SELAMAT DATANG

Rabu, 19 Disember 2012

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA UNTUK KARANGAN BERPANDU (KELAS TUISYEN IBNU SINA)



Jawapan Soalan Karangan Bepandu tentang Aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan Sambutan  Hari Kebangsaan Negara Kita.
Jadual Pembinaan Idea
Bahagian Pengenalan.
Kriteria
Pengolahan Idea
Lagu Patriotik
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Ayat Rangsangan 1
Berdasarkan lagu  nyayian Sudirman Hj. Arshad di atas, bait-baitnya  jelas mengambarkan betapa Kemerdekaan Negara amat beerti  kepada warganegara Malaysia.
Ayat Rangsangan 2
Sebagai seorang warganegara merdeka, kita sewajarnya menghargai perjuangan pejuang negara yang telah bermati-matian untuk menuntut kemederkaan negara.
Ayat Rangsangan 3
Antara pejuang negara yang terlibat menuntut kemerdekaan negara adalah seperti Mat Kilau, Dato’ Maharajalela,  Dato’ Dol Said, Tok Janggut,  Tunku Abdul Rahman,  Tun Abdul Razak, dan banyak lagi nama-nama pejuang tersohor yang memperjuangkan kemerdekaan negara terutama daripada penjajah Jepun dan British.
Ayat Rangsangan 4
Justeru, sebagai seorang warganegara merdeka, kita harus mengucapkan terima kasih atas titik peluh pejuang bangsa memerdekakan negara pada suatu ketika dahulu.
Frasa menarik
Pepatah Melayu ada mengatakan, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Ayat Arahan.
Sebagai usaha untuk menyemarakkan sejarah kemerdekaan negara beberapa aktiviti yang sesuai boleh diadakan di peringkat sekolah bersempena dengan Hari Kemerdekaan Negara.

Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Isi  Pertama)
Kriteria
Pengolahan Idea  ( Penggunaan Kaedah Deduktif)
Ayat Isi
Mari kita berbicara menggunakan minda kelas pertama dalam membincangkan aktiviti yang sesuai diadakan bersempena  dengan Hari Kebangsaan Negara antaranya dengan mengadakan persembahan pentas.
Ayat Huraian 1
Organisasi sekolah seperti Panitia Mata Pelajaran Sejarah, Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu boleh menggerakkan usaha melalui Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Sejarah dengan mengadakan pertandingan aktiviti seperti mendeklamasi sajak,  berlakon drama pendek bertemakan sejarah kemerdekaan negara.
Ayat Huraian 2
Aktiviti seperti ini mampu untuk membuka minda kreatif pelajar dalam  usaha menggunakan fakta sejarah semasa mengadakan persembahan seperti bersajak dan berdrama.
Ayat Huraian 3
Bahkan juga, guru-guru boleh memilih pelajar yang berkaliber dan mampu untuk untuk diketengahkan dalam pertandingan yang lebih besar seperti pertandingan sajak dan drama peringkat daerah, negeri dan mungkin juga peringkat kebangsaan.
Frasa Menarik
Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam, minum air. Begitulah pentingnya aktiviti menyambut bulan kemerdekaan dijalankan di peringkat sekolah.
Ayat Contoh.
Dalam usaha untuk memeriahkan lagi pertandingan tersebut, guru penasihat dan ajk persatuan yang terlibat boleh menyediakan hadiah kepada peserta yang berjaya contohnya dengan menggunakan wang panitia mata pelajaran atau memohon bantuan kewangan daripada syarikat swasta yang berurusan dengan pihak sekolah untuk mendapatkan dana bagi mengendalikan aktiviti berkenaan.
Ayat Huraian 4
Sekaligus, penyediaan hadiah yang berupa hamper, sijil penyertaan, dan wang ringgit akan memantapkan usaha pelajar sama ada individu atau berkumpulan memperaga bakat mereka dalam pertandingan yang dijalankan.
Ayat Penegas
Jelasnya,  aktiviti pentas sempena Hari Kemerdekaan amat penting dalam mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar, disamping aktiviti seperti ini dapat mengasah bakat baru dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan dalam pertandingan yang lebih besar.

Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Isi  Kedua )
Kriteria
Pengolahan Idea  ( Penggunaan Kaedah Deduktif)
Ayat Isi
Selanjutnya, mari kita fokus perbicaraan tentang aktiviti seterusnya iaitu mengadakan pertandingan melukis potret pejuang kemerdekaan negara.
Ayat Huraian 1
Sebagaimana kita sedia maklum, ada antara pelajar sekarang tidak kenal dengan pejuang bangsa yang sanggup berkorban nyawa dalam usaha untuk memerdekakan negara semasa menuntut kemerdekaan negara.
Ayat  Contoh.
Pejuang bangsa seperti Mat Kilau, Dato’ Maharajalela,  Dato’ Dol Said, Tok Janggut,  Tunku Abdul Rahman,  Tun Abdul Razak, mungkin hanya dibaca dan wajah mereka ditatap apabila mereka mengkaji buku sejarah di sekolah.
Ayat Huraian 2
Perlu diingat, selain daripada aktiviti pertandingan poster dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan mahir dalam melukis potret, secara langsung pelajar akan dapat mengenali pejuang kemerdekaan negara melalui aktiviti seperti ini.
Ayat Huraian 3
Bahkan juga, potret pejuang kemerdekaan yang dihasilkan oleh mereka boleh di paparkan kepada pelajar lain di Pusat Sumber, di sudut mata pelajaran dan ini mampu untuk menarik pelajar lain mengenali  tokoh pejuang kemerdekaan negara dengan lebih dekat.
Frasa Menarik
Pepatah Melayu ‘Tak kenal maka tak cinta ‘amat bertepatan dengan aktiviti melukis potret pejuang bangsa di atas.
Ayat Penegas
Intihanya, pertandingan melukis potret pejuang kemerdekaan negara amat relevan dijalankan sempena Hari Sambutan Kemerdekaan Negara. Oleh sebab itu, guru-guru dan jawatankuasa perstuan yang berkenaan perlu mengambil kesempatan ini untuk menjalankan aktiviti tersebut untuk  memeriahkan lagi aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan Nagara.

Anda perlu melengkapkan jadual pengembangan idea di bawah
Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Isi  Ketiga )
Kriteria
Pengolahan Idea  ( Penggunaan Kaedah Deduktif)
Ayat Isi
Seterusnya, penglibatan pelajar keseluruhan perlu dirancang sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara seperti menjalankan aktiviti menghiaskan kelas.















Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Isi  Keempat )
Kriteria
Pengolahan Idea  ( Penggunaan Kaedah Deduktif)
Ayat Isi
Seterusnya, penglibatan pelajar keseluruhan perlu dirancang sempena dengan menjemput sejarawan tempatan untuk memberi ceramah mengenai perjuangannya dalam menuntut kemerdekaan negara.















Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Penutup )
Kriteria
Pengolahan Idea  ( Penggunaan Kaedah Deduktif)
Ayat  Cadangan 1
Kesimpulannya, setiap pelajar sekolah perlu mengambil bahagian dalam setiap aktiviti  sempena Hari Kemerdekaan negara kerana melalui penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan,sudah pasti  aktiviti yang diadakan akan bertambah meriah dan bermakna
Ayat Cadangan 2
Disamping itu, organisasi sekolah seperti Panitia Mata Pelajaran yang terlibat perlu berkerjasama dengan ahli jawatankuasa persatuan untuk merangka dan melaksanakan akitiviti kemerdekaan dengan sistematik agar mampu menyemarakkan lagi aktiviti kemerdekaan negara. Bak kata pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing, begitulah peranan mereka di peringkat sekolah.
Ayat Cadangan 3
Bahkan juga pihak kerajaan dan media masa perlu merangsang setiap warganegara Malaysia terlibat dengan aktiviti Hari Kebangsaan agar rakyat akan sentiasa menghargai perjuangan pejuang bangsa dalam menuntut kemerdekaan negara pada masa dahulu.
Ayat Cadangan 4
Apabila setiap anggota masyarakat, pihak kerajaan, dan pihak swasta bekerjasama dalam merealisasikan Hari Kebangsaan Negara, sudah pasti warga negara  Malaysia berasa bangga terhadap pejuang kemerdekaan negara berusaha untuk memerdekakan negara.
Ayat Harapan
Semoga dengan adanya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat negara kita akan terus aman dan rakyatnya mempunyai semangat untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh.

 Anda boleh menggunakan jadual pengembangan idea di atas semasa menulis karangan. Diharapakan pada hari Sabtu nanti anda boleh menghantar karangan yang telah siap kepada saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan