Selepas Kem Kecemerlangan berakhir iaitu selepas slot Kertas Bahasa Melayu 2, pelajar ting. 4 dan 5 telah diedarkan fail dan tugasan berdasarkan sembilan mata pelajaran teras SPM oleh Puan Fauziah Kamarudin. Justeru, kepada pelajar ting. 4 dan 5, boleh mencetak Bahan Kerja Rumah yang disertakan di bawah. Untuk makluman pelajar, sifat bertanggungjawab, rajin, berusaha, dan sifat jati diri yang mampan amat diperlukan semasa pelajar melakukan tugasan berkenaan. Tanpa sifat-sifat berkenaan anda sebagai pelajar kluster kecemerlangan akan 'hilang' maknanya.
Sebagai seorang pelajar kluster, pastikan anda melakukan kerja-kerja yang ditugaskan. Ketua kelas akan mengumpulkan kerja-kerja anda pada 10/6/2013 dan seterunya kerja-kerja berkenaan akan diserahkan kepada Tuan Pengetua. Selepas itu kerja-kerja berkenaan akan diserahkan kepada guru mata pelajaran untuk semakan. Untuk mata pelajaran bahasa Melayu, saya akan selaraskan tugas anda untuk memastikan tugas berkenaan sistematik.
Tugasan Pertama: ( Rumusan Teks dan Soalan Pemahaman Teks Umum )
Latihan selanjutnya akan saya sertakan selepas ini, insyaAllah. Kemungkinan kerja yang anda perlu lakukan berkaitan karangan berpandu dan umum, sama ada menyalin karangan terbaik PPT 2013 atau anda dikehendaki mengarang. Hal ini kerana sepanjang saya menyemak karangan pelajar, kebanyakan karangan disemak kurang mantap, antara kelemahannya adalah dari sudut memulakan perenggan pengenalan tidak matang dan menarik terutama pelajar tidak memberikan penumpuan terhadap impak pengenalan terhadap karangan yang dihasilkan. Seterusnya bahagian pengolahan isi, kebanyakan pelajar tidak memberikan contoh berkesan terhadap isi yang ditulis, seterusnya, pelajar gagal menyelitkan frasa menarik dalam setiap perenggan karangan sedangkan anda sepatutnya menulis ayat kreatif tersebut sekiranya berkait dengan isi yang anda tulis. Selain itu, dalam bahagian fokus soalan, ada pelajar yang tidak sedar bahawa soalan pertama berfokus diri dan sepatutnya anda memfokus diri anda semasa mengarang, seterusnya soalan kedua berfokus kepada keluarga iaitu peranan ibu bapa, dan fokus seterusnya, Selain itu, terdapat juga segelintir pelajar tidak memberi penekanan kepada tatabahasa, binaan ayat yang gramatis dan ini kemungkinan besar kerana pelajar tidak menyemak semula karangan setelah mengarang. Terdapat juga pelajar yang tidak mengaplikasi kriteria karangan cemerlang yang saya tekankan setiap kali anda membuat latihan karangan, seperti karangan berpandu perlu empat isi dan muka surat atau kepanjangan karangan perlu dua muka surat, sementara karangan umum lima isi dan kepanjangannya tiga muka surat. Sebelum itu, faktor utama markah kertas bahasa Melayu anda rendah adalah kerana markah karangan anda tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu, selepas cuti ini bahagian karangan akan saya berikan penekanan.
Selain itu, di bahagian kertas bahasa Melayu 2, kelemahan pelajar semasa menjawab soalan adalad di bahagian pendapat soalan pemahaman, selain binaan ayat bagi kata yang diberikan, bahagian ayat aktif dan pasif, peribahasa, dan soalan novel. Jika, berkesempatan saya juga akan mengulas kelemahan-kelemahan tersebut. InsyaAllah dan semua bergantung kepada masa lapang saya. Saya juga sedar, terdapat segelintir pelajar tidak mengikuti perkembangan bahan yang saya tulis dalam blog ini kerana banyak bahan dan kemahiran berguna yang saya masukkan untuk anda. Justeru, selalulah membuka blog ini kerana blog ini merupakan wahana ilmu yang boleh memantapkan kemahiran anda menjawab soalan kertas bahasa Melayu.
Apapun , selamat bercuti saya ucapkan dan dalam masa yang sama ingat bahawa anda perlu melaksanakan tugasan diberi dan hasilan tugasan berkenaan perlulah bermutu.
Sebagai Kerja :- Salin semula kelima-lima karangan di bawah.
Atau anda salin jawapan karangan rakan anda terbaik dan akan saya lampirkan kemudian. InsyaAllah.
Contoh karangan Umum ( Soalan Satu )
Dalam dunia alaf baru ini, pelajaran
merupakan wahana yang mampu mentransformasikan kehidupan sama ada kepada
seorang pelajar mahupun kepada keluarganya. Ibu bapa saya mengharapkan saya berjaya
dalam peperiksaan dan seterusnya mengubah
keadaan hidup kami sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
kerana ibu bapa saya penoreh getah. Justeru, sebagai seorang anak sulung daripada
tiga orang adik beradik, saya akan cuba mengotakan harapan ibu bapa saya agar saya
mampu mengubah kehidupan kami sekeluarga. Sebagai seorang pelajar yang bercita-cita menjadi
seorang doktor, saya perlu melakukan beberapa inisiatif untuk berjaya dengan cemerlang
dalam peperiksaan SPM yang bakal saya hadapi pada bulan November tahun ini. Sekiranya
saya gagal mendapat keputusan cemerlang sudah pasti ibu bapa saya akan berasa sedih
dengan pencapaian saya dan sudah pasti cita-cita saya hanya tinggal kenangan. Justeru, beberapa inisiatif telah saya lakukan untuk menggapai
cita-cita saya tersebut.
Langkah yang pertama yang akan saya
lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ialah saya akan sentiasa
memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya
memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu
pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan
seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan
terlibat secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria supaya saya
tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati
apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau
yang saya ulangi. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan
oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak
ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat
sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami terutamanya melibatkan mata pelajaran sukar seperti Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, dan bahasa Inggeris. Hal ini kerana berdasarkan satu kajian
yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan
pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan mereka
sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk
yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya, memberi tumpuan ketika
guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah yang
diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah dalam mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.
Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan
menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas
sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian
kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar
menguruskan masa secara berkesan supaya mereka mempunyai masa yang
mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu
belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya akan sentiasa bersedia apabila peperiksaan sudah hampir kerana
peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula,
kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang
telah membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat
persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang
kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali” maka
mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya,
pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat
persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang
akan saya duduki nanti.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan
membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara
berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice
makes perfect”. Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya
akan menjadi, “praktis asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa
maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia
akan mencapai kecemerlangan dalam hidup. Saya akan membuat latihan bagi setiap
mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana
saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan
biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga
akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”.
Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara
berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran,
terutamanya dalam mata pelajaran yang ada kaitan dengan bidang kedoktoran. Tegasnya, saya membuat lebih banyak
latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya
akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas
tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di sekolah, bolehlah saya bertanya
kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah
menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak
kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”.
Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di dalam
kelas, maka bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas
tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka
saya akan mudah ingat dan saya juga akan menguasai sesuatu topik itu.
Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat
tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga
boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program
yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya
saya menyertai program-program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan
dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya,
penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen
merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.
Langkah yang berikutnya ialah saya
akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa. Saya tidak akan dapat
cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan kedua,
malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara
kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak bermakna gagal
selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau
cabaran yang saya hadapi. Mahatma Gandhi salah seorang pemimpin tersohor
India pernah berkata “Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil. Berusaha
dengan keras adalah kemenangan yang hakiki. Contohnya, jika saya gagal mendapat
penyelesaian untuk menjawab sesuatu soalan, saya tidak akan cepat putus asa,
malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Selain itu, saya akan sentiasa merujuk
sebarang permasalahan yang saya hadapi terutama dalam mata pelajaran yang belum
saya kuasai kepada guru mata pelajaran. Hal ini kerana guru-guru merupakan
pembimbing, dan pajar rujuk terbaik untuk mengatasi sebarang masalah yang saya
hadapi dalam memperkasakan kemahiran mata pelajaran yang belum saya kuasai.
Disamping itu, saya juga akan merujuk rakan sebaya untuk mengatasi sesuatu
permasalahan dalam mata pelajaran. Jika hendak seribu daya , jika tak hendak
seribu dalih. Alah bisa tegal biasa, pepatah dan peribahasa Melayu sering saya
amalkan dalam usaha untuk mempertingkat usaha menguasai kelemahan saya dalam
mata pelajaran. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi
halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan saya tidak akan
mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Akhir sekali, saya juga akan
mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan
sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong
dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”, Kenyataan ini pasti benar
kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa
patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak
di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk
belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan berusaha secara gigih untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan dorongan ibu bapa, saya tahu
walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya tidak mungkin dapat
memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu dan
dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa
berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan
kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah
mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa
berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberian-Nya.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,
saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya tulis dalam perenggan
di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan
saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam
peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada
malam-malam yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan sudah pasti masa depan kita akan kelam kerana kejayaan
akan menentukan masa depan kita, jika tidak kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan.
Oleh itu, saya akan belajar berungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi
arang. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Contoh jawapan karangan soalan kedua.
Dalam kehidupan sehari-hari, apabila
kita keluar saja dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau
memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran.
Betapa pun kita mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang
jauh menyebabkan pergantungan kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan
orang yang dekat dengan kita sejak lahir. Menurut perspektif Islam, konsep
jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah
atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula
membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan
bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang
menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain
dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan,
usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat
Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan
dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam
melakukan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang
dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota
masyarakat, semakin meluntur. Oleh itu, semua lapisan masyarakat
terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif
wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya
semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha
perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap
daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai
aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat
setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti
tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat
dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan
berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu
mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak
cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong
ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara
dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong
memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar
aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui
cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran.
Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti .
Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk
mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti
gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah
menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya
mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa
perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke
bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai
anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai
semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka.. Apabila
mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi
kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil
tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka
supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian
kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi
masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan
bantuan orang lain. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka
ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua
keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan
daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya.
Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan
menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka.
Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti
mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga
mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu
sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan
silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak
bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali
antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk
berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati
juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih
memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.
Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya
Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah
dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis
rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih
dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat
hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan.
Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu
mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang
bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah
menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai
langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak.
Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak
menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan
menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh
jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini akan
menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang
serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak
berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah
dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat
kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat
serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup
diibaratkan ‘ seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’.
Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi
bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip
“cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita,
sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran
kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman
dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah
sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya
kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah
menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti
Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk
mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap
diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh
membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan
yang disediakan. Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak
tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai
satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah
melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan
sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga ,
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan
sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat
setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal
atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini
seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat
dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan
semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam
kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak
supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk
semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat
penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan mmmembentuk
perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal,
kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat
untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa
menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang.
Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita
sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan
jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran
Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan
dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan.
Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah
utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk
memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa
aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
kenal-mengenali”.
Contoh jawapan karangan soalan ketiga.
Dalam mendepani era modenisasi ,
dunia menyaksikan iktisad negara yang membangun seperti cendawan tumbuh selepas
hujan , negara yang membangun ini boleh diibaratkan seperti tenggelam sama
basah , timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin yang lain . Namun
dasawarsa ini , isu sukan kerap menjadi polemik dalam kalangan marhaen di
Malaysia . Isu ini acap akali menjadi tajuk
perbualan rakyat sama ada di muka akhbar mahupun di kedai kopi . Sukan boleh
ditakrifkan sebagai aktiviti yang mengeluarkan peluh yang menyihatkan badan .
Kebiasaannya semua golongan sama ada tua atau muda perlu memupuk minat terhadap
terhadap sukan . Hal ini kerana terdapat banyak manfaat yang boleh kita
perolehi dengan bersukan seperti dapat memupuk perpaduan rakyat dan kaum .
Meskipun begitu , kebanyakan remaja pada zaman milenium ini tidak cenderung ke
arah bersukan bahkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang kurang sihat .
Pada mereka , aktiviti bersukan hanya membuang masa dan memenatkan meraeka .
Sementelahan , mereka lebih meminati aktiviti yang menghiburkan mereka seperti
melayari internet . Dalam pada itu , masih ada remaja yang mengamalkan sukan sebagai
salah satu aktiviti harian mereka . Remaja yang tidak berminat terhadap sukan
boleh dianalogikan sebagai lebah yang tidak suka akan madu . Seyogia , remaja
perlulah cakna akan kehidupan mereka . Menurut pemain badminton Malaysia ,Datuk
Lee Chong Wei , kita mestilah bersukan untuk mempunyai kehidupan yang sihat dan
positif. Oleh itu , semua pihak perlulah berganding bahu bagi memupuk semangat dan minat terhadap sukan
dalam kalangan remaja di Malaysia . Langkah – langkah yang pragmatik dan
sistematik perlulah dijalankan untuk mereealisasikan impian ini kerana Presiden
Soekarno pernah berkata , berikan saya sepuluh remaja , nescaya saya akan
menggegarkan dunia
Memetik wasitah nirmala
seterusnya , pihak kerajaan jaga memainkan peranan yang penting mengalakkan
minat bersukan dalam kalangan remaja . Hal ini kerana , para remaja hari ini
kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersukan . Prakarsa yang
dapat diambil oleh pihak kerajaan ialah memberikan galakan kepada para remaja
dan menyediakan pelbagai infrastruktur . Antaranya, pihak kerajaan boleh
membina gelanggang futsal , gelanggang badminton dan gelanggang sepak takraw di
setiap komuniti dalam daerah atau negeri . Natijahnya , para remaja akan
semakin bersemangat dan berasa lebih selesa untuk menceburkan diri dalam bidang
sukan . Hal ini secara tidak langsung , dapat menarik minat remaja untuk
melakukan aktiviti yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak
bermanfaat. Charles Cahier pernah menyatakan bahawa nilai manusia adalah
semahal matlamatnya . Tambahan pula , pihak kerajaan melalui Kementerian Belia
dan Sukan boleh menganjurkan aktiviti –
aktiviti sukan yang melibatkan perlawanan antara daerah, negeri sehingga ke
peringkat kebangsaan . Sebagai tamsilnya dengan mengadakan liga bola sepak
antara daerah, pasukan yang berjajaya boleh mewakili daerah ke peringkat negeri
dan seterusnya . Impak daripada usaha kerajaan ini akan menyemarakkan lagi
semangat bersukan dalam kalangan remaja pada hari ini. Contohnya, penganjuran Sukan
Malaysia ( SUKMA ) yang diadakan dua tahun sekali jelaskan menunjukan bahawa
ramai atlet yang terdiri daripada kalangan remaja yang menyertainya . Bagi
mewujudkan sebuah industri sukan yang gemilang di negara kita , kerajaan tidak
seharusnya bersikap lepas tangan . Seyogia , kerajaan perlu berusaha sedaya
upaya agar industri sukan di negara kira Malaysia setaraf dengan industri sukan
di negara maju dan diiktiraf oleh dunia . Usaha yang jitu yang ada pada remaja
untuk menggiatkan diri dalam aktiviti sukan ini bertepatan dengan peribahasa
Melayu ,hendak seribu daya tak nak seribu dalih . Oleh itu , jelaslah bahawa
begitu besar peranan kerajaan dalam memotivasi remaja ke arah melibatkan diri
dalam aktiviti sukan.
Dari sudut penglibatan badan bukan
kerajaan , peranan pihak swasta tidak boleh dikesampingkan dalam memupuk minat
bersukan dalam kalangan remaja . Pada masa ini , pihak swasta telah banyak
memainkan peranan mereka dengan menaja
para atlet negara kita. Pemain bola
negara kita Safee Sali telah mendapat durian runtuh daripada pihak swasta yang
telah menaja beliau sebanyak RM2 juta . Selain itu , atlet sukan badminton
Negara kita iaitu Datuk Lee Chong Wei turut menerima habuan daripada Syarikat
Pengeluar Air 100 Plus atas pencapaian beliau mengharumkan nama negara di
persada antarabangsa. Memetik hujah yang dinukilkan oleh Bapa Pemodenan Kereta
Dunia , Henry Ford, datang bersama ialah permulaan , menjaga bersama ialah
kemajuan, bekerjasama ialah kejayaan. Oleh itu , pihak swasta tidak boleh bersikap
menutup sebelah mata terhadap atlet – atlet yang baru menempatkan diri dalam
industri sukan negara kita . Pihak swasta seharusnya terus membantu para atlet
dan tidak bersikap seperti harapkan sokong , sokong membawa rebah . Pihak
swasta tidak seharusnya bersikap bena tak bena terhadap atlet yang berpotensi
tinggi kerana mereka juga perlu membantu untuk meningkatkan mutu sukan dalam
kalangan atlet dan remaja. Dalam memberi inisiatif dan bantuan ini, pihak swasta harus ikhlas dan tidak
mengharapkan balasan daripada kerajaan semasa menghulurkan bantuan dan tajaan
kepada para atlet . Sekiranya pihak swasta bersinergi dan berganding bahu
dengan para atlet negara, maka martabat sukan Malaysia mampu berdiri megah di
mata dunia dan duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan atlet sukan negara maju yang lain.
Kalau tidak dipecahkan ruyung ,
manakan dapat sagunya . Anak – anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang
mencorakkannya sama ada menjadi bangsa mundur atau berjaya.. Bagi menaikan lagi
taraf sukan di Malaysia , sokongan dan dorongan daripada ibu bapa merupakan
tunjang untuk menyemarakkan lagi semangat sukan dalam diri anak – anak . Hal
ini kerana , aktiviti sukan dapat menghindarkan diri remaja daripada terjebak
dalam gejala hedonisme . Uswahnya , remaja zaman kontemporari kini lebih suka
menghabiskan masa dengan melepak dan terlibat dengan budaya kuning yang
berkiblatkan Barat . Hatta , ibu bapa haruslah mendisiplinkan sahsiah anak –
anak mereka dengan menjadi suri teladan yang baik kepada mereka . Sementelahan
ibu bapa perlu memanfaatkan cuti umum yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan
untuk membawa anak – anak beriadah bagi memupuk minat bersukan dalam kehidupan mereka . Datuk Seri Tun Abdul Razak Hussein
pernah berkata , disiplin yang baik terbentuk daripada sikap yang biak hasil
daripada pemimpin yang teladannya baik . Malahan , hubungan silaturahim antara
ibu bapa dengan anak – anak dapat dieratkan . Seyogia , remaja perlu memupuk
sikap bertanggungjawab dalam diri mereka . Menurut , Tun Dr. Mahathir Muhammad
, kebebasan beerti tanggungjawab ,
tanggungjawab beerti berusaha , bertindak serta berdikari dan kejayaan yang
dicapai daripada usaha seseorang itu tidak ternilai harganya . Tuntasnya , melentur
buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa perlu memberi didikan awal dan bersikap
cakna terhadap aktiviti sukan anak – anak mereka kerana tuah ayam nampak di
kaki , tuah manusia siapa yang tahu . Tamsilnya , Pandelela Renong yang berjaya
memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik London telah diberikan latihan
intensif kecil dalam sukan renang di Sungai Rajang oleh bapanya , Renong Jamh
Joheng . Oleh itu , sokongan dan dorongan ibu bapa amatlah penting bagi
menaikkan nama sukan Malaysia di persada dunia .
Akhirnya,
media masa sama ada media cetak atau media elektronok juga berperanan untuk
memartabatkan mutu sukan dalam kalangan atlet dan remaja. Sebagai media yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat , pelbagai
maklumat sukan boleh disebarkan melalui program media mereka. Antaranya, media masa boleh menyediakan laman
dokumentari tentang kejayaan atlet negara sehingga berjaya dalam aktiviti sukan
di peringkat antarabangsa, menjalankan temubual eksklusif dengan atlet ternama
negara, malah mengubahsuai kehidupan atlet dengan menerbitkan drama mengenai
sejarah hidup mereka. Selain itu, media masa juga boleh memberi penerangan
mengenai program sukan yang diadakan oleh agensi sukan negara seperti program
Kementerian Belia dan Sukan, serta dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, pada masa yang sama remaja akan dapat
mengenali atlet sukan negara yang pernah melakar kejayaan
sukan buat negara di peringkat antarabangsa seperti Azizul Hasmi Awang dan
Datuk Lee Chong Wei , Dato’ Nicol David, Pandalela Renong dan sebagainya.
Sekiranya , media masa memberi pendedahan kepada golongan remaja dengan
rancangan terbitan mereka, sudah pasti para remaja akan terdorong melibatkan
diri dengan aktiviti sukan dan tidak
mustahil lebih banyak ikon sukan dapat dilahirkan yang akan menjadi idola para
remaja. Malah, dengan adanya program media masa seperti ini, remaja kita akan
sedar bahawa atlet sukan kita tidak ada bezanya dengan atlet sukan negara lain,
paling utama usaha dan semangat patriotik merea untuk memartabatkan sukan
negara ke pentas dunia. Tegasnya, media
masa juga berperanan untuk memartabatkan mutu sukan dalam kalangan atlet dan
remaja
Tuntasnya
, sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali dalam
memupuk minat bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru setompok
pinang sekarang . Pihak sekolah seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti dan
program berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar tanpa membenarkan
seorang pun terkecuali . Hal ini disebabkan pada era milinium kini , criteria
kemasukan ke universiti bersandarkan pelibatan murid dalam aktiviti sukan yang
pernah mereka masuki dan pencapaian kokurikulum mereka di sekolah. Statistik
terkini jelas memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan pelapis negara
ini tidak berminat untuk menyertai apa – apa aktiviti sukan yang dijalankan .
Sementelahan , ramai pelajar cemerlang SPM tidak berjaya memasuki ke mana-mana
IPTA akibat tidak mencukupi syarat yang ditetepkan . Hal ini boleh dianalogikan
seperti, barangan yang cantik tetapi tiada manfaat kepada pengguna . Di samping
itu , sukan merupakan satu aktiviti yang mampu memberi seribu satu manfaat
kepada individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti tersebut . Hal ini bersesuaian dengan kata-kata yang pernah dilaungkan oleh
Perdana Menteri Malaysia , badan yang sihat mampu melahirkan otak yang cerdas.
Tambahan pula, Joseph Conrad pernah menyatakan, kejayaan tidak datang kepada
manusia yang leka . Oleh itu, pihak sekolah tidak boleh memandang enteng akan
permasalah ini . Pihak sekolah perlu
memberi dorongan , sokongan dan galakan yang sepenuhnya kepada pelajar yang
mempunyai berkat supaya pencapaian sukan kita standing dengan pencapaian sukan
negara maju yang lain.
Contoh jawapan karangan soalan keempat:-
Pada era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, setiap negara dunia perlu
mengamalkan budaya tolong menolong atau kerjasama antara satu sama lain. Negara
kaya, terutamanya, perlu membantu negara miskin, dan begitu juga sebaliknya
kerana geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau. Bencana alam melanda
tidak mengenal sama ada negara yang dilanda tersebut merupakan negara kaya
mahupun miskin. Hal ini jelas apabila kita menyorot kembali bencana alam yang
pernah melanda dunia, sama di media masa seperti elektronik, mahupun media
cetak seperti bencana tsunami yang berlaku di Aceh dan Jepun, krisis makanan
akibat kemarau di Somalia. Bencana juga berlaku akibat kebiadapan sesetengah
kerajaan dunia yang tidak berhati perut dan bencana ini terus berlaku sehingga
sekarang seperti berlaku di Gaza, Palestin, dan Bosnia Hezogovena pada
suatu ketika dahulu. Impak kejadian tersebut, sama ada semulajadi mahupun
angkara manusia menyebabkan mayat bergelimpangan, bangkai binatang bertaburan
dan harta benda musnah. Ibu bapa kehilangan orang tersayang, dan anak-anak
mangsa bencana alam kebuluran dan terpaksa meneruskan kehidupan mereka dengan
penuh kesengsaraan. Demikianlah senario gara-gara bencana alam dan angkara
kurang persafahaman antara kerajaan dunia. Kehidupan nescaya akan menjadi sukar
untuk mangsa-mangsa berkenaan . Siapakah yang dapat membantu mereka? Jawapannya
sudah pasti negara dunia lain terutamanya negara kaya kerana hidup tak sentiasa
indah, langit tak selalu cerah .
Mari kita kupas dan
perhalusi bantuan masyarakat dunia kepada mangsa bencana berkenaan.
Antara bencana alam mengerikan pernah berlaku adalah di Acheh, Indonesia
pada tahun 2004. Impak bencana alam berskala 9.0 ritcher
merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900 menyebabkan seramai 200,000 kematian
berlaku di Aceh. Malaysia adalah antara negara dunia yang segera memberi
bantuan kecemasan berbentuk bantuan kewangan dan keperluan harian kepada mangsa
bencana alam di negara jiran berkenaan ibarat
hulurkan tangan, ringankan beban. Selain sumbangan kerajaan Malaysia, dana
terus dijalankan oleh badan kewangan seperti anjuran Utusan Malaysia dan
Maybank telah berjaya mengumpulkan lebih kurang RM 8 juta untuk membantu mangsa
tsunami. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan sering
membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Justeru, usaha Maybank yang
mengharapkan tujuh juta pelanggannya menyumbangkan RM 1.00 untuk usaha
mengumpulkan dana merupakan langkah terpuji untuk membudayakan sikap tolong
menolong kepada pelanggannya. Bank Dunia menganggarkan jumlah bantuan yang
diperlukan untuk membangunkan semula Aceh berjumlah USD 5 bilion. Tegasnya,
dengan bantuan kerajaan, pertubuhan badan bukan kerajaan, dan rakyat Malaysia
serta negara dunia lain, kesengsaraan mangsa tsunami Aceh dapat dikurangkan.
Bahkan juga, negara kita akan terus terkenal di persada dunia dan mampu duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.
Skop
perbincangan seterusnya berfokus kepada sumbangan negara dunia dalam bentuk
tenaga dan kepakaran dalam misi membantu mangsa bencana alam. Kejadian
tsunami di Jepun yang berlaku pada tahun 2011, memaparkan betapa nilai
kemanusian merapatkan hubungan sesama manusia. Hal ini terpapar setelah Badan
Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) mengatur tugas-tugas menyelamat, 70
negara dunia telah menawarkan pertolongan kepada Jepun, antaranya negara Cina
yang mengenepikan hubungan tegang dengan kerajaan Jepun demi faktor kemanusian.
Malaysia sebagai sebuah negara yang terkenal dengan sikap terpujinya
bersetuju menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART), Rusia
menghantar Pasukan (ERMACOM) dengan 40 anggota termasuk tiga ekor anjing
pengesan, Singapura menghantar pasukan penyelamat urban, dan pelbagai lagi.
Dengan adanya pasukan penyelamat berkenaan usaha untuk menyelamat dan membantu
mangsa terperangkap akan lebih mudah dilaksanakan kerana pasukan
berkenaan dilengkapi dengan alat pengesan khas, anjing pengesan terlatih serta
pengalaman anggotanya dalam usaha menyelamat. Tegasnya, sumbangan negara dunia
dalam bentuk tenaga dan kepakaran kepada mangsa-mangsa bencana alam dunia dapat menjalin tali silaturahim dan ukhuwah
dengan negara-negara yang terbabit.
Seterusnya, mari kita gunakan minda pelajar kelas pertama untuk memperkatakan
sumbangan negara dunia dari segi rawatan dan kecemasan kepada mangsa bencana.
Masyarakat yang mengalami bencana alam seperti tsunami dan juga
peperangan akibat kebejatan negara yang tidak memperdulikan kesengsaraan
masyarakat negara lain, menyebabkan masyarakat negara berkenaan yang tidak
berdosa menanggung sengsaranya. Fokus perbincangan ini menjurus kepada mangsa
tsunami di Aceh dan mangsa peperangan di Gaza, Palestin. Berbalik kita kepada
fungsi pertubuhan badan bukan kerajaan Malaysia (NGO) antaranya badan
pertubuhan bukan kerajaan seperti MERCY, Badan Amal, Pasukan Bulan Sabit
Malaysia, serta Pasukan Tentera Malaysia. Mercy Malaysia yang merupakan
sebuah pertubuhan bantuan perubatan sukarela, Pasukan Bulan Sabit Malaysia dan
anggota perubatan Tentera Malaysia juga telah menghulurkan bantuan perubatan
kepada mangsa-mangsa bencana alam di kedua-dua negara berkenaan. Bantuan
perubatan amat diperlukan dan dihargai kerana mangsa-mangsa bencana bukan
sahaja mengalami kecederaan parah bahkan menghidap penyakit berjangkit akibat
sumber air yang tercemar dan kekurangan makanan. Bantuan berupa perubatan ini
bukan setakat dapat meringankan penderitaan mereka malah tali ukhuwah negara
akan terjalin dengan negara-negara yang terbabit, bak kata pepatah cubit
paha kanan, paha kiri pun merasa juga. Malah, kita juga pernah menerima
bantuan antarabangsa terutama bencana alam yang menimpa di negara kita
seperti kejadian Highland
Towers dan Bukit Antarabangsa yang
mengorbankan nyawa di negara ini juga telah menerima bantuan antarabangsa
terutama soal kepakaran mencari dan menyelamat. Jelaslah di sini,
sumbangan perubatan dan kecemasan kepada mangsa bencana berkenaan dapat
mengurangkan penderitaan mangsa.
Mari kita perluaskan skop perbincangan seterusnya kepada bantuan membina
prasarana dan infrastruktur yang telah rosak akibat bencana alam yang menimpa
negara berkenaan
.........................................................................................(Sambungkan
)
Akhirnya, skop perbincangan seterusnya menjurus kepada memberikan bantuan
psikologi serta bimbingan dan kaunseling kepada mangsa bencana alam.
............................................ (sambungkan)
Semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dan perbezaan pemahaman
ideologi dalam menghulurkan bantuan dan tidak menjadi enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing . Justeru, masyarakat negara dunia perlu peka
dengan permasalahan yang dihadapi oleh negara jiran walau di mana kita berada.
Kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu menginginkan kehidupan yang
sempurna untuk meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu, amat wajar masyarakat
dunia membudayakan sikap saling membantu selagi kita termampu lantaran buat
baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, malah buat baik berpada-pada buat
jahat jangan sekali. Masyarakat negara dunia haruslah bersama-sama
menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kepada negara-negara yang
dilanda bencana kerana ada pepatah mengatakan hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih. Kerajaan dunia juga sedar, negara kaya seperti Jepun, mampu
lumpuh akibat bencana tsunami pada suatu ketika dahulu. Paling penting melalui
nilai bantu membantu yang diterapkan oleh masyarakat dunia, perasaan muhibah
dapat dipupuk dan seterusnya akan melahirkan masyarakat dunia yang hidup
aman dan sejahtera. Sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya bersyukur
kerana kerajaan dan pertubuhan badan bukan kerajaannya sentiasa terpanggil
untuk membantu masyarakat negara lain yang memerlukan pertolongan kerana berat
mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Contoh jawapan karangan soalan
kelima:-
Dalam mengharungi era ledakan
sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin
lenyap dalam masyarakat. Berita tentang remaja bertindak liar di luar
batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti
gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada-dada akhbar dan
kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan
amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat
dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah disebabkan oleh pengaruh
budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Belanda dan
United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan masyarakatnya. Malaysia
merupakan sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan dasar pintu terbuka
bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara secara halus menghakis sifat
ketimuran yang selama ini diamalkan. Budaya murni masyarakat mula terkubur apabila
“langit terbuka” angkara kemodenan sistem elektronik apabila sistem jalur lebar
negara semakin maju. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh
dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak
fikiran masyarakat. Terdapat pelbagai kepentingan kita sebagai masyarakat
mengamalkan nilai-nilai murni terpuji dalam kehidupan seharian.
Mari kita tumpukan lensa
perbincangan tentang kepentingan mengamalkan nilai murni iaitu untuk mewujudkan
perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan saling menghormati setiap warganegara tidak kira apa jua
warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila wujud sikap saling
menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira
walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam
pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13
Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 iaitu pada
tahun 2012 yang bertemakan Janji Ditepati iaitu slogan kerajaan dalam usaha
memberikan perkhidmatan terbaik dan berkongsi kekayaan negara bersama-sama setiap warganegara. Kejayaan mengekalkan
perpaduan kamu jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita
yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh,
bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang
dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara
dengan mudah. Tegasnya, amalan nilai murni dapat mewujudkan perpaduan kaum
antara masyarakat berbilang kaum. dan seterusnya mempertahan kadaulatan negara
tercinta.
Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang
bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada
masa tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti
ketika tamadun Mesopotamia. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa
berusaha untuk terus melahirkan masyarakat pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hal ini penting kerana generasi pelajar sekarang merupakan pengganti pimpinan
negara pada masa akan datang. Pepatah Melayu ada menyebut ada menyebut yang
datang pasti akan pergi, yang patah pasti tumbuh dan yang hilang pasti akan
berganti. Begitu lumrah kehidupan manusia
Imam Al-Ghazali pernah berkata “Sekiranya kamu ingin melihat masa depan
sesuatu bangsa, maka lihatlah generasi mudanya.” Jelaslah, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih
bertamadun.
Namun
begitu, senario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar
sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri
dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam Zaman
Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah
sangat rendah. Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat
kkit lagi memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk
mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untuk
mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar
untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran
matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.
Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat
yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi
layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini
penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam
diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan
kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai
oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam
dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan
pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur
dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun
sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi
bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam
bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai
yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam
masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan
raga setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing
agar merekadapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.
Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi dan kaya dengan nilai murni juga dapat
dilahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat mentadbir negara dengan ikhlas,
bertanggungjawab akan sentiasa mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam
pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara
kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan
negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan
mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta
dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi
bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain
akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi
menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah.
Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan terkenal di persada
dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat
kita.
Individu yang berbudi bahasa juga akan memperoleh pelbagai kemaslahatan,
antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang
berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan
perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau
kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tida akan menyinggung perasaan
orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh orang lain.
Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan
keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi
bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil
lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk
melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat
direalisasikan.
Natijah, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi
kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan
semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah
menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai
infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah
disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk
negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia.
Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan
mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa
untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun
2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari
memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan