Rabu, 19 Oktober 2016

PROGRAM CO LULUS BAHASA MELAYU, PEJABAT PPD PERAK TENGAH TAHUN 2016.






PROGRAM CO HALUS BAHASA MELAYU 2016
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH


BAHASA MELAYU KERTAS 1


Bahagian A (Set 1)

[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada amalan hidup berjiran. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan semangat kejiranan.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.





BAHASA MELAYU KERTAS 1

Bahagian A (Set 2)

[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 minit]


Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.






  

BAHASA MELAYU KERTAS 2

Soalan 1: Rumusan  ( Set 1)
(30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti, buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya dan cara-cara mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Kemalangan sering berlaku apabila tibanya musim perayaan dan cuti persekolahan. Pelbagai idea dan cadangan yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini, namun statistik tetap menunjukkan peningkatan kes kemalangan jalan raya ini saban tahun. Masalah utama ialah bagaimana caranya untuk mengubah sikap pemandu supaya memandu dengan berhemah. Jelas bahawa kemalangan berlaku diesebabkan oleh sikap pemandu seperti kecuaian, tidak bertimbang rasa, angkuh dan sering ingin sampai cepat ke destinasi. Kemalangan menyebabkan kerugian berbilion ringgit, namun nilai sebesar itu tidak dapat disamakan dengan kehilangan nyawa. Kemalangan jalan raya membabitkan semua pihak sama ada pemandu atau pejalan kaki. Setiap kali laporan kemalangan dibuat, kebanyakan  kemalangan melibatkan penunggang motosikal.

            Pelbagai faktor  yang menyebabkan berlakunya kemalangan, antaranya ialah lebih 50 000 pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Golongan yang tidak mempunyai lesen ini boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain,terutamanya golongan remaja yang masih berada di bangku sekolah. Masalah ini berlaku kerana sikap ibu bapa yang terlalu percaya kepada cara pengendalian kenderaan oleh anak-anak mereka. Mereka tidak memikirkan risiko yang akan terjadi kepada anak-anak mereka yang sebaliknya juga merupakan masalah kepada mereka sendiri. Ibu bapa begini seolah-olah mendidik anak–anak melanggar peraturan jalan raya .Golongan muda yang berumur dalam lingkungan antara 16 hingga 25 tahun yang banyak mengalami kemalangan jalan raya. Adakalanya,kemalangan sengaja ditempa oleh mereka dengan merempit atau menunggang tanpa memakai topi keledar.

            Selain itu,masalah teknikal seperti kerosakan jalan raya juga menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya ini. Malah terdapat selekoh-selekoh maut yang masih dibiarkan dan tidak ada perubahan yang dilakukan.Perlumbaan haram yang sering dilakukan oleh remaja sekarang ini juga menjadi punca kemalangan. Memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk sering dikaitkan sebagai punca kemalangan khususnya pada waktu malam. Faktor bencana alam seperti tanah runtuh dan tiupan angin juga berkemungkinan menjadi penyebab, namun kebarangkalian agak berkurangan berbanding dengan sikap pemandu itu sendiri. Kemalangan jalan raya di negara ini amat serius. Contohnya dalam masa 1 hingga 26 September tahun ini, sebanyak 369 kes kemalangan maut yang berlaku dan mencatatkan kematian sebanyak 329 kes.

            Sesuatu yang amat ketara berkaitan dengan kemalangan ialah apabila ada penguatkuasa di sesuatu kawasan, kadar kemalangan di kawasan tersebut akan menurun secara mendadak. Pemandu kenderaan akan memperlahankan kenderaan dan mematuhi undang-undang jalan raya. Sebaliknya apabila tiada penguatkuasa kadar kemalangan akan meningkat semula di kawasan tersebut. Jika orang ramai yang memerhatikannya, pemandu terbabit tidak menghiraukan kerana orang biasa tidak mempunyai kuasa undang-undang. Hal ini bermakna pemandu di negara ini hanya takut kepada penguatkuasa sahaja daripada sayangkan nyawa dan harta benda. Negara akan mengalami kerugian yang besar akibat kemalangan, terutamanya kematian rakyatnya yang mempunyai tenaga kerja mahir. Setiap pemandu perlu berwaspada semasa berada di jalan raya dan mengambil langkah-langkah keselamatan. Jangan jadikan jalan raya di negara ini sebagai sungai maut.
                                                                                                                                                                                                                         Disesuaikan daripada Rencana Pengarang Perbetulkan                                                                                                                        Sikap Pemandu’, Utusan Malaysia, 28 September 2005)


Soalan 1: Rumusan  ( Set 2)
(30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu dan kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

       Gerakan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu bukanlah suatu isu baharu. Gerakan ini bermula sekitar tahun 160-an. Pelbagai usaha dilakukan  secara berterusan untuk memastikan bahasa Melayu terus menjadi wadah perpaduan masyarakat pelbagai etnik di negara ini merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Untuk itu, kerajaan telah menetapkan bulan Oktober pada setiap tahun sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan. Tujuannya cukup jelas sebagaimana dinyatakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu untuk memantapkan , memperkukuhkan , dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Program ini juga perlu untuk menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan dan menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

       Banyak orang yang lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perantara serta bahasa pertukaran dagangan dan lingua franca gugusan Kepulauan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, setiap warga Malaysia mestilah menyanjung tinggi kedudukan bahasa Melayu secara ikhlas dan jujur. Kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan wajar dipelihara berdasarkan Perkara 152 yang menekankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi jelas menunjukkan bahawa kelonnggaran penggunaan bahasa lain merupakan kompromi tetapi tidak boleh menyanggahi kedudukan bahasa Melayu.

       Perencanaan memartabatkan bahasa Melayu perlu dilakukan dengan rapi dan kemas. Kementerian Pendidikan Malaysia sejak sekian lama menetapkan prasyarat untuk mendapatkan sijil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, seseorang calon wajib lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia. Langkah ini dapat memastikan semua murid tanpa mengira kaum akan menitikberatkan pembelajaran bahasa Melayu dan seterusnya dapat menjadikan mereka warganegara yang mempunyai perasaan cinta akan bahasa Melayu. Selain itu, , Majlis Mendaulatkan Bahasa Melayu perlu ditubuhkan secara langsung dan diuruskan oleh Pejabat Perdana Menteri supaya lambang keagungan tanah aiar ini tidak diragut maruahnya. Akta Bahasa Kebanggsaan dan Akta Pendidikan serta Akta Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu dikuatkuasakan untuk mendaulat, memperkasa , mengangkat , memelihara, membimbing, dan melatih seluruh warga Malaysia melalui bahasa kebangsaan.

        Di samping itu, semua kementerian, agensi kerajaan dan pihak swasta hendaklah memainkan peranan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana dalam penyaluran maklumat kepada orang awam. Kerajaan perlu menetapkan semua urusan jabatan kerajaan ataupun swasta sama ada surat-menyurat atau penulisan dokumen dibuat dalam bahasa Melayu. Tindakan ini akan memastikan usaha mendaulatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan berkesan  dan dilakukan secara lebih berstrategi, berfokus, dan realistik. Dalam mendepani Wawasan 2020, kita mahu melihat masyarakat berminda kelas pertama dengan infrastruktur dan kemudahan bertaraf dunia. Bukan itu sahaja impian kita, malah kita mahu masyarakat minda kelas pertama ini merupakan masyarakat yang tahu menghotmati bahasa kebangsaan sebagai jambatan penyatuan pelbagai kaum di samping kekal sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,dan bahasa ilmu. Kalau bukan kita , siapa lagi?
                                                                                              Dipetik dan diubah suai daripada
                                     “Bahasa Jiwa Bangsa Bukan Retorik”
                                         Oleh Dr. Sivamurugan Pandian,
                                      Utusan Malaysia, 15 Oktober 2014

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa  ( 30 markah )
Soalan 3 (a)
Bina ayat berdasarkan perkataan di bawah.
i)         sakit
ii)        merdeka
iii)       sekolah
iv)       kipas
v)        kedai
vi)       kereta
[ 6 markah ]

Soalan 3(b)
Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i)           Penduduk Taman Indera  telah menebang pokok-pokok pisang yang condong ke jalan.

ii)          Saya mengibas perabot yang tidak digunakan itu dengan sehelai kain untuk menghilangkan habuk.

iii)         Puan Siti menggunakan kad kredit sewaktu membeli baju yang cantik itu.

iv)         Badrul Amin mengirim sepucuk surat kepada datuknya di kampong.

v)          Awak hendaklah menjaga motosikal itu dengan sebaik-baiknya.

vi)         Kita tidak boleh merosakkan harta benda awam.

[ 6 markah ]





Soalan 3 (c)
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i)              Encik Hazama diundang meresmikan majlis itu kerana beliau adalah wakil rakyat kawasan disebutkan. 

ii)           Ibu memerap santan untuk dimasuki ke dalam gulai.

iii)         Jenerasi muda pada hari ini perlulah menghargai jasa dan pengorbanan yang mencurahi oleh ibu bapa mereka.
[ 6 markah ]


Soalan 3 (d)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i)      Murid-murid di sekolah itu saling bantu-membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan gersang di belakang kantin sekolah.
ii)   Senarai peserta-peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan pada pengetua untuk diluluskan.
iii)   Orang yang berusaha rajin kebanyakannya adalah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa untuk mencapai segala impiannya.
[ 6 markah ]





Soalan 3 (e)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isikan satu peribahasa yang mengambarkan situasi tersebut.
i)          Puan Hamimah berasa kecil hati dengan anaknya yang tidak mendengar nasihatnya walaupun sudah dewasa. Sikap anaknya seperti.......................................................

ii)      Keadaan ekonomi yang tidak menentu memerlukan masayarakat berjimat cermat dan membeli barang-barangan mengikut keperluan sahaja kerana...........................

iii)  Nek Kiah.......................................................................................selepas kematian suaminya walaupun dia mempunyai anak yang tinggal di Kuala Lumpur dan bergaji besar tetapi mengabaikannya.
[ 6 markah ]



Soalan 4 : Novel ( Set 1)
[15 markah ]

Jawab  soalan-soalan yang  di bawah berdasarkan novel-novel yung berikut:
i)           Leftenan Adnan WiraBangsa karya Abdul LatipTalib
ii)         Di Sebalik Diuara olehDayang Noor
iii)        Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaui Mat Darin
iv)        Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
v)         Tiraui Karya Beb Sabariah
vi)        Songket Berberung Emas karya Khairudin Ayip
vii)       Bima sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
viii)      Silir Daksina karya Nizar Pannan

(a)    Berdasarkan sebuah buah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.      
( 7 markah)

(b)   Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan  dengan persoalan keberanian dalam menghadapi masalah
 (8 markah)


    Soalan 4 : Novel ( Set 2 )
[15 markah ]

Jawab  soalan-soalan yang  di bawah berdasarkan novel-novel yung berikut:

i)           Leftenan Adnan WiraBangsa karya Abdul LatipTalib
ii)         Di Sebalik Di Muara oleh Dayang Noor
iii)        Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaui Mat Darin
iv)        Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
v)         Tirai Karya Beb Sabariah
vi)        Songket Berberung Emas karya Khairudin Ayip
vii)       Bima sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
viii)      Silir Daksina karya Nizar Pannan

 a)   Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang     terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.      Jelaskan dua contoh yang dapat membuktikan      pernyataan tersebut berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.
( 7 markah)

 b)    Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Huraikan satu peristiwa  yang boleh diteladani      daripada dua buah novel yang telah anda pelajari.
(8 markah)



   


Soalan tambahan:
Soalan 3 ( a )
Tulis dua ayat bagi perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaan.
i)          dingin
ii)         diam
iii)        haus

Soalan 3(b)
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek :_________________________________________
Predikat:_________________________________________

i)              Siti Nurhalizah dan Siti Nurziana merupakan murid cemerlang SMK Seberang     Jaya.

ii)                Beberapa orang peserta perkhemahan pengakap itu dikejarkan ke hospital kerana cirit-birit.

iii)         Perdana Menteri telah melancarkan Perodua Axia bagi menggantikan Perodua  Viva.

[6 markah]

Soalan 3 ( c )
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)  Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan semua murid mengambil insuran   sebagai pelindungan diri ketika terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
(ii) John berhasrat memperdalami kehidupan masyarakat Malaysia yang unik dan   beranika budaya.
 (iii) Sahsiah dan peri laku rakyat yang baik dijadikan nama negara dipandang tinggi di persada dunia.
 [6 markah]


(e)   Lengkapkan peribahasa berikut.

(i)     Di mana bumi dipijak, ___________________________________________.
(ii)    Malu berkayuh perahu hanyut, ____________________________________.
(iii)    Ular menyusur akar _____________________________________________.

[6 markah]



Tiada ulasan: