SELAMAT DATANG

Selasa, 30 April 2013

PEMAHAMAN KOMSAS ANTOLOGI TINGKATAN 4 DAN 5 ( FORMAT SOALAN)

Catatan saya sebelum ini berfokus kepada cara untuk menjawab rumusan dan soalan pemahaman umum iaitu merujuk kepada soalan berdasarkan petikan rumusan.  Oleh sebab itu, tulisan selanjutnya saya fokus kepada format dan cara untuk menjawab soalan komsas antologi,  menjurus kepada soalan 2(b), 2(c), dan 2(d).

Peringatan: Sekiranya anda faham format soalan komsas antologi, anda akan mudah untuk menjawab soalan berkenaan.



 Contoh Soalan Prosa Moden Drama ( Soalan Tidak Keluar Cerpen Kerana Jika Drama Keluar Cerpen Tidak Akan Keluar)


 ( Soalan Prosa Klasik Tidak Ada Pilihan Seperti Prosa Moden )









( Soalan Puisi Boleh Keluar Sama Ada Sajak, Syair, Gurindam, atau Seloka )
Pastikan anda mempunyai kemahiran memahami isi tersurat yang dinyatakan daripada pusi yang ditulis.

Saya akan cuba untuk membincangkan jawapan kerja rumah yang diberikan dalam buku latihan Twitter. Mungkin saya tidak dapat membicarakan keseluruhan soalan untuk buku kerja Twitter Tingkatan 4 dan 5. Namun, saya akan usahakan untuk anda.
 Soalan Komsas Antologi Drama Twitter Tingkatan 4.
  i)    Nyatakan tindakan pengusaha rakus yang menyebabkan sumber perubatan boleh habis?
        Jika anda perhatikan, jawapan terdapat di dalam teks iaitu yang bergaris, justeru soalan ini mudah
        cuma anda perlu merujuk teks dan berhati-hati untuk mendapatkan jawapan.
        Cadangan jawapan:-
        Pengusaha yang rakus masuk ke hutan dengan traktor bersama-sama dua atau tiga orang pekerja.  
        Seterusnya, mereka akan menebang pokok sebesar betis atau sebesar tiang rumah habis dicabut dan 
        akibatnya sumber perubatan akan pupus.

ii)    Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi menggunakan perubatan tradisonal, walaupun
       pelbagai penyakit boleh diubati dengan peruabatan moden?
       Soalan ini memerlukan jawapan yang logik dan boleh diterima umum. Gunakan pengetahuan sedia anda.
       Mereka yang banyak membaca akan mudad menjawab soalan sebegini.
       Cadangan jawapan:-
       Pada pendapat saya, masyarakat masih menggunakan perubatan tradisonal kerana perubatan ini tidak 
       memerlukan kos yang tinggi dan mudah pula diperoleh. Bahkan juga, sehingga kini perubatan tradisional
       masih mampu mengubati sesetengah penyakit dan adakalanya tidak boleh diubati dengan perubatan 
       moden. Selain, itu pengaruh pusat kesihatan yang terletak di bandar atau kawasan jauh dari pendalaman
       menyebabkan penduduk pendalaman masih mengharapkan perubatan tradisonal. Perubatan tradisional 
       juga diakui tidak meninggalkan sebarang impak kepada pesakit kerana tidak menggunakan bahan kimia 
       yang boleh memudaratkan kesihatan pesakit. ( Pendapat lain, sesuai boleh diterima)

iii)   Berikan satu latar masa yang terdapat dalam petikan dan satu latar masa yang lain daripada keseluruhan
      drama?
       Peringatan:- Untuk soalan sebegini, jawapan untuk dalam teks perlu anda jawap sebaik-baiknya kerana
       anda hanya perlu membaca dan memahami kehendak soalan. Namun untuk jawapan di luar teks anda 
       perlu membaca keseluruhan drama tersebut.
      Latar masa dalam petikan adalah pada waktu pagi contohnya Ripin berbual dengan Tok Wali mengenai
      pupusnya pokok-pokok perubatan tradisional, sebelum mereka berlatih silat. Latar masa lain yang 
      terdapat dalam drama adalah pada waktu petang, contohnya Imam dan Siak datang ke rumah Tok Wali
      untuk menasihati Tok wali ( melalui isterinya) agar meninggalkan seni mempertahankan diri disebabkan 
      usianya telah tua.

Soalan Komsas Tradisional ( Buku Latihan Twitter Tingkatan 5 )
Pelajar tingkatan 4 juga boleh mencuba menjawab soalan di bawah. Paling utama berbalik kepada format. Jika anda faham format soalan Prosa Klasik, insyaAllah anda boleh menjawabnya.
Maaf, saya tersilap scan kerja di bawah kerana soalan ini untuk kertas peperiksaan kedua dalam buku latihan Twitter tetapi bagusnya, belum belajarpun anda boleh mencuba menjawabnya.

i)    Berikan maksud kembali ke mahligainya.
      Kembali ke mahligainya bermaksud pulang ke istananya.

ii)   Berdasarkan petikan, apakah yang dilakukan oleh tuan puteri terhadap bayan apabila dia kembali ke 
      mahligainya?
      Cuba perhatikan, jawapan ada di dalam teks di atas ( Jawapan bergaris )
      Apabila tuan puteri kembali ke istananya, tuan puteri telah memasukkan bayan ke dalam sangkar 
      yang diperbuat daripada emas sepuluh mutu dan bertahtakan ratna mutu manikam. Seterusnya, 
      pada waktu  malam bayan itu akan dikeluarkan daripada sangkar. Akhir sekali tuan puteri berbual   
      dengan bayan tersebut.
iii)  Pada pandangan anda mengapakah tuan puteri terlalu ingin bertemu dengan Raja Indera Bumaya?
     Pada pendapat saya tuan puteri ingin bertemu dengan Raja Indera Bumaya kerana ingin melihat 
     paras  rupa baginda yang dianggapnya kacak. Selain itu, tuan putera membayangkan bahawa Raja 
     Indera Bumaya seorang raja yang penuh dengan kesaktian. Bahkan juga, tuan puteri tidak pernah 
     berjumpa dengan sejak dia tinggal di mahligainya. ( Jawapan yang logik dan sesuai boleh diterima)
    


i)         Semakin berat kejahilan
           terpikul di bahu
           semakin jauh perjalanan
           memburu nur-Mu.
        
           Berikan maksud rangkap sajak di atas.
           Rangkap sajak di atas bermaksud semakin banyak kejahilan dan semakin berumur seseorang    
           semakin hampir hidayah Tuhan.

ii)        Pada pendapat anda, mengapakah ketika usia seseorang itu sudah tua, baru hendak mengingati
          Tuhan?
          Pada pendapat saya, apabila umur seseorang itu semakin tua dia akan mengingati Tuhan kerana
          dia sudah hampir dengan kematian. Bahkan juga mereka melakukan hal sedemikian kerana telah
           banyak melakukan kesalahan dan ingin menebus kesalahan tersebut daripada Tuhan. Selain itu,
           apabila sudah berumur seseorang itu akan bersikap matang dan semakin sedar keslahan yang
           telah dilakukan. Mereka juga sudah ada anak ataupun cucu dan sudah pasti mereka perlu
           menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

iii)      Huraikan tiga persoalan yang teradapat dalam sajak " Mengintai Ruang Insaf".
         Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak berkenaan ialah kejahilan terhadap agama, contohnya
         kejahatan menjauhkan kita daripada dengan Tuhan serta hidayahnya. Selain itu muhasabah diri,
         contohnya penyair teringat akan dosa yang telah dilakukannya ketika muda. Akhirnya, persoalan
         untuk mendapat keampunan Tuhan, contohnya penyair berharap pintu taubat akan terbuka dan
         dia tidak menjadi ahli negara.

 Fahamkan Format Soalan Kerana Kefahaman Anda Akan Membantu Anda Untuk
Mencapai Kejayaan. Semoga Berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan