Khamis, 31 Oktober 2013

PERSEDIAAN AKHIR SEMPENA CUTI BALIK KAMPUNG PELAJAR TING. 5 SMKASAS.

        Salam sayang kepada pelajar Ting. 5 SMKASAS. Maaf, semasa program pagi tadi saya terpaksa keluar daripada Dewan Besar As-Shafie kerana saya menerima panggilan telefon daripada guru untuk menjaga kelas peperiksaan Tingkatan 4. Namun, saya meredhakan segala ilmu saya untuk pelajar aplikasikan dalam peperiksaan pada hari Rabu minggu depan. Cuma dalam saat berbaki dan masa yang ada, paling utama ialah pelajar perlu menguasai format soalan kertas bahasa Melayu 1 dan 2.  Justeru, dalam soal memberi kerja rumah saya tak perlu lagi kerana bahan yang ada pada pelajar sudah cukup sebagai latihan . Cuma apa yang perlu anda lakukan adalah untuk memantapkan kemahiran menjawab format soalan peperiksaan. Untuk makluman perjumpaan kita hanya tinggal hari Isnin dan Selasa. Oleh sebab itu, saya akan cuba lampirkan skema pemarkahan untuk Percubaan Kertas MRSM 2 dan latihan Percubaan Negeri Terengganu tak silap saya untuk membantu pelajar untuk menjawab soalan dan sebarang masalah pelajar boleh kemukakan dalam dua perjumpaan berkenaan. 
           Sebagai bantuan kepada pelajar, anda boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan aplikasi di dalam blog seperti cbox, chatroll atau melalui facebook dan saya akan cuba sentiasa membuka semua talian perhubungan berkenaan untuk membantu pelajar sekiranya mempunyai masalah.

           Sebagai makluman tambahan sebelum saya terlupa, sila kuasai format Surat Rasmi untuk soalan kertas 1 (Karangan). Antara perlu anda ketahui ialah format seperti penulisan alamat pengirim, garisan pemisah sebelum alamat penerima, dan penulisan tarikh. Kemudian panggilan hormat Tuan/puan dan di akhir perlu ada yang benar,  tandatangan penulis dan Nama huruf besar dalam kurungan. Untuk isi, penulisan lebih kurang sama dengan penulisan karangan lain perlu ada kaedah pengembangan deduktif. ( Ayat isi, ayat huraian 1,2,3,4, ayat contoh, ayat penegas dan frasa menarik diselitkan di mana-mana sesuai). Selain itu, anda juga perlu tahu, penulisan Surat Kiriman Tak Rasmi. Peringatan, ini bukan spot tetapi soalan ini telah diuar-uarkan keluar pada tahun lepas dan sebagai pelajar kluster, semua perlu kita tahu. Bahkan juga rujuk juga format penulisan lain seperti laporan, dan rencana.

            Saya akan cuba paparkan soalan, dan jawapan Percubaan SPM Kertas 2 MRSM dalam penulisan saya selanjutnya sebagai membantu pelajar untuk menjawab soalan berkenaan. Jika saya mampu, saya akan sertakan jawapan soalan Percubaan Negeri Terengganu. Doakan saya mampu melaksanakan tanggungjawap tersebut dan doakan kesihatan dan masa yang sentiasa cukup untuk membantu anda. InsyaAllah. Cuba lihat tulisan seterusnya..........

            Jika anda ada masa, lihat bahan-bahan yang ada di dalam blog sebelum ini, namun ada bahan yang telah saya berikan kepada anda seperti yang saya janjikan di dalam blog sebelum ini. Gunakanlah modul berkenaan sebaik-baiknya, contohnya karangan fokus diri dan fokus masyarakat terbaik banyak saya sertakan dalam modul sebelum ini, begitu juga soalan tatabahasa dan peribahasa, banyak saya sertakan cuba jawap yang perlu dijawab dan untuk soalan karangan berfokus cuba lihat cara penulisan pengenalan, cara mengembangkan isi dalam perenggan isi ( Ayat isi, ayat huraian 1,2,3,4, ayat contoh, cara menyelitkan ayat penegas dan frasa menarik dalam setiap ayat atau perenggan berkenaan dan begitu juga perenggan penutup). Saya dapati usaha saya dah sampai ke tahap maksimum untuk membantu anda, jika anda tidak lakukan saya amat sedih. Saya ingin melihat anak didik saya berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2013 bukan sahaja bahasa Melayu tetapi subjek yang lain. Saya akan terus membantu anda dalam perjumpaan hari Isnin dan Selasa, insyaAllah.

Rabu, 16 Oktober 2013

SKEMA JAWAPAN KERTAS MODUL JPN PERAK 2012 UNTUK DUA SET 1, 2, DAN 3 SEBAGAI PANDUAN PELAJAR DAN GURU-GURU

SKEMA JAWAPAN SOALAN MODUL KERTAS 2 SET 1 PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012


SKEMA PEMARKAHAN
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]


SKEMA PEMARKAHAN 
Rumusan
Pendahuluan / Pengenalan [ 2 markah ]
Petikan membincangkan cara-cara /kaedah-kaedah /usaha-usaha /pendekatan / strategi menangani/mengatasi masalah emosi pelajar di sekolah/di negara ini / di Malaysia

Petikan membincangkan cara-cara /kaedah-kaedah /usaha-usaha /pendekatan / strategi menangani/mengatasi masalah emosi pelajar.

Petikan membincangkan  langkah-langkah menangani masalah emosi pelajar

2m


1m



0m
Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)
Markah
S1
satu mekanisme mengenal pasti masalah depresi mental dari peringkat awal perlu diwujudkan oleh pihak sekolah
2m
S2
kaunselor perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedaran ke arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah berkaitan emosi
2m
S3
pentadbir sekolah dan guru kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang perubahan sikap dan tingkah laku murid
2m
S4
mereka perlu mengambil tindakan segera jika terdapat tingkah laku murid yang mencurigakan
2m
S5
jangan mengambil mudah sebarang ugutan atau ancaman khususnya yang dinyatakan di laman sosial
2m
S6
pentadbir sekolah dan guru juga perlu memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan seimbang dari segi JERI
2m
S7
berikan ruang dan peluang kepada murid untuk beriadah / melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
2m
S8
ibu bapa segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah
2m
S9
Ibu bapa tidak menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah menangani masalah tersebut
2m
S10
Persatuan Ibu Bapa dan Guru  menganjurkan Kursus Kemahiran Keibubapaan
2m











Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)
Kebaikan mengatasi masalah emosi murid
Markah
T1
murid lebih  ceria/ gembira berada di sekolah
2m
T2
murid lebih bermotivasi/ berkeyakinan
2m
T3
murid akan cemerlang dalam pelbagai bidang
2m
T4
murid dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif/ sosial
2m
T5
murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran
2m
T6
masalah disiplin murid di sekolah terkawal
2m
T7
murid mempunyai ramai rakan dan kenalan
2m
T8
PDP  dalam bilik darjah berjalan lancar / lebih menarik/ berkesan
2m
Kesimpulan
Markah
Kesimpulannya, masyarakat/semua pihak perlu bekerjasama mengatasi  masalah emosi dalam kalangan murid agar modal insan cemerlang dapat dihasilkan

Kesimpulannya, masyarakat/semua pihak perlu bekerjasma mengatasi masalah emosi dalam kalangan murid

2m


1m



Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

 (i)  Maksud rangkai kata  berpersonaliti unggul.                                                                     
 -    Berkeperibadian / berperwatakan  istimewa/cemerlang/terbaik/ideal                    [2 markah]
-    memiliki sahsiah yang terpuji                                                                                  [2 markah]
 -    Berpesonaliti istimewa/cemerlang/terbaik/ideal                                                     [1 markah]
                                                                                                      [maksimum:2 markah]





(ii)   Kebaikan-kebaikan sekiranya murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.


P1-  Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan
P2-   menambahkan kemahiran
P3-  membentuk semangat berpasukan
P4-   memberi kelebihan kepada pelajar untuk memasuki universiti awam

(2 isi cukup)
                                                                                                      [maksimun 3 markah]
                                                                                                                        

(iii)  Pada pendapat saya, punca-punca murid menghadapi masalah emosi adalah kerana 

P1- murid memendam masalah yang dihadapinya/ tidak meluahkan kepada orang lain
P2- murid mengalami tekanan daripada keluarga/ sekolah/ rakan-rakan
P3- murid mempunyai perasaan rendah diri
P4- murid kehilangan orang yang dikasihi (ahli keluarga) / putus cinta
P5- murid tiada pegangan agama yang kukuh
P6- murid menghadapi masalah dalam keluarga
                                                                                               
                                                            [Maksimum :4 markah]
                (3 isi cukup)
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen ‘Memori Seorang Tua’

(i)         Dua sebab Pak Itam berasa sayu adalah kerana :
            -  Pak Itam  tidak tahu di mana Nur Hidayah, Izwan dan Nuryani Iman berada sekarang
-  Pak Itam mengenangkan Nur Hidayah, Izwan dan Nuryani Iman yang sudah berpuluh-
    puluh tahun berpisah dan tidak pernah berjumpa
            -  Pak Itam terlalu merindui mereka dan ingatan terhadap mereka tidak pernah luput
                                                                                                                                        (2 isi cukup)
                                                                                                                                    [2 markah]

(ii)        Andaikan saya Pak Itam, usaha saya untuk mendapatkan  isteri dan anak-anak yang telah
            lama terpisah ialah :
                                                                       
            -  saya akan berusaha  mencari jejak  mereka  dan berhubung dengan mereka
            -  saya akan membuat iklan dalam surat khabar
            -  saya akan bertanya kepada semua saudara-mara dan sahabat handai yang mengenali
                mereka
            -  saya akan menghubungi stesen televisyen untuk menyiarkan berita dan gambar mereka.
                                                                                                                                    (2 isi cukup)
                                                                                                                        [maksimun:3 markah]
(iii)       Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas ialah :

            -  nilai kasih sayang. Contohnya, Pak Itam selalu mengingati dan merindui keluarganya
               walaupun telah lama berpisah
            -  nilai ketaatan kepada Tuhan. Contohnya, Pak Itam menunaikan solat dan berdoa pada
               waktu malam demi cintanya terhadap Tuhan.                      
 (Pilih mana-mana 1 isi)
                                                                                                                                    [2 markah]




            -  Satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan cerpen ialah :

-  nilai patriotisme. Contohnya, Pak Itam menghabiskan separuh daripada usianya untuk
    memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air sehingga terpaksa meringkuk dalam
    penjara,

            -  nilai bekerjasama. Penduduk Kg. Langat seperti Tuk Mat, , Jali, Isa, dan Latif
               bekerjasama untuk menjayakan majlis  hari jadi Pak Itam yang ke-85.

            -  nilai kerajinan. Contohnya, walaupun sudah berusia 85 tahun, Pak Itam rajin membaca
               surat khabar malahan beliau menggunting dan menyimpan mana-mana keratan akhbar
               yang penting.
                                                                                                                      (Pilih mana-mana 1 isi)
                                                                                                                                          [2 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik ‘Khoja Maimun’

(i)         Maksud terlalu elok rupanya  ialah ;
            -  sangat/teramat kacak parasnya/ wajahnya                                                         [2 markah]

(ii)        Berdasarkan petikan di atas, keadaan Bibi Zanab sepeninggalan suaminya pergi belayar
            ialah :
            -  Bibi Zainab bercinta/bersedih mengenangkan suaminya
            -  Bibi Zainab duduk di tingkap mahligai berangan-angan
            -  Bibi Zainab memandang ke  arah jalan raya
                                                                                                                                    [3 markah]
                                                                                                                                      (2 isi cukup)

(iii)       Pada pandangan saya, tindakan yang perlu dilakukan oleh Bibi Zainab untuk mengubati
            perasaan rindu terhadap suaminya Khoja Maimun yang sedang belayar ialah :

            -  menulis surat menyatakan perasaan rindunya terhadap suaminya yang belayar
            -  melakukan aktiviti yang bermanfaat/berfaedah supaya masa senggangnya terisi
            -  berdoa semoga Allah memelihara keselamatan suaminya
            -  melihat/menatap gambar/ potret/ pakaian suaminya
                                                                                                                                                                                                                                                                                                [3 markah]
                                                                                                                                      (2 isi cukup)





           
                                                                                                                                               
Soalan 2(d) – Sajak ‘Bangkitlah’
(i)            Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas penyajak menyeru anak muda supaya bangkit
            atau bangun dengan segera agar :

            -  mereka tidak menyesal pada hari kemudian                                                               [1m]
            -  bertindak menerokai hasil bumi yang banyak sebelum habis dirampas oleh orang lain
                                                                                                                                                   [1m]
                                                                                                                  [maksimum : 2 markah]

(ii)        Pada pendapat saya, ciri-ciri yang perlu ada pada generasi muda sekiranya ingin  berjaya
            pada masa hadapan ialah : 

            -  memiliki ilmu pengetahuan
            -  mengamalkan ajaran dan suruhan agama
            -  mengamalkan nilai-nilai positif/rajin berusaha/jati diri/berdaya saing/ yakin diri dll
            -  tidak terlibat dengan gejala sosial/kegiatan salah laku
                                                                                                                     [Maksimum 3 markah]
                                                                                                                                      (2 isi cukup)

(iii)       Satu  persoalan  berdasarkan  rangkap dua dan rangkap keempat sajak tersebut.ialah :

            -  banyak peluang yang tersedia dan kebahagiaan yang patut direbut, namun generasi
                muda malas untuk bertindak                                                                                      [2m]
            -  generasi muda akan berdepan dengan masalah jika terus leka dan mereka akan
                menangis dan menyesal sepanjang hayat jika kehilangan segala-galanya.               [2m]
                                                                                                                      [Maksimum:4 markah]



   
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
(a)      i. mentah-mentah
   1) tidak dimasak atau direbus( barang-barang makanan dll)
Contoh ayat: Kebanyakan makanan kita tidak dimakan mentah-mentah,    tetapi dimasak terlebih dahulu
2) tidak dengan berhasrat apa-apa, dengan begitu sahaja, bulat-bulat
    Contoh ayat: Jacinta menolak mentah-mentah lamaran seorang anak muda   yang berkedudukan baik.

ii. hidup-hidup
   1) benar-benar hidup, (dalam keadaan) masih hidup
Contoh ayat: Pengganas itu telah cuba membakar seorang majistret dan  seorang pegawai polis hidup-hidup.

 
iii. diam-diam
     1) dengan tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit
Contoh ayat: Dalam diam-diam, Ekran memendam hasrat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

iv. siang-siang
      1) lebih awal (daripada yang sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas
Contoh ayat: Siang-siang lagi Zuraini dan adiknya sudah keluar bermain di taman permainan kanak-kanak berdekatan rumah.

v.  senyap-senyap
      1) tidak dengan berkata-kata, secara rahsia
Contoh ayat: Abang Mazran menjalankan    perusahaan itu    secara senyap-senyap kerana dia ingin memberi kejutan kepada emak dan ayah.

vi. jauh-jauh
       1) sejauh mungkin, jauh sekali
Contoh ayat: “Duduklah jauh-jauh kerana saya tidak tahan dengan bau badan kamu yang busuk,” kata Finaz kepada rakannya.
       [Maksimum : 6 markah]

(b)        i- Hang Tuah  meminta sultan supaya jangan/tidak berasa khuatir kerana dia akan memastikan lanun-lanun itu ditangkap dan dihukum.
            ii- Amira bertanya kepada Ellina sebab-sebab Ellina terlewat kerana menurut Amira dia sudah hampir satu jam menunggu Ellina di situ.
            iii- Cikgu Ali memberitahu Faizal bahawa dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang. Menurut Cikgu Ali, tentu rugi jika Faizal tidak mahu menyambung pelajarannya. 
[Maksimum : 6 markah]

(c)        Kesalahan ejaan
            i-   faksimili                 -           faksimile
            ii-  demotrasi               -           demontrasi
            iii- media masa            -           media massa

           
Kesalahan penggunaan imbuhan
i-                    mendekati       -           berdekatan
ii-                  menadah          -           tadahan
iii-                dimaklumi       -           dimaklumkan
[Maksimum : 6 markah]


(d)      i-    Borang Tafsiran Cukai                   -  Borang Taksiran Cukai 
                di Lembaga Hasil Dalam Negeri     - kepada Lembaga Hasil Dalam    Negeri
                      ii-   menyemak               -           memantau
                           masa ke semasa        -           masa ke masa / semasa ke semasa

iii- diagihkan               -           dihadiahkan / diserahkan / diberi 
     Hadiah yang mereka beli –    Hadiah yang dibeli oleh mereka

[Maksimum : 6 markah]
(e)  Peribahasa
    i) mulut tempayan
  ii) lembu punya susu, sapi dapat nama
 iii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
[Maksimum : 6 markah]

Soalan 4: Novel
[15 markah]
Skema Jawapan Novel
Panduan pemarkahan bagi soalan 4
4(a) Peristiwa yang menyedihkan
(i)                 Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
(ii)               Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii)             Berikan 2 markah bagi setiap peristiwa yang lengkap.
(iv)             Berikan 1 markah bagi setiap peristiwa yang kurang lengkap.
(v)               Markah isi maksimum 4 markah (maksimum 2 markah bagi setiap isi).
(vi)             Markah bahasa maksimum 3 markah.
(vii)           Markah bahasa diberikan secara impression.
(i)                 Baik                       = 3 markah
(ii)               Sederhana = 2 markah
(iii)             Lemah                   = 1 markah
(viii)         Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
(ix)                   Calon tidak menjawab 0 markah.
[maksimum 7 markah]


4(a) Peristiwa yang menyedihkan

Novel Azfa Hanani :

(i)                      Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani.
Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai  pakaian sekolah yang lama.
(ii)                    Azfa Hanani menolak jawatan pengawas kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah.
Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.

(iii)                   Peristiwa kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur.
Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian.

(iv)                   Peristiwa ketika Azfa Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat akan keluarga Pak Longnya yang tidak pernah merasai makanan sedemikian.
Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.

(v)                    Azfa Hanani dihina oleh Datuk Tengku Makmur
Tengku Makmur menuduh Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni kerana ingin mendapatkan duit sedangkan Azfa Hanani menolong dengan ikhlas atas permintaan Tengku Mazran. Hati Azfa Hanani terguris apabila Datuk Tengku Makmur mencampakkan wang RM500 di atas katil sebagai upah.

(vi)                  Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia penyamarannya terbongkar.
Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni
Novel Kembara Amira
(i)                 Pesawat Cesna terhempas dan menyebabkan kematian ibu bapa Samantha.
Apabila Pesawat Cesna terhempas dan terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu bapa Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah, sementara Samantha tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis kerana belum pernah melihat api yang sebegitu besar.

(ii)               Masyarakat orang asli memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka.
Jidin membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya.

(iii)             Tau menangis dan meratap hiba kerana dapat bertemu kembali dengan anaknya, Sabi (Malique) yang telah lama terpisah.
Setelah Amira dan Itai berjaya menyelamatkan Malique yang disembunyikan di dalam sebuah bilik gelap di Gunung Gua Gajah, Tau atau makhluk berbulu menjadi berang kerana dia tidak mahu orang lain mengambil Malique. Tau menangis dan meratap hiba kerana dia tidak mahu berpisah dengan Sabi yang baru ditemuinya setelah lama terpisah.

(iv)             Tau berasa hiba kerana isterinya, Ipah meninggalkannya bersama bayi yang masih kecil dan membawa bersama-samanya anak sulung mereka, Sabi.
Ipah memilih untuk mengikut Johnny dan membawa Sabi, dan sebaliknya meninggalkan Tau dan Itai, anak mereka yang masih kecil. Tau menghadapi konflik jiwa yang mendalam kerana orang kampung menganggap Tau gagal menjaga isterinya pada hal Ipah ingin pergi dari perkampungan itu kerana orang kampung tidak boleh menerima kehadirannya. Kini Tau lebih sanggup kehilangan Ipah daripada kehilangan Sabi.

(v)        Amira bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh arus sungai.
            Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun Angin.

4(b) Nilai Keberanian
(i)                 Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
(ii)               Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii)             Berikan 1 markah bagi setiap isi yang lengkap.
(iv)             Berikan 2 markah bagi huraian yang lengkap.
(v)               Berikan 1 markah bagi huraian yang kurang lengkap.
(vi)             Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)
(vii)           Markah bahasa maksimum 2 markah.
(viii)         Markah bahasa diberi secara impression
(i)                 Baik           = 2 markah
(ii)               Lemah       = 1 markah
(ix)             Jika calon menjawab dan markah isi 0 berikan 1 markah untuk bahasa.
(x)               Calon tidak menjawab 0 markah.
[maksimum : 8 markah]

Novel Azfa Hanani
(i)                 Keberanian menyamar untuk membantu orang lain.
Azfa Hanani berani menyamar sebagai Tengku Murni terutama di hadapan ibu Tengku Murni iaitu Datin Maziah untuk mengubati kemurungan Datin Maziah setelah kematian Tengku Murni.

(ii)               Keberanian menegur kesilapan dan menyatakan pendapat
Azfa Hanani menyatakan pendapatnya bahawa Tengku Muzaffar tidak patut menghalang persahabatannya dengan Ekran semata-mata kerana darjat, tambahan pula dia bukan adik Tengku Muzaffar.

(iii)             Keberanian menolak tawaran orang yang tidak dikenali
Azfa Hanani terpaksa menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya untuk menjaga maruah dirinya, tambahan dia tidak mengenali Iskandar.

(iv)             Keberanian bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan
Azfa Hanani berani memulangkan buku perpustakaan yang diambilnya.





Novel Kembara Amira
(i)                 Keberanian mengakui kesalahan
Amira mengaku kepada Jacinta bahawa dia membaca mesej dalam telefon bimbit Jacinta tanpa pengetahuan rakannya itu.

(ii)               Keberanian menghadapi cabaran
Itai dan Pak Lias sanggup berhadapan dengan makhluk berbulu yang marah kerana mereka ingin membawa Malique keluar dari gua.

(iii)             Keberanian bertanggungjawab atas tindakan
Amira berani berhadapan dengan ibunya Professor Zaidah yang amat marah apabila mengetahui Jacinta sesat di dalam hutan angkara Amira yang mahu berjumpa dengan Malique di kawasan Air Terjun Angin.

(iv)             Keberanian bertindak ketika kecemasan
Jacinta berani mengikut Amira yang lemas dari tebing sungai.

SKEMA JAWAPAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN SOALAN MODUL KERTAS 2 SET 2 PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012 


SKEMA PEMARKAHAN
Soalan : 1


SKEMA PEMARKAHAN 
Rumusan
Markah
Pendahuluan / Pengenalan [ 2 markah ]
Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab remaja sebagai pengguna di negara ini.

Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab remaja sebagai pengguna

Petikan membincangkan peranan remaja sebagai pengguna

2m


1m

0m
Isi Tersurat (peranan remaja sebagai pengguna) (4 hingga 12 markah)
Markah
S1
melibatkan diri dalam hal-hal kepenggunaan
2m
S2
menjadi ahli persatuan pengguna di tempat masing-masing.
2m
S3
remaja perlu berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat
2m
S4
menggunakan perkhidmatan laman sosial  sebagai wadah komunikasi untuk menubuhkan kelab pengguna
2m
S5
mengetahui sebarang produk (1m) dan perkhidmatan daripada pelbagai sumber(1m)
2m
S6
mengambil tindakan yang sewajarnya andai mereka menjadi mangsa dalam hal-hal kepenggunaan
2m
S7
memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna

S8
mengambil sedikit masa untuk melihat isu-isu penting tentang kepenggunaan
2m
S9
melakukan kajian terhadap isu-isu tertentu
2m
S10
berfikir dahulu dan merancang sebelum berbelanja
2m







Isi Tersirat -
Cara-cara memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja
(4 hingga 12 markah)
Markah
T1
Ibu bapa mendidik anak-anak tentang kepentingan kepenggunaan
2m

T2
Sekolah menubuhkan Kelab Pengguna untuk menyebarkan maklumat kepada pelajar
2m
T3
Kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang hak-hak pengguna
2m

T4
Badan bukan kerajaan (NGO) memberikan ceramah / bengkel / seminar / kursus kepenggunaan
2m
T5
Sekolah/NGO menganjurkan pertandingan pidato/forum/penulisan esei yang berkaitan kepenggunaan
2m

T6
Media massa menyiarkan iklan/artikel/rencana/risalah berkaitan isu kepenggunaan
2m

T7
Ibu bapa memberikan maklumat tentang isu-isu kepenggunaan dari semasa ke semasa
2m

Kesimpulan
Markah
Kesimpulannya, masyarakat perlulah bekerjasama memupuk kesedaran remaja terhadap hak-hak mereka sebagai pengguna agar melahirkan pengguna yang bijak

2m






Soalan 2(a) - Petikan umum 

(i) Maksud rangkai kata produk tiruan

       - barangan/barang palsu/tidak asli                                                                            [2 markah]
       - produk palsu      /  barang tiruan                                                                             [1 markah]
                                                                                                                             [maksimum : 2 m] 


(ii) Mengapakah remaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan

      - remaja sendiri kurang ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna
      - jurujual menggunakan permainan psikologi
      - faktor usia dan pemikiran remaja itu sendiri yang tidak matang
                                                                                                                                      (2 isi cukup)
                                                                                                                             [maksimum : 3 m] 



iii) tindakan anda apabila menyedari   bahawa anda    telah tertipu  setelah membeli sesuatu
     barangan
-          Membuat aduan kepada Persatuan Pengguna
-          Membuat laporan di balai polis
-          Melaporkan perkara tersebut kepada Tribunal Pengguna
-          Memulangkan barang tersebut kepada peniaga
-          Menuntut ganti rugi
                                                                                                                                       (3 isi cukup)
                                                                                                                     [maksimum : 4 markah]           

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen ‘Idola’

(i)                    Berdasarkan petikan, nasihat yang diberikan oleh hero kepada penjaga panggung
     ialah  :
-          melakukan kerja bukan berdasarkan minat tetapi kebolehan
-          jangan memuji orang lain tetapi pujilah diri sendiri
-          hindari diri daripada menjadi lalat dan gagak
                                    [2 markah]
           (2 isi cukup)
                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
      (ii)       Andaikan saya penjaga panggung, reaksi saya terhadap nasihat yang disampaikan
                  oleh hero kepada saya ialah :
                  -    mengucapkan terima kasih atas nasihat yang disampaikan
                  -    memahami lebih mendalam maksud nasihat tersebut
                  -    berusaha membaiki kekurangan dan kelemahan diri
                  -    menjadikan nasihat sebagai pedoman dalam hidup
                                                                                                                        [3 markah]
                                                                                                           (2 isi cukup)

         (iii)    Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
      -     Kita hendaklah hidup di alam nyata dan menerima apa-apa jua seadanya
            Contohnya, penjaga panggung yang sentiasa berhasrat untuk menjadi pelakon
            atau pun hero tidak berpijak di bumi nyata
-          Kita hendaklah  nasihat-menasihati dalam perkara kebaikan. Contohnya, si hero menasihati penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata dan memuji diri sendiri
                                                                                                          [ 2 markah]
                                                                                               (Pilih mana-mana 1 isi)


                  Satu pengajaran  yang lain daripada keseluruhan cerpen ialah :
-          Kita hendaklah sentiasa mengingati pengorbanan dan kasih sayang setiap ahli keluarga.  Contohnya, walaupun sedang bekerja, penjaga panggung tetap mengingati isteri dan sepuluh orang anaknya di rumah
-          Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepada kita. Contohnya, si penjaga panggung menjalankan tugasnya menyusun semua kerusi selepas berakhirnya pementasan bangsawan dengan amanah
-          Kita hendaklah sedar dan insaf akan kesilapan yang dilakukan. Contohnya, penjaga panggung insaf dan sedar bahawa dia tidak akan berangan-angan lagi dan ingin menjadi dirinya sendiri.                                                                                                                                                                        
  [ 2 markah]
                                                                                        ( pilih mana-mana 1 isi)

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik ‘Merah Silu’
(i)         Maksud hendak minta tempat duduk:
            -mahu memohon tempat tinggal                                                                     [1 markah]
            -mahu memohon kebenaran untuk mendiami sesuatu kawasan.                     [2 markah]

(ii)        Faktor-faktor yang menyebabkan Merah Silu mengatakan bahawa Megat Iskandar akan menjadi bapanya:
-          Megat Iskandar sangat pemurah kerana mengalu-alukannya serta menjamunya makan dan minum
-          Megat Iskandar melayannya dengan baik dan memahami kesusahannya.
-          Megat Iskandar sangat baik hati kerana mengajaknya tinggal bersama-sama dengannya di Buluh Telang
-          Megat Iskandar membenarkan kerbau-kerbau Merah Silu makan di ladangnya yang luas.
                                                                                                                                    [3 markah]
                                                                                                                                  (2 isi cukup)

(iii)       Pada pandangan saya, kesan jika Merah Silu enggan berpindah:
-          terjadi permusuhan antara Merah Silu dengan penduduk di situ.
-          Mungkin kerbau-kerbau Merah Silu akan dibunuh kerana merosakkan tanaman orang.
-          Merah Silu akan dipulaukan oleh penduduk di situ kerana mendatangkan mudarat kepada mereka.
[3 markah]
           (2 isi cukup)

Soalan 2(d) – Sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’
(i)  Maksud ‘Tempatmu di singgahsana’

- kedudukan yang tertinggi / teratas
                                                                                                [2 markah]

(ii)  Cara-cara memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita ialah :

       - kerajaan menjalankan Kempen Cintailah Bahasa Kita secara berterusan
       - kerajaan mengadakan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun
       - semua jabatan kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi
       - media massa menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam setiap artikel/ rancangan/ 
         iklan
       - sekolah menjalankan pelbagai program berkaitan aktiviti kebahasaan/ Minggu Bahasa
         Melayu/ pelbagai pertandingan bahasa
       - NGO menganjurkan pelbagai program/ ceramah/ pertandingan/ forum berkaitan bahasa
         kebangsaan
       - ibu bapa menggalakkan anak-anak menggunakan bahasa kebangsaan yang betul/
         menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa
       - pihak berkuasa tempatan memantau penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda/iklan
         di setiap premis

(2 isi cukup)
[maksimum : 3 markah]


(iii)  Dua persoalan berdasarkan sajak

  1. Persoalan memartabatkan bahasa Melayu.
Rakyat Malaysia disaran agar menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian supaya status bahasa itu sebagai bahasa  kebangsaan sentiasa terjamin.                                                                                                                                                                         [1+1]

  1. Persoalan pengorbanan para pejuang bahasa dalam memartabatkan bahasa Melayu. Pengorbanan para pejuang bahasa pada masa dahulu dalam memartabatkan bahasa Melayu wajar dihargai.                                                                                                                       [1+1]

  1. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri kerana pernah digunakan di seluruh pelosok dunia/ tersebar ke seluruh pelosok dunia                                                                                                                                                                          [1+1]

  1. Persoalan keyakinan terhadap kemampuan Bahasa Melayu.
Rakyat meyakini Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa perdagangan.                                                                                                                                                 [1+1]

 (2 isi cukup)                                          
 [maksimum : 4 markah]



Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
(a)    
(i)     aliran-         i) gerakan sesuatu yang cair, gerakan mengalir
Aliran air sungai itu menuju ke laut.
ii) gerakan tenaga elektrik melalui kawat
Lelaki itu terkena renjatan aliran elektrik ketika memetik suis.
iii) haluan pendapat
Walaupun terdapat pelbagai aliran pemikiran, namun rakyat Malaysia tetap hidup bersatu-padu.
(ii)   pengalir-     i) sesuatu yang(digunakan untuk )mengalirkan .
                    Air merupakan pengalir haba yang baik.
(iii) mengalir-     i) Bergerak berterusan (air, cecair, tenaga elektrik dan lain-lain)
Air Sungai Ceper mengalir perlahan kerana telah tercemar.
(iv) arahan-      i) pimpinan atau pengawasan
Filem arahan Seniman Agung P. Ramlee masih diminati ramai.
ii) petunjuk atau  perintah
Arahan pengetua mesti dipatuhi oleh semua murid.


(v)   pengarah-   i) orang yang kerjanya mengarah (filem, drama dan sebagainya)
Pengarah filem Shamsul  Yusof  telah memenangi anugerah pengarah filem terbaik baru-baru ini.
ii) orang yang dipilih untuk mengawal atau  mentadbirkan perjalanan sesuatu projek.
Pengarah projek usahasama itu dipuji kerana berjaya menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.
(vi) mengarah- i) menghadap ke sesuatu  arah/ menghala
Pintu kota itu mengarah ke sebelah barat.
ii) membawa kita ke sesuatu arah ( jalan, jambatan dan sebagainya)/ menuju
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina sebuah jambatan mengarah ke Banting.
iii) menyuruh kenderaan mengikut sesuatu  jalan
Polis sedang mengarah lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup.
 [Maksimum : 6 markah]

(b)    
(i)                 FN + FS
(ii)               FN + FK
(iii)             FN +FA
(iv)             FN + FN
(v)               FN + FK
(vi)             FN + FA
[Maksimum : 6 markah]

(c)     
(i)                 berpakai                                 memakai       
keringting                    --           keriting
(ii)               mentera                        --            mantera                     
mencerita                    --            menceritakan
(iii)             satay                           --            sate                           
berbandingkan                        berbanding
[Maksimum : 6 markah]

(d)    
(i)                 yang                                         -           bahawa
harap                                       -           asa                 
(ii)               kertas  rujukan                         -           kertas kerja                
disiapkan oleh saya                             -            saya siapkan  
             (iii)       keluar                                                 -           ponteng                                  
                          berdasarkan kepada laporan -            berdasarkan  laporan
 [Maksimum : 6 markah]




   (e)  Peribahasa
i)      Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

 ii)    Berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu,
         bersenang-  senang kemudian/ genggam bara api biar sampai jadi arang

 iii)   durian runtuh/ rezeki terpijak/ tikus jatuh ke beras
[Maksimum : 6 markah]


Soalan 4 (Novel)
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4.
4 (a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari
      ii)   Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
     iii)    Beri 2 markah bagi setiap peristiwa  dan huraian
     iv)   Beri 1 markah bagi peristiwa tanpa huraian
      v)   Beri 0 markah bagi huraian tanpa peristiwa   
     vi)   Markah isi maksimum 4 markah
    vii)   Markah bahasa maksimum 3 markah
   viii)   Markah bahasa diberi secara impression
                Baik          :  3 markah
                Sederhana  :   2 markah
                Lemah       :  1 markah
  ix)   Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
   x)  Jika calon tidak menjawab, beri 0 markah                    
   [Maksimum : 7 markah]

(b)  i)    Jawapan berdasarkan  dua buah novel yang dipelajari
      ii)     Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
     iii)    Beri 3 markah bagi setiap pernyataan dan huraian/contoh
     iv)    Beri 1  markah bagi setiap pernyataan  tanpa huraian
     v)     Markah isi maksimum 6 markah
   vii)     Markah bahasa maksimum 2 markah
   viii)   Markah bahasa diberi secara impression
              Baik      : 2 markah
              Lemah  : 1 markah

   vii)    Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
   viii)   Jika calon tidak menjawab 0 markah                                                                                                          
                                                                                                               
                                                                                                                       [Maksimum : 8 markah]
















   4a)    Peristiwa yang menarik dalam novel
            Berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
  1. Peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak
Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan             kepayahannya  untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang samaAbang             Mazran berjanji untuk membantu mengubati   Zuraini, anak pak longnya yang             lumpuh.                                                                   
     2     Peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya
            selepas identiti sebenarnya terbongkar.
            Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk             Tengku Makmur  yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa             Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.                                                                      
       
      3.   Peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk
membonceng motosikal berkuasa tingginya.
            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang  gadis yang tahu             menjaga   maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.                    

      4.   Peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang             melarangnya  berkawan dengan Ekran.
            Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar,             Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan             kebenaran.                                                                  
  1. Peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin
mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan
dengan Tengku Murni.
            Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani             merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku             Murni.                                                        
                                     
  1. Peristiwa Azfa Hanani menerima pelawaan menggantikan Ellina
untuk menjadi pengerusi Forum Remaja.
            Peristiwa ini menarik kerana melalui program ForumRemaja ini telah dapat             menonjolkan bakat Azfa Hanani sebagai merupakan seorang pelajar yang             berbakat dan petah berbicara.
       7. Menolak tawaran Laili untuk menjadi pengacara malam Bakat             Sumbangsih.
            Peristiwa ini menarik kerana  Azfa Hanani pandai menilai kawan yang baik             atau tidak.                                                                         
  1. Peristiwa Kunjungan Datin Maziah ke rumah pak long.

            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak menyimpan dendam terhadap             Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian ibu bapanya dan Datin             Maziah yang menampar muka dan menghinanya malah dia memaafkan             mereka berdua.
  1. Peristiwa Azfa Hanani yang terpaksa berulang-alik ke sekolah
dengan menaiki bas sejauh 30 kilometer sehari.
            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani seorang pelajar yang gigih dan             tabah  menuntut  ilmu.                                                                                                                      
  1. Peristiwa Azfa Hanani pergi melihat Ekran berniaga menjual burger
berhampiran Plaza Cahaya.
            Peristiwa ini menarik kerana Ekran merupakan contoh anak muda yang
            berdikari dalam kehidupannya. Selain memperoleh pengalaman, penjualan             burger ini ini juga dapat  menambah pendapatan sampingan kepadanya.                                                             
                                                                    
(a) Peristiwa paling menarik dalam novel
     Berdasarkan novel Kembara Amira  karya Amer Hmzah L. Kadir
  1. Peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa
arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai.
            Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan  orang asli suku
            Semai  menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
   
  1. Peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya

            Peristiwa ini menarik kerana  Itai menganggap Tau bapa saudaranya
            tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.
  1. Peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta

            Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira  yang
            ingin menggembirakan sahabatnya.              
  1. Peristiwa Jidin menjaga Samantha setelah bapanya Ridley dan
ibunya Brenda terkorban dalam nahas kapal terbang.
            Peristiwa ini menarik kerana ketabahan Jidin yang sanggup memelihara             Samantha walaupun  mendapat tentangan daripada kaumnya.  
                                                           
  1. Peristiwa Tau mengaku bahawa makhluk berbulu itu ialah
dirinya yang sebenar.                                                        
            Peristiwa ini menarik kerana pembaca akhirnya tahu siapa sebenarnya             makhluk misteri yang ditakuti oleh masyarakat di Bukit Mat Raya.                                                          
  1. Peristiwa Malique ingin terus tinggal di dalam hutan dan enggan mengikuti ibunya Jennifer.

            Peristiwa ini menarik kerana Malique ingin bersama Itai, adik kandungnya
            dan Tau bapanya sanggup meninggalkan kemewahan untuk tinggal di
            dalam hutan tersebut.          
  1. Peristiwa Amira memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.

            Peristiwa ini menarik kerana Amira jujur dan ikhlas. Dia telah memulangkan  
          seketul emas yang diambil dari sungai kepada  Ludin kerana dia tidak mahu kepercayaan penduduk kampung terhadap Itai tercalar dan  seterusnya menyebabkan Itai hilang  kelayakan sebagai pengganti ketua kampung.
                                                        
8.      Peristiwa Amira menemui mobile disk di lantai gua.
            Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan   
            penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique
            berada.  

  1. Profesor Zaidah tetap meneruskan kajian arkeologi walaupun
ditentang Dr. Zawawi selepas Profesor Zaidah kemalangan.                         
            Peristiwa ini menarik kerana memperlihatkan ketegasan Profesor Zaidah             dengan pendiriannya dan sikapnya yang tidak mudah putus asa.                                                             
                                                                                                                                                                                                                 
(b) Nilai kasih sayang
     Berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
1.      Kasih sayang anak terhadap bapa saudara
            Contohnya: Azfa Hanani sangat sayang akan pak long dan mak long yang
            telah banyak  berjasa memeliharanya setelah ibu bapanya meninggal
            dalam kemalangan jalan raya.      
2.      Kasih sayang anak terhadap ibu
            Contohnya, Tengku Mazran sanggup meminta bantuan Azfa Hanani             menyamar sebagai Tengku Murni untuk meringankan kesedihan ibunya.
3.      Kasih sayang ibu terhadap anak
            Contohnya, Datin Maziah sanggup membeli sebuah jip baru untuk Tengku             Murni sempena hari jadinya.
4.      Kasih sayang antara sahabat
            Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyertai forum remaja untuk             menggantikan Ellina yang sibuk membuat persiapan untuk Hari Sumbangsih.                                   
5.      Kasih sayang abang dengan adik
            Contohnya, Abang Muzaffar  meminta Azfa Hanani menghadiahkan
            bacaan Al-Quran untuk adiknya Tengku Murni yang telah meninggal
            dunia.

6.      Kasih sayang antara saudara
            Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban menerima tawaran
            menyamar sebagai Tengku Murni kerana Abang Mazran berjanji untuk             mengubati penyakit sepupunya Zuraini yang  lumpuh.
                                                                                                                                                     
(b) Nilai kasih sayang
      Berdasarkan novel Kembara Amira  karya Amer Hmzah L. Kadir

1.      Kasih sayang bapa kepada anak

            Contohnya, Tau sanggup melarikan Malique dan menyembunyikannya
            di dalam bilik sempit  di Gunung Gua Gajah  kerana dia amat merindui
            anaknya Malique (Sabi) yang telah terpisah sejak kecil dilarikan oleh
            isterinya.
   
2.      Kasih sayang anak terhadap ibu
            Contohnya: Amira sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di
            rumah neneknya, semata-mata dia ingin menghabiskan cuti persekolahan             bersama-sama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya.  
                                                                  
3.      Kasih sayang ibu terhadap anak
            Contohnya: Profesor Zaidah sentiasa mengambil berat keperluan dan
            kebajikan anaknya walaupun sibuk dengan pekerjaannya.   
                                 
4.      Kasih sayang antara sahabat
            Contohnya: Amira sanggup menghadapi pelbagai cabaran di dalam hutan             untuk mencari kawannya Malique yang hilang.                                                                 
5.      Kasih sayang bapa saudara  kepada anak saudara
            Contohnya:  Ludin sanggup memelihara anak saudaranya Itai kerana Tau             mengasingkan diri.
6.      Kasih sayang adik-beradik
     Contohnya,Tau sanggup mengambil Ipah sebagai isteri agar Ludin
     mempunyai peluang untuk menjadi ketua kampung.

                                                                                                        
SKEMA JAWAPAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN SOALAN MODUL KERTAS 2 SET 3 PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012                                                                                                                         

TERIMA KASIH KEPADA JPN PERAK DAN JURULATIH  UTAMA YANG TELAH MENGGUBAL  SOALAN
DAN MENGHASILKAN SKEMA JAWAPAN UNTUK KEGUNAAN GURU-GURU DAN PELAJAR NEGERI PERAK. SAYA HANYA BERKONGSI MAKLUMAT DAN TERIMA KASIH BAHAN YANG AMAT BERHARGA INI. SEMOGA GURU-GURU DAN PELAJAR, TERUTAMA PELAJAR SMKASAS DAN PELAJAR PERAK TENGAH DAPAT MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN BERKENAAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2013.