu ( 2m)
- Apa-apa sahaja yang melekat
pada tubuh sahaja (2 m)
- Pakaian yang sedia terpakai
pada waktu itu (2 m)
(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan Temenggung
selepas mendapat arahan
daripada sultan?
- akur akan perintah
daripada sultan
- menyuruh orang suruhannya
menyampaikan pesanan itu.
- menyuruh orang kaya dan saudagar menjaga
kediaman masing-masing -menyuruh pengawal-
pengawalnya berkawal pada
waktu malam
-menggunakan banyak senjata seperti lembing
dan perisai sewaktu berkawal
(iii) Raja segera menitahkan orang-orang Temenggung berkawal
sebaik-baik sahaja mengetahui
berita tentang kecurian yang
berlaku di negeri baginda.
Pada pendapat anda, mengapakah baginda
menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan
segera?
- masyarakat dapat
meneruskan kehidupan dengan tenang
- tidak berlaku banyak kehilangan harta benda
- pemilik harta benda
tidak berada dalam kerugian
- moral masyarakat setempat
dapat ditingkatkan
- keselamatan diri dan harta benda
penduduk terjamin
**Jawapan lain yang munasabah boleh diterima
Soalan 2 (c) – Petikan Puisi ( Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Perak - Kinta 2016)
Baca seloka di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
BERBUAT
ISTANA ZAMAN DAHULU
Baginda
menitahkan orang besar empat,
Membuat
istana puri berkota;
Lalu
dipanggil Pawang Raja.
Pawang
mengerah orang bekerja,
Empat
puluh empat tukang dan utas,
Siang
malam tidak berhenti
Tujuh
bulan tujuh purnama,
Istana
siap dengan alatnya;
Besar
tersergam sembilan ruang,
Sepuluh
dengan rembat guntung,
Sebelas
dengan pancung serong,
Dua
belas dengan anjung tinggi.
Tiga
sudut menteri delapan,
Tiang
panjang maharaja lela,
Tiang
tengah syukur menanti;
Galang-galangnya
ular berang,
Kasau
kecil puteri menyembah,
Kasau
lentik helang berbega.
Berbunga
sawa mengelempai,
Bertakuk
bersedelinggam,
Berjenang
berbatu kawi,
Berselimpat
ukir Jawa,
Lilit-melilit
akar Cina;
Garam
sebuku sisa jeragan,
Bunga
kenanga dimakan ular,
Layang-layang
di pintu Raja.
Istana
siap tukang pun mati,
Tiada
orang dapat meniru:
Dipersembahkan
kepada baginda suami isteri
Za’ba,
Antologi
Sejadah Rindu
Kementerian
Pendidikan Malaysia
(i) Berdasarkan
petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat
dilakukan untuk memastikan
kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat
dikekalkan? [3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi
tersebut? [4 markah]
Panduan Semakan Kendiri.
Jadual
di bawah dapat menjelaskan format dan kehendak soalan, serta kaitan markah
dengan isi. ( Pastikan anda dan faham format soalan ini dan jika tidak, sila
dapatkan penerangan daripada guru anda)
Bil
|
Kriteria Soalan
/ Kehendak Soalan
|
Markah
|
Isi
|
1
|
Soalan
berdasarkan teks puisi. Jawapan ada pada puisi yang ditanya. Cuma bezanya, jawapan
banyak dalam bentuk tersirat yang memerlukan anda faham kreatif memahaminya
berdasarkan kajian komsas yang anda pelajari. Soalan boleh ditanya tentang
maksud frasa, baris, rangkap, dan sebagainya.
|
2 Markah
|
Patikan anda menjawab
maksud frasa , baris, dan rangkap yang ditanya.
|
2
|
Soalan
berdasarkan pendapat anda. Pastikan pendapat anda logik dan boleh diterima.
|
3 Markah
|
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
|
3
|
Soalan
berdasarkan kajian komsas ( tema, persoalan, bahasa, nilai, dan pengajaran
|
4 markah
|
Isi minimum 2
tetapi jawap 3 isi untuk “backup”
|
Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri.
Skema jawapan:-
Soalan 2 (d) - Seloka
(i) Istana raja dapat dibina dengan:
P1 - baginda
menitahkan orang besar empat membina istana 1m
P2- orang besar empat memanggil Pawang Raja 1m
P3 - Pawang Raja
memanggil 40 orang tukang dan utas 1m
P4 -
40 orang bertukang siang dan malam 1m
(ii) Usaha-usaha
yang dapat dilakukan adalah seperti berikut:
P1 - mewujudkan kelas/sekolah/instiitut
kemahiran pertukangan
P2 - melantik pakar yang sedia ada sebagai
jurulatih/ penasihat
P3 - kemahiran seni bina
didokumentasikan/dibukukan
P4 - mengadakan pertandingan berkaitan berkaitan
dengan kemahiran pertukangan.
(iii) Nilai
P1- nilai
ketaatan/kesetiaan Contohnya, orang besar empat menjunjung titah raja untuk
membina dan menyiapkan sebuah istana
yang dikelilingi parit dan tembok.
[1+1]
P2 - Nilai kerajinan Contohnya,
44 tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup
bekerja siang dan malam. [1+1]
P3- Nilai kerjasama
Contohnya, 44 tukang bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana
raja [1+1]
P4- Nilai bertanggungjawab
Contohnya, 44 orang tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana raja
[1+1]
MOHON ANDA MEMBUAT SEMAKAN KENDIRI DENGAN MENGUTAMAKAN SIKAP BERINTERGRITI, BERMAKSUD MENYEMAK DENGAN IKHLAS, TEPAT, DAN MENGIKUT SKEMA DAN ELAKKAN MENIPU DIRI SENDIRI. SELEPAS SIAP, LETAKKAN BUKU KERJA ANDA DI ATAS MEJA SAYA DI BILIK GURU UNTUK SEMAKAN KEDUA GURU.
ISNSYAALLAH, SAYA AKAN PAPARKAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN PADA HARI KHAMIS - 15/9/2017
2 ulasan:
Apakah maksud maka kertala sari pun kembali ke tempatnya singgah itu
Baik
Catat Ulasan